- Kunci Mama Kunci Papa Lela


Dah lama tak buat keychain, tetiba muncul sorang "gurl" ni bernama Lela. Dia nak Rambozzi® buatkan keychain untuk dia dan suaminya. Satu set, sepasang la kiranya... Kunci Mama tu untuk dia dan Kunci Papa tu untuk suami dia. Bunyi pelik skit la tapi Rambozzi® rasa Lela nie tak nak berebut dan bergaduh dengan suami dia pagi² sebab tertukar kunci, kot... Idea yang bijak untuk mengelakkan pertukaran kunci dan sekaligus, menambahkan kasih sayang sesama mereka la kot... hahahahahahaha

Rambozzi® sekarang nie agak taksub dengan kerja pertukangan kayu, jadi bila nak buat ukiran dengan plastik acrylic nie semula, Rambozzi® rasa macam baru nak start buat la pulak. Tapi nasib baik, Rambozzi® masih ada lagi "sedikit sentuhan" untuk menyiapkan projek nie.

"Besar atau kecik nilai sesuatu projek tu tak menjadi masalah untuk Rambozzi®. Demi minat dan bertujuan untuk mencari sedikit "duit poket", Rambozzi® sambar semua projek tanpa mengira nilai keuntungan yang besar atau kecil...mana yang Rambozzi® boleh buat je la..."

Jom mulakan projek Kunci Mama Kunci Papa Lela nie...


Sebenarnya Lela nie tertarik dengan keychain THRASHER yang Rambozzi® buat lama dulu. Lela sukakan font tu. Tapi untuk kerja plastik acrylic Rambozzi® dah kehabisan stok plastik tu sebenarnya. Dah tak banyak pilihan warna yang ada dalam stok Rambozzi®. Plastik acrylic tu pulak mahal untuk sekeping 4*8 kaki. Dan untuk projek Lela nie, Rambozzi® gunakan plastik warna kuning dan hitam. Rambozzi® design dalam Illustrator, nampak dalam PC macam cun je. Tengok la apa ke hasilnya keluar nanti hehehehe....

Alang² nak buat ukiran untuk LelaRambozzi® buatkan sekali untuk Wan Fatimah Waje. Tapi itu untuk projek seterusnya la. Projek Waje tu, akan datang nanti...


Ok, dah siap potong ukiran untuk tulisan, background kuning dan background hitam.


Dan siap Kunci Mama Kunci Papa Lela. Simple je. Harap² Lela suka la kot...

2 Comments

  1. asalamualaikum..
    tuan utk potong palastik acrylic nie,,,mmg tuan guna gergaji yg mcm kat atas tu 100% ker...mesti rumit utk potong celah celah huruf tu.....tq
    klu ader vidoe lg baik utk tjk cara potong....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam bro.

      Ye. Rambozzi memang gunakan gergaji tu utk potong setiap huruf dan corak dari acrylic tu. Tidak serumit yg bro sangkakan. Cuma perlukan banyak praktis dan belajar dari kesilapan sahaja.

      Delete