- No Guts No Glory


Setahun yang lalu, tanggal 14 Mei 2014, Rambozzi® memberanikan diri mewujudkan komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" di laman Facebook. Hari ini, 14 Mei 2015, genaplah setahun penubuhan komuniti ini. Setahun yang akan datang, pada 14 Mei 2016, usia komuniti ini akan menjangkau 2 tahun penubuhannya. Dan komuniti ini akan terus meningkat usianya menjadi 3 tahun pada 14 Mei 2017. Pada 14 Mei 2018... Eh! Apa punye ucapan daaa... Hahahahahaha...


Sebenarnya Rambozzi® berasa sangat gembira, kerana jika dibaca di dalam 'entry' Rambozzi®: Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia yang lalu, Rambozzi® akui Rambozzi® agak takut untuk memulakan komuniti ini, ketika itu. Rambozzi® tidak yakin komuniti ini akan mendapat sambutan. Rambozzi® tidak yakin komuniti ini akan berjaya menarik perhatian para peminat "D.I.Y woodworking" di Malaysia ini. Tetapi, atas dorongan dan sokongan beberapa orang rakan dan pembaca blog ini sendiri, Rambozzi® memberanikan diri mewujudkan komuniti ini.

Dan, dalam masa tidak sampai setahun, komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" ini mencapai angka 10,000 'likes' di Facebook! Yeah! Cool! Hahahahaha!


Ini adalah kejayaan peribadi Rambozzi®. Kerana Rambozzi® ini bukan sesiapa pun di dalam bidang ini. Rambozzi® hanya Rambozzi®. Pembaca blog ini lebih mengenali Rambozzi® ini di sini, berbanding di komuniti. Dan mereka tahu setakat mana kemampuan, kemahiran apatah lagi kelayakan Rambozzi® untuk menjadi 'admin' di sebuah 'page' yang besar, hebat dan sangat 'cool' seperti itu! 'Page' itu yang 'cool'. Ahli²nya yang 'cool'. 'Woodworkers' di situ yang 'cool'. Dan Rambozzi® turut menjadi 'cool', kerana 'page' itu!

Jangan tak tahu, perlu diketahui, nama Rambozzi® hanya dikenali selepas penubuhan komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia"! Heh heh heh heh...


Nama Rambozzi® "meletup" dengan tiba². Rambozzi® dipanggil "sifu", "otai", 'master', "idola"Rambozzi® dipanggil dengan gelaran "Tuan Rambozzi®". Huhu!


Rambozzi® berasa malu yang amat sangat! Kerana Rambozzi® memang tak layak untuk menerima semua gelaran itu! Hahahahahaha! Dorang memang tak tahu dan tak kenal siapa Rambozzi® ini! Hahahahaha! Aduh... Dorang memang kena baca blog ini dahulu, dan baru mereka akan tahu siapa Rambozzi®. Betul, bro! Rambozzi® memang tak layak. Seperti yang pernah Rambozzi® nyatakan dahulu - di dalam 'entry' mana ntah hahaha - Rambozzi® bukan nak merendah diri, tetapi Rambozzi® sedar diri. Dan memang ada perbezaan yang amat ketara di antara merendah diri dan sedar diri. Heh heh heh heh...


Oraits! Berbalik kepada "kisah" komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia"Rambozzi® memulakan komuniti ini di laman Facebook dengan bantuan 3 orang lagi rakan iaitu bro Erizal Yusman, bro Kamal Abdul (Yeah!) dan bro Zulmarkan MohamedRambozzi® 'Yeah!'kan bro Kamal Abdul itu kerana si Kamal Abdul agak nakal orangnya heh heh heh heh. Manakala bro Erizal dan bro Zulmarkan lebih 'cool'. Heh heh heh heh...

Rambozzi® berikan ketiga² sahabat Rambozzi® itu fungsi 'admin' di komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia". Ya! Asalnya, kami berempat adalah 'admin' di komuniti itu, bukanlah Rambozzi® seorang..... Tetapi, disebabkan kami berempat agak "kolot", "tidak berapa 'social media'", "agak kekampungan" dan "tidak mesra Facebook", maka kami berempat telah menjadi sangat "huru-hara" pada hari pertama penubuhan komuniti itu! Hahahahahaha! Lawak betul! Kami berempat memang tidak faham langsung fungsi sebagai 'admin' di laman Facebook! Hahahahaha!


Akhirnya, selepas mencapai kata sepakat, Rambozzi® membuang fungsi 'admin' itu daripada ketiga² sahabat Rambozzi® itu. Bukanlah kami bergaduh atau "berebut jawatan di dalam parti" (heh heh heh heh), tetapi kami sepakat bahawa lebih baik seorang sahaja yang menjadi 'admin'; iaitu Rambozzi®. Dan sehingga ke hari ini, ketiga² orang sahabat Rambozzi® itu masih setia menyokong Rambozzi® di komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia".

Terima kasih banyak² Rambozzi® ucapkan kepada bro Erizal Yusman, bro Kamal Abdul dan bro Zulmarkan Mohamed atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Rambozzi® dan kepada komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia", khususnya.


Oraits! Begitulah sedikit sebanyak mengenai asal-usul dan permulaan penubuhan komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia".

Hari ini, komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" telah menjadi sebuah komuniti, sebuah tempat, sebuah 'port' berkumpulnya ribuan "Malaysian Woodworkers" dan para peminat hasil² seni pertukangan kayu secara D.I.Y di bumi Malaysia ini. Rambozzi® sendiri tidak pasti, berapa banyak lagi wujudnya komuniti atau kumpulan atau "geng" pertukangan kayu seperti ini di Malaysia. Tetapi bagi Rambozzi®, komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" adalah kumpulan atau "geng kayu" yang paling hebat, paling 'cool' dan paling 'best' di Malaysia! Yeah! Rambozzi® tidak memuji diri Rambozzi® ini. Rambozzi® memuji rakan² di komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia"! Yeah! Kerana merekalah yang menjayakan komuniti itu! Merekalah yang "menghidupkan" komuniti itu! Merekalah yang menjadikan komuniti itu HEBAT! Yeah! Hahahahahahaha! Seronok betul!


Di komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" telah menerima sokongan daripada beberapa orang "otai" dan 'woodworkers' yang sangat ternama, sangat terkenal. Dan memang mereka semua sangat 'cool'! Mereka sudi memberikan sokongan, kerjasama dan semangat kepada Rambozzi®.

Rambozzi® juga telah melancarkan satu gerakan "menjejak tukang² kayu" di Instagram. Hampir 30 orang 'woodworkers' telah Rambozzi® jemput untuk menyertai komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia". Dan lebih daripada separuh telah menerima pelawaan Rambozzi® itu! Dan perlu diketahui, kebanyakan daripada mereka mempunyai nama yang sangat besar di dalam bidang ini!


Selepas gerakan itu, Rambozzi® tiba² menjadi sangat malu dan rendah hati. Terdapat ribuan lagi "Malaysian Woodworkers" di Instagram dengan nama dan reputasi yang sangat hebat. Rambozzi® menjadi "tidak sanggup" atau "tidak sampai hati" hendak menjemput mereka. Oh! Rambozzi® memang berasa sangat malu untuk menjemput "otai²" itu. Rambozzi® rasa, bukanlah taraf Rambozzi® untuk menjemput mereka semua. ('Followers' mereka di Instagram itu sendiri pun sudah mencecah lebih 10,000 atau 20,000! Hahahahaha! Segan la Rambozzi® nak jemput hehehehehehe!)


Keadaan itu tidaklah melemahkan semangat Rambozzi®. Bahkan ia telah menyemarakkan lagi semangat Rambozzi®! Ya! Rambozzi® akan cuba mengangkat komuniti ini ke satu tahap yang lebih baik. Rambozzi® akan mencuba sebaik yang mungkin dengan bantuan rakan² 'woodworker' di komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia".

Terdapat beberapa orang rakan 'woodworker' di komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" yang sangat rajin "membantu" Rambozzi® menjawab pelbagai soalan dari ahli². Rambozzi® akui, Rambozzi® masih amatur, dan sebagai amatur memang Rambozzi® kekurangan ilmu, pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang ini. Tetapi beberapa orang rakan 'woodworker' ini sentiasa menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh ahli² komuniti, dengan rela, dengan ikhlas dan dengan penuh maklumat! Oh! Memang Rambozzi® takkan dapat membalas jasa dan budi baik mereka itu! Keihklasan mereka itu membuatkan Rambozzi® berasa semakin yakin, semakin kuat dan semakin bersemangat. Terima kasih banyak².


Rambozzi® "menaruh" terlalu banyak "harapan" untuk komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" ini. Rambozzi® mengimpikan untuk mengadakan pelbagai program untuk komuniti ini. Rambozzi® "berangan" untuk menganjurkan kursus² pertukangan kayu secara D.I.Y untuk komuniti ini. Rambozzi® "mengidamkan" untuk membuat program² seperti "Jalan² Cari Kayu" untuk komuniti ini. 'Best'kan kalau kesemua "angan²" itu menjadi kenyataan? Kan...

Tetapi, Rambozzi® terpaksa menunggu dahulu. Menunggu masa, peluang dan ruang untuk merealisasikan kesemua "fantasi" itu. Entah bila akan menjadi kenyataan. Mungkin apabila usia komuniti ini mencecah 2 tahun, iaitu pada 14 Mei 2016. Mungkin juga apabila usianya menjadi 3 tahun pada 14 Mei 2017. Atau pada 14 Mei 2018..... heh heh heh heh...


4 Comments

  1. bagaimana nak dapatkan permukaan kayu yg lincin dan kemas,boleh kongsikan penggunaan kertas pasir yg sesuai?harap saudara rambozzi dapat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ketam atau sanding. Kalau permukaan kayu tu terlalu kasar seperti kayu palet terpakai, Rambozzi akan sanding guna kertas pasir grit 80 dulu. Kemudian haluskan lagi guna kertas pasir grit 120 atau 150 atau 180. Kemudian sanding lagi guna kertas pasir grit 240. Untuk lebih halus, sanding lagi guna kertas pasir grit 400. Itu yang Rambozzi buat dan hasilnya memang sangat halus. Cool!

      Delete
  2. Kipidap..bro Rambozzi.
    Pokcik (klu maseh ingat kat fb) menyokong penoh page diy.��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kipidap Pokcik!
      Hehehehe mana mungkin Rambozzi lupakan Pokcik selepas kita bersua muka!
      Hehehehe peace Pokcik!

      Delete