- Papan Pencanai Kak Nor Pt. II


Sebelum nie Rambozzi® pernah buat satu "papan pencanai" untuk Kak Nor. Baru² nie Kak Nor mintak Rambozzi® buatkan satu lagi papan pencanai tu untuk saudaranya. Projek nie adalah antara projek yang paling mudah dan sangat ringkas prosesnya. Jadi, sekarang Rambozzi® nak mulakan 'woodworking' untuk projek kali nie, Papan Pencanai Kak Nor Pt.II.


Untuk projek kali nie, Rambozzi® akan menggunakan kayu 1*2, 'plywood' dan juga 'laminate'. Kayu² 1*2 di atas akan dijadikan rangka untuk papan pencanai nie. Macam biasa, Rambozzi® akan menggunakan teknik 'pocket hole' sahaja.


Gambar di atas adalah rangka untuk papan pencanai nie yang telah siap dipasang. Kalau diperhatikan, 3 batang kayu di tengah² rangka itu Rambozzi® skrukan ke tengah sedikit sebab kalau papan nie akan digunakan untuk 'mencanai', maka logiknya tekanan adalah lebih di bahagian tengah papan. Logiknyalah, kot...


Seterusnya Rambozzi® tampalkan 'plywood' ke atas rangka tadi. Dan diikuti dengan menampal 'laminate' pula di atasnya. Proses terakhir adalah menampal 'edging' di sekeliling papan nie. Gambar di atas menunjukkan beberapa keping 'laminate' yang Rambozzi® dah potong besar sedikit daripada saiz atau ukuran sisi² papan nie untuk dijadikan 'edging'. 'Edging'² tu Rambozzi® potong menggunakan Virutex® Laminate Cutter. Lebihannya nanti Rambozzi® akan 'trim' menggunakan BOSCH® Mini Router / Trimmer GMR1. Dan Rambozzi® akan kikir di sekeliling sisi² papan nie menggunakan kikir dan juga kertas pasir untuk menghaluskannya.


Ok dengan itu siaplah projek Papan Pencanai Kak Nor Pt. II. Harap maaf, kualiti gambar kurang memuaskan. Pencahayaan yang teruk kan hahahaha...

Untuk bahagian "kaki" papan pencanai nie Rambozzi® skrukan 4 biji 'adjustable stud' ataupun 'leveller stud' di bawah papan ini. Kalau papan nie terjongkang-jongket atau tak 'balance', hanya pulas mana² salah satu daripada 'stud' tu, senang je.


Projek yang sangat ringkas dan mudah. Projek nie boleh disiapkan dalam masa tak sampai setengah hari - kalau semua barang dah ada la..


Ok dengan itu siaplah projek Rambozzi® kali nie - Papan Pencanai Kak Nor Pt. IIRambozzi® harap saudara Kak Nor tu akan suka dengan hasil kerja tangan Rambozzi® nie. Sekarang Rambozzi® hanya menunggu, apa pula projek selepas nie...

0 Comments