Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us


"Mana ada tempat lagi dalam hati saya untuk Sultan itu? Kerana hati saya sudah penuh dengan memuja kau saja, Tuah..."

"Itu mudah saja, Tuan Puteri. Saya boleh berikan Tuan Puteri sirih jampi. Makanlah malam ini. Besok, Tuan Puteri akan lupakan saya..."

"Tak mau! Tak mau! Saya tak mau melupakan Tuah!"


"Simpanlah puan ini baik², Tuah. Inilah keranda tempat terpendamnya hati saya. Di sinilah terkuburnya kasih sayang Tun Teja pada Hang Tuah..."

('Puan' tu bekas simpan sirih kot... Sebab tu ia diandaikan sebagai "keranda tempat terpendamnya hati saya. Di sinilah terkuburnya kasih sayang Tun Teja pada Hang Tuah..." Ngeeeeee! Hehehehehehehe)

Tun Teja pun menangis, lagi...

Itu Tun Teja. Tapi bagaimana pula keadaannya di dalam hati Hang Tuah?

Hang Tuah juga menangis di dalam hatinya. Ada ketikanya, Hang Tuah akan berselindung di sebalik dinding perahu dan mengesat airmatanya...

'Scene' dari filem Hang Tuah itu amat menyentuh hati dan perasaan Rambozzi®. Ia sangat 'feel', ia sangat 'true' dan ia sangat 'love'. Setiap kali menonton filem ini, hati Rambozzi® akan berdebar². Mata Rambozzi® akan bergenang. Dan Rambozzi® akan mengesat airmata yang mengalir di sebalik dinding perahu itu, juga...

'Puan' yang diminta simpan oleh Tun Teja itu, sebenarnya ada pada Rambozzi®. Selepas berkurun², ia telah bertukar rupa menjadi sebuah ketam tangan dan menukar namanya kepada Irwin Smoothing Plane No.4.

 My Love

Ia kemudiannya Rambozzi® panggil sebagai 'Love'. Rambozzi® akan simpan 'Love' ini baik². Kerana "inilah keranda tempat terpendamnya hati saya. Di sinilah terkuburnya kasih sayang Tun Teja pada Hang Tuah..."


Lama Rambozzi® mendalami ilmu dan teknik² menggunakan 'Love' sebelum berkeyakinan untuk menggunakannya di dalam kerja² kayu Rambozzi®. Ada beberapa projek sebelum ini, yang Rambozzi® gunakan 'Love' untuk merata dan menghaluskan permukaan kayu. Tapi ia masih belum mencukupi. Rambozzi® masih belum betul² mahir lagi menggunakan sebuah ketam tangan.

Tapi 'Love' senantiasa ada dengan Rambozzi®. 'Love' setia bersama dengan Rambozzi®. 'Love' tidak pernah ke mana² pun. 'Love' tidak akan meninggalkan Rambozzi®. Dan Rambozzi® juga tidak akan meninggalkan 'Love'. Kerana itulah janji Rambozzi® kepada 'Love', dulu. Kalaupun ia bukan permintaan 'Love', ia tetap adalah kemahuan Rambozzi®.

Bukan permintaan pun Rambozzi® turutkan, inikan pula sebuah rayuan... 

Ohhh, Love...

Untuk 'Love', Rambozzi® akan terus menjadi 'woodworker' ini. Disebabkan 'Love' juga, Rambozzi® menukar 'tagline' Rambozzi® menjadi Rambozzi® - Woodworking with Love. Rambozzi® turut menukar logo Rambozzi®. Semuanya untuk 'Love', demimu, my Love...


Untuk projek kali ini, Rambozzi® banyak menggunakan 'Love'. Rambozzi® rasa, tidak, Rambozzi® masih ingat, itulah permintaan Love.

Jadi, dengan tidak membuang masa lagi - kerana 'Love' yang amat Rambozzi® cintai - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® with Love - Per Amore Pt.I.


Oraits! Projek ini terdiri dari 2 bahagian, iaitu kerusi atau 'stool' dan juga meja. Sebenarnya projek ini adalah set meja makan. Ia telah ditempah oleh Puan Salehan - iaitu kenalan Rambozzi® yang sebelum ini pernah menempah beberapa barangan dari Rambozzi®. Oh ya! Puan Salehan ini juga adalah orang yang bertanggungjawab mempopularkan nama Rambozzi® di dalam satu keluaran majalah Laman, tahun lepas. Hehehehehehe peace!

Rambozzi® mulakan dengan membuat kerusinya dahulu. Ada 4 biji 'stool' kesemuanya. 'Idea' untuk set meja makan ini adalah 100% 'idea' Puan Salehan sebenarnya. Rambozzi® hanya menambah sedikit 'sentuhan' Rambozzi® sahaja.

Rambozzi® akan memotong beberapa batang kayu untuk bahagian kaki 'stool' ini dahulu. Kayu² itu akan dipotong serong pada 'miter' 22.5°. Tetapan untuk sudut 'miter' ini sebenarnya ada pada 'miter saw'. Hanya pusingkan sahaja mata gergaji pada 'miter' yang kita kehendaki.

Tapi, disebabkan Rambozzi® tidak mahu mengganggu atau mengubah (haaaa! mana satu ntah!) kedudukan atau tetapan (haaaa! mana satu ntah!) pada 'sliding miter saw' milik Rambozzi®, maka Rambozzi® terpaksa menggunakan cara 'manual' sahaja.

"Rambozzi® tidak mahu mengganggu tetapan pada 'sliding miter saw' itu kerana apabila ia dipusingkan kembali kepada kedudukan 0°, ada risiko ia tidak akan lagi tepat. Sikit lari pun sudah manyak kacau maaa! Hahahahahaha!"

Jadi, Rambozzi® dapatkan sudut yang dikehendaki dengan menggunakan 'protractor' dan juga 'bevel gauge' (sila lihat gambar di atas).


Dan sudut itu Rambozzi® 'transfer'kan ke kayu yang hendak dipotong. Proses di atas hanya dilakukan sekali sahaja kerana tetapan itu boleh digunakan untuk seberapa banyak kayu yang hendak dipotong kan pun. Heh heh heh heh...

Rambozzi® gariskan satu tandaan pada kayu tersebut. Kayu itu akan dijadikan 'guide' untuk membuat 'jig' ringkas pada 'sliding miter saw' nanti.


Ia tidaklah sesusah mana. Rambozzi® hanya letakkan kayu tersebut di atas meja 'sliding miter saw', pusingkan ia sehingga mendapat sudut yang dikehendaki, dan Rambozzi® skrukan 3 batang kayu ke meja tersebut sebagai 'guide' atau 'stop block'. Hmmmm... Betul ke tak ntah istilah tu...

Jadi, 'so', setiap batang kayu yang diletakkan di antara 3 batang kayu yang diskrukan itu akan mendapat sudut yang sama, 'everytime'. Ia tidak akan bergerak², dan Rambozzi® boleh berasa yakin dengan ketepatan sudutnya.

'Sliding miter saw' itu tidak diubah langsung kedudukan 'miter'nya. Teknik seperti ini kita panggil sebagai, ermmmmm apa ye istilahnya? Haaaa! Ia dipanggil "Rambozzi®-malas-nak-kacau-setting-tu-sebab-susah-la-nak-dapat-tepat".


Dan kayu² itu pun dipotong seadanya dengan jayanya.


Rambozzi® akan bulatkan sedikit setiap bucu kayu² itu dengan menggunakan 'roundover hand plane'. Ketam itu Rambozzi® jumpa di sebuah 'hardware' di sekitar Key Ell.


Itu rupanya dari dekat. 'Base' atau tapaknya berbentuk V seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas. Manakala 'plane iron'nya pula sedikit bulat di tengah²nya.

Rambozzi® sekarang banyak menggunakan 'hand tools' terutamanya apabila bekerja menggunakan kayu 'pine' kerana mesin² seperti 'mini router/trimmer' akan mengoyakkan kayu 'pine' yang lembut, terutamanya bahagian 'end grain' kayu.

Tapi 'plane iron' mesti dipastikan sentiasa tajamlah. Untuk tujuan itu, Rambozzi® juga telah mendalami ilmu mengasah mata ketam hehehehe. Ermmmmm nanti la Rambozzi® tuliskan bab mengasah, atau bab mengetam...


Menggunakan ketam tangan yang tajam boleh memastikan kita mendapatkan hasil 'rout' yang halus, kemas dan cantik. Menurut American Woodworkers, hasil ketam adalah lebih halus daripada hasil 'sanding'. Ketam tangan yang betul² tajam tidak akan menghasilkan habuk langsung. Yang terhasil hanyalah 'plane shavings' sahaja.

Artinya, tak de habuk langsung, beb! Hanya hirisan² kayu je yang terhasil. Dan suka Rambozzi® nak tuliskan di sini, mengetam kayu ni "berhantu", beb. Sekali kita mengetam, susah nak berhenti. Kadang² sampai nipis kayu diketamnya!

Kebiasaannya, apabila Rambozzi® sudah berhenti 'woodworking', sebelum Rambozzi® keluar dari Rambozzi®-Love Studio, Rambozzi® akan meluangkan sedikit masa untuk mengetam, sekejap kononnya. Bila mengetam, Rambozzi® berasa sangat rehat. Tapi, bila dah 'start', aduh susahnya la nak 'stop'!  Rehat la sangat! Hahahahahaha! Tapi syok, beb! Seyes Rambozzi® tak tipu atau kencing lu, bro. Rambozzi® bukan kaki kencing, der... Heh heh heh heh heh...

Ok. Berbalik kepada proses di atas, hehe. Dapat dilihat dengan jelas perbezaan di antara kayu yang belum diketam dengan kayu yang siap diketam atau dibulatkan. 'One more time' sila lihat gambar di atas.


Dan itu dari jarak yang lebih dekat. Halus, beb. Tak koyak, tak goyang punye, bro!


Oraits! Anak panah berkepala 2 di dalam gambar di atas menunjukkan kepada jarak bukaan pada 'vise' tersebut. Untuk operasi mengetam, hanya saiz² kayu yang tertentu sahaja yang boleh diapit dengan menggunakan 'vise' itu. Untuk kayu yang lebih lebar, kita biasanya menggunakan 'bench dog' pada 'workbench'. Eh? Perasan tak? 

Seboleh mungkin, Rambozzi® gunakan istilah atau 'terminology' paling tepat untuk 'woodworking' di dalam blog ini. Perasan tak? Perasan la wey... Jangan la... Penat Rambozzi® buat 'research' dan 'study' untuk para pembaca blog ni, tau?

Rambozzi® tak rajin pun. Rambozzi® buat semua ini demi 'woodworking'. Rambozzi® buat semua ini demi 'Woodworking with Love' yang Rambozzi® bawa. Rambozzi® buat demi 'love'. Rambozzi® buat untuk Love...

Ok! 'One more time', berbalik kepada proses di atas, hehe.  Disebabkan kayu itu terlalu lebar untuk diapit dengan menggunakan 'vise', kita sebagai 'woodworkers' akan gunakan 'bench dog'.


Anak² panah berwarna merah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada 'D.I.Y bench dog' pada 'workbench' Rambozzi®. Ia sebenarnya adalah 'furniture fittings' yang Rambozzi® jumpa di 'hardware'. Hehe...


Apabila butang merah itu ditekan, besi di dalam kotak plastik itu akan keluar. Rambozzi® skrukan 'bende' tu pada 'workbench' dan jadilah ia 'bench dog' hehehehe...


Jadi, besi itu boleh dijadikan penahan bila Rambozzi® perlu mengetam permukaan kayu yang lebar, yang tidak boleh diapit dengan menggunakan 'vise'. Haaaaa bijak kan Rambozzi®? Hehehehe...


Sebenarnya 'idea' itu datangnya dari produk U.S yang tidak ada di Malaysia. Ia dipanggil Veritas® Prairie Dog™.


Kekecewaan tidak dapat memiliki produk di atas menyebabkan Rambozzi® terpaksa memikirkan 'idea'² D.I.Y untuk 'woodworking' Rambozzi®.

Rambozzi® 'frust', beb... Punye la ohsem produk tu, tapi tak de kat Malaysia. Nak 'order' kat 'online store' Rambozzi® tak de 'credit card' pulak. Nak guna 'debit card' Rambozzi® "segan" dengan baki yang tinggal. Hehehe peace!

Jadi, Rambozzi® kena kreatif dan inovatif.

Takpe... Satu hari nanti Rambozzi® akan ke bumi Amerika. Rambozzi® nak 'shopping' kow² punye kat sana pastu berlagak kat 'page' komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Kikikikiki...

Rambozzi® nak buat gini:-

- Bro beli kat mana 'tools' tu?

- Saya beli kat Shah Alam, abam Rambozzi®. 'Tools' abam Rambozzi® tu beli kat mana?

- Rambozzi® "jumpe" kat Seattle, the largest city in the state of Washington, United States of America (USA), bro.

Ngeeeeee! Hehehehehehehehe...


Hahahahahaha! Aduh... Sebenarnya jarang² sangat Rambozzi® menulis kat blog ni sekarang ni. Sebab tu jadi gini kikikikikiki...

Oraits! Jadi Rambozzi® bulatkan setiap sisi semua kayu tersebut dengan menggunakan 'roundover hand plane' di atas.


2 keping kayu dipotong pula sama panjang, digam dan di'clamp'kan sehingga gam kering. Bahagian di atas adalah untuk tempat duduk.


Rambozzi® gam dan skrukan pula bahagian kaki ke tempat duduknya.


Gambar di atas menunjukkan kepada binaan yang terhasil setakat ini.


Rambozzi® sudahkan dengan memasang 2 lagi kaki ke 'stool' di atas. Proses pemasangan di atas hanyalah dengan menggunakan gam kayu, skru dan 'cordless drill' sahaja. Proses pemasangan yang sangat asas, mudah, ringkas dan cepat.


Siap 'stool' untuk projek ini.


Tapi, keterujaan untuk menyiapkan projek ini telah menyebabkan Rambozzi® tersalah tebuk lubang 'pilot hole'. Disebabkan kakinya dipasang sedemikian rupa, maka bahagian kaki yang di sebelah dalam telah "lari" kedudukannya dari lubang 'pilot hole' yang telah ditebuk awal² lagi alaaa panjangnya ayat ni adoi!


Tapi tidak mengapa, my Love... Rambozzi® gunakan lebihan kayu dari projek ini sendiri untuk menutup kelemahan tersebut. Rambozzi® hanya gam dan skrukan sahaja lebihan kayu di atas ke tempatnya.

'Simple'. Tapi ia telah menyelamatkan keseluruhan projek ini!


Dan siap bahagian pertama untuk projek set meja makan Puan Salehan ini. Yay!


Sudut 22.5° dan pemasangan kaki secara "luar dan dalam yang bersilang" seperti itu telah menyebabkan setiap 'stool' tersebut boleh disusun sebegitu rupa. Setiap 'stool' boleh dilorongkan masuk sesama sendiri dan membentuk sebuah 'bench' yang panjang. Ohsem kan?

'Stool' di atas sangat menjimatkan ruang. Ia juga mempunyai rekabentuk yang unik dan menarik.

Projek ini tidak susah pun untuk dibuat. Yang paling penting adalah setiap batang kayu mesti dipotong sama panjang dan sama sudutnya. Apa² sudut pun boleh digunakan. Cuma "kangkangannya" sahaja yang akan berbeza la kan? Hehe peace!

Seterusnya, Rambozzi® akan ke bahagian kedua untuk projek ini, iaitu mejanya pula.

Tapi, sebelum itu, 'one more time', berbalik kepada cerita Tun Teja dan Hang Tuah tadi, 'puan' yang dihadiahkan oleh Tun Teja kepada Hang Tuah itu telah bertukar menjadi sebuah ketam tangan. Tun Teja simpan hati dan cintanya kepada Hang Tuah di dalam 'puan' itu. Ketam tangan ('puan') itu kini berada dalam simpanan Rambozzi® pula. Dan Rambozzi® panggil ia sebagai 'Love'.

Rambozzi® akan simpan dan jaga 'Love' ini baik². Kerana di dalamnya ada hati dan cinta Tun Teja.

Dengar citer, Tun Teja tu cun giler, bro! Sebab tu Sultan Melaka gilakan Tun Teja. Haaaaaa!

Haippp! Bukan Sultan Melaka yang kat Facebook tu la! Sultan Melaka yang kat Facebook tu tak gilakan Tun Teja. Dia memang giler!

Hahahahahahahahahahahahahaha!



"Aku nak ko guna kayu palet yang paling buruk sekali. Tak payah gosok, tak payah tutup bekas lubang² paku atau lain² kesan kotor. Aku nak RUSTIC! Ko paham tak Rambozzi®? RUSTIC!!! R-U-S = Ras, T-I-C = Tik. RUSTIC!!! Aaarrrggghhh!!! RUSTIC!!!", pekik Opik sambil menarik² rambutnya sendiri kerana terlalu 'feel', agaknya...


Rambozzi® agak khuatir juga, kerana selama Rambozzi® menjadi 'woodworker' ini, memang konsep 'rustic' agak jarang Rambozzi® aplikasikan. Memang Rambozzi® memilih untuk membuat kerja² kayu secara teliti, halus atau 'fine woodworking' kata omputih. Kalaupun Rambozzi® menggunakan kayu palet, memang Rambozzi® akan gunakan kayu palet yang paling cantik. Memang Rambozzi® ni Rambozzi®. Hehe.

Kalau Rambozzi® pergi membeli kayu palet, tokey kedai kayu itu memang sudah sedia maklum dengan perangai Rambozzi®. Rambozzi® akan meluangkan masa yang lama untuk memilih kayu² yang terbaik, elok dan cantik dari timbunan susunan kayu² paletnya. Rambozzi® sanggup bermandi peluh mengangkat, menapis dan memilih kayu palet yang Rambozzi® kehendaki. Kemudian, Rambozzi® akan susun semula kayu² palet yang bersepah di atas lantai ke raknya. Itu satu pekerjaan yang memenatkan!

Tapi Rambozzi® mahukan kayu² yang terbaik dan cantik sahaja untuk kerja² Rambozzi® ini. Dan, apabila Opik meminta Rambozzi® menggunakan kayu palet yang paling buruk, sebenarnya Rambozzi® menggunakan kayu palet yang paling buruk dari kayu² palet terbaik dan tercantik dalam simpanan Rambozzi®. Hehe. Peace!

Projek ini ringkas & mudah sahaja. Ia sangat santai. Projek ini disiapkan dalam masa tidak sampai 2 jam, kalau tak silap Rambozzi®. Oh! Jarang² sangat Rambozzi® bekerja sepantas itu! Dan tempoh kurang dari 2 jam itu boleh dikatakan agak pantas! Hahahahahahahahaha!

Apabila 'woodworking', Rambozzi® banyak "menghabiskan masa" menghayati setiap prosesnya. Setiap batang kayu yang akan digunakan akan Rambozzi® perhati dan nilai terlebih dahulu. Setiap perincian di dalam senirekanya akan Rambozzi® teliti dan fahami sepenuhnya. Proses mengukur dan menanda adalah kritikal bagi Rambozzi®. 'Setting' atau 'alignment' dan ketepatan mesin yang akan digunakan disukat, diukur, dilaras berulang kali sehingga mendapat tetapan terbaik yang Rambozzi® inginkan, dan berpuas hati. Setiap sisi kayu dipastikan tepat dan 'square' sebelum dipotong di 'sliding miter saw'.

Rambozzi® sangat cerewet! Rambozzi® terlalu teliti. Dan ciri ini membuatkan Rambozzi® lambat bertukang. Projek² Rambozzi® tidak banyak yang disiapkan dalam masa yang singkat atau ekspres, tidak seperti 'woodworker'² lain yang sepantas "lipas kudung". Sebab itu, tidak banyak projek 'woodworking' yang Rambozzi® ada. Rambozzi® tidak memiliki 'profile' yang baik dan membanggakan untuk dipersembahkan kepada bakal pelanggan. Rambozzi® tidak memiliki 'profile' yang baik sebagai seorang 'woodworker'.

Tapi apabila membuat satu² projek 'woodworking', seluruh hati dan hidup Rambozzi® akan "diluangkan" untuknya. 

'I Want To Spend My Lifetime Loving You' - kata sebuah lagu cinta yang merdu dan syahdu. Itulah 'woodworking' Rambozzi®. Itulah Rambozzi®.


Jadi, Opik memanggil Rambozzi® ke rumahnya untuk mendapatkan susunatur terbaik untuk koleksi tin² dan botol² Coke miliknya. Rambozzi® membiarkan sahaja Opik menyusun dan mendapatkan 'setting' terbaik untuk raknya nanti. Selepas Opik berpuas hati, barulah Rambozzi® mengambil ukuran dan terus membuat lakaran menggunakan SketchUp di dalam komputer riba. (Kebetulan pula Rambozzi® memang membawa komputer riba pada hari itu, jadi Rambozzi® terus membuat lakaran SketchUp, 'on the spot' di tempat kejadian hehehehehe.)

Dan, selepas segalanya mencapai persetujuan dan kata sepakat, maka, jadi, 'so', dengan tidak membuang masa lagi, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Coke Pallet Rack Opik.


"Yeah! Ah! Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan Rambozzi® pada ketika ini, pada saat Rambozzi® menulis bait² "maka, jadi, 'so', dengan tidak membuang masa lagi, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini" di atas. Ia membuatkan Rambozzi® berasa sangat HIDUP!"


Oraits! Rambozzi® mulakan dengan memilih kayu² palet yang paling buruk dari kayu² palet terbaik dan tercantik dalam simpanan Rambozzi® heh heh heh heh.



Ada beberapa batang kayu yang terpaksa disambungkan kerana tidak cukup panjang untuk projek ini. Rambozzi® potong kayu² itu dengan menggunakan 'sliding miter saw'.


Kebiasaannya, setiap hujung kayu akan Rambozzi® potong bersih terlebih dahulu ('initial cut') sebelum memotongnya ke saiz yang diperlukan. Tetapi untuk projek Coke Pallet Rack Opik ini, Rambozzi® akan membiarkan sahaja hujung² kayu tersebut di dalam keadaan asalnya (lihat anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas).


Begitu juga dengan sisinya. Kebiasannya, Rambozzi® akan bersihkan setiap sisi² kayu tersebut sama ada dengan menggunakan 'table saw', 'mini router/trimmer' atau Rambozzi® ketam dengan menggunakan Love. Tapi tidak untuk projek kali ini. Nak sangat 'rustic' kan? Kan? Hmmm?! What?! You feel me, nigga?! You catch my drift?! Or you want me to put a hole in your head?! Hmmm?! You know what I'm sayin'?!" Heh heh heh heh heh...


Kemudian, kayu² itu ditebuk pula lubang² 'pocket hole' untuk proses penyambungan dan pemasangan nanti. 'Pocket hole' - Teknik Keramat Rambozzi® yang akan Rambozzi® setia gunakan sampai mati.


Kayu² palet itu akan diskrukan secara terus ke rangka utamanya nanti. Untuk mengelakkan kayu itu pecah, Rambozzi® terlebih dahulu menebuk lubang² 'pilot hole' dan juga 'countersink'.


'Drill bit' di atas adalah jenis 'countersink drill bit'. Ia menebuk lubang 'pilot hole' dan 'countersink', serentak.


Rambozzi® gam dan skrukan dahulu rangka utama untuk projek ini.


Beberapa batang atau keping haaa-mana-satu-ntah! kayu digam dan diskrukan di pula di bahagian belakang rangka utama. Kayu² itu akan membantu menepatkan sesiku rangka tersebut, menjadi dindingnya, sekaligus mengekalkan bentuknya sebagai sebuah palet yang RUSTIC! Aaarrrggghhh! RUSTIC!!! Hahahahahahahaha!


Dan begitulah rupanya apabila siap dipasangkan. Sangat ringkas. Sangat mudah. Sangat Rambozzi®.


Kemudian ia disudahkan dengan pemasangan rak² di bahagian depannya. Jarak dan susunatur setiap rak itu adalah mengikut kehendak Opik.


Dan voilà!  Projek Coke Pallet Rack Opik ini siap sepenuhnya! Yay!


Projek yang 'simple' tapi menyeronokkan. Harap Opik akan suka dan berpuas hati la dengan projek ini. 

Untuk menambahkan 'mood' atau 'feel' RUSTIC! itu tadi Rambozzi® melakukan penggambaran untuk hasil akhir projek ini, di dalam semak. Hehe. Boleh ke gitu? Boleh tak? Haaaa?! Hmmmm?! What?! You feel me, nigga?! You know what I'm sayin'?!".

Heh heh heh heh heh...



Ah! Marvelous! Marvelous! Hahahahahahaha! Rambozzi® nak gelak dulu jap. Kikikikikikiki... Aduh... Aduh! Ini adalah sesuatu yang tidak pernah Rambozzi® bayangkan akan menjelma ke dalam hidup Rambozzi® ini. Ohsem! Ohsem sangat tau! Rambozzi® telah mendapat peluang untuk menjadi OHSEM!

Ok ok. Begini kisahnya. Biar Rambozzi® 'flashback' jap ye heh heh heh heh heh...

Pada suatu hari, di pagi yang nyaman dan ceria, ketika Rambozzi® sedang berjalan² menghirup udara segar sambil menikmati nyanyian burung² di atas pepohon yang merimbun, Rambozzi® telah dihubungi oleh Cikgu Aisha. Hehehehehehe peace!

Ok. Sebenarnya, Cikgu Aisha adalah seorang guru di sebuah sekolah montessori di Shah Alam. Rasanya, Cikgu Aisha adalah pengetua sekolah berkenaan. Jadi, Cikgu Aisha telah menghubungi Rambozzi® dan meminta Rambozzi® mengadakan sebuah kelas asas pertukangan kayu untuk 10 orang pelajarnya. Jadi, Rambozzi® bertanya kepada Cikgu Aisha, "berapa umur pelajar² itu, Cikgu?". "Antara 6 ke 12 tahun," jawab Cikgu Aisha.

Aduh! Halamaks! Budak kecik tuh! Bolehkah Rambozzi® yang amatur ni nak mengajar 10 orang kanak² sekecil itu? Mampukah Rambozzi®? Ah sudah.....

Jadi Rambozzi® bertanya lagi, "apa yang cikgu nak Rambozzi® ajar? Apakah projek 'woodworking' yang pihak cikgu berminat nak buat?".

"Ohhh tak susah pun, Rambozzi®. Hanyalah sebuah kotak kayu sahaja. Kita ada 10 orang pelajar, jadi kita nak Rambozzi® tunjukkan cara² membuat 10 biji kotak kayu sahaja".

Selepas melihat contoh gambar kotak kayu berkenaan, Rambozzi® dengan tidak berfikir panjang lagi terus bersetuju untuk menerima tugasan tersebut. Ini adalah satu peluang keemasan bagi Rambozzi®!

Kebetulan pula, Rambozzi®-Love Studio baru sahaja siap dibina. Studio itu masih kosong dan rasanya ia sangat sesuai untuk dijadikan kelas. Oh ya. Terlupa pula Rambozzi® hendak menulis mengenai Rambozzi®-Love Studio itu.....

Rambozzi®-Love Studio adalah bengkel kayu Rambozzi®. Ya. Sekian lama Rambozzi® bertukang di dalam bilik di dalam 'apartment', kini Rambozzi® sudah mempunyai studio sendiri. Aaa! Aaa! Aaa! No! No! No! Ia tidak akan Rambozzi® panggil sebagai bengkel kayu. Namanya adalah Rambozzi®-Love Studio. Sila baca dan perhatikan ejaan dan setiap hurufnya dengan teliti, namanya adalah Rambozzi®-Love Studio.

Sedikit info mengenai Rambozzi®-Love Studio...

"Rambozzi®-Love Studio adalah dunia Rambozzi®. 
Rambozzi®-Love Studio adalah hidup dan mati Rambozzi®. 
Rambozzi®-Love Studio adalah cinta Rambozzi®. 
Rambozzi®-Love Studio adalah 'love' Rambozzi®.
Rambozzi®-Love Studio adalah 'my Love'..."

Jadi, Rambozzi® terima tugasan dari Cikgu Aisha ini dengan menetapkan beberapa syarat. Oh! Ia bukanlah syarat apa pun. Ia hanyalah beberapa syarat mengenai faktor keselamatan sahaja. Anak orang tu, beb! Jangan buat pasai putuih jaghi budaq tu naya Rambozzi® nak menjawab nanti... Haaaaaa ada bunyi Utara tak? Heh heh heh heh heh heh heh peace!

Jadi, 'so'. Dengan tidak membuang masa lagi - kerana Rambozzi®-Love Studio itu sangat bererti bagi Rambozzi® - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini dengan projek yang bertajuk - "Rambozzi® - Darjah 1".


Memandangkan Rambozzi®-Love Studio baru sahaja siap dibina, maka Rambozzi® memang tidak sempat langsung hendak memindahkan segala 'power tools' dan peralatan Rambozzi® lagi. Rambozzi® hanya sempat membina beberapa buah meja dan kerusi kecil sahaja. Itupun dari lebihan kayu dari projek² sebelum ini.

Oh! Bayangkan, bagaimana perasaan Rambozzi® ini hendak mengajar orang? Rambozzi® ini hendak mengadakan sebuah kelas? Ah! Kelas?! What?!

Rambozzi® ini bukanlah dari golongan 'professional', tidak dalam apa² bidang sekalipun. Rambozzi® ini hanyalah Rambozzi®  - seorang 'blogger' tidak ternama yang menulis mengenai 'woodworking' sahaja. Bayangkan bagaimana rasanya di dalam hati Rambozzi® ini, "Rambozzi® hendak mengadakan sebuah kelas?". Ohhh...

Tapi dalam masa yang sama, Rambozzi® rasa sangat teringin pula hendak menyahut cabaran ini. Mungkin ia hanyalah sebuah kelas asas yang kecil sahaja. Tapi dengan sepenuh hati, Rambozzi® cuba ingin menjadikan kelas ini sebagai satu pengalaman dan kenangan terindah dalam hidup Rambozzi®.

Maka, Rambozzi® cuba sebaik mungkin untuk menyediakan sebuah fasiliti terbaik dengan apa yang Rambozzi® miliki. Meja dan kerusi itu Rambozzi® buat sendiri, dengan menggunakan kayu dan sedikit kemahiran 'woodworking' yang Rambozzi® ada.

Rambozzi® potong beberapa batang kayu untuk kelas berkenaan. Dan Rambozzi® susunkan di atas meja berkenaan sebagai satu 'kit' untuk kanak² itu nanti.

Rambozzi® juga susunkan 'safety glasses' untuk kanak² berkenaan. Dan Rambozzi® letakkan sebotol air minuman untuk setiap kanak² berkenaan.

Rambozzi® membayangkan suasana di dalam sebuah kelas berbayar yang biasa kita hadiri. Walaupun kelas Rambozzi® ini tidak akan mungkin akan dapat menyamai "kualiti" kelas² anjuran pihak² yang lebih pakar dan 'professional', Rambozzi® tetap ingin memberikan yang terbaik dengan kemampuan dan cara Rambozzi® sendiri.

Dan Rambozzi® bersedia untuk memulakan episod terbaru di dalam dunia 'woodworking' Rambozzi® ini...


'Power tools' di atas tidak semuanya adalah milik Rambozzi®. Ada beberapa daripadanya adalah "ihsan" dari beberapa orang rakan Rambozzi® di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Memang Rambozzi® tidak akan menyebut nama² mereka di dalam blog ini. Memang tidak pernah Rambozzi® menyebut nama sesiapa pun dari komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia  di dalam blog ini. Memang sengaja Rambozzi® berbuat demikian sebab... Ah! Ada terlalu banyak sebab. Terlalu banyak sebab...

Sekarang ini, pada masa ini, Rambozzi® perlu lebih berhati² apabila melibatkan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Sekarang ini, pada masa ini, Rambozzi® merasakan seperti komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia itu bukan lagi milik Rambozzi®, walaupun Rambozzi®lah orangnya yang mewujudkan dan menaikkan nama komuniti itu. Rambozzi® rasa seperti komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia telah pergi jauh dari Rambozzi®. Rambozzi® rasa seperti Rambozzi® telah ditinggalkan oleh komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Pelik. Tetapi itulah Rambozzi® rasakan sekarang, pada masa ini...



Tapi tidak mengapa. "Ihsan" dari rakan² berkenaan amat² Rambozzi® hargai. Terima kasihlah banyak². Tanpa bantuan ini, program ini akan gagal sebelum ia bermula lagi... (Kalau nak tahu nama rakan² Rambozzi® itu, sila lihat di dalam Facebook Page komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Hehehehehe peace!)


Jadi, Rambozzi® terima dan sahut cabaran baru ini. Dan ia memang agak mencabar...


Mengajar 10 orang kanak² bukanlah sesuatu yang Ringkas & Mudah. Ia memerlukan kesabaran dan ketegasan. Ya. Rambozzi® perlu tegas tetapi bukan garang. 


Jadi, tidak banyak yang hendak Rambozzi® perkatakan atau tulis di dalam 'entry' kali ini. 'Entry' kali ini lebih berkisar kepada keterujaan Rambozzi® sahaja. Kelas ini adalah sesuatu yang baru di dalam hidup Rambozzi® dan juga di dalam dunia 'woodworking' Rambozzi®, secara khususnya.

Jadi, ermmm, jadi... Jadi, kita pakat tengok gambar je lah ye hehehe peace! Rambozzi® akan tulis sikit² je sebagai penambah seri hehe.



Tanpa skrip, tanpa persediaan rapi, tanpa tauliah, Rambozzi® menjadi tenaga pengajar. Tetiba je hehehehehehe. Tapi Rambozzi® 'cool' je ok? OK?! Hahahahahahaha!




Seperti yang Rambozzi® maklumkan di dalam 'page' komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, Rambozzi® mendapat bantuan dari beberapa orang rakan untuk kelas ini. Terima kasih banyak², beb! Tanpa bantuan korang, kelas ini akan GAGAL.

Dan rakan² yang datang membantu Rambozzi® ini pula bukanlah calang² orangnya. Perhatikan gaya dan kualiti mereka. Awasi juga kebengisan mereka ya tuan²! Hahahahahahaha!







Bagi kita yang sudah biasa dengan 'power tools' seperti 'jigsaw' itu, semua itu adalah "biasa" sahaja. Tapi bagi tangan² kecil itu, sedikit kecuaian Rambozzi® akan mengakibatkan malapetaka yang maha besar. Sepanjang kelas tersebut, Rambozzi® memberikan 1000% fokus kepada kanak² ini.








Cikgu Aisha sendiri tidak melepaskan peluang untuk mencbua beberapa 'power tools'. Ohsem Cikgu Aisha!














Selepas sesi demonstrasi, maka tibalah masa untuk kanak² itu membuat projek kayu pertama mereka. Dan tibalah juga masa² paling huru-hara di dalam hidup kami! Hahahahahahahahaha!

























Ini adalah gambar kegemaran Rambozzi®. Ada satu nilai yang sangat positif dan berharga di dalam gambar di atas. Rasanya bukan satu, ada banyak nilainya...



Dan gambar ini. Ini adalah seorang 'woodworker'! Seorang 'woodworker' bukan hanya mempunyai bakat bertukang kayu sahaja. Di dalam diri, di dalam hati seorang 'woodworker', ada cinta dan kasih sayang.







Kanak² yang OHSEM! Cikgu Aisha yang OHSEM! Dan barisan 'woodworkers' di belakang mereka juga adalah  OHSEM! Ini adalah 'woodworking'. Ini adalah hidup dan mati kami - seorang 'woodworkers'. Kelas ini berjaya dan mencapai matlamatnya dengan jayanya! Kelas ini adalah kebanggaan Rambozzi®.

Rambozzi® harap, Cikgu Aisha berpuas hati dengan khidmat yang Rambozzi® dan rakan² Rambozzi® itu berikan. Diharapkan juga agar kanak² berkenaan mendapat ilmu yang bermanfaat untuk mereka.

Terima kasih banyak² Cikgu Aisha atas peluang yang diberikan ini.
Terima kasih banyak² kepada rakan² yang sudi meluangkan masa mereka membantu Rambozzi® menjayakan kelas ini.
Terima kasih banyak².


'Entry' ini adalah 'entry' terakhir yang akan menggunakan logo Rambozzi® - Pertukangan Kayu Ringkas & Mudah di atas. Selepas daripada ini, dan selama²nya Rambozzi® akan menggunakan logo dan 'tagline' di bawah. Logo itu adalah cinta Rambozzi®, selamanya...


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ▼  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ▼  May 2016 (3)
      • Rambozzi® with Love - Per Amore Pt.I
      • - Coke Pallet Rack Opik
      • - Rambozzi® - Darjah 1
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes