- Circular Saw Jig / Workbench Ansary



Baru² nie, Rambozzi® telah dihubungi oleh seseorang yang juga meminati kerja² pertukangan kayu nie. Ansary nie berminat nak membuat peralatan dan perabot berasaskan kayu, jadi beliau telah menghubungi Rambozzi® dan meminta bantuan Rambozzi® untuk beliau memulakan "hobi" terbarunya ini. Bagi Rambozzi®, bukan nak merendah diri apatah lagi nak menunjukkan diri sebagai "pakar" dalam bidang nie, tapi Rambozzi® nie sememangnya masih baru buat kerja nie dan Rambozzi® rasa ini adalah sesuatu yang baik untuk bidang nie.

Rambozzi® "perhatikan" di negara² Barat, terutamanya di U.S, mereka seperti ada satu "kesatuan" untuk woodworking nie. Mereka berkumpul dan berkongsi idea, maklumat, "teknik, tips dan trick" dan juga tools sesama mereka, tanpa malu dan tanpa sombong, dan menjadikan bidang nie di U.S sangat menarik. Kalau tak percaya boleh banyak²kan baca blog dan tengok Youtube.

Bagi Rambozzi®, Ansary nie bukan "anak murid" Rambozzi®, tapi adalah seorang lagi geng yang minat woodworkingRambozzi® sedia membantu beliau dan sama² belajar bersama dengannya. Rambozzi® mungkin ada sedikit "skill" sebab Rambozzi® dah mula dulu daripada beliau, tapi beliau tu pun semestinya "ada sesuatu dengannya" yang Rambozzi® tak tahu. Heh heh heh...

Ok, untuk hujung minggu baru² nie, Rambozzi® telah buat satu "jig" untuk circular saw milik Ansary nie. Circular saw nie senang digunakan secara "free hand" tapi susah kalau nak buat potongan tepat atau lurus. Circular saw nie boleh digunakan dengan "cutting guide" atau beberapa "jig" yang ada pasaran. Yang paling menarik perhatian Rambozzi® semestinya KREG®. Ada dua "jig" atau "cutting guide" dari KREG® yang Rambozzi® tertarik iaitu KREG® Rip Cut dan KREG® Square Cut. Tapi Ansary nie nak gunakan circular saw tu sebagai chop saw. Boleh, tapi kena buat "jig" la dulu. Dan Rambozzi® nak cuba buat "jig" untuk circular saw nie. Jadi, jom start woodworking untuk projek kali nie, Circular Saw Jig / Workbench Ansary.

1 - Circular Saw Jig


Kalau dilihat gambar di atas, itu adalah "jig" yang Rambozzi® buat untuk circular saw Ansary tu. Heh heh heh memang ntah apa² la "design"nya, tapi boleh digunapakai kot... Circular saw tu adalah jenis HITACHI® model C7SS kalau tak silap Rambozzi® la. Operasi "jig" nie adalah seperti menggunakan chop saw.

Ok, "jig" tu Rambozzi® buat ngam² untuk diletakkan circular saw tu di atasnya, dan duduk ngam² di dalam kotak kayu tu dan dikunci dengan beberapa bijik skru dan clamp kecil, mengelakkan circular saw tu daripada bergerak tak tentu hala. Label "1" tu adalah ketinggian "jig" tu, memang tak berapa tinggi la. Maknanya boleh potong kayu yang kurang daripada ketinggian "jig" tu je. Untuk "jig" nie, kayu paling tebal boleh dipotong pun adalah kayu 2*2 je. Rambozzi® tak boleh nak tinggikan lagi "jig" tu sebab nanti blade tu tak dapat nak potong rapat habis ke bawah.

Label "2" tu pulak adalah arah untuk dimasukkan stok kayu yang hendak dipotong. "Fence A" adalah fence kekal untuk "jig" nie. Dan "Fence B" tu pulak adalah fence yang boleh dialihkan. Jadi, kalau Ansary tu nak potong kayu yang lebih panjang, cuma perlu buka "Fence B" tu, gantikan dengan kayu yang lebih panjang sebagai fence.

Label "3" tu adalah lock untuk circular saw tu. Bila nak digunakan kenalah "lepaskan" dulu lock tu. Dan label "4" tu adalah mata gergaji circular saw nie. Saiznya 7" kalau tak silap Rambozzi®. Kecik je, sebab tu tak boleh nak potong kayu yang lebih tebal.

Nak buat "jig" tu senang je. Tapi nak "tune" supaya boleh potong tepat 90° tersangatlah susahnya. Serik dah Rambozzi®, sebab tu Rambozzi® beli miter saw.

2 - Workbench



Seterusnya, Rambozzi® dan Ansary tu nak buat meja atau workbench untuk circular jig tu. Workbench yang ringkas dan hanya menggunakan pocket hole. Dan kayu² tu dipotong menggunakan circular saw dan "jig"nya tadi tu. Nasib baik "jig" tu boleh digunakan dengan jayanya. Kayu yang dipotong adalah tepat dan lurus 90°.



Seterusnya proses membuat kaki untuk workbench tu.


Dan last sekali proses memasang kesemua bahagian kayu menjadi workbench. Table top tu adalah chipboard yang Rambozzi® jumpa kat mana ntah. Siap Circular Saw Jig / Workbench Ansary yang simple je hahahahaha.

Itu adalah workbench yang "basic" je untuk kegunaan Ansary. Kalau dia nak tambah rak atau drawer atau apa² je lagi, dia boleh try buat sendiri menggunakan "jig" nie.

Selesai projek untuk minggu nie. Rambozzi® sedia membantu Ansary nie kalau beliau memerlukan bantuan Rambozzi® lagi. Tapi Rambozzi® sendiri kena banyak belajar lagi sebab kalau Rambozzi® nak tolong ajar orang lain Rambozzi® pun kena ada "banyak ilmu" lagi kan? Hahahaha...

6 Comments

  1. kita berkongsi minat yang sama, sangat menarik blog tuan. Banyak perkongsian ilmu. Tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama..
      Rambozzi sgt amatur lagi..byk lg ilmu kena belajar..
      Rambozzi cuma kongsi ilmu (yg sgt asas sbnrnya) yg Rambozzi tahu setakat ni je..
      dan kalau ada tersalah teknik atau teori, Rambozzi alu²kan sape² je tegur Rambozzi kat blog nie..

      Delete
  2. terima kasih atas panduan.saya tengah nk berjinak-jinak dengan woodwork ni. banyak info dapat disini. tuan pakai kayu jenis apa utk buat workbench nie.

    ReplyDelete
  3. sama²...nie "panduan" asas je nie..
    nie kayu beli kat hardware biasa je..kayu apa pun tak tahu..
    ada tanye tokey kedai tu, dia cakap "ini kayu hardware"..itu je jawapan yg Rambozzi dapat...

    ReplyDelete
  4. ooo yaka.saya ingat kena pakai kayu jenis2 tertentu.biasa kt kedai papan tu kayu ubat ja. tak tahan sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambozzi pun pilih² kayu jugak walaupun beli kat hardware je..
      biasanya Rambozzi ambik yg keras, kalau yg lembut tu bila sanding dia "berbulu"..

      Delete