Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Ada... Ada la... Ada ni kan... Kan...

Ye. Memang ada. Memang Rambozzi® ada maklumkan di dalam 'entry' Photobooth - Ariff & Fadzli sebelum ini, bahawa Rambozzi® akan membuat sebuah projek 'woodworking' yang:-

"PALING BESAR dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"! 

"PALING SUSAH dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"!

"PALING RAMBOZZI® dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"!

Dan saiz projek ini memang besar, sebesar saiz tapak tangan Rambozzi® ini sahaja heh heh heh heh...

Sebenarnya, 'actually'nya, projek ini adalah lebih kepada kraftangan. Tetapi ia masih lagi menggunakan kayu dan 'plywood' sebagai materialnya. Jadi, ia adalah sebuah projek 'woodworking' juga.

"Gelisah...
Gelisah...
Gelisah..."

Disebabkan, ia lebih menjurus ke arah kraftangan, Rambozzi® agak gusar, resah "gelisah" juga. Kerana berkemungkinan besar, Rambozzi® buat pertama kalinya tidak akan berpeluang langsung untuk menggunakan sebarang 'power tools' untuk projek ini. Ohhh! Itu satu kegelisahan bagi Rambozzi®! Jadi, 'so', untuk mengubat hati yang "gelisah" ini - rasanya lebih kepada melayani perasaan daripada cuba mengubatinya - maka Rambozzi® tidak patut melayan sebuah lagu 'rock' ketika membuat projek ini. Rambozzi® akan layan sebuah lagu yang kerap berkumandang di radio ketika Rambozzi® masih bayi dahulu. Heh heh heh heh... Macam mana laa rupanya Rambozzi® ini ketika bayi ye, puan²? Sebenarnya, tidak banyak beza pun dengan Rambozzi® yang masih remaja pada ketika ini. Perbezaan paling ketara hanyalah pada warna pakaian Rambozzi® ketika bayi sahaja. Rambozzi® sering dipakaikan pakaian bayi berwarna 'pink' dan warna "oles" berbanding warna MERAH MEMBARA kegemaran Rambozzi®, remaja ini. Eh apa daa citer bayi pulak nie?! Jom layan "Gelisah" dendangan Allahyarham Ahmad Jais.


"Gelisah menanti dinda 
Di ambang bahgia 
Mungkinkah khabaran cinta 
Akan menjelma..."

Hmmmm... Lagi "gelisah" ada la lepas layan lagu ni kan? Hahahahahaha! Takpe! It's oraits! Mari baca perenggan seterusnya yang mengandungi kata² keramat dari Rambozzi®!

Tanpa membuang masa lagi - kerana hati ini akan bertambah "gelisah" - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Replika Kiosk - Nadia n Friends.


Memang Rambozzi® "gelisah" la, bro! Mana mungkin Rambozzi® membuat sebuah projek 'woodworking' tanpa menggunakan sebarang 'power tools'?! Hmmm... Takpe! Rambozzi® akan mulakan projek dengan memotong beberapa kepingan 'plywood' di atas dengan menggunakan 'slide miter saw'.

Mana boleh Rambozzi® tak gunakan 'power tools' langsung! Rambozzi® akan merinduinya!

"Rindu hati ku tiada terkira 
Atau impian yang menggoda..."


Kepingan² 'plywood' itu kemudiannya Rambozzi® gam dan skrukan membentuk binaan di atas. Dan semestinya Rambozzi® akan "terus setia" dengan "Teknik Keramat Rambozzi®" - apa lagi kalau bukan 'pocket hole joinery technique'! Sekeping 'plywood' yang lebih nipis akan digamkan ke bahagian bawahnya.


Rambozzi® hanya 'staple'kan sahaja 'plywood' itu ke binaan tersebut.


Menggunakan 'mini router/trimmer', Rambozzi® 'trim' lebihan 'plywood' berkenaan.


Beberapa lagi kepingan 'plywood' akan ditampalkan ke bahagian dalam sebagai penghadang atau pembahagi ruang atau 'divider' haaa mana satu ntah!


Begitulah rupanya selepas kesemua bahagian digamkan.


Dan siaplah bahagian pertama untuk projek Replika Kiosk - Nadia n Friends ini! Hahahahaha!

Dan, lepaslah sedikit rasa "gelisah" di hati Rambozzi® ini.....


"Gelisah inikah dia 
Getarannya jiwa 
Bergema menyiksa dada 
Aku derita..."



Sekarang, bolehlah Rambozzi® teruskan ke proses pemasangan untuk projek ini.


Rambozzi® akan cuba 'apply'kan konsep 'tiles' yang biasa Rambozzi® gunakan di dalam projek² terdahulu. Hmmmm... Ini satu lagi "kegelisahan" Rambozzi®. Rambozzi® tidak berapa pasti sama ada konsep 'tiles' itu sesuatu yang bagus untuk perkembangan dunia 'woodworking' Rambozzi® ini. Tetapi konsep itulah yang Rambozzi® "gilai" dewasa ini. Tidak dapat dipastikan - tiada penjelasan khusus mengenainya - tetapi konsep ini agak mengujakan hati Rambozzi®. Ada beberapa proses di dalam pembikinannya yang membuatkan hati Rambozzi® ini berasa seronok, dan puas.

Ok! Itu untuk projek² 'woodworking' yang menggunakan kayu. Berlainan dengan projek ini, kayu² nipis dan halus yang Rambozzi® gunakan adalah seperti kayu aiskrim sahaja saiznya. Tapi ia bukan kayu aiskrim, men! Ohhh! Kemon men! Kemon! Kayu itu Rambozzi® beli di kedai buku lah! Hahahahahaha!

Oraits! Dengan hanya menggunakan 'super glue', kayu² itu Rambozzi® cantumkan membentuk binaan seperti di dalam gambar di atas.


Kemudian ia dicantumkan pula membentuk binaan di atas.


Dan menjadilah ia sekeping "dinding".

Rambozzi® lukiskan bentuk pintu dan tingkap pula.


Dengan menggunakan 'art knife', bentuk pintu dan tingkap itu dipotong perlahan² kerana kayu itu agak nipis dan mudah pecah.

Binaan² di atas akan dicantumkan pula membentuk seperti sebuah 'kiosk' - juga dengan menggunakan 'super glue'. Ok. Keseluruhan projek ini disiapkan dengan hanya menggunakan 'super glue' sahaja. Tiada sebarang skru atau paku digunakan.


Dan, kerana ia menggunakan 'super glue', maka itulah akibatnya. Heh heh heh heh...

Daya lekatnya yang cepat dan kuat (dalam masa 3 saat sahaja) boleh membawa pelbagai masalah juga. Selain perlu bekerja dengan cepat dan tepat, Rambozzi® juga perlu berhati² agar jari Rambozzi® tidak terlekat ke permukaan yang dititis 'super glue'. Dan sebagai Rambozzi® ini, ada masanya Rambozzi® berjaya, akan ada masanya Rambozzi® akan gagal pula. Ada masanya Rambozzi® akan kacak, ada masanya Rambozzi® akan kurang kacak hehehehe 'peace'! Ada masanya Rambozzi® sangat 'strong', dan akan ada masanya Rambozzi® akan lemah-longlai sampai berlutut di lantai.....

"Permasalahan" di atas telah mengambil masa Rambozzi® hampir 30 minit juga untuk diselesaikan. Pergh! Bukan senang nak "lepaskan" jari Rambozzi® dari situ, bro.....


Tapi tidak mengapa. 'Nevermind'. Binaan di atas berjaya juga Rambozzi® pasang dan lekatkan dengan kemas.


Seterusnya, Rambozzi® cantumkan pula kayu² di atas untuk dijadikan bahagian atap 'kiosk' ini.


Sekeping 'plywood' setebal 3 mm akan turut digunakan untuk bahagian atapnya.


Beberapa lagi bahagian kayu dipotong dan dicantumkan membentuk binaan² di atas. Ia adalah untuk bahagian "kaunter di luar tingkap 'kiosk'".


Kesemua bahagian dilekatkan dengan teliti dan berhati².


Bahagian dalam tingkap pula dikuatkan dengan beberapa kayu kecil untuk mengukuhkan binaannya.


Dan ini satu lagi masalah apabila bekerja dengan menggunakan 'super glue'. Kesan dari titisan 'super glue' itu tidak boleh dipadamkan, atau dikesat, atau dibersihkan langsung. Kesan itu akan kekal dan mencomotkan permukaan kayu atau 'plywood'.

Untuk menangani permasalah itu, Rambozzi® "cat" keseluruhan projek ini dengan menggunakan 'super glue' juga! Hahahahahaha! Nak sangat jadi comot kan? Alang² dah comot, Rambozzi® "comotkan" keseluruhan projek ini dengan 'super glue'!

Dan hasilnya agak memberangsangkan. Warna keseluruhan projek ini telah menjadi sekata! Dan dalam masa yang sama - disebabkan sifat 'super glue' yang akan mengeras - projek ini menjadi sangat kukuh dan teguh. Ohh! Ini adalah sesuatu yang di luar dugaan Rambozzi®!


Permukaan keseluruhan projek ini yang menjadi agak kasar kerana kesan dari sapuan 'super glue' tadi Rambozzi® 'sanding' dengan menggunakan kertas pasir grit 240. Kemudian Rambozzi® 'sanding' lagi dengan menggunakan kertas pasir grit 400 pula.

Sebagai kemasan akhir, Rambozzi® 'spray' 3 lapisan 'lacquer' ke keseluruhan projek ini.


Dan projek Replika Kiosk - Nadia n Friends ini siap sepenuhnya! Yay!


Fuhhh! Leganya Rambozzi® rasa!



Oh ya! Bahagian atap dan 'kiosk' itu tidak bercantum sebenarnya. Bahagian atap itu boleh dibuka. Untuk tujuan apa, Rambozzi® tidak tahu. Tapi itulah permintaan Nadia n Friends. Dan Rambozzi® cuba sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak Nadia n Friends.


Ok. Rambozzi® harap, projek Replika Kiosk - Nadia n Friends ini akan memuaskan hati Nadia n Friends. Rambozzi® hanya mencuba sebaik mungkin dengan kemahiran amatur Rambozzi® setakat hari ini.

Rambozzi® teringat pula kepada komen² yang Rambozzi® berikan kepada rakan² ahli di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Sebagai 'admin' di 'page' itu, memberikan pandangan dan pendapat sudah menjadi seperti satu tugas atau tanggungjawab bagi Rambozzi®. Rambozzi® sendiri tidak pasti, sama ada mereka suka atau tidak dengan setiap patah perkataan yang Rambozzi® tuliskan.

Rambozzi® yang amatur ini semacam menjadi berani untuk memberikan pandangan terhadap hasil² kerja 'woodworking' mereka di sana. Tetapi, Rambozzi® tidak pernah mengkritik mereka. Kritikan tanpa pandangan yang membina bukanlah 'style' Rambozzi®. Kerana Rambozzi® tahu; Rambozzi® faham; Rambozzi® pernah melaluinya - di dalam pelbagai "sektor" lain selain dari 'woodworking' ini - kritikan biasanya tidak membawa apa² faedah atau kebaikan pun. Kritikan itu bagi Rambozzi® hanya satu peluang untuk melepaskan geram; atau untuk memperlekehkan atau merendahkan orang lain; atau lebih teruk lagi untuk menjatuhkan orang lain. Rambozzi® cuba membawa beberapa nilai positif dengan cara yang lebih mesra, halus dan menggembirakan hati mereka. Rambozzi® rasa, dengan cara itu, selain daripada pandangan yang positif dan membina, mereka mungkin boleh mendapat sedikit ilmu yang sangat berguna.

Jadi, 'so'. Untuk projek Replika Kiosk - Nadia n Friends ini, Rambozzi® dengan sukacitanya memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk memberikan sebarang pendapat atau pandangan.

Dan kita terima panggilan dari pemanggil pertama iaitu Puan Jolie dari Ampang.

"Apa khabar puan?"

"Baik! Cool! Baik punye! Pheeewwiiittt!"

"Wah! Sangat bersemangat dan bertenaga puan pagi ini ya?"

"Yeah! Ooooooh! Cool!"

"Ok. Puan boleh berikan komen puan untuk projek ini ya. Silakan puan..."

"Jap bro! Jap! Saya nak 'parking' kereta saya kat tepi jalan dulu. Saya tengah 'drive' ni! Pon! Pon! Haaa! Dengar tak bunyi hon Kelisa saya ni? Pon! Pon! Yeah!"

"Ok! Ok! Puan 'parking' dulu! Bahaya tu puan!"

"Ok! Dah 'parking' dah!"

"Ok. Ok. Puan boleh berikan komen puan ye. Silakan..."

"Hmmmm..... Satu projek mini 'cute' yang chomel sangat menarik nampaknya....
Susunan baris² kayu yang kemas....Sangat menarik! Sangat menarik...
Pemasangan pintu yang kemas, cenuram atap pada darjah yang tepat, bila hujan air tak akan bertakung membasahi ruang dalam rumah ....
Dinding disusun kemas , tak de lubang² , so , jadi, orang tak boleh intai...
Menarik projek ni!! Cool!! Saya suka 106% Inc GST!
Comel lote.... Mcm pipi yang tersenyum sampai bulat²...
Hehehehehe peace!"

"Wah! Agak panjang lebar juga komennya ye puan?"

"Yeah! Jap Jap! Saya tengah 'drive' ni! Ada kereta Kelisa lain ajak saya 'drift' nih!"

"Wah! Jangan puan! Bahaya tu! Awas puan!"

Ya. Begitulah komen dari Puan Jolie ya. Agak 'hardcore' juga Puan Jolie tu ye... Kita terima pula panggilan seterusnya. Siapa pula kali ini ye.....

Satu hari nanti, Rambozzi® nak jadi DJ radio pula. Heh heh heh heh.....

"Mungkinkah kita dapat bersua 
Menjalinkan kasih mesra 
Di alam nyata....."



"Ka-ngen Wa-ter....." (Sebutannya hampir sama dengan bunyi sebutan iklan Yusuf Taiyoob tetapi dengan 'tone' suara yang lebih keras dan dalam seperti Mael XPDC).

"Ka-ngen Wa-ter....." itu bukan 'woodworking'. "Ka-ngen Wa-ter....." itu adalah nama sejenis air minuman yang hmmmm.... Rambozzi® rasa, baik Rambozzi® jangan cuba² menulis mengenainya. Rambozzi® tidak mempunyai cukup maklumat mengenainya. Yang Rambozzi® tahu, "Ka-ngen Wa-ter....." itu diproses dengan menggunakan sejenis alatan, atau mesin khas yang agak mahal. Mesin itu juga Rambozzi® tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya. Ia bukan sejenis 'power tools'. Jadi, ia telah tidak menarik perhatian Rambozzi® untuk membuat sebarang carian mengenainya.

Tapi, mesin untuk memproses "Ka-ngen Wa-ter....." itu pula memerlukan sebuah tempat khas untuk diletakkannya. Nah! Di sinilah datangnya fungsi Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini! Ya! Rambozzi® telah diminta oleh seorang "Otai" untuk membuat sebuah rak dinding yang sesuai untuk diletakkan mesin "Ka-ngen Wa-ter....." itu. Rambozzi® memanggil beliau "Otai" kerana beliau memang adalah seorang "Otai". Heh heh heh heh.....

"Ka-ngen Wa-ter....." (Ingat ya? Sebutannya hampir sama dengan bunyi sebutan iklan Yusuf Taiyoob tetapi dengan 'tone' suara yang lebih keras dan dalam seperti Mael XPDC).

Projek ini tidaklah sesusah mana. Tapi ia masih lagi sebuah projek 'woodworking'. Projek ini sangat ringkas & mudah. Ia berjaya Rambozzi® siapkan dalam masa yang singkat sahaja. Ya. Sekejap sahaja. Tetapi ia masih lagi memberikan sedikit peluang kepada Rambozzi® untuk menulis lagi di blog ini.

Ohhhh... Tanpa sebarang projek 'woodworking', Rambozzi® tidak akan mempunyai sebarang "modal" untuk terus menulis di sini. Rambozzi® perlukan 'woodworking' itu. Dan Rambozzi® "amat" memerlukan peluang untuk menulis di sini. Tanpa 'woodworking' dan blog ini, Rambozzi® akan "hilang". Rambozzi® akan luput dari ingatan. Rambozzi® akan dilupakan...

Jadi, 'so'. Dengan tidak membuang masa lagi - agar Rambozzi® ini tidak dilupakan - jom kita mulakan "sedikit" 'woodworking' kali ini dengan projek - Kangen Water Wall Shelf - Otai. 

"Ka-ngen Wa-ter....." heh heh heh heh.....


Rak ini kecil sahaja saiznya. Setelah mendapat ukuran yang diperlukan, Rambozzi® mulakan dengan memotong kayu² di atas kepada saiz² yang diperlukan dengan menggunakan 'slide miter saw'. Setiap sisi kayu² di atas Rambozzi® 'rout' sedikit 'chamfer edge profile' dengan menggunakan 'mini router/trimmer'. Dan semestinya dengan menggunakan 'chamfer router bit'.


Kemudian ia digam dan dicantumkan membentuk binaan di atas. Hanya dengan menggunakan gam kayu dan 'pocket hole joinery technique' sahaja. Oh men! Kemon! Itulah Teknik Keramat Rambozzi®, men!


Dan ia dicantumkan pula membentuk binaan di atas. Bahagian di atas adalah bahagian para untuk rak ini. Sangat ringkas, sangat mudah dan sangat cepat. Sangat Rambozzi®!


Untuk bahagian kaki, atau 'support', atau 'bracket' atau.... Ok! Rambozzi® tidak tahu nama yang sesuai atau tepat untuk bahagian itu! Hahahahahaha!

Rambozzi® potong bahagian² kayu di atas dengan menggunakan 'slide miter saw' yang disetkan 'miter'nya kepada 45°.


Dan siaplah 2 bahagian utama untuk projek Kangen Water Wall Shelf - Otai ini.


Dan ia digam dan diskrukan menjadi 1 rak yang lengkap.


Rambozzi® 'sanding' keseluruhan bahagian projek ini dengan menggunakan kertas pasir grit 400. Dan Rambozzi® 'spray' 3 lapisan 'lacquer' ke atasnya.  'Spray lacquer' itu agak cepat kering. Rambozzi® biarkan ia kering selama 30 minit sebelum menggosoknya lagi dengan kertas pasir grit 400. Dan Rambozzi® 'spray' pula lapisan seterusnya. Begitulah turutan prosesnya sehingga selesai 3 lapisan kemasan itu.

Dan projek Kangen Water Wall Shelf - Otai ini siap sepenuhnya! Yay!

"Ka-ngen Wa-ter....."


Seterusnya Rambozzi® bergegas pula ke lokasi "Otai" dan memasang Kangen Water Wall Shelf - Otai ini ke tempat yang dikehendaki. 


 Dan siap!


Dan mesin "Ka-ngen Wa-ter....." itu diletakkan dengan "selesanya" ke atas Kangen Water Wall Shelf - Otai itu.....

Sangat ringkas & mudah!

"Ka-ngen Wa-ter....."

Oraits! Rambozzi® harap, "Otai" akan berpuas hati dan suka dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Walaupun projek ini kecil, ringkas & mudah sahaja, Rambozzi® tetap membuatnya dengan sebaik mungkin, dengan kemahiran Rambozzi® ini. Rambozzi® tidak membuatnya secara sambil-lewa. Rambozzi® tetap memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan Rambozzi®. Rambozzi® tetap Rambozzi®. Rambozzi® bukan Mael XPDC. 

Sekarang Rambozzi® rasa agak kurang selesa. Tubuh Rambozzi® ini terasa melekit². Tubuh Rambozzi® ini telah dibasahi keringat. Rambozzi® nak mandi. Sambil layan lagu XPDC - Jangan Tak Mandi. Heh heh heh heh heh.....

"Panas terik aku berjalan
Membakar tubuh yang kering kaku
Aku penat aku berhenti
Terjumpa air dan mahu mandi

Eloklah aku mandi
Biar bersih diri sendiri
Yang kotor semua pergi
Di syampu di sabun wangi

Hidup kita serupa saja
Mula bersih tersapu kotor
Bila kotor harus dicuci
Pastikan tiada kotor lagi

Setelah kita mandi
Pandai-pandailah jaga diri
Dari kekotoran kita alami
Buat apa semua tak jadi

Pemalas! (sebutan kurang jelas tak tahu apa yang dia sebut) 
Jangan tak mandi!
Woi! Gua mahu mandi laa!
Ok! Kalau macam tu lu ikut gua nyanyi sama² oraits! 
Kemon!
Hey! Hey! Hey! Hey!
Hey! Hey! Hey! Hey!

Yeahhhh!!!!

Hidup kita serupa saja
Mula bersih tersapu kotor
Bila kotor harus dicuci
Pastikan tiada kotor lagi

Setelah kita mandi
Pandai-pandailah jaga diri
Dari kekotoran kita alami
Buat apa semua tak jadi

Sudah penat aku menyanyi
Mahu pulang mahu terus mandi
Esok boleh menyanyi lagi
Nyanyikan lagu jangan tak mandi"




XPDC - Jangan Tak Mandi (Darjah Satu) 1990

Hmmmmm! What?! Ada jugak lagu macam nie ke haaa?!




"A-E-I-O-U
A-E-I-O-U"

"A - bunyi ayam
Kok! Kok! Kok!
E - panggil emak
EMAK!
I - ikan nan nan nang (berenang)
Di dalam kolam..."

Lagu itu terus diulang-nyanyi bertalu² tanpa simpati oleh Fatiha. Sedang Fatima pula berputar² menari mengikut irama lagu itu. Rambozzi® bagai didera. Telinga Rambozzi® terasa panas. Hati ini mendidih².  Kepala Rambozzi® terasa berpusing². Kalau diulang 2 atau 3 kali, tidak mengapa lagi. Tapi kalau berpuluh kali sehari selama hampir 3 minggu, ini satu penderaan jiwa secara halus kepada Rambozzi®.

Pernah Rambozzi® menegur Fatiha, "Dah la tu.....". Tapi dijawab kembali oleh Fatiha, "Ayah. Kita lupa nak pergi Giant, kan?". Alaaa bila masa pulak yang kita ada "ingat" nak pergi ke Giant?

Sedang Fatima pula hanya pandai mengeluarkan bunyi²an yang tidak dapat dimengertikan oleh benak Rambozzi®. "Tssst! Auppp! Pooofff!".

"Ayah! Ayah! Kenapa kita lupa nak pergi Giant?"
"Alaaa sape yang ingat nak pergi Giant?"
"Nanti kita pergi Giant tau?"
"Ye... Nanti ayah ada duit, kita pergi Giant... "
"Nanti kawan ayah datang ambik kayu tu, ayah ada duit kan?"
"Ye...  Nanti kawan ayah datang ambik kayu tu, kita ada la duit..."
"Ayah! Ayah! Kenapa kawan ayah tu ada duit?"
"Sebab gaji dia banyak, dia ada la duit..."
"Ayah! Ayah! Kenapa gaji ayah tak banyak?"
"Sebab..... "

"A - bunyi Ayah
Kok! Kok! Kok!
A - panggil Ayah
AYAH!
A - Ayah nan nan nang (berenang)
Di dalam kolam..."

Jadi, 'so'. Disebabkan Rambozzi® sendiri terpaksa menyanyikan lagu itu untuk "menghiburkan" hati yang resah-gelisah ini, maka Rambozzi® akan cuba "curahkan kehibaan" ini dengan cara Rambozzi®. Tiada cara lain - tiada kelayakan, tiada kewangan, hanya anganan - Rambozzi® akan 'woodworking' sahaja.

Apabila Puan Arfah meminta Rambozzi® membuatkan sebuah 'dollhouse' untuk anaknya, secara automatik Rambozzi® terniat untuk membuatnya untuk Fatiha & Fatima juga. Harapan Rambozzi®, agar perhatian mereka berdua teralih dan boleh "melupakan" lagu itu sekejap.....

Jadi, 'so'. Dengan tidak membuang masa lagi - kerana Rambozzi® juga memerlukan lebih banyak masa untuk pergi berenang - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Dollhouse - Puan Arfah.


Oraits! Rambozzi® mulakan dengan membelah beberapa kepingan 'plywood' setebal 18 mm dengan menggunakan 'table saw'. Lebar dan panjang untuk setiap kepingan 'plywood' itu sebenarnya boleh kita tentukan mengikut kesesuaian atau kehendak kita sendiri. Ok. Rambozzi® akan kongsikan ukuran atau 'design' untuk projek Dollhouse - Puan Arfah ini. Harap 'design' dari SketchUp di bawah boleh membantu sesiapa sahaja yang ingin membuat sendiri 'dollhouse' seperti ini.


'Design' di atas sebenarnya adalah mengikut ukuran dan kehendak dari Puan Arfah sendiri. Rambozzi® hanya cuba membuat yang terbaik untuk memenuhi kehendak Puan Arfah sahaja.


Ada beberapa kepingan 'plywood' yang dipotong serong 'bevel'nya sebanyak 30°. Operasi di atas sesuai dilakukan dengan menggunakan 'table saw' yang dicondongkan mata gergajinya kepada 30°. Tapi kalau tidak ada 'table saw', boleh juga dipotong dengan menggunakan 'sliding miter saw'. Cuma, 'sliding miter saw' agak terbatas dengan lebar yang boleh dipotong.


Gambar di atas menunjukkan kepada mata gergaji pada 'table saw' yang telah dicondongkan kepada 30°. Dan begitulah hasilnya setelah 'plywood' itu dipotong.


Memandangkan Rambozzi® masih belum berkesempatan untuk membuat sebuah 'miter sled' untuk 'table saw' milik Rambozzi® itu, maka Rambozzi® akan menggunakan 'sliding miter saw' sahaja untuk membuat potongan 90° untuk bahagian² lain untuk projek ini. Berapa banyak untuk daa.... Hahahahaha!


Dan kesemua bahagian telah siap dipotong kepada saiz² yang diperlukan.


Rambozzi® akan "cuba" selesaikan bahagian paling susah untuk projek ini dahulu. 'Dollhouse' ini mempunyai 4 tingkap yang berbentuk 4 segi tepat. Untuk memastikan setiap tingkap adalah sama bentuk dan saiznya, Rambozzi® akan gunakan 'cutting template' untuk 'mini router/trimmer' milik Rambozzi®.

'Cutting template' di dalam gambar di atas telah ditebuk secara kasar dengan menggunakan 'jigsaw'. Kemudian bentuknya dikemaskan lagi dengan menggunakan mini router/trimmer' yang dipasangkan 'flush trim router bit'. Sebatang 'plywood' terbuang diskrukan ke bahagian tepi 'template' di atas yang akan berfungsi sebagai 'guide' agar Rambozzi® dapat memastikan ia diletakkan di tempat yang sepatutnya - dengan tepat dan kemas.


Menggunakan 'template' berkenaan, Rambozzi® lukis bentuk kotak di atas 'plywood' yang hendak ditebuk tingkap.


Rambozzi® tebuk 1 lubang untuk dimasukkan mata 'jigsaw'.


Dan lubang² untuk tingkap itu ditebuk secara kasar dengan menggunakan 'jigsaw' dahulu.


Rambozzi® 'clamp'kan 'cutting template' tadi di bawah 'plywood' yang hendak ditebuk tingkap. Seperti biasa, Rambozzi® laraskan mata 'flush trim router bit' pada 'mini router/trimmer' agar 'bearing' pada 'router bit' itu menyentuh permukaan 'template' di bawahnya. 'Bearing' pada 'flush trim router bit' akan mengikut bentuk 'template' di bawahnya dan akan hanya memotong mengikut bentuk 'template' itu sahaja. Adoih! Susahnya la nak terang!

"Rambozzi® teringat "teguran" seorang rakan di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Katanya, bukan senang hendak membuat kerja² 'woodworking' dalam keadaan di mana Rambozzi® "terpaksa" berhenti pada setiap proses kerja, mengambil gambar, menyuntingnya, memasukkannya ke dalam blog, dan menulis pula penerangan mengenai setiap satu proses kerja itu. Hmmm... Rambozzi® rasa macam pernah tulis mengenai ini tidak lama dulu... Tapi, 'point' Rambozzi® adalah, Rambozzi® bukanlah seorang 'woodworker' "biasa". Rambozzi® adalah seorang 'woodworker' yang "sangat luar biasa". Rambozzi® adalah seorang 'woodworker' yang "rare". Aaa! Aaa! Aaa! No! No! No! Rambozzi® bukanlah "sejenis mamalia" yang mengalami kepupusan. Rambozzi® bukan 'dinosaur' atau 'ornithorhynchus anatinus'. Rambozzi® adalah seorang 'woodworker' yang "susah hendak dicari atau ditemui" sahaja. Heh heh heh heh..."


Dan hasilnya memang tidak mengecewakan Rambozzi®. Ini adalah 'woodworking' Rambozzi®.


Oraits! "Masih setia" dengan Teknik Keramat Rambozzi®, beberapa lubang 'pocket hole' ditebuk untuk proses pemasangan.

Oh ya! Beberapa lubang 'pilot hole' yang siap di'countersink' juga ditebuk di beberapa bahagian.


Proses pemasangan 'dollhouse' ini tidaklah sesukar mana. Binaan 'dollhouse' ini adalah sangat asas dan mudah, dan ringkas.


Untuk memastikan jarak di antara setiap tingkat 'dollhouse' adalah sama, Rambozzi® hanya gunakan 2 keping 'plywood' untuk projek ini sendiri sebagai 'spacer'.


Ok. Untuk bahagian bumbung 'dollhouse' ini, agak 'tricky' juga untuk memasangnya kerana ia telah dipotong serong 30° tadi kan? Kan?

"Awak dah lupa? Hah lupa la tu kan? Lupa lagi kan? Dah banyak kali saya cakap kan? Jangan sesekali lupa apa yang saya cakap pada awak tu, ok?", tegas Rambozzi® kepada 'Love'. 

'Love' hanya mendiamkan diri. Sedikit airmata terbit di hujung matanya. Sambil memalingkan wajahnya ke arah lain, 'Love' menyapu airmatanya perlahan, dan mengesat juga sedikit air yang keluar dari hidungnya dengan menggunakan lengan baju Rambozzi®. 

"Awak lap kat baju awak sendiri boleh tak?!", bentak Rambozzi® dengan keras. 

Kali ini 'Love' tidak dapat menahan hati dan perasaannya lagi. 'Love' tersedu-sedu tanpa malu² atau takut² lagi. 'Edging' pada 'plywood' yang telah siap di'laminate' itu digigit² oleh 'Love' dengan rakus, tetapi bersih kerana ketajaman giginya. 

"Jangan sampai saya gigit jari awak tu Rambozzi®..........! Pulangkan!!!", jerit 'Love' tetapi hanya di dalam hatinya... "Pulangkan?". 

Pulangkan apa? Apakah yang diminta pulangkan oleh 'Love' itu? Sama² kita nantikan kisah percintaan di antara kedua mereka itu, tidak lama lagi...

Rambozzi® skrukan sementara 2 batang 'plywood' lebihan ke 'plywood' di atas untuk memastikan bukaan itu "tidak lari" sementara menunggu gam kayu itu kering sepenuhnya.


Bahagian 'plywood' yang di'clamp'kan di atas pula akan diskrukan dari bawah. Memandangkan ruangan itu agak sempit, maka Rambozzi® pasangkan 'right angle drill attachment' ke 'cordless drill' itu. 'Right angle drill attachment' itu akan memudahkan Rambozzi® memutar skru di ruang² yang sempit yang tidak boleh dimasuki oleh 'cordless drill'.


'Dollhouse' ini siap dipasang sepenuhnya. Rambozzi® belah pula beberapa kepingan kayu nipis seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas untuk dijadikan 'edging' untuk menutup 'end grain' yang kelihatan pada 'plywood'. Hmmm... Rambozzi® masih belum berkesempatan lagi hendak berkongsi cara Rambozzi® membelah kepingan² 'edging' senipis itu dari sebatang kayu 1x2.....

'Love' masih lagi merajuk. Rajuk 'Love' kali ini lebih panjang. Kali ini 'Love' melancarkan "mogok lapar" pula. 'Love' enggan menjamah sebarang makanan. 'Love' secara terang-terangan menolak untuk "memamah" kepingan² 'edging' di atas kepada saiz yang lebih tepat. 

"Inikah erti cinta sebenar awak kepada saya?", soal Rambozzi® kepada 'Love'. 

"Awak cakap awak sayang dan cintakan saya kan? Tapi sekarang awak buat perangai macam nie pulak ye?!!!", Rambozzi® tanpa sedar telah meninggikan suara kepada 'Love'. 

"Deyyy!!! Jangan cabar kesabaran dan kelembutan saya ini! Dalam kelembutan ini ada "battu batta" yang sangat keras! "Singga" pun akan tunduk mendengar ngauman saya! "Raja" akan turun dari takhtanya! Deyyy awak akan menyesal bila saya tunjukkan rupa saya yang sebenar! Awak belum kenal lagi siapa saya yang sebenarnya! Auuummmmm!!! Deyyy!!!!!", jerit 'Love'.

Perlahan², rupa wajah 'Love' berubah menjadi sedikit bengis. Beberapa helaian misai tumbuh dari tepi bibir dan pipinya. Kuku²nya mula memanjang dan meruncing sedikit demi sedikit. Matanya pula menjadi semakin bulat dan merah. Keningnya sedikit terangkat ke atas. Telinganya pula menjadi tajam dan panjang. Panjang? Kulitnya yang halus mula ditumbuhi bulu² keras berwarna hitam dan "oles". Warna "oles"? Oh itu adalah sebutan Fatiha untuk warna oren. 'Love' secara perlahan menunjukkan wajahnya yang sebenar! 'Love' adalah seorang 'werewolf'!

"Haiya! Bukan seligala lah! Halimau jadian maa! Limau!", tegur seorang tokey Cina di 'hardware' berdekatan kami berdua. Selepas menegur kami berdua, tokey Cina itu tiba² sahaja ghaib bersama angin lalu. Keadaan itu amat menggerunkan hati Rambozzi®. Tegurannya yang tidak dijangka agak mengerikan. Dan yang lebih mengerikan lagi, bilakah masanya dia berada berdekatan dengan kami berdua? Dari manakah dia muncul? Siapakah dia? Bagaimanakah dia mampu menghilangkan dirinya begitu sahaja? Sama² kita nantikan kesudahannya di dalam episod yang akan datang, minggu depan...


Rambozzi® lekatkan kepingan 'edging' itu ke setiap sisi atau 'end grain' pada 'plywood' yang kelihatan dengan menggunakan gam kayu. Dan Rambozzi® tampalkan 'masking tape' agar ia melekat dengan kemas sementara menunggu gam itu kering sepenuhnya. 'Masking tape' itu berfungsi sebagai 'clamp'.


Selepas ia kering sepenuhnya, dengan menggunakan 'Love', Rambozzi® ketam lebihan 'edging' itu agar sekata atau 'flush' dengan permukaan 'plywood'. Ohhh my 'Love' memang tidak pernah menghampakan Rambozzi®. Setiap 'kiss of 'Love'' bagaikan gigitan cinta yang berbekas indah dan abadi. 'I love U so much, my 'Love'.........,' pujuk Rambozzi® selepas teruk dibelasah oleh 'Love' sebentar tadi.....


Kemudian Rambozzi® gam dan skrukan pula bahagian tapak ke 'dollhouse' ini. Tapak itu dipastikan sedikit lebar agar 'dollhouse' itu stabil dan tidak mudah terbalik menghempap anak² kecil.

Sekarang, projek Dollhouse - Puan Arfah ini sudah siap sepenuhnya.

Seterusnya, Rambozzi® 'sanding' keseluruhan 'dollhouse' itu dengan menggunakan 'random orbital sander' yang dipasangkan kertas pasir bergrit 400. Dan Rambozzi® cat ia dengan menggunakan cat minyak berwarna putih, sebanyak 2 lapisan. Oh! Sebelum itu, 'dollhouse' itu terlebih dahulu dicat dengan 1 lapisan cat 'undercoat'.


Dan, projek Dollhouse - Puan Arfah ini sudah siap sepenuhnya! Yay!




Eh? Apa yang eh?

Eh? Kenapa gambar kat atas tu nampak teruk benar kualitinya? Tiba² je kan? Kan?

Ok. Rambozzi® harap Puan Arfah akan suka dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Rambozzi® harap, anaknya juga akan suka dengan 'dollhouse' ini.

Rambozzi® ada menyatakan kepada Puan Arfah, 'dollhouse' ini akan dicat dengan menggunakan warna putih. Kalau tidak dicat pun, rupa, warna dan corak 'plywood' itu sendiri masih lagi kelihatan cantik dan menarik. Rambozzi® cadangkan kepada Puan Arfah agar ia dicat putih supaya ia sedia untuk dihiaskan lagi nanti. Maksudnya, Puan Arfah boleh mengecat dan menghiasnya menjadi lebih menarik, bersama² dengan anaknya. Itu akan menjadi satu aktiviti yang sangat menarik, dan sangat bagus untuk hubungan di antara seorang ibu dan anaknya. Dan Puan Arfah bersetuju dengan cadangan Rambozzi® itu. Setelah ia dicat putih, permukaannya adalah sedia untuk diwarnakan, dicorakkan, dan dihiaskan dengan lebih menarik lagi.

Rambozzi® harap, projek ini akan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang di antara Puan Arfah dan anaknya. Rambozzi® rasa agak gembira pula, kerana secara tidak langsung, Rambozzi® memainkan peranan yang sangat penting di dalam kehidupan mereka sekeluarga. Rambozzi® juga berasa agak lega dan tenang, kerana rupa²nya "dunia woodworking" ini membawa terlalu banyak pengertian kepada Rambozzi®, walaupun banyak pula yang tidak dapat Rambozzi® mengertikan. Rambozzi® juga berasa amat lega dan tenang, kerana kewujudan Rambozzi® di dalam "woodworking" ini,  bisa membawa bahagia kepada orang lain....

Sedang Rambozzi® pula, masih lagi "dihantui" oleh lagu sama yang diulang nyanyi sampai pagi, dan "bunyi²an misteri" yang tidak dapat dimengertikan... "Bauppp!!!". Apa kebende la "bauppp!!!" tu.....? Aduh.....


Dan seperti yang Rambozzi® maklumkan di awal 'entry' ini tadi, Rambozzi® juga membuat sebuah 'dollhouse' untuk Fatiha dan adiknya, Fatima. Tidak banyak beza dengan Dollhouse - Puan Arfah. Kecuali bahagian tapaknya sahaja, kerana Rambozzi® kekurangan 'plywood' untuk dijadikan tapak.

'Dollhouse' milik Fatiha & Fatima ini tidak dicat langsung. Sengaja Rambozzi® membiarkan ia dengan warna asal 'plywood' itu agar Fatiha & Fatima boleh bersama² mengecat dan menghiasnya nanti, dengan kreativiti mereka.

Rambozzi® sendiri tidak pasti bagaimanakah hasilnya nanti. Sebab, apabila Rambozzi® terpandangkan Kristoff dan Elsa yang "kehilangan" kepala mereka itu, Rambozzi® berasa agak gusar juga. Hmmm? What? Tak nampak? Ok, mari Rambozzi® 'zoom'kan. Mari...Hulurkan tanganmu, dan pejamkan matamu itu...


Nampak? Nampak kan? Dan 1 daripada 2 tanduk Sven juga telah patah dan hilang! 'Oh man...'.

Rambozzi® harap Anna dan Hans tidak "diapa²kan". Dan Olaf pula tidak sepatutnya "beraksi" riang seperti itu. Dia juga "belum tentu akan selamat" lagi. Heh heh heh heh.....

Tidak mengapalah. 'Nevermind'. Kalaupun 'dollhouse' itu rosak atau punah jahanam sekalipun, Rambozzi® tidak akan memarahi Fatiha atau Fatima. Rambozzi® boleh membuat 'dollhouse' yang baru untuk Fatiha & Fatima. Rambozzi® kan seorang 'woodworker'? Dan Rambozzi® bukan seorang 'woodworker' biasa. Rambozzi® adalah Rambozzi®. 'I am Rambozzi®. I am Your Woodworker. i-woodworking with Style. i-woodworking with Heart. i-woodworking with Love. Always with Love...'..........

"O - panggil Olaf
OLAF!
U - panggil Ummi
UMMI!
U - Ummi nan nan nang (berenang)
Di dalam kolam..."



Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ▼  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ▼  October 2015 (3)
      • - Replika Kiosk - Nadia n Friends
      • - Kangen Water Wall Shelf - Otai
      • - Dollhouse - Puan Arfah
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes