Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

"Pilu menyentuh hati
Aku dikejutkan oleh sentuhan cinta luka
Bagaikan taufan kau hempas cintaku
Sehingga aku terapungan..."


Sentuhan... Sentuhan itu adalah deria paling ajaib. Tanpa melihat sekalipun, kita sudah boleh "nampak" dengan jelas. Tanpa mendengar sekalipun, kita sudah boleh "menangkap" maksudnya. Tanpa mengucapkan sepatah perkataan sekalipun, kita sudah boleh "meluahkan" apa yang tersirat di hati. (Hamboih! Apekebende nie.....?)

Dengan sentuhan itu sahaja, kita boleh menyampaikan pelbagai perkara yang bermain di fikiran kita. Dengan sentuhan itu juga, kita boleh meluahkan segala rasa di dalam hati kita. Sentuhan itu ibarat 'a set of data being transferred to' minda dan hati kata secara terus tanpa perlu diucapkan sepatah perkataan pun. Data itu terpulanglah, ia bergantung kepada pelbagai faktor pula.

Dalam 'woodworking' Rambozzi® ini, data yang Rambozzi® "salurkan" melalui "sentuhan" ini adalah dalam bentuk "cinta dan kasih sayang". Heh heh heh heh... Betul, bro. Tanpa "sentuhan" cinta dan kasih sayang ini Rambozzi® tidak akan mampu untuk kekal lama di dalam bidang ini. Itu antara kelebihan (rasa²nya ia adalah satu²nya "kelebihan" Rambozzi®) yang Rambozzi® miliki di dalam alam 'woodworking' ini...

"Sentuhan" cinta itu sendiri bisa membahagiakan dan juga membinasakan. Rambozzi® "tahu" bila ia akan membahagiakan. Rambozzi® "tahu" bila ia akan membinasakan. Rambozzi® "sedar" dengan "anugerah" Rambozzi® ini. Dan Rambozzi® juga "sedar" dan "tahu", bahawa tidak ada seorang manusia pun yang boleh mengekalkan "sentuhan" yang cemerlang sepanjang hidupnya.

Sekarang, mari kita lihat (atau lebih kepada baca, sebenarnya) contoh berpandukan fakta ini. Fakta² di bawah adalah berdasarkan kecenderungan dan minat Rambozzi® sahaja, oraits?

- Awie dan Wings pernah "menggemparkan" industri muzik tanahair dengan 5 album pertama mereka yang sangat 'Rock' (Belenggu Irama, Hukum Karma, Teori Domino, Jerangkung Dalam Almari dan Bazooka Penaka), sebelum mereka "kehilangan sentuhan" mereka, kerana perubahan 'trend' muzik itu sendiri.

- Ronaldinho pernah menjadi pemain bolasepak paling berkemahiran tinggi dan unik, sebelum "sentuhannya" menjadi tumpul dek usianya sendiri. (Selain kehebatan Zlatan Ibrahimovic yang turut "membayangi" Ronaldinho).

- Sylvester Stallone pernah menjadi pelakon paling popular di dunia dengan watak²nya yang masih segar dalam ingatan kita sehingga ke hari ini, sehinggalah "sentuhannya" hilang di tangan pelakon Shivaji Rao Gaekwad yang "menapau habis" populariti SEMUA pelakon di dunia ini. Heh heh heh heh heh... Siapa Shivaji Rao Gaekwad tu?


Rambozzi® ini sendiri tidak akan dapat mengelakkan diri dari kehilangan "sentuhan" ini. Bila sampai masanya, "sentuhan" ini akan terasa "tawarnya". Bila sampai masanya, "sentuhan" ini akan hilang "bisanya". Bila sampai masanya, "sentuhan" ini akan tiada ertinya lagi. Dan yang lebih menakutkan dan akan memilukan Rambozzi®, bila sampai masanya, "sentuhan" ini mungkin akan ditepis sebelum sempat ia menjamah apa pun... Hmmm... Rambozzi® rasa, Rambozzi® kena bersedia dengan kenyataan ini... Kan...

"Sentuhan cintamu sayang
Panasnya membakar dihati
Hari-hari yang berlalu
Menyentuh sepi

Aku masih begini terkenang dirimu
Tiada pernah aku membenci..."

Rambozzi® boleh dan mampu mengawal "sentuhan" ini sebaik mungkin, dengan sedikit kemahiran dan pengalaman yang Rambozzi® miliki selama menjadi 'woodworker' ini. Apa yang tidak akan boleh Rambozzi® kawal adalah risiko kemungkinan "sentuhan" cinta Rambozzi® ini akan menjadi satu kebencian pula di satu hari nanti. Bila "sentuhan" cinta Rambozzi® ini dibenci, matilah cinta Rambozzi® ini... Matilah "woodworking" Rambozzi® ini... Matilah blog kesayangan Rambozzi® ini... Matilah satu²nya tempat yang paling Rambozzi® sukai dan cintai ini...


"Bagaikan pantai sepi 
Merindukan sentuhan ombak
Begitulah kasihku 
Padamu sayang

Aku rindu...
Sentuhan cintamu..."

Desire - Sentuhan "-+x÷" (1989)

Oraits! Cukup dulu buat masa ini! Dah "melalut" sangat dah nie! Hahahahaha!

Jadi, 'so'. Tanpa membuang masa lagi - kerana Rambozzi® takut untuk menghadapi kenyataan bila "sentuhan" cinta ini tiada ertinya lagi - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Meja - Puan Dayang.


Untuk projek ini juga tidak banyak gambar proses kerja yang hendak Rambozzi® kongsikan di sini. Rasanya, ia hanyalah satu kerja pertukangan kayu yang sangat Ringkas & Mudah - ala-Rambozzi® - yang sama sahaja.

Rambozzi® mulakan dengan membuat bahagian 'table top' dahulu. Beberapa batang kayu 'pine' dipotong sama panjang dan disambungkan secara 'edge jointing' di antara satu sama lain dengan menggunakan gam kayu dan juga skru. Skru diskrukan menerusi lubang² 'pocket hole' sahaja. Beberapa batang kayu 1x2 digam dan diskrukan di bahagian bawah 'table top' untuk mengukuhkan binaan.

Beberapa batang lagi kayu 1x2 dipotong 'bevel'nya kepada 45° untuk dijadikan 'frame' di sekeliling 'table top'.

Kemudian Rambozzi® memotong beberapa batang kayu meranti bersaiz 1x2 dan 2x3 untuk dijadikan kaki meja dan bahagian² lain seperti 'apron' dan 'skirt'.

Asalnya Rambozzi® menggunakan kayu meranti bersaiz 2x2 untuk bahagian kakinya, tetapi saiz kayu itu agak kecil pula untuk dipadankan dengan saiz 'table top'. Jadi, Rambozzi® membeli pula kayu meranti bersaiz 2x3.


Kesemua bahagian kayu di atas ditebuk pula lubang² 'pocket hole' untuk proses penyambungan.


Dan bahagian kaki meja siap dipasangkan. Dapat dilihat dengan jelas melalui gambar di atas, terdapat beberapa lubang 'pocket hole' telah siap ditebuk di bahagian 'apron' dan 'skirt'. Lubang² 'pocket hole' itu adalah untuk tujuan penyambungan kaki meja itu ke 'table top'. Struktur binaan yang sangat ringkas, dengan teknik penyambungan kayu yang juga sangat mudah.


Oraits! Untuk projek Meja - Puan Dayang ini, Rambozzi® akan cat kaki meja ini dengan menggunakan 'oil-based wood stain' berwarna 'royal mahogany'.

Ok. Ini adalah sedikit info mengenai tatacara penggunaan 'wood stain' yang betul. Maklumat ini adalah hasil dari pembacaan Rambozzi® sahaja. Jadi, Rambozzi® tidak akan mengesahkan bahawa maklumat ini adalah tepat 100%. Oraits?

Menurut 'American Woodworkers', cara yang betul untuk mengaplikasikan 'wood stain' adalah dengan mengecat permukaan kayu dengan menggunakan berus atau kain. Hanya 1 lapisan 'wood stain' sahaja yang diperlukan. Selepas dicat, sebelum ia kering, lapkan permukaan kayu yang dicat dengan menggunakan kain. Lap sehingga keseluruhan permukaan mendapat hasil cat yang sekata. Ini kerana, 'wood stain' akan mengambil masa yang agak lama untuk kering jika tidak dilap. Selepas itu, barulah dicat pula 2 atau 3 lapisan 'wood varnish' atau lain² kemasan yang bersesuaian.

Jadi, kesimpulannya, 'wood stain' bukanlah sejenis kemasan akhir. Ia hanyalah "separuh daripada kemasan akhir". Hmmmm... Boleh ke gitu? Itu kata dorang la kan...


Jadi, Rambozzi® akan lap 'wood stain' itu dengan menggunakan kain dan cat pula beberapa lapisan 'varnish' pula. Rambozzi® tiada masalah dengan cara dan teknik itu. TAPI, selepas kaki meja itu dicat dengan 'wood stain', halamak Rambozzi® terasa sayang la pulak nak lap dengan kain. Bagi Rambozzi®, hasil cat itu sudah sangat cantik! Hahahahahaha! Aduh! Takkan nak lap?

Jadi Rambozzi® mengambil keputusan untuk tidak mengelapnya dan sanggup menunggu hampir sehari untuk membiarkan ia betul² kering. Takpe! Biar lambat asal 'smart'. Kan? Hehehehehehehe...

