Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us


Semasa Rambozzi® pergi pasang Rak Kak Nor tu, sebenarnya Rambozzi® turut pasang sekali Framed Wall Shelf yang Kak Nor beli dari Rambozzi® lama dulu. Tapi takde orang nak pasang. Jadi Rambozzi® tolong pasangkan sekali untuk Kak Nor.



Yang nie lama dulu Rambozzi® buat, masa baru² berkecimpung dalam kerja pertukangan kayu ni. Sape² yang baru buat kerja kayu, pasti nak dan akan buat frame gambar hahahahahaha! Tapi Rambozzi® kreatif sikit je, Rambozzi® letak alas kat depan frame dan dia jadi wall shelf. Cool!


Ok, Rak Param tempoh hari tu pun rupa²nya ada orang yang turut berminat. Kali nie Rambozzi® dapat tempahan daripada Kak Nor. Kak Nor nak rak macam Param tu, tiga bijik! Wau! Jom beli kayu cepat!


Alaaa... sebenarnya bila dah sampai proses mengecat nie baru Rambozzi® terpikir. Sepatutnya Rambozzi® ambik gambar untuk setiap proses dalam kerja Rambozzi® nie macam yang orang putih dok buat tu. Orang putih (American Woodworkers) sebenarnya sangat rajin dan tidak kedekut ilmu. Semua bende dorang nak share walaupun hanya asas pertukangan kayu yang simple giler. Orang putih tidak malu nak share bende² asas macam tu yang pada kita di Malaysia nie hanya nak tunjuk kerja² yang "dah advance" je. Rambozzi® ambik semangat dan nilai positif daripada American Woodworkers tu dan cuba apply pada blog Rambozzi® nie sebab Rambozzi® tak jumpa lagi blog macam dorang kat Malaysia nie. Dorang tunjuk gambar setiap proses kerja yang mereka buat tu daripada mula sampai la siap sesuatu projek tu. Dorang juga tak malu nak tunjuk gambar dan video kegagalan mereka. Mereka belajar dari kesilapan dan berkongsi sama². Yang tu Rambozzi® sangat respect giler la!!!

Ok, berbalik kepada projek ni, sebenarnya dah sampai ke proses nak cat dah sebenarnya.. Adus, rugi tul....
Rak yang besar tu untuk Kak Nor letak kat tempat basuh kain. Kak Nor nak letak segala macam sabun dan pencuci peluntur, macam² la. Yang kecik 2 bijik tu pulak, Kak Nor nak letak dalam bilik air. Untuk sabun syampu la agaknya tu....



Ok dah siap cat. 3 lapis varnish (warna sama je, takde cat warna lain ke....) Ok, warna rak Kak Nor kali ni sebenarnya agak unik bagi Rambozzi®. Lapisan pertama Rambozzi® guna varnish warna "Pine". Jadi, dia akan jadi agak kuning. 2 lapisan seterusnya Rambozzi® guna varnish warna coklat (Dark Maple ke kod warna dia, lupa plak.....). Dan hasilnya, coklat kekuningan. Kalau tengok secara "live" sebenarnya cantik berkilat dan menarik hahahahahaha puji hasil sendiri!

Jom pergi pasang kat rumah Kak Nor pulak!

 Rak 1

 Rak 2

Rak 3

Siap projek 3 set Rak Kak Nor!


Ok, kali ni Rambozzi® dapat tempahan sebuah meja daripada Laili. Dia berminat dengan "Meja Microwave Jaja" tempoh hari. Dan Laili nak meja untuk oven dia kot... Laili suka table top macam Jaja tu. Jadi, sekali lagi Rambozzi® kena buat kerja kayu dengan teknik macam Meja Jaja tu. Ok, jom buat table top dulu. 

(Rambozzi® buat table top terlebih dulu sebab susunan kayu² tu. Bila dah siap susun, cantum dan tambah frame keliling meja tu, baru Rambozzi® dapat agak dan dapat ukuran untuk jarak antara kaki² meja. Ntah betul ntah tidak teknik Rambozzi® tu, tapi Rambozzi® pikir nak senang dan tak nak dapat susah bila nak attach table top tu pada kaki meja nanti...)



Macam Meja Jaja, Rambozzi® susun dan cantumkan kayu² 1* 1/2 tu atas sekeping plywood, dan skrukan pada plywood tu (kat bawah plywood ada kayu 1*1 empat batang). Pastu trim keliling meja tu untuk dapatkan sesiku yang tepat, nanti senang nak tambah frame keliling meja ni.



Ok, untuk meja nie, berbeza dengan Meja Jaja, Laili nak ada drawer dan dua para (para ke nama dia...) kat bawah tu. Ya, drawer . Rambozzi® tak pernah buat dan pasang drawer sebelum nie. Untuk drawer  yang pertama nie, tersangat²lah susahnya!!! Nak buat drawer tu senang, nak pasang tu yang susah. Saiz dan jarak antara drawer, drawer slider dan drawer cradle (ntah, nama dia macam tu kot...) tu sangat susah nak ukur dan pasang.

Untuk dua para tu senang je. Guna plywood je, lagipun Laili yang nak macam tu.


Ok, dah siap pun drawer. Bahagian dalam drawer tu, Rambozzi® guna laminate (dah pandai laminate sekarang...) warna putih supaya nampak kemas dan bersih di dalamnya. Rambozzi® tambah drawer front kat depan drawer tu dan guna frame kayu je untuk masuk dengan tema meja nie... Pastu tambah drawer knob besi (Rambozzi® balut dulu dengan plastik sebab tak nak dia tercalar). Sekarang masa untuk cat.



Dah siap! 3 lapis varnish - hasil catnya puas hati. Bagi Rambozzi®, Meja Laili ini adalah hasil kerja pertukangan kayu Rambozzi® yang terbaik, setakat ini.. Rambozzi® puas hati dan Rambozzi®  harap Laili pun akan berpuas hati. Tahniah Rambozzi® !


Kembali kepada kerja kayu. Kali ni Rambozzi® dapat tempahan daripada Param. Dia nak rak khusus untuk letak "pelbagai jenis sabun". Ya! Pelbagai jenis sabun! Dan ini design Param sendiri. Cuma ukuran je Rambozzi® yang bagi pada dia, selepas Rambozzi® berkira² nak buat besar mana. Param nak pasang kat dinding tapi tak nak ada "support bracket". Dia nak sebijik macam tu je lekat kat dinding. Jadi, Rambozzi® pikir, tak boleh la nak buat besar dan berat, nanti roboh pulak.

Ok, dah siap cantumkan kesemua kayu tu, Rambozzi® try cat guna "wood stain" 1 layer, dan diikuti dengan 2 layer "varnish". Tujuannya nak bagi rak tu halus licin dan kalis air. Wood stain dan varnish tu pun warna kemerahan sebab Param nak warna tu. Sama warna dengan Rak Bunga Ema.

Dah siap, kena pergi pasang la pulak....




Ok siap! Rak "Pelbagai Jenis Sabun" Param!


Ok, masih lagi dengan projek dari Jaja. Kali nie Jaja nak tempat untuk sangkut kunci dan dalam masa sama ada slot untuk letak surat. Rambozzi® main² je buat design yg atas ni untuk buat sample. Buat frame guna kayu dan laminate kan. Tambah acrylic sheet warna biru tu untuk tempat sangkut kunci dan buat slot tempat letak surat. Pastu tunjuk kat Jaja. Dan dia berminat, tapi dengan sedikit sentuhan dia la. Jaja nak warna pink dan nak ada ukiran daripada acrylic dekat slot letak surat tu (memang Rambozzi® sengaja kosongkan ruangan tu pada asalnya untuk design ukiran acrylic ).


Dan, inilah hasilnya apabila dah siap. Jaja suka dan Rambozzi® pun lega. - Mahligai Cinta Abadi Muhd House.


Jaja nak order lagi dengan Rambozzi®. Kali ni meja untuk letak microwave. Jaja siap² bagi ukuran yang dia nak. Design pun dia yang nak macam ni. Rambozzi® ikutkan je.


Cabaran meja ni ialah dia punya table top. Kalau nak ikutkan teknik yang betul nak cantumkan kayu² tu jadi sekeping meja, kena guna "biscuits" nak cantumkan kayu² tu. Tapi Rambozzi® tak pernah tahu pun teknik tu. Rambozzi® ambik cara mudah tapi kukuh. Susun kayu² tu atas sekeping "plywood". Pastu gamkan guna wood glue dan pakukan je cantik². Kemudian Rambozzi® try tutup lubang² paku tu dengan "wood filler" tapi tak guna betul, bila cat dia nampak jugak. Tulis kat botol tu boleh dicat, tak guna betul.

Ok, untuk frame keliling table top tu, Rambozzi® guna kayu yang besar sikit dari yang kat dalam tu. Pastu guna router nak bagi tepi dia tu cantik dan tak bersegi sangat.

Jaja nak simple je dan atas bajet dia la tu. Jadi, Rambozzi® ikutkan je. Dah siap, cantik dan berkilat (selepas kena varnish 3 lapis). Good!

Fisha nakkan satu rak yang sesuai untuk dia letak koleksi botol² kicap, sos cili, sos tomato dan bermacam bagai lagi. Tapi tak tahu nak design macam mana. Fisha cakap senang je, belakang letak botol, depan letak gula garam dll. Hentam je la. Rambozzi® pun takde idea. Cantum² kayu jadi la macam tu. Buat alas guna laminate (wah dah pandai guna laminate!), buat pagar lebih kurang ngam² saiz botol untuk letak botol². Bahagian depan luas skit untuk letak bekas² gula dll. Simple tapi memenuhi kehendak pelanggan (kot).


Lagi satu Fisha nak tempat untuk dia letak botol air dan "water dispenser" kot. Kalau takde alas ni, Fisha kata payah nak ambik air sebab muncung "water dispenser" tu rapat ke lantai. Jadi Rambozzi® agak² bayangkan je pastu buat la rak macam tu. Simple je. Kemas.


Jaja nak set wall shelf 3 bijik. Saiz 2 kaki-3 kaki-2 kaki. Berapa kali jugak Rambozzi® buat tapi hancur sebab tak berapa mahir lagi nak gam dan trim laminate nih. Last² berjaya jugak buat 3 bijik nie.


Dah siap, kena pergi pasang pulak sebab nak pasang pun kena ada teknik dan ada "custom bracket". Huh! sebelum pergi pasang, confident je macam senang. Berdarah gak hidung Rambozzi® nak pasang. tapi nasib baik ok. Cantik dan cool! Ok, lepas ni boleh buat kerja kayu, buat perabot pakai laminate.
 
 




Kak Dilah (nama tuan punya meja nie) ada oven yang besar. Tapi takde meja yang sesuai dan cantik. Kak Dilah suka tengok hasil laminate Side Table Lily aritu. Jadi Kak Dilah mintak Rambozzi® buatkan meja yang ngam² saiz oven tu. Para kat bawah tu pun ngam² untuk simpan oven tu bila tak digunakan. Ok, siap. *Boleh tahan cantik dan kemas. Teknik menglaminate Rambozzi® pun semakin baik. Lagi banyak buat lagi expert kan?

*Rambozzi® selalu gunakan perkataan *boleh tahan tu sbb Rambozzi® masih amatur dan kurang pengalaman.
Nanti, bila Rambozzi® dah semakin cekap dan expert giler, baru boleh guna perkataan "cantik giler kalau korang tak tempah dengan Rambozzi® korang rugi giler! hahahahahahahahahaha




Nie dah Rambozzi® dah start makin serius pulak dalam keje kayu ni. Projek ni pun sbb si ibu Fatiha tu yg mintak.. (Free lagi...) "Nak side table, nak letak kat sebelah sofa...," kata ibu Fatiha.

Rambozzi® tak pernah "laminate" kayu nih. Memang tak pernah buat kerja pakai laminate". Dah kena beli Virutex laminate cutter (mahal giler) dan Bosch Mini Trimmer/Router.


Tapi Rambozzi® nak try jugak sebab Rambozzi® rasa dah makin syok pulak buat keje kayu. (tapi tak masyuk lagi ni...) Ok, kali ni Rambozzi® try laminate. Sebelum nak jadi mahir buat perabot pakai laminate ni kena la test dulu buat sample. Nak laminate tu senang (selepas beberapa kali try), Tapi nak trim tu yang payah.

Flush trim bit kena yang baru dan betul² tajam. Beli flush trim bit sebijik, boleh la guna untuk 2-3 projek, pastu dia tumpul. Bila tumpul, kalau try nak trim jugak, laminate tu akan pecah². Tak cantik la.

Design nie pun main hentam ikut sedap mata je. Rambozzi® tanya pada ibu Fatiha tu, nasib baik dia kata cantik suka (cuba la kata tak cantik, tengok...). Dan slow je dia cakap, "lagi cantik kalau buat dua...."


Rupa²nya ibu Fatiha tu cemburu sbb Fatiha dah dapat pagar.
Ibu Fatiha pun nak gak rupanya.
Ibu Fatiha nak tempat untuk gantung beg² plastik tu.
Alang² nak buat, Rambozzi® designkan sikit biar nampak agak menarik dan boleh jadi dwifungsi.
Ibu Fatiha happy sebab puas hati dgn keje kayu Rambozzi®. Free pulak tu.
"This is just the beginning......," kata ibu Fatiha sambil gelak jahat...





Yang ni nama dia "Pagar Fatiha" sebab Rambozzi® nak "pagar" si budak Fatiha ni. Suka sangat main kat dapur, ibu dia nak masak pun tak senang. Rambozzi® tambah magnetic board tu, Fatiha boleh la nak main tampal² ABC tu. Pastu Rambozzi®  tambah roda kat bawah pagar tu, senang ibu Fatiha  nak buka dan tutup pagar tu, dalam masa yang sama roda tu jadi sebagai "tapak" kepada pagar tu dan pagar tak tergantung.




Sebenarnya Rambozzi® pakai kayu terbuang je ni. Terjumpa penyidai kain yg dah patah, tapi ada part yg masih cantik.

Satu hari tu tengok citer Samurai apa tajuk ntah, dia tu ada Arm Rest lebih kurang macam ni la. Macam best je dia duduk bersidai letak tangan kat atas tu. Jadi, Rambozzi® pun nak gak sebijik.

Permukaan kayu yg atas tu gosok halus² dengan Tung Oil. Kayu tu Rambozzi® balut guna stiker untuk perabot. Kaki tu mana kutip ntah, tu yg warna lain tu.

Rambozzi® juga buat ruang untuk letak remote TV. Ok, boleh tahan cantik dan kemas.
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes