Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

"Oooh!"

Pehal pulak tetiba "Oooh!" nie haa? Hahahahaha! 'Wait! Wait! Wait!'. Sebenarnya, itu adalah perkataan pertama kepada lirik lagu 'Photograph' dendangan kumpulan 'Rock' terkemuka 80-an dulu - Def Leppard. Jap. Rambozzi® nak layan sikit lagi lagu nie pastu baru kita sambung 'woodworking', ok? Oraits?

"I'm out a luck, out a love
Gotta photograph, picture of
Passion killer, you're too much
You're the only one I want to touch

I see your face every time I dream
On every page, every magazine
So wild and free so far from me
You're all I want, my fantasy..."


- Def Leppard "Photograph" (Pyromania) - 1983 - 

"Oooh!" 'Cool!' 'Yeah!' Rambozzi® rasa sangat bersemangat! Sebab Rambozzi® "dicari" oleh Ariff dan kawannya, Fadzli, yang suka melihat hasil kerja Rambozzi® sebelum ini iaitu "Photobooth - Faisal". Manakan tidak, projek "Photobooth - Faisal" itu boleh dikatakan antara projek yang paling mencabar tetapi sangat bagus untuk perkembangan dan kemajuan Rambozzi® di dalam bidang 'woodworking' ini. 

Jenis projek seperti ini adalah yang paling Rambozzi® suka. Kerana, di samping ia memberi peluang kepada Rambozzi® untuk cuba memenuhi segala kehendak pelanggan, ia juga memberi peluang kepada Rambozzi® untuk mencuba sesuatu yang baru, dan yang di luar bidang 'woodworking' ini sendiri. Rambozzi® suka cabaran berbentuk 'customize' atau 'custom made' (hah! mana satu ntah!) seperti ini. 

Proses perbincangan untuk menentukan hala tuju projek seperti ini sendiri adalah sangat menarik. Rambozzi®, Ariff dan Fadzli berpeluang untuk mengutarakan 'idea' dan pendapat masing² dengan sangat bebas, sangat santai, sangat mesra, dan ya, Rambozzi® akui, sangat professional.

Projek ini juga adalah atas dasar kepercayaan. Untuk membuat sesuatu yang seperti ini, semestinya Rambozzi® memerlukan segala peralatan yang hendak mereka letakkan ke dalam 'photobooth' ini seperti kamera, (mahal, beb. Rambozzi® takkan mampu nak beli kamera semahal ini. Rambozzi® "lebih rela" membeli 'power tools' cap Bosch® yang "jauh lebih murah". Heh heh heh heh...) 'monitor', 'speaker' dan lain², berada di dalam tangan Rambozzi®. Itu dalam bentuk barangan. Yang lebih utama, adalah kepercayaan Ariff dan Fadzli terhadap kemahiran Rambozzi® untuk membantu mereka berdua mencapai cita² dan impian mereka.

Sebagai 'woodworker', Rambozzi® faham "kegilaan" mereka berdua terhadap dunia 'photography'. Bidang kami amat jauh berbeza, tetapi "kegilaan" itu tetap sama. Dan apabila "gila woodworking" bertemu "gila photography", Rambozzi® rasa, kami mendapat peluang untuk "melampiaskan kegilaan" itu, 'together-gether'². Heh heh heh heh...

Berbeza dengan projek "Photobooth - Faisal" yang menggunakan konsep "kamera klasik", projek Photobooth - Ariff & Fadzli ini pula menggunakan konsep "peti televisyen klasik".

Jadi, dengan tidak membuang masa lagi - kerana "kegilaan" ini semakin memuncak; kerana jiwa ini semakin berkocak; dan kerana cinta ini semakin rancak - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Photobooth - Ariff & Fadzli.


Rambozzi® mulakan dengan memotong kayu² 1x2 di atas kepada saiz² yang diperlukan. Kayu² di atas adalah untuk bahagian paling penting projek ini, iaitu "muka depan TV" ini.


Kayu² tadi digam dan di'clamp'kan antara satu sama lain. Kemudian ia dibiarkan kering selama lebih kurang 2 jam, kot... A'ah kan? Rambozzi® lupa pulak berapa lama Rambozzi® biarkan ia kering hari tu kan? Kan? Lain kali, Rambozzi® kena catat tempoh masanya tu untuk lebih ketepatan lagi...



Selepas gam kering, Rambozzi® ketam pula permukaan panel di atas dengan menggunakan 'Love'.


Dan begitulah hasilnya selepas ia siap diketam. Sebenarnya, panel di atas adalah sebahagian sahaja daripada keseluruhan "muka depan TV" ini. Disebabkan kekangan masa, situasi dan ruang studio yang amat "menyesakkan hati" Rambozzi®, Rambozzi® telah terlupa hendak mengambil gambar proses seterusnya...

"Oh, look what you've done to this rock 'n' roll clown
Oh oh, look what you've done..."


Photobooth - Ariff & Fadzli ini akan dibina dengan menggunakan 'plywood' setebal 18 mm. 'Material' yang dipilih ini adalah atas persetujuan Ariff & Fadzli sendiri.

Kepingan² 'plywood' di atas telah dibelah kepada saiz² yang diperlukan dengan menggunakan 'table saw'. Lubang² 'pocket hole' juga ditebuk untuk proses pemasangan.


Oraits! Projek ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu kotak TV dan kotak 'speaker'. Di dalam kotak 'speaker' itu nanti akan diletakkan sebuah kamera.

'Plywood' di atas adalah untuk bahagian muka depan kotak 'speaker'. Rambozzi® dapatkan dahulu saiz lensa kamera yang akan digunakan dan tebuk lubang untuknya di atas 'plywood' di atas.

Rambozzi® gunakan 'drill press' yang dipasangkan 'hole saw' untuk menebuk lubang tersebut. Di bahagian bawah 'plywood' itu Rambozzi® alas dengan sekeping lagi 'plywood' terpakai untuk mengurangkan pecahan atau 'tearout'. Rambozzi® 'clamp'kan kedua² keping 'plywood' itu ke permukaan 'drill press table' untuk menstabilkan kedudukannya semasa proses menebuk lubang.


Kemudian Rambozzi® 'rout' pula sekeliling bulatan pada 'plywood' itu dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'.


Dan ia dicantumkan dan membentuk kotak 'speaker' seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas yang telah diambil oleh Rambozzi® selepas selesai proses mencantumkan kotak di atas tadi dan ia akan digunakan untuk diletakkan sebuah kamera di dalamnya selepas projek ini Rambozzi® siapkan dan serahkan kepada Ariff & Fadzli untuk kegunaan mereka mengambil gambar di lokasi² penggambaran yang akan dipilih oleh mereka atau pelanggan atau peminat mereka di waktu yang mungkin bersesuaian dengan tema yang akan dipilih oleh mereka ataupun pelanggan ataupun peminat mereka nanti. Wah! Ada ke orang yang baca ayat di atas sampai habis haaaa?!

"Photograph - I don't want your
Photograph - I don't need your
Photograph - all I've got is a photograph
But it's not enough..."


Sebenarnya, sengaja Rambozzi® menulis panjang² tadi. Sebab, Rambozzi® panas hati lah! Kotak 'speaker' itu telah gagal dengan jayanya. Hmmmph!

Bulatan itu telah ditanda pada kedudukan yang salah. Hmmmph!

Lensa kamera akan condong ke bawah kerana kedudukan bulatan itu yang agak ke bawah. Hmmmph!

Rambozzi® terpaksa pecahkan kotak itu kerana kedua² bahagian yang telah dirosakkan di atas, masih boleh digunapakai. Sekarang, Rambozzi® terpaksa membuat operasi "pembersihan" pula. Hmmmph!


Sekali lagi, 'Love' telah Rambozzi® "seru" untuk membantu Rambozzi® menyelamatkan keadaan ini.

"Datanglah kepadaku, wahai 'Love' sayang... 
Sejukkanlah mata dan hatiku ini, 'Love' 'sweetheart'...
Temanilah hidupku dengan kehalusan belaian kasih dan sayangmu itu, 'Love' 'darling'...
Berdampinglah dengen ku, wahai si 'Love', sayang...
Hanya itulah pesen ku, mambang.........."


Jadi, 'Love' tidak pernah menghampakan Rambozzi®. Kehadiran 'Love' senantiasa menggembirakan hati Rambozzi®. Kewujudan 'Love' senantiasa menceriakan hati Rambozzi®. Kelahiran 'Love' di dalam hidup Rambozzi® senantiasa membawa sinar mentari di hati Rambozzi®. 'I love u so much, 'Love'...'


Bahagian yang rosak tadi "telah selamat diselamatkan". Ia masih boleh digunakan. Ia akan dijadikan pintu untuk kotak 'speaker' itu.

Dengan menggunakan 'jigsaw', Rambozzi® tebuk lubang untuk diletakkan sekeping 'acrylic sheet' pada pintu berkenaan. Lubang itu ditebuk secara kasar sahaja. Lubang yang lebih kemas, tepat dan halus akan ditebuk dengan menggunakan 'mini router/trimmer' pula, selepas ini.


Oraits! Rambozzi® bakal menghadapi sedikit masalah untuk menerangkan proses di atas hehehehe peace! Takpe, 'it's ok'. Rambozzi® akan cuba terangkan dengan perlahan² dan seteliti mungkin kerana teknik seterusnya ini adalah antara "nikmat" seorang 'woodworker' yang bekerja dengan menggunakan sebuah 'router'. Ia ringkas, tetapi ia tetap sebuah teknik yang 'best'.

Sila baca setiap perkataan seterusnya satu persatu dengan perlahan² dan penuh pengamatan ye...?

Kayu² lebihan yang bertanda anak panah merah di atas diskrukan ke 'plywood' yang akan berfungsi sebagai pintu kotak 'speaker' nanti. 

Ia berfungsi sebagai 'guide' untuk 'bearing' pada 'flush trim router bit'. 

Kayu² lebihan itu tidak diskrukan sesuka hati sahaja. 

Ia telah diukur dan ditandakan dengan tepat bersesuaian dengan saiz lubang pada pintu yang hendak Rambozzi® tebuk.

Apabila 'bearing' pada 'flush trim router bit' "menyentuh" permukaan kayu² lebihan itu, 'mini router/trimmer' akan hanya memotong 'plywood' hanya berpandukan kepada bentuk kotak hasil daripada 'frame' sementara yang dibina daripada kayu² lebihan yang diskrukan itu. Ok? Hang bulih paham kaaa? Hahahahaha!

'Frame' sementara yang dibina daripada kayu² lebihan yang diskrukan itu juga boleh dipanggil 'cutting template'. Oraits?

Maka Rambozzi® akan mendapat sebuah lubang yang sangat tepat dan kemas pada pintu kotak 'speaker' itu nanti.


Perhatikan gambar di atas dengan teliti. 'Bearing' pada 'flush trim router bit' itu Rambozzi® pastikan menyentuh permukaan kayu lebihan yang diskrukan ke 'plywood' kotak 'speaker' itu. Jadi, mata 'router bit' itu akan hanya memotong mengikut bentuk 'frame' sementara yang dibina daripada kayu² lebihan yang diskrukan ke kotak 'speaker' berkenaan.

Ya. Rambozzi® terpaksa mengakui bahawa Rambozzi® terpaksa menggunakan perkataan² yang sama yang diulang² beberapa kali sehingga memenatkan mata dan memeningkan kepala. Tetapi percayalah. Baca satu persatu, perlahan² dan Rambozzi® yakin, ia akan dapat difahami dengan jelas.


Sekarang, Rambozzi® akan mula memotong lubang tersebut dengan menggunakan 'mini router/trimmer'.


Dan itulah hasilnya. Dapat dilihat dengan jelas juga, kayu² lebihan yang diskrukan ke 'plywood' di atas masih berada di bawahnya.

'Roundover router bit' berwarna hitam di dalam gambar di atas akan digunakan untuk membulatkan sedikit bucu pada lubang pintu berkenaan.


Oraits! Rambozzi® sudah terlepas peluang untuk mengambil gambar beberapa proses. Rambozzi® agak kelam-kelibut sekarang.

Bahagian² di atas adalah keseluruhan bahagian untuk projek Photobooth - Ariff & Fadzli ini. "Muka depan TV" itu juga telah siap dipasangkan sepenuhnya. Beberapa lubang yang akan berfungsi lubang untuk 'speaker' juga telah ditebuk dengan kemas dan jayanya (lihat anak panah merah di dalam gambar di atas).


Ok. Sebenarnya, agak banyak juga gambar proses kerja yang tidak sempat Rambozzi® ambil. Projek yang Rambozzi® jangkakan "tidaklah sesusah mana" ini rupa²nya boleh tahan susah! Wah!

Oraits! Anak² panah berwarna merah di atas menunjukkan kepada lapisan 'nyatuh veneer' yang telah ditampal ke kotak 'speaker' dan juga kotak TV. Ia akan dicat dengan warna hitam nanti, atas pemintaan Ariff dan Fadzli sendiri.

Anak panah berwarna biru itu pula menunjukkan kepada bahagian dalam "muka depan TV" yang Rambozzi® potong 45° dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan '45° chamfer router bit'. Itu adalah 'idea' dan 'design' daripada Ariff dan Fadzli sendiri.

"I'd be your lover, if you were there
Put your hurt on me, if you dare
Such a woman, you got style
You make every man feel like a child, oh

You got some kinda hold on me
You're all wrapped up in mystery
So wild so free and far from me
You're all I want, my fantasy..."


Di bahagian belakang kotak TV pula Rambozzi® pasangkan sebuah pintu untuk memudahkan Ariff dan Fadzli "bekerja" nanti. Pintu itu tidak mempunyai sebarang pemegang, 'handle' atau 'knob'. Ia hanya perlu ditekan sahaja dan pintu akan terbuka secara automatik. Sebenarnya tidak automatik mana pun heh heh heh heh. Rambozzi® hanya pasangkan 'push to open magnetic door latch' sahaja hehehehe peace!

Di bahagian belakang kotak 'speaker' itu pula juga telah siap dipasangkan 'acrylic sheet' ke bahagian pintunya. Dan projek ini sudah hampir siap sepenuhnya.

Setakat ini, tidak ada banyak masalah sangat. Segala²nya berjalan agak lancar, dan Rambozzi® tunjukkan gambar di atas kepada Ariff dan Fadzli. Dan mereka berdua suka dengan hasil kerja Rambozzi® setakat ini.

"Oh, look what you've done to this rock 'n' roll clown
Oh oh, look what you've done..."


Oraits! Rambozzi® akan terangkan serba sedikit mengenai bahagian dalam kedua² kotak di atas. Untuk kotak 'speaker', tidak banyak 'setting' yang kritikal pun. Rambozzi® hanya gamkan beberapa kayu sahaja di bahagian dalamnya yang akan berfungsi sebagai tempat untuk diletakkan kamera dengan kemas. Kayu² itu akan memastikan kamera diletakkan di tempat yang tepat dan ia akan mengekang kamera itu daripada bergerak².

Di bahagian dalam kotak TV pula, Rambozzi® skrukan 2 buah 'speaker' dan 'extension plug'. Sebatang kayu juga dipasangkan di dalam bahagian dalam kotak di atas sebagai "pengunci" untuk TV yang akan diletakkan nanti.



Projek Photobooth - Ariff & Fadzli ini siap sepenuhnya! Fuhhhh! Boleh tahan susah juga! Hahahahaha!

Ok. Kotak 'speaker' itu Rambozzi® cat dengan 3 lapisan cat minyak berwarna hitam. Untuk "muka depan TV" pula, Rambozzi® cat dengan 3 lapisan 'polyurethane varnish' berwarna 'Rosewood'.


"Photograph I don't want your
Photograph I don't need your
Photograph all I've got is a photograph
You've gone straight to my head..."



Oraits! Begitulah keadaan di bahagian dalam kedua² kotak di atas selepas kesemua barangan dimasukkan. Dapat dilihat bahawa kamera itu hanya diletakkan begitu sahaja di dalam kotak 'speaker'.

Untuk kotak TV pula, kayu yang bertanda anak panah merah itu Rambozzi® pasangkan sebiji engsel untuk membolehkan ia dilipat keluar jika hendak memasukkan atau mengeluarkan 'monitor' berkenaan. Dan ia hanya perlu dikunci dengan menggunakan pengunci yang ditunjukkan oleh anak panah merah itu.

Di bahagian kanan, bawah kotak itu pula, anak panah merah itu menunjukkan kepada 'push to open magnetic door latch' yang Rambozzi® sebutkan tadi.

Tiada sebarang 'setting' atau tetapan yang kompleks. Projek ini masih lagi mengekalkan konsep Rambozzi® - Pertukangan Kayu Ringkas & Mudah itu.


Rambozzi® berharap, Ariff & Fadzli akan berpuas hati dengan hasil kerja tangan Rambozzi® ini. Rambozzi® hanya cuba mengikut kehendak dan keperluan mereka sahaja. 'Idea' dan konsep untuk projek ini hampir 100% adalah dari Ariff & Fadzli. Rambozzi® hanya cuba mengikut dan cuba memenuhi citarasa mereka berdua sahaja.

Sekarang, Rambozzi® akan teruskan ke projek yang seterusnya pula. 

Projek yang seterusnya ini adalah "projek PALING BESAR dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"! 

Projek yang seterusnya ini adalah "projek PALING SUSAH dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"!

Projek yang seterusnya ini adalah "projek PALING RAMBOZZI® dalam sejarah Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini"!

Tunggu. Nantikan kemunculan 'entry' yang seterusnya. Sekarang Rambozzi® nak minta si Ariff & Fadzli ni ambil gambar Rambozzi® dulu. Sekarang Rambozzi® nak pergi mandi dulu, sabun tubuh ini bersih², dan syampu rambut ini. Kemudian, Rambozzi® akan pakai gel rambut dan gayakan rambut Rambozzi® ini dengan gaya paling 'cool'. Rambozzi® akan semburkan juga wangian kegemaranku dan juga kamu. Rambozzi® akan pakai 'Converse Cons Weapon' kesayangan Rambozzi®. Jap. Rambozzi® kena pakai seluar dulu. Kbai! Heh heh heh heh.....

"Photograph - I need only your
Photograph - I'm out a love
Photograph - I'm out a love
Photograph - You're the only one
Photograph - I want to touch..."



20 September 2015..... ........ .. ....

Tanpa sedar, kita seringkali mengeluh di dalam kehidupan seharian kita. Terlalu banyak hal yang kita rasakan kita cukup arif dan faham, tetapi sebenarnya kita memang tidak arif dan tidak akan faham langsung. Sehingga akhirnya akan terbit keluhan di hati kecil kita, "kalaulah aku tahu...".

Kebiasaannya, 'normally'nya, bila terbit keluhan itu, tidak banyak yang boleh kita lakukan. Sesuatu hal atau keadaan itu pastinya hanya boleh diketawakan atau ditangisi di dalam hati kecil kita. Kita akan tersenyum (kalaupun tidak meratap) sambil menggeleng²kan kepala kita, "kalaulah aku tahu...".

Kebiasaannya juga, 'normally'nya, kita akan simpan keluhan itu dalam², jauh di sudut hati kita, kerana kita tahu ia tidak wajar diceritakan kepada sesiapa pun. Kita sudah terbiasa mendengar jawapan yang menjengkelkan, "nak buat macam mana lagi, layankan je la. Hahahahaha!". Dan hati kecil kita akan membalasnya dengan amarah kerana tidak senang bila diketawakan, "kau tak rasa lagi kau takkan tahu. Aku dah rasa. Kalaulah aku tahu...".

Itu juga yang Rambozzi® rasakan semenjak menjadi 'woodworker' ini. Kalaulah Rambozzi® tahu, Rambozzi® akan ambil jurusan ini sejak dari tadika lagi. Kalaulah Rambozzi® tahu, Rambozzi® akan pelajari ilmu ini dari puluhan tukang kayu yang pernah Rambozzi® kenali dahulu. Kalaulah Rambozzi® tahu, Rambozzi® akan terus menjadi 'woodworker' sejurus menamatkan zaman persekolahan yang tidak setinggi mana itu.

Itu, kalaulah Rambozzi® tahu. Dan pastinya terlalu banyak juga yang Rambozzi® tidak tahu, tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Rambozzi® tidak tahu apa kelebihan dan kekurangan diri Rambozzi® ini sendiri. Tipulah kalau Rambozzi® mengatakan Rambozzi® benar² mengenali diri Rambozzi® ini. Tipulah kalau Rambozzi® mengatakan Rambozzi® benar² mengenali jiwa Rambozzi® ini. Dan tipulah juga kalau Rambozzi® mengatakan Rambozzi® benar² mengenali hati Rambozzi® ini.

Rambozzi® takkan tahu apa yang dipandang atau dicari oleh seseorang itu di dalam diri Rambozzi® ini. Ketika Puan Zanariah menghubungi Rambozzi® untuk satu projek yang Rambozzi® rasakan hanyalah satu projek 'woodworking' seperti biasa, Rambozzi® tidak tahu apa yang dipandang olehnya dalam hasil² kerja Rambozzi® yang baru setahun jagung ini. Tetapi ada beberapa perkataannya yang membuatkan Rambozzi® berfikir 2,3 kali sebelum bersetuju menerima projek ini. 

"Rasanya adalah lebih baik Rambozzi® sahaja yang tahu mengenai hal itu sebab kalau Rambozzi® ceritakan di sini, 'entry' kali ini tidak ada 'drama'nya la kan heh heh heh heh... Shhh... Shhh... Biar Rambozzi® teruskan lagi "cereka sains fiksyen" kali ini dulu, oraits?"

Sebelum Rambozzi® bersetuju menerima projek ini, Rambozzi® terlebih dahulu ke lokasi Puan Zanariah untuk mendapatkan sedikit 'idea' mengenai apa yang beliau hendak Rambozzi® buat. Ketika Rambozzi® masuk ke perkarangan rumah Puan Zanariah, ada sedikit rasa gentar dan kecut di hati Rambozzi®. Hati kecil Rambozzi® berbisik perlahan, "tugas ini bukan untuk seorang 'woodworker' amatur seperti Rambozzi®...".

Rasa gentar dan kecut itu makin bertambah bila Rambozzi® mendapat tahu bahawa projek ini pernah dicuba buat oleh orang lain, tetapi tidak menepati kehendak Puan Zanariah. Hati kecil Rambozzi® berdebar kencang. 

"Rambozzi® cuba melarikan diri dari tempat berkenaan. Tetapi Rambozzi® telah disekat oleh suaminya, Encik Azlan dan beberapa orang pekerja Indonesia di situ! Rambozzi® telah dikepung dan memang mustahil Rambozzi® akan dapat meloloskan diri Rambozzi®! 2 orang daripada mereka telah membuka langkah pencak silat. Rambozzi® tidak akan mengambil risiko untuk cuba beradu tenaga mereka. Rambozzi® ini kan hanyalah seorang 'woodworker' sahaja? Akhirnya, Rambozzi® terpaksa mengalah sahaja."

Rambozzi® tidak yakin langsung akan dapat menyiapkan tugasan ini mengikut kehendak Puan Zanariah. Apakan tidaknya, 'material' yang bakal Rambozzi® gunakan sudah tersedia di depan mata Rambozzi®, dengan nilainya yang memang tidak berani langsung Rambozzi® hendak menyentuhnya!

"Sebenarnya, kisah ini tidaklah seberat mana pun. Rambozzi® sengaja nak tambahkan elemen "saspen" sikit supaya sape² yang suka baca tulisan Rambozzi® ini ternanti², bilalah Rambozzi® ni nak mula 'woodworking'... Heh heh heh heh..."

Oraits! Sebenarnya Rambozzi® tidak berurusan secara terus dengan Puan Zanariah, sebaliknya dengan suaminya, Encik Azlan. Berurusan dengan Encik Azlan tidaklah seperti yang biasa Rambozzi® lalui. Ini kerana, Encik Azlan betul² mempercayai kebolehan dan kemahiran Rambozzi®, yang Rambozzi® sendiri pun tidak tahu apa yang dipandangnya pada Rambozzi® ini. Cuma, ada perkataan dari Encik Azlan yang agak melegakan hati Rambozzi®, "cuba buat dulu. Kalau tak menjadi, cuba buat lagi...".

Wah! Perkataan itu sebenarnya menambahkan lagi tekanan di hati Rambozzi®! Rambozzi® tidak boleh gagal! 'Material' yang akan Rambozzi® gunakan bukan murah. Siapa yang sanggup membiarkan sesuatu yang mahal dirosakkan begitu sahaja semata² untuk memberi peluang kepada Rambozzi® untuk hanya "mencuba"?

Jadi, berbekalkan kepercayaan dan keyakinan Encik Azlan dan isterinya, Puan Zanariah, Rambozzi® bersetuju untuk cuba memenuhi kehendak mereka berdua. Dengan sedikit pengalaman dan kemahiran Rambozzi® ini, Rambozzi® akan berikan yang terbaik untuk mereka berdua.

"Rambozzi® harap, mereka berdua tidak membaca 'entry' ini kerana Rambozzi® tahu, banyak yang Rambozzi® telah tokok-tambah, sebenarnya... Heh heh heh heh..."

Oraits! Jadi, 'so', dengan tidak membuang masa lagi - kerana Rambozzi® takkan tahu apa pandangan atau penilaian orang lain terhadap Rambozzi® ini - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Kitchen Island Table Top - Puan Zanariah.


Sebenarnya, 'kitchen island' ini sudah siap sepenuhnya. Ia ditempah oleh Puan Zanariah. Tetapi, 'table top'nya tidak menepati kehendak Puan Zanariah. Jadi, tugas Rambozzi® hanyalah membuat 'table top'nya sahaja heh heh heh heh...

Kalau dilihat gambar di atas, 'table top' asal telah dialihkan. Rambozzi® ditugaskan untuk membuat sebuah 'table top' baru. Gambar di atas adalah "sebelum ia diRambozzi®kan". Heh heh heh heh...


Ini adalah kali pertama Rambozzi® membuat kerja 'woodworking' di luar studio kecil Rambozzi®. Jadi, Rambozzi® agak kelam-kabut juga kerana tidak biasa bertukang di lokasi luar seperti ini. Rambozzi® senaraikan segala peralatan yang diperlukan dan membawanya ke lokasi Puan Zanariah. Nasib baiklah 'miter saw' dan 'table saw' milik Rambozzi® itu agak besar dan berat. Kalau tidak, Rambozzi® pasti akan membawanya ke sini juga hahahahahaha!


'Table top' ini akan dibuat dengan menggunakan 2 keping 'plywood' setebal 18 mm setiap satu. Dan ia memang agak berat.


Pertama sekali, Rambozzi® perlu pastikan setiap sisi 'plywood' itu adalah sekata dan kemas. Sesikunya juga perlulah dipastikan tepat.


Dengan menggunakan pembaris aluminium panjang, dapat dilihat dengan jelas bahawa 'plywood' itu telah dipotong senget.


Rambozzi® lukis 1 garisan di atas 'plywood' itu sebagai 'marking' untuk memotongnya dengan lurus dan tepat.


Rambozzi® 'clamp'kan pembaris aluminium itu untuk dijadikan sebagai 'guide'. Memandangkan Rambozzi® belum memiliki 'circular saw', maka Rambozzi® akan cuba memotong sisi yang tidak tepat itu dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'straight router bit'.

"'Cordless circular saw' yang Rambozzi® miliki terlalu kecil, tidak cukup 'power' untuk melaksanakan tugasan ini. Nampaknya, Rambozzi® "terpaksa" membeli sebuah 'corded circular saw' pula satu hari nanti. Dan Rambozzi® suka dengan "keterpaksaan" itu. Heh heh heh heh..."


'Kitchen island' itu akan dialihkan ke lokasi lain nanti. Disebabkan ia terlalu berat, maka bahagian kaki meja dan 'table top' akan diangkat secara berasingan. Atas permintaan Encik Azlan, 2 batang kayu akan digam dan diskrukan ke bahagian bawah 'plywood' itu untuk memastikan ia tidak melengkung bila diangkat nanti.


Kayu yang digunakan di atas adalah berbentuk L. Sungguh Rambozzi® tidak mempunyai 'idea' langsung mengenai kegunaan kayu berbentuk L seperti itu. Yang Rambozzi® tahu, kayu itu dari jenis nyatuh. Dan yang Rambozzi® tahu, kayu nyatuh adalah sangat mahal.


2 batang kayu itu Rambozzi® potong sedikit dengan menggunakan 'cordless circular saw'. Agak tebal dan keras juga kayu ini. Tetapi ia berjaya dipotong dengan jayanya.


Seterusnya, Rambozzi® gam dan skrukan kayu itu ke bahagian bawah 'plywood' tadi. Diharapkan, apabila gam itu kering nanti, ia dapat memastikan 'plywood' itu tidak melengkung jika diangkat.


Oh ya! Kedua² kayu nyatuh itu tidak diskrukan sesuka hati sahaja ke bahagian bawah 'plywood' itu. Ia telah diukur dengan tepat dengan memastikan jarak di antara kedua² kayu itu sesuai untuk dimuatkan ke bahagian tengah kaki meja. Jadi, apabila 'table top' itu diletakkan di atas kakinya, ia secara automatiknya akan berada tepat di tengah².


Selesai proses membuat 'table top' itu.


Seterusnya adalah proses menampal 'laminate' pula ke atas 'table top' tadi.


Rambozzi® ukur dan potong 'laminate' di atas kepada saiz yang diperlukan dengan menggunakan 'mini circular saw'. Beberapa kepingan 'edging' dari 'laminate' yang sama juga dipotong dengan menggunakan 'laminate cutter'.


Rambozzi® mulakan dengan menampal bahagian 'edging' dahulu.


Kemudian Rambozzi® sapukan pula 'contact cement' ke atas 'laminate' tadi. 


Rambozzi® sapukan juga 'contact cement' ke atas permukaan 'table top'. Beberapa batang 'acrylic rod' akan digunakan untuk mengelakkan 'laminate' melekat terus ke atas 'table top'. 


'Acrylic rod' itu akan membantu Rambozzi® meletakkan 'laminate' ke atas 'table top' dengan tepat. 


Dengan menggunakan 'art roller', Rambozzi® tekan dan tolak 'laminate' ke atas permukaan 'plywood' bermula dari bahagian tengah, dan menghala keluar di bahagian tepi. Anak panah merah di dalam gambar di atas adalah arah 'laminate' itu ditampal. Teknik itu akan memastikan 'laminate' dapat ditampal dengan kemas.


Seperti yang biasa Rambozzi® buat apabila bekerja dengan menggunakan 'laminate', Rambozzi® akan pastikan 'laminate' itu sedikit lebar dari saiz  'table top'. Lebihan itu akan di'trim' pula dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'flush trim router bit'. Teknik itu akan memastikan 'laminate' adalah sekata atau 'flush' dengan permukaan 'table top'.


Ok. 'Flush trim router bit' itu tidak memotong serapatnya dengan permukaan 'router bit'. 'Flush trim router bit' itu direka untuk tidak merosakkan permukaan bahagian yang menjadi 'guide' semasa proses 'trimming'. Akan ada sedikit lebihan lagi yang perlu dikikir untuk merapatkan 'laminate' dengan permukaan 'table top'.


Selepas ia dikikir, Rambozzi® akan 'sanding' sedikit 'laminate' berkenaan dengan menggunakan 'sanding block' untuk membuang bucu² yang tajam.


Dan projek Kitchen Island Table Top - Puan Zanariah ini siap sepenuhnya!


Fuhhh! Lega sungguh hati Rambozzi® ini!


'Laminate' yang sangat mahal dengan corak yang sangat menarik.


Projek ini Rambozzi® siapkan dengan sedikit kemahiran Rambozzi® sahaja. Atas dasar kepercayaan dan keyakinan Puan Zanariah dan Encik Azlan kepada Rambozzi®, Rambozzi® siapkan projek ini sebaik mungkin.


'Kitchen island' dan 'table top' itu sebenarnya sudah cukup cantik di mata Rambozzi®. Rambozzi® pun tidak tahu, di manakah "sentuhan Rambozzi®" di dalam projek ini. Rambozzi® tidak "membina" 'kitchen island' itu seperti kebanyakan projek 'woodworking' Rambozzi® selama ini. Kaki meja, 'table top' dan 'laminate' itu sudah tersedia ada. Rambozzi® hanya memasangnya sahaja. Apabila siap sahaja projek ini, Rambozzi® masih tidak tahu, apa sangat yang Rambozzi® buat sebenarnya? Hahahahahaha!


Sambil berehat selepas "penat" menyiapkan projek ini, Rambozzi® termenung dan berfikir. Kenapa Rambozzi® ini yang dicari oleh Puan Zanariah dan Encik Azlan? Rambozzi® bukan merendah diri, tetapi lebih kepada "sedar diri" sebenarnya. Oh tidak! Rambozzi® "tidak sedar diri" sebenarnya! Rambozzi® tidak tahu apa kelebihan Rambozzi®! Bagi Rambozzi®, projek ini tidak lebih dari sekadar menampal sekeping 'laminate' ke atas 'plywood' sahaja! Itu sahaja! Tidak lebih daripada itu!

Ada "sesuatu" yang mungkin "dicari" oleh orang lain pada Rambozzi® ini yang Rambozzi® tidak akan tahu. Dan Rambozzi® tidak ingin tahu. Kerana, kalaulah Rambozzi® tahu, Rambozzi® rasa, ia akan menjadi satu "kekurangan" pula kepada Rambozzi®.

Ada orang yang berbangga dengan kelebihan yang dimilikinya. Ada pula orang yang berkecil hati dengan kekurangan dirinya. Bagi Rambozzi®, "kekurangan" Rambozzi® adalah "kelebihan" Rambozzi®. Dan "kelebihan" Rambozzi® pula adalah "kekurangan" Rambozzi®.

Rambozzi® akan biarkan sahaja "kelebihan" Rambozzi® ini "sentiasa dicari" oleh orang yang ingin "mencarinya". Dan Rambozzi® tidak pula akan menghalang "kekurangan" Rambozzi® itu "dicari". Biarkan ia "dicari"...

Kalaulah Rambozzi® tahu apa "kelebihan" Rambozzi®, Rambozzi® pasti akan menggunakannya untuk sesuatu yang lebih baik. Kalaulah Rambozzi® tahu apa "kekurangan" Rambozzi®, pastinya Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk "menutupnya". Akhirnya, Rambozzi® tidak akan menjadi diri Rambozzi® sendiri. Rambozzi® akan menjadi apa yang orang lain "nak".

Dan Rambozzi® tidak akan tahu apa yang orang lain itu "nak". Kalaulah Rambozzi® tahu, Rambozzi® akan gunakan "kelebihan" Rambozzi® itu supaya Rambozzi® ini sentiasa "diingini" atau "diidami" atau "diburui". Tetapi Rambozzi® juga perlu "bersedia" dengan "kekurangan" yang dicari di dalam diri Rambozzi® ini. Itu bukanlah sesuatu yang Rambozzi® nak. Kalaulah Rambozzi® tahu, Rambozzi® akan elakkan "kekurangan" Rambozzi® itu diketahui orang. Kerana Rambozzi® takut hendak menghadapi atau menerima "kesan" daripada "kekurangan" Rambozzi® itu. Kalaulah Rambozzi® tahu..........


"Loneliness seems like an evil dream
But reality is life and life is here
Once my heart was ruled by emptiness
Harmed because of being too sincere

But now that you've crossed my way
Could it be we found it again?

If I knew that I'm your only one
I could live and make it through time
But if one day you'd just be gone
I wouldn't know how to ever get by...

How can I make you feel secure
We're both the same, I'm King and you are Queen
Understand you make me breathe again
Tell me all your thoughts and I will see

Take my hand and we'll be there
Together, someday, somewhere...

If I knew that I'm your only one
I could live and make it through time
But if one day you'd just be gone
I wouldn't know how to ever get by
I wouldn't know how to ever get by
I wouldn't know how to ever get by

I would simply break down....."

- Helloween "If I Knew" (The Time of the Oath) - 1996 - 


"and cry…"
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ▼  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ▼  September 2015 (3)
      • - Photobooth - Ariff & Fadzli
      • - Kitchen Island Table Top - Puan Zanariah
      • - Rambozzi® Jigsaw Blades Box
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes