Ok. Projek Rak Kasut Ziti nie adalah projek yang mengambil masa paling lama untuk 'deal' - setahun 2 bulan! Heh heh heh. Betul Rambozzi® tak tipu. Sebenarnya antara faktor yang membuatkan proses 'deal' tu lambat adalah kekangan masa antara Rambozzi® dan Ziti dan juga faktor 'design' yang kami tak dapat tentukan sampai setahun lebih! Heh heh heh. Dan bila Rambozzi® siapkan dan 'post'kan projek Rak Kasut Mr. B baru² nie, Ziti mesej Rambozzi®, "OK. Stop Rambozzi®! Sekarang giliran saya!". Heh heh heh jadi nampaknya tibalah masanya untuk mulakan 'woodworking' untuk Ziti nie - Rak Kasut Ziti.
Projek nie agak unik dan 'special' untuk Rambozzi® sebab ini adalah projek pertama yang Rambozzi® 'plan' dan 'design' terlebih dahulu dengan menggunakan SketchUp (Rambozzi® sekarang dah 'agak' pandai menggunakan SketchUp heh heh heh heh heh). 'Idea' utama untuk rak kasut nie datangnya daripada Ziti sendiri, dan dengan sedikit 'sentuhan' Rambozzi®. Bila Rambozzi® tunjukkan 'design' tu pada Ziti, Ziti suka.
"SketchUp tu hanya 'design'. Rambozzi® sendiri tidak pasti lagi sama ada rak kasut yang akan Rambozzi® buat nie akan sama dengan 'design'nya. Yang pasti, Rambozzi® rasa lebih cantik 'design' daripada 'realiti'nya nanti heh heh heh..."
Atas permintaan Ziti, Rambozzi® akan gunakan 100% kayu 'pine' untuk projek nie. Ok, mula² sekali, 'pocket holes' dulu la. Kayu² di atas adalah untuk bahagian 'storage'nya. Aduh...maaf, Rambozzi® rasa Rambozzi® kena belajar balik Bahasa Melayu. Rambozzi® tak tahu nama² yang betul untuk bahagian² di dalam sesebuah perabot!
Untuk projek nie, Rambozzi® tebuk lubang² 'pocket hole' dengan menggunakan KREG® Micro Pocket Drill Guide.
Tapi ada juga beberapa bahagian yang Rambozzi® gunakan KREG® Jig R3 untuk menebuk 'pocket hole'nya.
Ok, dah siap 3 bahagian untuk ruangan simpanan kasut. Rambozzi® siapkan ketiga² bahagian ini terlebih dahulu supaya Rambozzi® dapat menentukan saiz yang tepat untuk membuat bahagian raknya.
Seterusnya Rambozzi® pasangkan pula kayu² untuk bahagian tapak rak.
Gambar di atas pula adalah untuk bahagian tepi atau sisi rak. Anak panah itu pula menunjukkan kepada 2 keping kayu terbuang yang Rambozzi® jadikan 'spacer' untuk menjarakkan sedikit kayu tersebut.
Ok, siap bahagian² utama untuk rak kasut nie. Maaf, kualiti gambar di atas 'tiba²' menjadi agak tidak memuaskan heh heh heh heh.
Seterusnya Rambozzi® cuba pasangkan kesemua bahagian tu dengan hanya menggunakan 'clamp' untuk melihat dan mendapatkan sedikit 'idea' untuk proses seterusnya. Setakat nie semuanya berjalan lancar.
Ok, dah datang masalah pertama. Rambozzi® terpaksa memotong sedikit kayu di bahagian tepi untuk ruangan² simpanan kasut. Sebab ia bergesel sesama sendiri dan tidak boleh dibuka ke depan. Rambozzi® ukur dan tandakan dan potong sedikit kayu² tu menggunakan 'jigsaw' tu.
Ok itulah dia 3 bahagian untuk ruangan simpanan kasut.
Rambozzi® terlupa nak nyatakan tadi, Ziti mahu rak kasutnya itu ada ruangan udara untuk mengelakkan bau kasut terperap di dalam rak kasutnya. Untuk itu, Rambozzi® 'plan' nak tampal beberapa keping 'plywood' di bahagian dalam ruangan simpanan kasut itu dan juga di bahagian sisi rak.
Tapi sebelum tu Rambozzi® kena cat dulu 'plywood'² tu sebab bila dah ditampalkan ke bahagian belakang ruangan simpanan kasut nanti susah pula nak dicat. Rambozzi® cat menggunakan 'polyurethane varnish' sebanyak 3 lapisan. Warna untuk 'polyurethane varnish' itu juga telah dipersetujui Ziti. Rambozzi® juga tampalkan 'masking tape' di atas 'plywood'² itu supaya ada ruang untuk disapukan gam kayu nanti. Tapi sayangnya Rambozzi® terlupa pula nak ambil gambar selepas 'plywood'² itu ditampalkan ke belakang ruangan simpanan kasut.
Sekarang tibalah masanya untuk mencantumkan kesemua bahagian menjadi rak kasut. Ruangan² simpanan kasut tu Rambozzi® pasangkan ke rak dengan hanya menggunakan skru sahaja. Dan Rambozzi® pasangkan juga 'magnet'² tu (lihat di gambar di atas) untuk memastikan ruangan simpanan itu 'duduk' di tempatnya dan tidak terkeluar ke depan. Sekali lagi, maafkan Rambozzi® sebab tak tahu nama yang betul untuk 'magnet'² tu. Tapi 'magnet'² tu ada dijual di kedai peralatan pembuatan perabot.
Ok, rantai² di dalam gambar di atas pula bertujuan untuk memastikan ruangan² simpanan kasut terbuka ke depan dengan 'sekata'. Ini 'idea' secara D.I.Y Rambozzi® sebab Rambozzi® tak jumpa 'brackets' yang sesuai untuk ruangan² simpanan kasut tu.
Seterusnya Rambozzi® tebuk pula lubang 'pocket hole' untuk dipasangkan bahagian atas atau penutup untuk rak nie. Ada pembaca Rambozzi® yang bertanya, "Rambozzi® dah ada KREG® Jig K5, adakah KREG® Jig R3 dan KREG® Jig Mini yang dulu masih digunakan?" Ya! KREG® Jig R3 dan KREG® Jig Mini masih Rambozzi® gunakan terutamanya untuk saat dan ketika seperti di dalam gambar di atas. Kadang², Rambozzi® tak tahu bila dan di mana perlu ditebuk 'pocket hole' sehinggalah bila tiba masa ianya diperlukan, maka itu adalah tugas KREG® Jig R3 dan KREG® Jig Mini.
Ok, kini tibalah pula masalah kedua! Kasut² lelaki terutamanya jenis 'sport' seperti di dalam gambar di atas tidak muat di dalam ruangan simpanan kasut tu! Sebabnya Rambozzi® ukur dan potong kayu² tu khusus untuk kasut² wanita! Itu adalah satu kesilapan yang amat besar sebab Ziti sudah bersuami dan suaminya tidak memakai kasut wanita! Hahahahaha aduh ini kesilapan terbesar Rambozzi®...
Jadi, Rambozzi® tunjukkan gambar tadi kepada Ziti dan berikan beberapa cadangan kepada Ziti untuk menyelesaikan masalah itu. Dan keputusannya, Rambozzi® kena besarkan sedikit ruangan simpanan kasut di paras bawah khusus untuk kasut² lelaki. Itu keputusan Ziti dan Rambozzi® akur.
Tapi, kayu² tu Rambozzi® dah skru dan gam! Gam kayu nie, sekali dia dah 'melekat' memang susah la nak dicabut semula. Rambozzi® terpaksa gergaji kayu tu! Aduh! Nasib baik satu je, kalau Ziti minta besarkan ketiga² ruangan simpanan kasut tu, boleh tahan gila jugak la kerja tu! Heh heh heh...
Fuhhh! Selesai masalah tadi. Ok, untuk bahagian terakhir rak kasut nie, Rambozzi® tampalkan sekeping 'plywood' di belakang rak nie. 'Simple' dan mudah.
Rambozzi® cat keseluruhan rak kasut nie dengan menggunakan 'polyurethane clear varnish' sebanyak 2 lapisan sahaja sebab kayu² 'pine' itu sendiri sudah diketam dan di'sanding' dengan cantik dan bersih permukaannya. Rambozzi® pasangkan juga 'cabinet knobs' tu.
Maka, siaplah projek Rak Kasut Ziti nie. Rambozzi® tunjukkan gambar rak kasut tu kepada Ziti dan respon Ziti hanya satu perkataan, "CUN!". Fuhhh! Lega Rambozzi®.
Secara peribadi, bagi Rambozzi® Rak Kasut Ziti nie adalah 'masterpiece' Rambozzi®. Rambozzi® berpuas hati dengan 'design'nya, pemilihan warnanya, pemasangannya, kekemasannya dan juga masalah²nya heh heh heh. Ini adalah hasil kerja yang paling cantik bagi Rambozzi® setakat ini. Ya! Rambozzi® puji diri Rambozzi® sendiri sebab Rambozzi® amat berpuas hati! Dan Rambozzi® berharap Ziti pun akan berpuas hati dengan hasil kerja tangan Rambozzi® nie...


























































.png)