Selepas ia kering, barulah Rambozzi® mengecat 1 lagi lapisan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' pula.


Dan hasilnya memang tidak mengecewakan Rambozzi®! Sangat kemas dan cantik pada pandangan mata Rambozzi® ini! Wah! Rambozzi® rasa sangat teruja laaaaa! Aaaaaaaaa!

Hahahahahaha! Aduh... Rambozzi® rasa, hasil kemasan ini adalah yang terbaik selama Rambozzi® menjadi 'woodworker' ini. Sangat memuaskan hati Rambozzi®.

Untuk bahagian 'table top' pula, ia tidak dicat dengan sebarang kemasan pun. Rambozzi® hanya 'sanding' sahaja bermula dengan kertas pasir grit 240 dan disudahi dengan kertas pasir grit 400. Itu sudah cukup halus dan cantik bagi Rambozzi®.


Dan projek Meja - Puan Dayang ini siap sepenuhnya. Yay!


Ok. Ok. Rambozzi® suka dengan hasil kerja ini. Rambozzi® suka dengan meja ini. Kalau Puan Dayang nak 'cancel order' pun takpe lah! Rambozzi® nak meja nih! Hahahahahahahaha!


Ada satu istilah yang digunakan oleh 'woodworkers' "masa kini" (yang tidak pernah Rambozzi® gunakan kerana tidak memahami ertinya dan kerana kualiti kamera telefon bimbit Rambozzi® yang agak "cap ayam" heh heh heh heh) iaitu 'detailing'. Rambozzi® perhatikan di Instagram mereka menggunakan istilah 'detailing' ini untuk memperlihatkan kepada umum mengenai hmmm.... Ok! Rambozzi® tak tahu apa yang mereka nak tunjukkan. Heh heh heh heh... Tapi senang citernya macam ni lah... Mereka ambil gambar permukaan kayu atau sambungan yang dibuat secara dekat. Antara tujuan mereka (pada pendapat Rambozzi® la kan...) adalah untuk menunjukkan betapa hasil kerja mereka itu adalah sangat seni, teliti, halus, kemas, canggih, 'highly skilled' punye kerja, atau terlalu cantik di mata mereka.

Bagi Rambozzi® yang amatur ini, (dan ia juga menjadi antara sebab mengapa Rambozzi® tidak pernah menggunakan atau mengaplikasikan istilah tersebut) selain dari penggunaan kamera berteknologi tinggi dengan kualiti gambar yang cantik, hasil kerja itu sendiri perlulah kemas, teliti dan halus. Bagi Rambozzi®, 'detailing' itu menggambarkan kehalusan seni tangan seseorang 'woodworker' itu. Rambozzi® cuba untuk mengaplikasikan istilah itu, tapi akhirnya Rambozzi® sedar bahawa Rambozzi® masih jauh untuk "layak" menggunakannya.

Lihat gambar "detailing" di atas. Ia gagal menunjukkan dengan jelas tentang ketelitian atau kehalusan kerja tangan Rambozzi® itu. Ia gagal atas 2 sebab. 1, kamera telefon Rambozzi® "cap ayam". 2, hasil kerja Rambozzi® itu sendiri tidak cukup kemas, teliti dan halus. Ia agak "cap ayam". Hahahahahahahaha!

Tidak mengapa. 'Nevermind'. Rambozzi® perlu haluskan lagi "sentuhan" tangan Rambozzi® ini. Rambozzi® perlu lembutkan lagi "sentuhan" hati Rambozzi® ini. Rambozzi® perlu semarakkan lagi "sentuhan" cinta Rambozzi® ini. Rambozzi® perlu pastikan bait "Aku rindu... Sentuhan cintamu..." itu sentiasa berlaung. Kerana tanpa "Aku rindu... Sentuhan cintamu..." itu, Rambozzi® akan menjadi;

"Bagaikan pantai sepi 
Merindukan sentuhan ombak..."


"Begitulah kasihku 
Padamu sayang..."

Hehe hehe hehe hehe... Tetiba je hehe pulak! Hahahahaha! Ok! Ok! Sebenarnya, Rambozzi® berasa agak geli di dalam hati. Baru² ini, Rambozzi® telah ditawarkan satu sesi rakaman video kerja kayu, sebenarnya. Rambozzi® gelak sebab Rambozzi® pun tak tahu nak tulis apa tentang sesi rakaman video tersebut. Ia tidaklah sepanjang sebuah dokumentari. Ia juga bukanlah untuk disiarkan di kaca televisyen. Ia akan hanya dimuatnaik ke sebuah 'channel' di laman YouTube. Rambozzi® gelak sebab Rambozzi® sendiri tidak pasti sama ada ia patut Rambozzi® ceritakan di dalam blog ini. Hmmmm... Rasanya tidak salah Rambozzi® menulis tentang perjalanan hidup Rambozzi® sebagai seorang 'woodworker' di dalam blog ini kan?

Sebenarnya tidak ada apa² yang istimewa dan menarik pun yang boleh Rambozzi® kongsikan di sini. Jangkamasa untuk video ini pun hanyalah sepanjang 2 ke 3 minit sahaja. Ermmmm... Mungkin Rambozzi® hanya boleh bercerita mengenai sedikit pengalaman Rambozzi® membuat kerja² kayu di hadapan kamera sahajalah, kot...

Jadi, 'so'. Pada suatu hari, Rambozzi® telah dihubungi oleh Cik Salehan dari sebuah kumpulan media yang agak terkenal di Malaysia ini. Cik Salehan menawarkan satu sesi rakaman video kepada Rambozzi®. Video itu adalah mengenai kerja kayu ringan sahaja. Cik Salehan telah meminta Rambozzi® membuat 2 hasil kerja kayu ringkas secara D.I.Y yang boleh dibuat sendiri oleh penonton 'channel' mereka.

Cik Salehan telah meminta Rambozzi® membuat sebuah 'vase holder' dan juga sebuah 'birdhouse'. Tetapi, memandangkan Rambozzi® akan bertukang di dalam studio mereka - dengan terpaksa membawa beberapa 'power tools' kecil sahaja - maka Rambozzi® telah memberikan cadangan agar ditukarkan projek 'birdhouse' itu kepada sebuah sangkar burung. Bagi Rambozzi®, dengan kekangan 'power tools' sebegitu, sangkar burung adalah lebih mudah dan cepat untuk disiapkan di lokasi mereka.

Cik Salehan bersetuju dengan cadangan Rambozzi® dan menetapkan tarikh untuk membuat rakaman video tersebut.

Jadi, hehehehehehe, gelak lagi, dengan tidak membuang masa lagi - kerana rakaman itu hanya untuk video sepanjang 2 ke 3 minit - jom kita mulakan 'woodworking film' kali ini - Sinar Rambozzi®. Heh heh heh heh heh...

Eh lupa pulak! Hahahahahaha! Untuk video ini, hanya tangan Rambozzi® sahaja yang akan kelihatan. Wajah Rambozzi® "terpaksa" mereka sembunyikan atas sebab² keselamatan. Hahahahahaha!


Rambozzi® mulakan dengan membuat 'vase holder' terlebih dahulu. Projek pertama ini tidaklah sesusah mana. Ia sebenarnya adalah sangat² Ringkas & Mudah. Rambozzi® hanya memotong beberapa batang kayu sahaja di studio mereka dengan menggunakan 'Rambozzi® D.I.Y Mini Cordless Circular Saw'. Oh ya! Terlupa pula Rambozzi® hendak ceritakan di sini. Memandangkan Rambozzi® tidak dapat membawa 'miter saw' atau 'table saw' milik Rambozzi® - kerana saiz dan beratnya - maka Rambozzi® terlebih dahulu membuat sebuah 'D.I.Y table saw' dengan menggunakan BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI milik Rambozzi®. Rambozzi® akan ceritakan dengan lebih terperinci mengenai 'Rambozzi® D.I.Y Mini Cordless Circular Saw' itu di dalam 'entry' akan datang.

'Rambozzi® D.I.Y Mini Cordless Circular Saw' itu kecil sahaja dan sesuai untuk digunakan untuk sesi rakaman video tersebut. Projek yang akan Rambozzi® siapkan juga telah diambilkira saiz dan ukurannya yang bersesuaian dengan keupayaan 'mini table saw' tersebut.


Tidak banyak yang hendak Rambozzi® ceritakan di sini. Kita layan gambar je la dulu ye? Boleh? Hehehehehe... 'Actually'nya, Rambozzi® berasa malu pula hendak menulis atau bercerita lebih². Hehehehehehehe peace!


Ok. Seperti yang sering Rambozzi® ingatkan di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, kita memang perlu sentiasa berhati² dan mengutamakan keselamatan ketika 'woodworking'. Rambozzi® akui, Rambozzi® tidak mengenakan peralatan perlindungan diri lengkap sepanjang sesi rakaman video itu. Untuk menggunakan sebuah 'table saw', 'Personal Protective Equipment' (PPE) lengkap seperti 'safety glasses' atau 'safety goggles', 'ear muffs' dan 'dust mask' adalah wajib. Tetapi, memandangkan 'mini table saw' yang Rambozzi® adalah kecil sahaja (tidak bising dan tidak menghasilkan habuk kayu yang banyak), maka Rambozzi® tidak merasakan penggunaan 'ear muffs' dan 'dust mask' adalah satu keperluan.


Rambozzi® memberikan kerjasama sebaik mungkin dengan pihak krew terbabit dengan hanya mengikut sahaja keperluan kerja mereka.


Mereka juga sangat professional. Mereka tidak mengganggu kerja² Rambozzi® dan memberikan masa yang secukupnya kepada Rambozzi® untuk menyiapkan kedua² projek tersebut. Mereka memberikan suasana kerja yang sangat selesa kepada Rambozzi®.


Projek pertama iaitu 'vase holder' berjaya Rambozzi® siapkan tanpa sebarang masalah. Ia sangat mudah dan berjaya Rambozzi® siapkan dalam masa yang singkat sahaja.


TAPI, untuk projek kedua iaitu sangkar burung, hmmmm ia agak mencabar juga. Ia nampak agak mudah, tetapi dalam masa yang sama ia juga agak mengelirukan Rambozzi®. Hehehehehehe...


Berpeluh dingin juga Rambozzi® cuba siapkan sangkar burung itu. Rambozzi® bernasib baik kerana bekerjasama dengan 2 orang krew yang sangat professional. Mereka tidak memberikan tekanan langsung kepada Rambozzi®. Ketika Rambozzi® dalam keadaan yang agak tegang dan bengang, mereka mengajak Rambozzi® berbual mengenai hal² santai dan ringan. Itu agak melegakan Rambozzi®. Mereka bijak mengawal keadaan dan berjaya menenangkan "kebengangan" Rambozzi® pada ketika itu. Heh heh heh heh...

Dan Rambozzi® berjaya menyiapkan kedua² projek itu dengan jayanya.




Oraits! Kedua²nya hanyalah satu kerja pertukangan kayu yang sangat Ringkas & Mudah. Rambozzi® berasa lega kerana berjaya membuat 2 projek mengikut keperluan kerja mereka untuk disesuaikan dengan kandungan video yang mereka kehendaki. Dan yang lebih penting, Rambozzi® berjaya 'woodworking' di hadapan kamera! Hahahahaha! Itu adalah satu pengalaman yang agak ngeri juga bagi Rambozzi®! Hahahahahaha!

Rambozzi® tidak pasti sama ada hasil kerja Rambozzi® itu akan mereka muatnaik ke 'channel' YouTube mereka. Itu adalah keputusan mereka. Rambozzi® hanya memberikan kerjasama sebaik mungkin sahaja.

Ini adalah satu pengalaman baru dan sangat berharga bagi Rambozzi® yang amatur ini. Ini juga adalah satu peluang yang mungkin boleh membantu Rambozzi® mengembangkan lagi nama Rambozzi® sendiri. Ini adalah sesuatu yang sangat berharga bagi Rambozzi® ini...

Di kesempatan ini, Rambozzi® ingin merakamkan ucapan jutaan TERIMA KASIH kepada Cik Salehan, bro Akmal, bro Qayiem dan juga CK atas peluang yang diberikan kepada Rambozzi® ini. Ini adalah satu pengalaman yang sangat berharga bagi Rambozzi®. Hmmm dah berapa kali Rambozzi® tulis kan? Hahahahahaha! Betul. Ini adalah satu pengalaman yang sangat berharga bagi Rambozzi®...

Jika video itu "lulus" dan dimuatnaik ke YouTube, Rambozzi® akan kongsikan lagi di dalam blog ini. Ini adalah satu kebanggaan bagi Rambozzi®. Rambozzi® yang selama ini hanya menulis "citer² ngarut" di blog ini, telah diberikan satu peluang yang memang di luar jangkaan atau impian Rambozzi®. Rambozzi® yang "sekecil" ini telah diberikan satu peluang untuk melalui sebuah pengalaman yang sebegini besar. Pengalaman ini adalah satu kepuasan kepada Rambozzi®, sebagai 'woodworker' ini.....


Tidak berapa lama dahulu, dalam tahun² lewat 1988 sehingga ke akhir 1991, beberapa orang "Mat Thrash" telah cuba mengkucar-kacirkan fenomena 'Rock' di bumi Malaysia ini. Mereka mewujudkan beberapa kumpulan 'Rock'; dengan tema 'Rock'; dengan tajuk album yang berbunyi 'Rock'; dengan tajuk² lagu yang kedengarannya 'Rock'; tetapi dengan kejamnya mereka "menipu" fenomena 'Rock' dengan irama keras "Thrash Metal"! Tujuan mereka hanya satu, iaitu menghapuskan "lelehan airmata" yang mengalir deras di dalam album² 'Rock' Melayu yang agak "jiwang", pada ketika itu. Irama yang mereka perjuangkan adalah "sekejam" Slayer atau "sebeku" Celtic Frost. Dalam masa yang sama, mereka turut memuatkan beberapa buah balada cinta - dengan tujuan yang sama - iaitu sebagai satu bentuk "perlian" kepada kumpulan² 'Rock' "jiwang karat". Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Saxo, Teras, atau Desire - "Raja Thrash dari Kelantan".

Kumpulan sasaran mereka bukanlah "Raja Rock Sejati" seperti kumpulan Search atau Wings. Tidak. Mereka tidak akan "mampu" menafikan kumpulan² "raksasa" seperti itu. Kerana pada malam hari, mereka tetap akan memutarkan kaset "Fenomena" ataupun "Belenggu Irama". Lagipun, mereka agak malu juga apabila Wings "menegur" mereka pada tahun 1991 di dalam lagu "Awang Trasher". Teguran Awie itu pasti membuatkan mereka "akur" dengan "kebenaran" lirik lagu itu.

Kumpulan sasaran mereka adalah kumpulan² "Rock Kapak" seperti... Halamak... Rambozzi® tak boleh tulis nama² kumpulan itu di sini. Bahaya tu. Ermmmm... Macam ni lah senang. Kumpulan² itu tidak susah untuk dikenalpasti. Mereka wujud di antara tahun 1990 hingga lewat 1992. Biasanya mereka hanya sempat merakam satu atau dua album sahaja, dengan satu atau dua lagu 'hits'. Selepas itu, mereka akan menyepi buat selamanya.

Berbalik kepada "Mat Thrash" tadi, mereka juga tidak merakam banyak album. Kerana tujuan mereka hanya satu, iaitu yang disebutkan tadi itulah. Mereka terpaksa "menyamar" sebagai sebuah kumpulan 'Rock', kerana syarikat² rakaman pada zaman itu cenderung untuk "meraih" keuntungan dengan menerbitkan album² untuk kumpulan² 'Rock' sahaja. Mereka tiada pilihan lain. Mereka juga "menyamar" kerana mereka mengharapkan tawaran² konsert atau persembahan di radio atau televisyen. Dan bila mereka mendapat tawaran seperti itu, nah! Mereka akan "menjahanamkan" pentas itu dengan "kebingitan" lagu² mereka! Hahahahahahaha! Kejam betul!

Akibatnya, mereka berdepan risiko dihalau keluar dari acara atau pentas tersebut. Dan mereka akan turun dari pentas dengan senyuman penuh kepuasan. Misi mereka telah tercapai! Hahahahaha! Rambozzi® tidak pernah bertemu muka atau menghadiri "upacara kejam" mereka itu. Rambozzi® hanya mendengar cerita dari "otai²" sahaja. Kerana ketika "kejadian ngeri" itu berlaku, Rambozzi® masih di dalam buaian. Heh heh heh heh heh.....

Apa yang hendak Rambozzi® sampaikan di sini adalah, walaupun "Mat Thrash" itu kelihatannya "rabak" dan ganas, tetapi percayalah, di dalam hati mereka ada "taman bunga paling nyaman di dunia...". Bila mereka menjerit lagu² "keras" mereka, "haram kita tak paham langsung!". Hahahahahaha! Tapi, bila mereka mula mengalunkan lagu² cinta, hmmmm... Agak sayu juga bunyinya, sebenarnya...


Rambozzi® seperti mereka. Rambozzi® hanya "menyamar" sebagai seorang 'woodworker' sahaja. Rambozzi® juga mempunyai "misi rahsia" seperti mereka. Apabila Rambozzi® bertukang, ia sebenarnya adalah satu bentuk "luahan perasaan yang sangat dalam". Setiap saat di dalam tempoh bertukang itu, Rambozzi® sebenarnya sedang "bercinta" dengan kayu² seperti "kayu 'pine' yang cantik". Rambozzi® seperti sedang "berbicara" dengan 'power tools' dan 'hand tools' milik Rambozzi®. "Misi" Rambozzi® hanya satu, iaitu memberikan pelanggan Rambozzi® rasa cinta sebenar. Dalam perkataan yang lebih mudah, Rambozzi® memberikan cinta kepada mereka. Heh heh heh heh.....

Apabila Puan Dayang meminta Rambozzi® membuatkan sebuah lagi kaunter untuknya - dengan 'design' yang sama dengan kaunter yang sebelum ini - itu adalah satu bukti kukuh bahawa misi Rambozzi® itu telah tercapai dengan jayanya. Ya. Puan Dayang adalah orang yang sama yang Rambozzi® buatkan Kaunter - Puan Dayang tidak berapa lama dulu.

Berbeza dengan "Mat Thrash" tadi yang hanya berkesempatan membuat persembahan konsert sekali sahaja, Rambozzi® berpeluang untuk mendapat beberapa kali peluang dan kesempatan lagi. Asalkan, Rambozzi® memberikan yang terbaik kepada para pelanggan Rambozzi®. Selagi Rambozzi® mampu memberikan "persembahan" terbaik kepada mereka, Rambozzi® tidak akan "ditendang keluar" dari "pentas" ini.

'Woodworking' ini adalah sebuah persembahan "pentas". Di "pentas" ini Rambozzi® menulis lirik dan skrip, menghafalnya dan mempersembahkannya di hadapan "ribuan" penonton "pentas" ini. Di "pentas" ini Rambozzi® memperlakonkan watak² Rambozzi® sebaik mungkin.

"Rambozzi® akan berkata²;
Rambozzi® akan berbicara;
Rambozzi® akan berjenaka;
Rambozzi® akan ketawa;
Rambozzi® akan berduka;
Rambozzi® akan menangis;
Rambozzi® akan menari;
Rambozzi® akan terjatuh;
Rambozzi® akan terluka;
Rambozzi® akan mengaduh kesakitan..."

Itu realiti Rambozzi®. Itu adalah hidup Rambozzi®. "Pentas" ini adalah dunia Rambozzi®. "Pentas" ini adalah tempat hati Rambozzi® meluahkan perasaan cinta. "Pentas" ini adalah cinta Rambozzi®.

Oraits! Bila namanya adalah sebuah "pentas", maka ia perlu diiringi dengan alunan muzik. Memandangkan Rambozzi® tidak menemui sebuah lagu pun yang mempunyai nama "Dayang", maka Rambozzi® akan memilih lagu dari kumpulan Teras ini sahaja - "Ku Kehilangan Diana" - sebagai "teman" Rambozzi® untuk projek kali ini. Sebuah lagu cinta dari sebuah kumpulan "Thrash" yang menyamar sebagai kumpulan 'Rock', lagu ini menjadi 'hits' dengan bait pertama liriknya - "Setitis embun di pipi, ku tersedar dari mimpi....."


"Setitis embun dipipi
Ku tersedar dari mimpi
Apakah kau kan kembali
Hari ini...

Cepatnya masa berlalu
Resah rindu menunggumu
Seksa rasa kehilangan
Gadis sepertimu...

Hangat cintamu masih membara
Salju turut merasa
Masih kurindui senyumanmu
Kau abadi dalam memori

Kau lambang cinta yang lara
Kini terhapus kisah
Masih kumenanti hadirmu
Oh Diana...
Oh Diana...

Biarkan kisah yang lalu
Ditelan serpihan pilu
Bersama segunung
Impian hati ini

Ku serah pada yang Esa
Menentukan perpisahan
Masihkah kau di dunia
Atau disisiNya..."

Teras - Ku Kehilangan Diana - Teras (1988)

Jadi, 'so'. Tanpa membuang masa lagi - kerana "pentas" ini akan ditutup jika Rambozzi® tidak relevan lagi di atasnya - jom mulakan 'woodworking' kali ini - Kaunter - Puan Dayang - Pt.II.


Oraits! Ini adalah projek paling besar sepanjang Rambozzi® menjadi 'woodworker' ini. Dengan penggunaan kayu yang agak banyak dan memakan ruang kerja kecil Rambozzi® ini, sukar untuk Rambozzi® mengambil gambar setiap satu proses kerjanya. Tapi tidak mengapa. 'Nevermind!'. Ia tidaklah sesukar mana. Ia masih lagi sebuah pertukangan kayu yang Ringkas & Mudah.

Dari ukuran yang diberikan oleh Puan Dayang, Rambozzi® mulakan dengan membuat bahagian 'countertop' dahulu. Beberapa kepingan kayu dipotong kepada beberapa saiz yang berbeza dan dicantumkan membentuk corak 'tiles' atau susunan batu-bata. Kesemuanya dicantumkan dengan menggunakan gam kayu dan skru. Dan semestinya dengan menggunakan Teknik Keramat Rambozzi® iaitu 'pocket hole joinery technique'.

Selesai membuat bahagian 'countertop' itu, studio kecil Rambozzi® ini menjadi semakin mengecil. Itu baru bahagian 'countertop'...


Apabila siap sahaja bahagian bawah untuk kaunter ini, Rambozzi® menjadi sesak, sendat dan senak! Ruangan kerja Rambozzi® telah menjadi terlalu sempit! Keadaan ini amat menyukarkan pergerakan Rambozzi®.


Rambozzi® terpaksa "menyelinap" atau "merangkak" di bahagian bawah kaunter untuk memasang binaan di atas. Ok. Struktur binaan di atas agak "gila" juga sebenarnya hahahahaha! Pada ketika ini, Rambozzi® tidak pasti sama ada projek ini akan berjaya atau gagal. Rambozzi® "tidak nampak dengan jelas" akan hasil akhirnya nanti.

Selesai membuat binaan di atas, Rambozzi® tampalkan beberapa kepingan 'plywood' pula.

Oraits! Seperti yang Rambozzi® nyatakan di atas, ruangan yang semakin sempit menyebabkan Rambozzi® tidak fokus untuk mengambil gambar setiap proses kerja. Rambozzi® hanya fokus untuk menyiapkan projek ini secepat mungkin dan mengeluarkannya dari studio Rambozzi® ini! Hahahahahaha!


Dan projek Kaunter - Puan Dayang - Pt.II siap sepenuhnya dengan jayanya! Yay! Yeah! Hahahahahahaha! Rambozzi® gelak sebab Rambozzi® geram! Dah la besar, berat pulak tu! Hahahahahaha! Puas hati Rambozzi®! Hmmmppphhh!


Seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas, Kaunter - Puan Dayang - Pt.II ini sedikit berlainan dari versi sebelumnya. Untuk Kaunter - Puan Dayang - Pt.II ini Puan Dayang minta ditambahkan 3 ruangan di bahagian bawah kaunter. Dan kalau "uolls" nak tahu, 3 bahagian para itu adalah bahagian PALING SUSAH di dalam projek ini! Hmmmppphhh!

Rambozzi® berpuas hati dengan struktur binaan projek ini. Ia sangat mencabar Rambozzi®. Bagi Rambozzi®, hmmmm... Ini bukan kemahiran Rambozzi® laa, senang citer! Hahahahahaha!


Dan ia selamat sampai ke destinasinya...

Rambozzi® sangat berpuas hati dengan projek Kaunter - Puan Dayang - Pt.II ini. Projek ini telah mencabar Rambozzi® dan membawa Rambozzi® ke satu tahap baru di dalam dunia pertukangan kayu ini. Rambozzi® belajar tentang bagaimana hendak membina sesuatu dengan lebih kemas dan tersusun lagi. Dan ya, dengan lebih kukuh.


Alang² sudah berada di kedai milik Puan Dayang ini, Rambozzi® tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar projek Kaunter - Puan Dayang juga. Betapa  bangga dan girangnya hati Rambozzi® ini melihat hasil tangan Rambozzi® ini digunakan oleh Puan Dayang. Rambozzi® mendapat kepuasan yang amat sangat sepanjang berada di lokasi Puan Dayang ini.


Dan 2 projek dari Puan Dayang ini tidak terhenti di sini sahaja. Ada satu lagi projek yang ditempah oleh Puan Dayang. Hmmmm... Nampaknya Rambozzi® berjaya membezakan diri Rambozzi® ini dari "Mat² Thrash" yang kejam tadi. Cuma ada satu sahaja lagi kelebihan "Mat² Thrash" itu yang menjadi kebimbangan, kegusaran, ketidakpuasan hati dan menimbulkan cemburu di hati Rambozzi® ini. Ia adalah dalam bentuk yang tidak semua orang mampu mencapainya iaitu; lagu² mereka masih dan terus diburu oleh peminatnya sehingga ke hari ini. Anggota² kumpulan "Thrash" itu menjadi legenda dan nama mereka disebut² oleh peminat mereka sehingga ke hari ini. Ya. Itulah perkataanya! Legenda. "Mat² Thrash" yang "rabak" dan "serabai" itu disanjung dan sangat dihormati pula pada hari ini. Legenda yang disanjung. Itu bukan satu perkara yang mampu dicapai oleh semua manusia di atas muka bumi ini.

Rambozzi® juga hendak menjadi seperti "Mat² Thrash" itu. Rambozzi® juga hendak menjadi seorang legenda. Mampukah Rambozzi®? Dapatkah Rambozzi® menghasilkan sesuatu yang akan membuatkan nama Rambozzi® ini dikenang? Mampukah Rambozzi® menghasilkan karya² seni yang akan menjadi sebutan dan diburu ramai? Mampukah Rambozzi® menaikkan nama Rambozzi® ini sehingga ke tahap seorang legenda?

Sungguh Rambozzi® tidak pasti tentang itu. Yang Rambozzi® tahu, hati Rambozzi® ini sama seperti "Mat² Thrash" itu. Seperti mereka, di dalam hati Rambozzi® ini juga ada "taman bunga yang boleh melegakan hati penghuninya, dengan sebatang pohon 'pine' yang cantik". Rambozzi® tidak fikir di dalam taman bunga di dalam hati "Mat² Thrash" itu juga ada pohon 'pine' yang cantik. Kerana pohon 'pine' yang cantik itu hanya boleh hidup subur di dalam hati 'woodworker' ini...

Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ▼  2015 (53)
    • ▼  November 2015 (3)
      • - Meja - Puan Dayang
      • - Sinar Rambozzi®
      • - Kaunter - Puan Dayang - Pt.II
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes