- 10,000!


Fuuhhhh! Jika ditanya, apakah pencapaian terbaik di dalam hidup Rambozzi® ini? Jawapannya adalah mewujudkan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia! Ya! Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia adalah kejayaan peribadi Rambozzi®! Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia adalah kejayaan hidup Rambozzi®! Dan, yang paling Rambozzi® bangga, komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia ini mencapai angka 10,000 'likes' dalam masa tidak sampai setahun penubuhannya! Hahahahaha! Yay! Yeah! Ooooh! Cool! Cool! Cool!



Aduh... Betul la cakap orang tua², "Penantian suatu penyeksaan"... Bila ditunggu, lambat je "sampai". Bila tak ditunggu, berduyun² 'likes' yang datang! Dan memang Rambozzi® menunggu hendak mencapai 10,000 'likes' tu!

Selama 15 minit Rambozzi® menunggu angka 9,999 itu bertukar menjadi 10,000, tahu?! Tahu?! 15 minit yang hanya 15 minit itu menjadi terlalu lama pula bagi Rambozzi®! Hahahaha! Mungkin bagi orang lain - "gila ke apa duk tunggu angka tu?". Tapi bagi Rambozzi®, saat² itu sangat berharga. Saat² ketika menunggu itu adalah sangat bermakna bagi Rambozzi®. Sebab komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia ini adalah adalah usaha dan titik peluh Rambozzi®!

"Pssssttt! Sebenarnya, Rambozzi® dah buat satu rancangan jahat! Kalau Rambozzi® terlepas nak 'capture' gambar tu masa capai 10,000  - contohnya kalau dah "tercapai" 10,003 ke... - Rambozzi® akan 'ban' 3 orang tu dan 'capture' gambar masa 10,000 tu dan 'unbanned' dorang balik! Hahahahahahaha! #bijakkanBeta. Hahahahahaha! Peace! Yeah! Shhhhhhh!!!"



Dan apabila angka itu berubah menjadi 10,000, ketika itu Rambozzi® tersenyum kepuasan. Oh! Ini bukanlah satu hasil kerja pertukangan kayu! Ini adalah sesuatu yang lain. Ini adalah suatu kepuasan tertinggi dan terhebat di dalam hidup Rambozzi® ini. Di mana lagi kita boleh mencapai satu tahap kepuasan tertinggi di dalam hidup kita? Bukanlah dengan puji²an ataupun anugerah² khas. Tapi ia lebih kepada "pencapaian".

Jika dilihat 'entry'² terawal Rambozzi® dahulu, memang Rambozzi® bermula dari 0. Kemudian, Rambozzi® belajar sedikit demi sedikit, belajar dari pengalaman dan kesilapan. Dan sebelum sempat Rambozzi® menjadi 'woodworker' sebenar, dengan sepenuh keyakinan Rambozzi® mewujudkan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Seorang 'amateur woodworker' mewujudkan sebuah komuniti yang sangat besar dan hebat! Yeah!

Rambozzi® yang amatur ini mengumpulkan tukang² kayu terhebat di muka bumi Malaysia ini di bawah satu bumbung, dicampur dengan para peminat hasil² kerja pertukangan kayu ini. Sebab itulah, angka 10,000 itu sangat bermakna buat Rambozzi®Rambozzi® hanyalah seorang 'blogger' - yang tidak berapa pandai 'blogging' - yang menjadikan 'woodworking' sebagai tema atau konsep untuk blog ini. Rambozzi® sememangnya bukanlah seorang yang layak untuk mewujudkan sebuah komuniti yang sehebat ini. Tapi Rambozzi® beranikan diri demi "woodworking" ini, demi "cinta" ini, demi "love"...

Dan sekarang Rambozzi® boleh berbangga dengan pencapaian ini... Heh heh heh heh...


Oraits. Sebenarnya kejayaan ini bukanlah hasil usaha Rambozzi® seorang. Semestinya dengan bantuan dan sokongan rakan² "Malaysian Woodworkers" di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Tapi, itu untuk dikongsikan sesama ahli komuniti, di sana. Di blog ini, Rambozzi® tetap Rambozzi®. Apa yang Rambozzi® tuliskan di sini adalah untuk Rambozzi® sendiri. Supaya Rambozzi® boleh membaca catatan ini di blog Rambozzi® ini, dan tersenyum mengenangkannya. Di sini tempat Rambozzi®. Bukan di komuniti itu. Di sini. Apa² yang mendatang kepada Rambozzi®, sama ada kejayaan atau kegagalan, Rambozzi® akan tuliskan di sini. Di sini dunia Rambozzi®. Di sini hidup Rambozzi®.

Di komuniti, Rambozzi® nyatakan bahawa kejayaan mencapai angka 10,000 ini adalah atas sokongan rakan² "Malaysian Woodworkers". Tetapi di blog ini, Rambozzi® ingin menegaskan bahawa kejayaan ini adalah milik Rambozzi® seorang! Yes! Heh heh heh heh.....




Oraits. Untuk membezakan di antara Rambozzi® di blog ini dan "Rambozzi®" di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y MalaysiaRambozzi® telah menukar logo komuniti kepada logo seperti di atas.


Tidak banyak beza pun berbanding dengan logo rasmi Rambozzi® seperti di atas. Hanya warna hitam dan putih itu sahaja yang membezakan keduanya. Rambozzi® terpaksa berbuat begitu kerana Rambozzi® sayangkan logo Rambozzi®. Logo itu milik Rambozzi®. Logo itu adalah Rambozzi®. Logo itu adalah jatidiri Rambozzi®. Logo itu juga adalah "cinta" Rambozzi®...


Oraits. Perjalanan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia ini masih jauh, bahkan ia baru sahaja bermula! Di kesempatan ini, Rambozzi® ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan² "Malaysian Woodworkers" di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia yang memberikan sepenuh sokongan kepada Rambozzi® dan komuniti ini. Semestinya, tanpa sokongan rakan² "Malaysian Woodworkers", komuniti ini tidak akan dapat mencapai apa² kejayaan pun. Merekalah yang menjayakan komuniti ini, Rambozzi® hanya menggerakkannya sahaja.

Rambozzi® mempunyai terlalu banyak perancangan untuk komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia ini. Tetapi buat masa ini, semua perancangan itu hanyalah satu impian sahaja. Kerana untuk menjayakan semua perancangan atau program untuk komuniti ini, memang Rambozzi® memerlukan masa, ruang, peluang dan semestinya dana yang secukupnya. Buat masa ini, Rambozzi® belum memiliki kesemua itu lagi. Dan Rambozzi® terpaksa menunggu dahulu. Rambozzi® tak tahu sama ada impian Rambozzi® untuk komuniti ini akan menjadi kenyataan ataupun tidak. Rambozzi® juga tidak tahu bagaimana cara dan usaha yang patut Rambozzi® lakukan untuk mencapai impian ini. Rambozzi® tidak tahu saluran yang sepatutnya Rambozzi® gunakan untuk kemajuan komuniti ini. Kerana Rambozzi® sendiri terlalu berhati². Rambozzi® tidak mahu komuniti ini tercemar atau terganggu dengan ancaman² luar yang boleh merosakkan usaha Rambozzi® ini. Rambozzi® terpaksa berhati², kerana dunia Rambozzi® yang sebenar di luar sana sangat penuh dengan kerenah² birokrasi, politik dan konspirasi.


Rambozzi® menyimpan impian yang sangat tinggi untuk komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia ini. Rambozzi® mahu menjadi perintis yang menjadikan "Malaysian Woodworkers" bukan sekadar tukang kayu biasa sahaja. Rambozzi® mahu "Malaysian Woodworkers" menjadi satu golongan yang sangat disegani di MalaysiaRambozzi® mahu menjadikan "Malaysian Woodworkers" di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia sebagai kumpulan tukang kayu paling berpengaruh, paling cekap, paling hebat, paling kreatif dan paling berjiwa seni di Malaysia ini. Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia bukanlah calang² komuniti. Dan "Malaysian Woodworkers" bukanlah calang² orang. 

Begitu juga dengan Rambozzi® ini. Rambozzi® bukanlah calang² orang.

"I am Rambozzi®;
I am Your Woodworker;
I-woodworking with Style;
I-woodworking with Heart; 
I-woodworking with Love;
with Love..."



4 Comments

  1. Siapa agaknya yang ke 10,000 tu. Jangan jangan translate "gembira bertukang kayu" tak. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Rambozzi pun tak tahu siapa yang ke-10,000 tu.
      Sbb data di fb tidak berapa tepat dan tidak berapa boleh dipercayai heh heh heh heh heh..
      Mungkin juga dia adalah si "Happy Woodworking" itu.
      Alamak! Terlupa nak mention nama dia 3 kali berturut²!!!!

      Delete
    2. memang dialah tu. sebab baru activate FB dengan nama sebenar lepas tu terus like tool cabinet design. Tapi masih sorok gambar woodworking dia sebab tunggu susun bagus-bagus dulu baru go public. (Rambozzi dah pun nampak cabinet first trial dia dari Wassap).
      hahaha...tak payah mention 3 kali...cukup dah...hahaha

      Delete
    3. Oh ye ke? Hahahahahahaha!
      Ok! Ok! Cool la!

      Delete