- Rak Minyak Wangi Firdaus&Firdaus



"Bulan tua di sebalik awan
Suasana sungguh mengerikan..."


Rusty Blade - Langsuir Liar - Rintangan Hidup Dunia (1987)

Dalam kegelapan malam yang membataskan jarak penglihatan, Rambozzi® redahi denai sunyi itu sekali lagi. Di kiri kanan jalan kecil itu berdiri malas lalang² dan menjalar lesu pepohon semalu. Beberapa ekor burung ayam-ayaman atau nama saintifiknya 'gallicrex cinerea' kelihatan berlari² di dalam semak yang semakin semak. Entah, sama ada burung² itu benar² wujud atau suatu "jelmaan"Rambozzi® tidak mampu untuk memikirkan hal itu. Yang jelas, di dalam hati Rambozzi® ini kini, ada rasa takut yang amat. Kerana selama hampir 30 minit Rambozzi® berjalan melalui denai ini, Rambozzi® sedar, ada "sesuatu" yang mengekori Rambozzi® dari belakang. Dan yang lebih menggentarkan hati Rambozzi®, bukan satu tetapi dua! Eeeeeeeeeee!!!

"Langsuir liar mencari mangsanya
Rupa wajah amat menakutkan..."

Dari berlari² anak Rambozzi® lajukan langkah. Dan bila rasa takut dan ngeri semakin bertambah, Rambozzi® membuka langkah seribu dan memecut dengan laju. Dan seperti yang dijangka, 2 "followers" di belakang Rambozzi® turut memecut mengejar Rambozzi®!!! Argh! Ini bukan sesuatu yang menyeronokkan! Dan seperti yang Rambozzi® risau dan takutkan (Rambozzi® tahu Rambozzi® akan tewas di dalam pertandingan ini kerana Rambozzi® kepenatan selepas mengejar lembu Boboy yang terlepas tadi), 2 "followers" itu berjaya mengejar Rambozzi® dan menyekat pergerakan Rambozzi®. Bahu Rambozzi® dipegang kemas oleh mereka berdua. Dan Rambozzi® bagai dipukau bila terkena teguran mereka;

"Bro Rambozzi®. Saya Firdaus, dan ini kawan saya, juga bernama Firdaus. Kami nak tempah rak untuk letak botol² minyak wangi la bang..."

"Ohhhh ok boleh je... Tapi pesal nama bro 2 orang sama haaa?"



Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rak Minyak Wangi Firdaus&Firdaus.


Oraits. Saiz dan 'design' untuk rak ini telah dibincangkan dengan panjang lebar antara Rambozzi® dan Firdaus&Firdaus. Selepas 2 kali pertemuan, kami mencapai kata sepakat dan Rambozzi® pun bolehlah mulakan projek ini.

Rambozzi® mulakan dengan memotong kayu² 1x2 di atas kepada saiz² yang diperlukan.


Oraits. Kayu 1x2 di dalam gambar di atas akan dibelah dua. Sebelum ia dibelah, Rambozzi® nak bulatkan sedikit bahagian bucunya. Sebab, bila sudah dibelah nanti, agak bahaya kalau Rambozzi® cuba bulatkan sisinya dengan menggunakan 'mini router/trimmer', kerana kayu itu akan menjadi semakin nipis dan susah untuk dipegang nanti.

Untuk operasi ini, Rambozzi® pasangkan 'mini router/trimmer' ke 'router table'.


Dan itulah hasilnya selepas ia dibulatkan dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'.


Seterusnya, kayu² tadi akan dibelah kepada 2 bahagian yang sama besar. Untuk operasi ini, Rambozzi® akan gunakan Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional, BUAT PERTAMA KALINYA! Wah! Wah! 


"Kalaulah boleh ditulis "perasaan" Rambozzi® ketika ini! Kalaulah kau tahu apa yang "terkandung" di dalam hatiku ini! Arrgghhh!"

Rambozzi® rasa teruja! Sangat gembira! Sangat 'excited'Rambozzi® rasa bahagia. Rambozzi® rasa sangat cinta. Ye! Rambozzi® rasa cinta, 'love'... Ermmm... Apa lagi ye... Aduh susah nak terangkan... Takpe, jom kita sambung "woodworking" ini lagi...

"Rambozzi® tak akan perincikan mengenai 'table saw' itu di dalam 'entry' ini. Rambozzi® akan tulis sebuah 'entry' khusus untuknya, nanti..."

OraitsRambozzi® nak belah kayu di atas kepada saiz yang sama besar atau lebar dengan ketebalan kayu itu. Ok? Dapat ye? Faham ye? Sekali lagi. Rambozzi® nak belah kayu di atas kepada saiz yang sama lebar dengan ketebalan kayu itu. Jadi, Rambozzi® dirikan kayu itu rapat ke mata gergaji, dan tolak 'table saw fence' rapat ke kayu itu. Dan sekarang Rambozzi® dah dapat ketebalan yang Rambozzi® nak. Cukup mudah. Cukup senang.


Dan barulah Rambozzi® boleh belah kayu itu sekarang.


Oraits. 'Tools' berwarna biru di dalam gambar di atas adalah Kreg® Multi-Purpose Push Stick. Ia adalah produk Kreg® terkini yang Rambozzi® beli. Terkini ke terbaru? Haaaa.... Ia bukan produk baru, tapi Rambozzi® baru beli. Jadi, perkataan mana yang lebih tepat untuk digunakan? Haaaa.......... Tak suka keadaan 'uncertainty' kan? Kan.....

Rambozzi® akan belah kayu itu dengan menolaknya ke arah mata gergaji yang berputar pada kelajuan 3,650 seminit atau rpm. Kelajuan itu agak berbahaya, oh tidak, keadaan itu sangat berbahaya! Rambozzi® perlu berhati² dengan sepenuh hati supaya tidak mengalami sebarang kecederaan ketika mengoperasikan mesin ini. Untuk tujuan itu, Rambozzi® akan tolak kayu yang hendak dibelah - menghala ke arah mata gergaji itu - dengan menggunakan Kreg® Multi-Purpose Push Stick.

Hmmm... Rambozzi® tidak dapat menunjukkan gambar² ketika Rambozzi® sedang membelah kayu itu. Rambozzi® perlukan seorang 'photographer' untuk merakam "detik manis" itu. Mungkin juga Rambozzi® perlu merakamnya di dalam bentuk video dan 'upload'kan ke Youtube. Itu adalah satu lagi cita² Rambozzi® untuk dunia 'woodworking' Rambozzi® ini. Satu hari nanti, Rambozzi® akan buat video pulak! Ya! Nak tengok tak video Rambozzi® sedang woodworking'? Nak? Satu hari nanti... One day,....


Dan itulah hasilnya selepas kayu² 1x2 tadi dibelah. Satu proses atau operasi yang sangat mengujakan Rambozzi®!


Oraits. Seterusnya, Rambozzi® cantumkan dulu beberapa batang kayu 1x2 menjadi bentuk kotak seperti di dalam gambar di atas.


Dan Rambozzi® cantumkan pula bahagian² lain kayu termasuk kayu yang dibelah tadi menjadi bentuk seperti di dalam gambar di atas.


Projek ini hampir siap. Tidak banyak pun proses kerja yang terlibat. Dan tidak ada sebarang skru atau paku yang terlibat. Kesemua bahagian kayu di dalam gambar di atas dicantumkan dengan hanya menggunakan 'super glue' sahaja.


Di bahagian bawahnya akan ditampal pula sekeping 'plywood'.


Rambozzi® potong 'plywood' di dalam gambar di atas dengan hanya menggunakan 'utility knife' sahaja kerana ia hanya setebal 3 mm sahaja. 'Plywood' itu dipotong sedikit besar dari saiz sebenar yang diperlukan. Lebihannya nanti akan dibuang atau di'trim' pula dengan menggunakan 'mini router/trimmer'. Dan Rambozzi® gam dan pakukan 'plywood' itu ke rak dengan menggunakan 'staple/nail gun'.


Selesai proses menampal 'plywood'Rambozzi® akan 'trim' lebihannya pula dengan menggunakan 'mini router/trimmer' seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas.


Oraits. Projek Rak Minyak Wangi Firdaus&Firdaus ini hampir siap. Dan dengan tidak disangka², secara tiba², 'suddenly'.....

"Rambutnya terhurai, mata kemerahan
Pabila menjelma kau kan diserang..."

Rambozzi® telah melakukan kesilapan terbesar di dalam projek ini! Arrggghhhh!!!!! 'One more time!' Arrggghhhh!!!!!

Aduh..... Macam mana nak citer nie haaaa....

Ok. Silakan lihat gambar di atas ya, puan². Bahagian yang bertanda dengan pensil seperti ditunjukkan oleh anak panah merah di dalam gambar di atas terpaksa dipotong dan dibuang. Ini kerana, ya puan², Rambozzi® telah tersalah ukuran. Maksud Rambozzi® begini ya, puan². Firdaus&Firdaus mahukan ukuran bahagian tepi rak itu di dalam unit cm tetapi dengan yakin dan penuh bangga Rambozzi® buat bahagian itu di dalam unit inci ya, puan². Tahukah anda berapa banyak perbedaan di antara unit cm dan inci? Agak banyak juga ya, puan²... Bala kan, puan²? Hmmmmm...

Tapi itu tak cukup bala lagi ya, puan². Mari kita lihat pula gambar di bawah ini. Jom, puan²... Mari, mari...



Ada 15 biji rak tu yang telah Rambozzi® siapkan! Bukan 1 ya, puan². 15!


Sungguh, bro! Rambozzi® rasa macam nak buat sup je rak² tuh hahahahahahaha! Aduh Bruce (mention #1)...........


Tapi Rambozzi® tenangkan diri, minum secawan Nescafe panas dulu dan Rambozzi® termenung sambil memikirkan cara terbaik untuk memperbaiki kesilapan Rambozzi® itu. Rambozzi® ada terfikir nak potong bahagian kayu yang terlebih itu dengan menggunakan 'table saw', tapi 'table saw' itu masih belum sedia untuk digunakan untuk tujuan itu sebab Rambozzi® masih belum sempat nak siapkan 'table saw sled'nya lagi.

Jadi, Rambozzi® potong lebihan bahagian itu dengan menggunakan 'miter saw' sahaja. Setelah mengambil kira faktor² keselamatan kerja dan rak itu sendiri, Rambozzi® potong lebihan bahagian itu.


Dan ya, cara itu berjaya menyelesaikan masalah itu dan rak itu juga tidak rosak. Rambozzi® potong bahagian kayu yang ditunjukkan oleh anak panah merah di dalam gambar di atas dan gamkan sahaja ke hujung bahagian yang dibuang tadi.


Maka siaplah Rak Minyak Wangi Firdaus&Firdaus ini. Seterusnya, Rambozzi® tandakan beberapa tandaan di atas rak untuk bahagian pembahagi atau 'divider' untuk botol² minyak wangi itu nanti. Sekali lagi, Rambozzi® telah melakukan kesilapan kerana semasa Rambozzi® menentukan saiz untuk rak ini, Rambozzi® terlupa untuk mengambil kira ruangan untuk diletakkan 'divider'Rambozzi® bercadang nak tampalkan 'plywood' sahaja sebagai 'divider' tetapi ketebalan 'plywood' itu sendiri memakan ruang yang agak banyak. Dan memang botol² minyak wangi tidak akan dapat muat di dalam ruangan² itu nanti.

Rambozzi® tenangkan hati, jiwa dan perasaan Rambozzi®, dan Rambozzi® terus melangkah lemah di celah² lorong di tengah² ibu kota itu. Sambil berjalan perlahan², kaki Rambozzi® menyepak² tin² minuman yang dibuang oleh insan² yang tidak ada kesedaran sivik. Rambozzi® turut serta menjadi sebahagian dari mereka kerana tidak membuang tin² itu ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak DBKL. Payung di tangan Rambozzi® kepitkan di celahan ketiak Rambozzi®. Payung itu sangat bermakna buat Rambozzi®. Payung itu sentiasa bersama Rambozzi® walau ke mana kaki Rambozzi® melangkah. Tanpa Rambozzi® sedari, selama hampir 30 minit berjalan di lorong itu, rupa²nya ada sesuatu yang mengekori Rambozzi®. Langkahnya menyaingi kelajuan langkah Rambozzi®. Laju Rambozzi® melangkah, lajulah langkahnya. Perlahan Rambozzi® melangkah, perlahan jugalah langkahnya Dalam ketakutan sempat Rambozzi® menjeling dengan ekor mata Rambozzi®, lembaga itu bagai bayang² berwarna hitam, dengan susuk tubuh yang tinggi lampai, dengan wajah yang tidak dapat dipastikan. Hanya matanya sahaja yang kelihatan kerana bahagian mukanya ditutup dengan kain hitam. Macam ninja!

"Bila keseorangan...
Berwaspada!
Ia menghampiri... 
Menakutkan!"


Akhirnya, Rambozzi® berjaya mendapat satu 'idea' yang dirasakan sangat bernas untuk projek ini! Rambozzi® akan bahagikan ruang² di antara botol² minyak wangi itu dengan menggunakan tali guni! Ya! Tali guni! Yes! Rambozzi® rasa, 'idea' ini tidak kurang menariknya. Tapi Rambozzi® perlu dapatkan persetujuan daripada Firdaus&Firdaus dahulu.

Rambozzi® tunjukkan gambar di atas kepada Firdaus&Firdaus dan Rambozzi® bernasib baik, kerana mereka suka dengan 'idea' Rambozzi® itu! Fuuuhhhhh! Lega, bro!


Aduh...... Lega hati Rambozzi®. Rupa²nya, di dalam 'woodworking' ini, bukan setakat mesin² dan kayu sahaja. Rambozzi® perlu kreatif menggunakan bahan² lain untuk disesuaikan dengan konsep sesuatu projek 'woodworking' itu. Hmmm... Masih terlalu banyak yang perlu Rambozzi® pelajari dan cuba...


Rak Minyak Wangi Firdaus&Firdaus ini akan diserahkan kepada Firdaus&FirdausRambozzi® berharap rak² ini akan dapat memenuhi keperluan Firdaus&Firdaus.


Hmmmm... Projek ini juga mengajar Rambozzi® mengenai pengurusan masa. Masa Rambozzi® sekarang agak terhad, dengan sedikit keadaan yang agak kelam-kabut. Rambozzi® perlukan masa untuk menguruskan masa Rambozzi®Rambozzi® perlu bertenang dan bijak mengawal masa. Rambozzi® tidak boleh membuang masa lagi. Buang masa je buang masa, kan... Kita kena cari masa dan gunakan masa yang ada. Kita kena guna masa yang ada...




2 gambar di atas adalah ihsan dari Firdaus&FirdausRambozzi® bernasib baik kerana Rak Minyak Wangi Firdaus&Firdaus itu menepati keperluan mereka berdua. Saiz dan ruangan di antara botol juga agak tepat, "ngam²" dan "kemah-keming, boh!" heh heh heh heh... Dan rupa²nya ruangan di sebelah tepi botol² itu adalah untuk diletakkan pen... Owh baru la Rambozzi® tahu hehehehehehe...

Melihat 2 gambar di atas membuatkan hati Rambozzi® berasa sangat gembira, lega dan sangat 'cool'. Projek Rak Minyak Wangi Firdaus&Firdaus ini tidak susah, ia masih selari dengan 'tagline' Rambozzi® - "Pertukangan Kayu Ringkas & Mudah". Cool Rambozzi®!!! Yeah!!!

4 Comments

  1. Wah...cantiknya "router table" tu. Banyaknya kotak tu dibuat. Dengan miter saw pasti potongan lebih tepat dan cepat. Taklah membuat masa potong dengan sled.
    Happy woodworking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Router table tu mungkin akan di upgrade lagi dalam masa terdekat. Rambozzi nak cantikkan dan kemaskan lagi kakinya.
      Sled untuk table saw Rambozzi nak buat juga, supaya boleh Rambozzi try buat dovetails nanti heh heh heh heh...

      Delete
    2. Saya ada dovetail router bit yang saya beli satu set dengan profile yang lain. Tapi Dovetail tu lah satu satunya yang saya belum guna sebab belum beli jignya.

      Happy Woodworking
      ....ala besok meeting PIBG di sekolah anak aku, petang pulak balik kampung. Delay lagi...huhu

      Delete
    3. Rambozzi tak jumpe lagi dovetail router bit tu.
      Bearing dia kat atas kan?

      Delete