Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Ok..Sekarang baru la boleh sambung cerita untuk projek Penyangkut Kunci Wan Fatimah Waje dalam entry Kunci Mama Kunci Papa Lela tempoh hari. Plastik acrylic pun sudah dipotong dan diukir siap² sekali dengan Kunci Mama Kunci Papa Lela hari tu. Perkataan "Mr & Mrs F in da House" tu adalah idea Wan Fatimah Waje sendiri. Rambozzi® ikutkan je. Sekarang tinggal nak potong kayu untuk frame keliling plastik tu. Jom mula woodworking untuk Wan Fatimah Waje!


Kali nie Rambozzi® gunakan sekeping chipboard saiz 10*10 inci sebagai alas untuk skrukan plastik acrylic tu ke frame. Dan frame luar Rambozzi® gunakan kayu 1*1/2 inci. Kayu siap dipotong mengikut saiz chipboard dan dipotong 45°. Projek kayu yang sangat simple.


Seterusnya persediaan untuk mencantumkan kayu² tu menjadi frame.


Dan Rambozzi® masih lagi menggunakan teknik yang sama yang Rambozzi® selalu gunakan untuk membuat mitered frame.


Sebenarnya rak kunci ni juga adalah merupakan rak untuk meletak surat atau bil². Kombo la kiranya. "Key rack with mail holder".

Sekarang Rambozzi® nak lekatkan kesemua bahagian frame dan plastik² acrylic tu.


Ok.. Semua bahagian dah dilekatkan. Penyangkut kunci juga dah siap dipasang. Dan daripada gambar di atas, dapat dilihat dua bahagian rak nie iaitu bahagian untuk menyangkut kunci dan juga bahagian untuk meletak surat. Tapi kertas penutup untuk plastik acrylic yang siap diukir tu Rambozzi® belum cabut lagi. Jom tengok hasilnya yang dah siap.


Ok siap Penyangkut Kunci Wan Fatimah Waje. Sebenarnya Wan Fatimah Waje mahukan rak nie dengan warna pilihannya iaitu hitam dan putih. Tapi masa Rambozzi® design dalam illustrator, nampak simple sangat dan takde "highlight" dalam design tu. Wan Fatimah Waje pun dah bagi kebebasan pada Rambozzi® untuk design mengikut kreativiti Rambozzi®. Jadi inilah hasilnya selepas Rambozzi® "tambahkan sedikit perisa" ke dalam design ni.

Simple dan kemas dan menarik. Cuma bila dah siap nie baru Rambozzi® perasan, jarak antara penyangkut² kunci tu agak rapat. Hmmm... tapi boleh la kot. Harap² Wan Fatimah Waje suka dan gembira..Heh heh heh

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, gambar nie Rambozzi® ambil semasa Rambozzi® pasang Rak Wan Fatimah Waje di rumahnya...


Rasa bangga bila melihat hasil kerja Rambozzi® digunakan...

Jaja nie dah jadi macam pelanggan tetap Rambozzi® pulak. Kali nie Jaja nak Rambozzi® buatkan rak untuk dia letak dan susun botol² kicap, sos cili tomato, gula, garam dan macam² lagilah kat dapur dia. Rambozzi® rasa, Jaja nie suka sangat dengan hasil kerja Rambozzi®..

Kali nie, Jaja bagi ukuran yang dia nak. Tinggi rak kurang sikit dari 2 kaki supaya boleh diletakkan muat² di antara ruang kat dapur Jaja yang setinggi 2 kaki.

Dan untuk projek Rak Jaja nie, merupakan projek pertama Rambozzi® yang menggunakan KREG® Pocket Hole Jig! Ya! KREG® Pocket Hole Jig! Heh heh heh heh!




Untuk projek rak Jaja kali nie, Rambozzi® tak ambik gambar sangat untuk setiap proses yang Rambozzi® buat. Sebab ruang kerja Rambozzi® dah terlalu berserabut dengan stok² kayu dan mesin². Rambozzi® cuma sempat ambik gambar untuk rak yang dah siap je. Dan dua gambar di atas adalah rak Jaja yang sudah siap dipasang dan menunggu untuk dicat sahaja.




Untuk bahagian atas rak Jaja nie, kali nie Rambozzi® nak try guna router bit yang baru beli. Router bit nie adalah cap Bosch yang Rambozzi® dapat di kedai Bosch. Mahal gak untuk sebijik mata router nie...





Ok siap rak Jaja. Dan anak panah di dalam gambar di atas nie menunjukkan hasil daripada router bit yang baru tu. Rak yang simple dan kemas.

Dah lama tak buat keychain, tetiba muncul sorang "gurl" ni bernama Lela. Dia nak Rambozzi® buatkan keychain untuk dia dan suaminya. Satu set, sepasang la kiranya... Kunci Mama tu untuk dia dan Kunci Papa tu untuk suami dia. Bunyi pelik skit la tapi Rambozzi® rasa Lela nie tak nak berebut dan bergaduh dengan suami dia pagi² sebab tertukar kunci, kot... Idea yang bijak untuk mengelakkan pertukaran kunci dan sekaligus, menambahkan kasih sayang sesama mereka la kot... hahahahahahaha

Rambozzi® sekarang nie agak taksub dengan kerja pertukangan kayu, jadi bila nak buat ukiran dengan plastik acrylic nie semula, Rambozzi® rasa macam baru nak start buat la pulak. Tapi nasib baik, Rambozzi® masih ada lagi "sedikit sentuhan" untuk menyiapkan projek nie.

"Besar atau kecik nilai sesuatu projek tu tak menjadi masalah untuk Rambozzi®. Demi minat dan bertujuan untuk mencari sedikit "duit poket", Rambozzi® sambar semua projek tanpa mengira nilai keuntungan yang besar atau kecil...mana yang Rambozzi® boleh buat je la..."

Jom mulakan projek Kunci Mama Kunci Papa Lela nie...


Sebenarnya Lela nie tertarik dengan keychain THRASHER yang Rambozzi® buat lama dulu. Lela sukakan font tu. Tapi untuk kerja plastik acrylic Rambozzi® dah kehabisan stok plastik tu sebenarnya. Dah tak banyak pilihan warna yang ada dalam stok Rambozzi®. Plastik acrylic tu pulak mahal untuk sekeping 4*8 kaki. Dan untuk projek Lela nie, Rambozzi® gunakan plastik warna kuning dan hitam. Rambozzi® design dalam Illustrator, nampak dalam PC macam cun je. Tengok la apa ke hasilnya keluar nanti hehehehe....

Alang² nak buat ukiran untuk Lela, Rambozzi® buatkan sekali untuk Wan Fatimah Waje. Tapi itu untuk projek seterusnya la. Projek Waje tu, akan datang nanti...


Ok, dah siap potong ukiran untuk tulisan, background kuning dan background hitam.


Dan siap Kunci Mama Kunci Papa Lela. Simple je. Harap² Lela suka la kot...

FINALLY!!! Yes! Akhirnya Rambozzi® dapat jugak KREG® Pocket Hole Jig nih! Mamat yg iklan dalam Mudah tu helo Rambozzi® hujung minggu baru nie, katanya "stok KREG® dah sampai, encik masih berminat lagi ke nak beli?" Rambozzi® tak pikir panjang, terus cakap ya je. Mulanya dia nak courier je pada Rambozzi®. Tapi Rambozzi® tak dapat tahan perasaan dan sabar. Jadi keesokannya Rambozzi® terus bergegas ke kedai dia. Rambozzi® nak tengok dan pegang dulu baru beli.


Alang² dah sampai ke Malaysia, Rambozzi® beli dua set terus. KREG Jig® Mini dan KREG Jig® Jr. Harga untuk pasaran Malaysia nie agak mahal la. Tapi Rambozzi® tak kira dah semua tu. Memang Rambozzi® nak sangat KREG® ni. Lagipun KREG® ni tahan lasak dan "lifetime warranty". Dan original "Made in USA".



Dan tiba masa untuk keluarkan dari kotak. Jeng! Jeng! Jeng! Peh! Saspen beb! Hahahaha! Packaging yang sangat cantik dan menarik. Rasa sayang nak keluarkan dari kotak hehehe. Rambozzi® rasa sangat teruja, kalah perasaan jatuh cinta kali pertama!



Dan ini isi dalamnya, set lengkap sama macam iklan dalam web KREG®.


Ini set lengkap untuk KREG Jig® Jr.



Dan ini pula set lengkap untuk KREG Jig® Mini.


Dua set KREG® Pocket Hole Jig milik Rambozzi®. Dan kotak KREG Jig® Jr. tu pulak ngam² boleh simpan KREG Jig® Mini tu sekali. Rambozzi® rasa, dalam banyak² tools yang Rambozzi® dah beli setakat nie, KREG Jig® nie adalah tools kegemaran, kesayangan dan kebanggaan Rambozzi®. My Precious!


Sekarang tiba masanya untuk "try test tengok" KREG Jig® nie. Kombinasi terbaik BOSCH® Cordless Drill dan KREG® Step Drill Bit! Hehehe


Dan inilah hasilnya pocket hole menggunakan KREG® Pocket Hole Jig. Rambozzi® test kedua-dua KREG Jig® nie. Masing² khusus untuk saiz kayu yang berkenaan.


Rambozzi® try pada kayu terbuang je. Pocket hole yang kemas dan cantik. Perfect! Hmm.. macam mana Rambozzi® nak komen ye...Rambozzi® ni amatur dan bukan seorang yang pandai dan tepat untuk review produk ni hahahaha. Tapi boleh la review sikit sebagai pengguna kot... 

Ok... untuk KREG® Step Drill Bit dan KREG® Pocket Hole Jig nie, bila Rambozzi® drill pada kayu tu, sangat lembut dan lancar tebukan lubangnya. Tiada lekat² atau tersekat². Sangat lancar dan laju. Sekejap je dah siap lubang tu. Nak setting atau positioning jig tu pada kayu pun senang dan menjimatkan masa. Mana² jenis kayu atau saiz kayu pun takkan menjadi masalah. Yang paling penting sekali, positioning jig nie sangat tepat dan berkesan! Letak je pada kayu mengikut setting untuk kayu tu, dan drill. Skru akan keluar dengan tepat di tengah² kayu yang ditebuk. Cuma kalau nak center jig ni pada kayu je kena set secara manual.

Untuk cantuman kayu ke kayu pula, dengan menggunakan skru khusus dari KREG® iaitu KREG® "self-tapping screws" yang dibekalkan di dalam pakej nie, bila Rambozzi® skrukan menggunakan Cordless Drill, dapat dirasakan "tarikan" dari kayu yang dah dilubangkan tu ke kayu lagi satu tu. Macam magnet plak. Tapi itulah hasilnya. Sangat kemas dan sambungan kayu pun jadi tepat dan kukuh. Memang tak lari la senang citer...

Ok, selesai untuk KREG® Pocket Hole Jig. Walaupun KREG® ni direka untuk memudahkan kerja membuat pocket hole, tapi Rambozzi® tetap kena praktis banyak kali jugak ni. Rambozzi® rasa, bidang pertukangan kayu di zaman "social media" nie dah menjadi semakin menarik dan seronok untuk diceburi. Peralatan pertukangan yang ada di pasaran sekarang sangat menarik dan sangat membantu memudahkan, mempercepatkan dan mencantikkan lagi hasil kerja kayu. Yang pentingnya keseronokan ketika membuat kerja kayu tu. Tak dapat Rambozzi® nak luahkan, kena try buat sendiri baru tahu keseronokan seorang tukang kayu nie hehehehehehe....


Dan sebelum Rambozzi® terlupa, terima kasih banyak² En. Awie sebab ingat dan telefon Rambozzi® maklumkan tentang "ketibaan" KREG® Pocket Hole Jig ni ke Malaysia hehehe. Walaupun dah lama tapi dia masih ingat Rambozzi® dan simpankan untuk Rambozzi®. Nasib baik Rambozzi® tak maki dia dalam blog aritu hahahaha....

Rak/stesen kopi untuk kopi² Rambozzi® di opis. Hehehehe projek nie untuk suka² je, untuk letak kat opis. Rambozzi® tak cat langsung pun. Finishes hanyalah dengan sapuan minyak "Tung Oil".

Rambozzi® cuba nak buat potongan "miter" pulak. Selalunya potong 0° dengan 45°. Kali nie Rambozzi® potong 20°. Untuk ketinggian 1 kaki nie, ok la. Tapi kalau untuk rak yang lebih tinggi, Rambozzi® rasa kena kurangkan lagi mungkin 15° ke 10°. Banyak lagi yang Rambozzi® kena pelajari dan cuba la nanti. Cikgu takde, belajar dengan blog dan Youtube je tak berapa menjadi. Tapi, ok la memang dah banyak membantu pun...



Antara "tools" yang Rambozzi® tak pernah guna sebelum nie..electric wood planer. Rambozzi® ada baca² dlm blog, kalau kayu tu diketam, hasilnya lagi halus dan menjimatkan masa daripada "sanding" dengan kertas pasir. tapi kertas pasir kena pakai gak untuk finishing projek tu nanti.

Rambozzi® "test" planer 2-3 kali, dan Rambozzi® memang puas hati la dengan hasil ketam mesin nie. Sangat halus dan licin. Tapi kena praktis lagi beberapa kali baru boleh "master" mesin nih!

"Sebenarnya bukan mesin nie yang Rambozzi® kena praktis bagi mahir, hehehehehe.. Semua yang berkaitan dengan pertukangan kayu sebenarnya..."

Dan seperti biasa, Rambozzi® masih lagi setia dengan produk BOSCH®. Mana datang ntah planer nie, original dari Jerman ke atau "Made in China" ke Rambozzi® tak boleh nak sahkan.. Banyak sangat produk China kat Malaysia nih...Jadi, Rambozzi® keluarkan modal dan beli BOSCH® Wood Planer GHO10-82 nie.

Kalau tengok gambar di atas, akan nampak habuk kayu yang terhasil daripada penggunaan planer nie. Rambozzi® terpaksa memikirkan satu kaedah la pulak untuk "mengawal habuk kayu" nie.. Hmmm macam mana nak buat tu...Itu baru "test" je tu, belum buat projek kayu lagi tu...


Koleksi terkini mesin² daripada BOSCH® milik Rambozzi® setakat nie. BOSCH® Wood Planer GHO10-82, BOSCH® Slide Miter Saw GCM 800S, BOSCH® Cordless Drill GSR1440-Li, BOSCH® Hand Drill GBM10RE, BOSCH® Cordless Screwdriver / Drill IXO III 3.6V dan BOSCH® Mini Router / Trimmer GMR1.

Modal banyak dah keluar nie.. projek tak seberapa pun sebenarnya hahahaha... Takpe, boleh simpan dalam almari kaca buat hiasan heh heh heh...

Haaa.... Dah berapa tahun Rambozzi® nak beli BOSCH® Cordless Drill ni.. Akhirnya berjaya jugak dimiliki. Model GSR1440-Li dengan 2 bateri. Boleh tahan power dia. Memang power giler la senang citer! Puas hati Rambozzi®!


Dan bertambahlah "koleksi" drill BOSCH® Rambozzi®. Yang corded tu model lama beli tahun 2009 kot, BOSCH® Corded Drill GSB 10 RE. Yang kecik tu BOSCH® Screwdriver model IXO ke apa ntah, beli tahun 2011. Dan terbaru tahun 2013 nie - model BOSCH® Cordless Drill GSR1440-Li tu la. Yang corded tu boleh la untuk tebuk dinding, tapi kalau nak buat kerja kayu pun boleh, cuma berat sikit la. Tu yang Rambozzi® nak sangat cordless drill tu. Ringan sikit. Screwdriver tu pulak tak power, tapi boleh guna untuk tebuk plastik acrylic. Hmmmm cukup la untuk koleksi hand drill nih....kot.....

Lepas nie, boleh la nak citer sikit² pasal tools pulak. Rambozzi® pun tak banyak sangat tools. Mana yang mampu beli dan perlu je. Tapi sentiasa nak yang brand BOSCH® ni sebab dah tau power dia macam mana. Brand penting beb. Mahal takpe asalkan tak jahanam lepas tebuk 2-3 lubang je...


Meja Jaja dan Laili tu nampaknya antara hasil kerja kayu Rambozzi® yang agak diminati setakat nie. Terbaru, Safa pun nak jugak tapi dalam saiz yang kecik. Dan Safa bukannya nak letak "oven" atau "microwave" macam Jaja dan Laili, tapi Safa nak letak lampu meja, di dalam bilik tidur. Automatiknya meja tu akan jadi Bedside Table la kan? Jadi Safa mintak Rambozzi® buatkan satu meja untuk dia. Ok, jom start woodworking untuk Safa nie...

"Kali nie, Rambozzi®  cuba nak ambik gambar untuk setiap proses kerja yang Rambozzi®  buat. Tapi buat permulaan nie, mana yang sempat je lah, sebab kekadang Rambozzi®  terlalu syok buat kerja sampai lupa nak ambik gambar. Sedar² dah terlepas satu proses..."



Ok, mula² macam biasa kena ada ukuran dulu baru la boleh potong ikut saiz yang nak. Safa tak bagi ukuran yang dia nak, dia serahkan semuanya pada kreativiti Rambozzi®. Rambozzi® pun tak tahu saiz atau tinggi standard untuk side table, tapi untuk bedside table nie, Rambozzi® agak² lepas tinggi sikit dari katil la. Jadi, bila duduk atas katil, meja tu lebih kurang pada paras lutut kita la kan? Emmm Rambozzi® buat perabot untuk orang Asia bukan untuk orang Eropah ok hahahaha. Agak² je ok... Ikut logik je, jangan serius sangat, lebam nanti. Kerja mau happy, maa.... 


Macam meja Jaja dan Laili, Rambozzi® mula dengan buat table top dulu. Potong kayu² 1*1/2 ni sama panjang dan tebuk lubang siap² untuk lekat pada plywood nanti. Rambozzi® "counter-sink"kan lubang² skru tu - satu sebab untuk benamkan kepala skru tu, dan satu lagi sebab, dia akan jadi satu design yang agak menarik dan kemas hehehehehe.


Pastu, menggunakan Bosch Trimmer/Router tu, Rambozzi® "route"kan tepi kayu tu untuk dapatkan sisi yang menarik. Setakat nie Rambozzi® ada dua je mata router bit yang khusus untuk "route" sisi kayu tu.  (Eh dorang panggil "route" ke teknik tu?...) Router bit set kat Malaysia nie mahal giler. Yang Rambozzi® nak guna 2-3 jenis je tapi bila dah datang dalam bentuk set, dia jadi mahal. Kalau beli satu-satu, tak banyak pilihan yang ada la pulak. Adus...



Gambar atas nie beza antara kayu yang dah di"route" dengan yang belum di"route". Yang atas tu sudah, yang bawah tu belum di"route".


Lepas tu Rambozzi® susun dan cantumkan kayu² atas sekeping plywood, yang turut beralaskan 3 batang kayu 1*1 kat bawah dia. Rambozzi® gunakan gam kayu, kemaskan/ketatkan satu-persatu menggunakan "ACE One Handed Quick Action Bar Clamps" yang Rambozzi® jumpa kat Ace Hardware dan skrukan kayu² tu. Panjang clamp tu 2 kaki kot. Tapi murah giler la berbanding brand lain macam Irwin tu. Kalau ada bar clamp yang panjang macam nie memang senang nak buat table top yang jenis wood joints macam nie.


Sekarang nak kena tunggu gam tu kering dulu baru boleh "trim" keliling dan dapatkan sesiku yang tepat.


Ok, sementara tu Rambozzi® potong dulu kayu untuk frame keliling table top ni nanti. Berbeza dengan meja Jaja dan Laili dulu, masa tu Rambozzi® guna kayu 2*1/2 untuk frame keliling tu. Tapi Rambozzi® nampak dia jadi agak nipis bila dah pasang table top tu. Kali nie Rambozzi® nak try guna kayu 1*2 pulak. Tebal sikit. Ini la jadinya bila nak buat kerja kayu, tapi takde ilmu perkayuan hahahahahaha. Tapi takpe, Rambozzi® nak try jugak!


Dah siap potong kayu ikut ukuran saiz table top tadi, sekarang kena gamkan frame untuk keliling table top tu. Rambozzi® belajar teknik ni dari Youtube, ada satu mamat omputih otai ni dah berpuluh tahun buat picture frame gunakan teknik nie. Tak payah nak beli alat mahal², cukup dengan kayu terbuang dan beberapa bijik skru je, dah boleh cantumkan frame dengan kemas dan paling penting dia punya sesiku masuk dengan tepat dan bila ukur, confirm tepat 90 darjah.

Masking tape putih kat bawah tu ada tujuan gak tu. Kegunaannya adalah untuk mengelakkan frame tu daripada melekat pulak kat meja kerja Rambozzi® tu nanti.


Sekarang, gam pada table top dan frame pun dah kering dan kukuh, masa untuk masukkan table top ke dalam frame. Datang lagi satu masalah, table top tu agak besar sikit je dari frame. Pulak! (Sebenarnya, masa buat meja Jaja dan Laili tu pun jadi macam ni jugak hehehehe. Rambozzi® kena buat banyak kali lagi baru boleh jadi otai.) Itu yang terangkat sebelah tu. Tapi takpe, Rambozzi® "trim" slow² table top tu sampai dia boleh masuk dalam frame tu.


Ok. Dah berjaya pun masuk dengan ngam dan cantik. Lepas kena "sanding" dengan kertas pasir ni lagi cun ni. Rambozzi® ada beli satu electric sander yang murah. Tapi adat barang murah, hasil dia lagi baik kalau Rambozzi® sanding sendiri pakai tangan...

Ada satu mamat omputih nie "share", asas untuk "sanding" yang baik, pertama "sanding" guna kertas pasir kasar 80 grit, pastu guna pulak kertas yang medium sikit 150 grit. Dan untuk antara setiap lapisan cat, "sanding" guna kertas pasir 220 grit. Biasanya, Rambozzi® suka guna varnish sebab tahan air, Rambozzi® akan cat 2 atau 3 lapisan, yang mana antara lapisan tu diselangi dengan "sanding" guna kertas pasir 220 grit. Kalau rajin lagi, cat la banyak lapisan lagi, diselangi dengan "sanding", hasilnya memang macam dari kedai perabot la, senang citer....

"Ada modal lebih nanti, Rambozzi® nak beli electric sander yang jenis pusing random punya. Tengok la Bosch ke, Dewalt ke...tak nak dah beli yang murah..."


Untuk sisi table top ni Rambozzi® "route" guna "router bit" yang kat atas nie.


Gambar atas ni table top pandangan dari bawah.


Sekarang kena potong kayu untuk kaki meja pulak. Rambozzi® guna kayu 2*2, dah siap ketam, sisi kayu pun dah halus dan bulat sikit. Jumpa kat hardware. Untuk bahagian bawah kaki meja tu, Rambozzi® potong slot kaki tu guna Miter Saw je. Senang dan cepat. Nanti dah advance, boleh la nak buat design stail lain pulak. Buat masa ni, mana yang senang je dulu...

Ok, sekarang kita nak masuk ke bahagian yang paling kritikal sekali. Proses nak pasang table top ke kaki meja. Nak pasang kaki meja tu ada beberapa teknik yang Rambozzi® tau, dan kukuh kalau kena caranya. Paling mudah butt joint je la kan?. Tapi, American Woodworkers kata dan dakwa, butt joint akan lagi kuat dan kukuh kalau pasang guna teknik pocket hole. Cakap senang la kalau ada tools. Paling top dan best ialah Kreg Jig, tapi sampai hari ni Rambozzi® tak dapat² lagi la alat ni. Ada satu mamat tu iklan dalam Mudah.my, tapi haram sampai hari ni bila call dia je, "sorry bang, stok tak sampai lagi la...". Dah takde stok, yang ko gi iklan dalam Mudah tu pasal apa?

Jadi, Rambozzi® pun terpaksa la buat jig ni sendiri. Baca² dalam internet, dapat la setting mudah untuk buat sendiri.


Ya! Rambozzi® Pocket Hole Jig! Rambozzi® buat 3-4 bijik gak bende ni. Satu jenis untuk buat pocket hole pada kayu 1*1 dan satu lagi jenis untuk kayu 1*2 dan 2*2. Jig ni Rambozzi® guna kayu 1*2. Kayu halus kat tepi tu sebenarnya berfungsi sebagai stop block, bila letak atas kayu 1*1, automatik dia akan center. Sama la jugak dengan jig untuk kayu 1*2 dan 2*2 tu. Tapi yang tu ada dua lubang. Rambozzi® dah ukur ngam², cuma samakan hujung jig ni dengan hujung kayu, dan tebuk lubang, terus jadi center dan ngam² untuk skru masuk dan "joint"kan ke kayu yang lain.



Sebenarnya, ini jig yang kedua Rambozzi® buat untuk kayu 1*1. Sebab bila dah guna banyak kali, dia akan "haus" dan lari la dia punya setting. Sebab tu Rambozzi® nak sangat Kreg Jig tu! Mahal pun mahal la! Takpe, satu hari nanti Rambozzi® akan miliki jugak Kreg Jig tu..


Ini cara Rambozzi® guna pocket hole jig tu.


Dan ini hasil dari Rambozzi® Pocket Hole Jig. Kadang² lubang dia cantik, kadang² lubang dia tak cantik. Tengok kayu dan nasib la macam mana. Tapi takpe, lubang² ni pun takkan kelihatan sebenarnya sebab dia akan ada kat bawah, bukan kat atas permukaan perabot yang Rambozzi® nak buat. Jadi, tak kisah la cantik ke buruk ke, dia tetap takkan kelihatan.


Ok, dah siap pasang kaki meja. Tengok! Pocket hole tu nanti, bila dah letak table top kat atas, memang tak nampak punya. Cuma jangan pasang ke luar je sebab nanti nampak la kat luar tu. Macam Rambozzi® pasang dalam gambar atas ni, Rambozzi® pusing dia menghala ke dalam atau ke atas, jadi tak nampak la nanti.





Sekarang Rambozzi® nak pasang table top pulak ke atas kaki meja ni.



Rambozzi® nak "route" lagi sekali keliling "table top" ni supaya lagi "cun" punye...




Siap meja dan para kat bawah tu. Proses seterusnya nak buat drawer pulak.


Gambar kat atas ni adalah kepingan² frame² dan laminate untuk drawer yang dah siap dipotong mengikut ukuran. Kecuali laminate tu je lah yang kena gam dulu, trim, dan baru dia akan kemas..


Gambar atas nie adalah Virutex Laminate Cutter buatan Sepanyol kot kalau tak silap Rambozzi®. Mesin yang ringkas, tak guna elektrik pun, tapi mahal giler! Tapi takpe, sekali beli dan boleh pakai untuk bertahun² mendatang, memang berbaloi la. Berapa kali gak Rambozzi® test cutter ni baru dapat potongan yang cantik dan tak pecah²...


Dan untuk "trim" laminate tu Rambozzi® gunakan "flush trim router bit" kat atas tu.


Jadi, itulah koleksi mata router bit yg Rambozzi® ada, setakat ni la.. Banyak lagi yang nak kena beli nanti, tapi itu kemudian citer la..


Ok, siap setakat ni Bedside Table Safa nie.. Tinggal nak pasang "drawer front" kat drawer ni, pastu "sanding" sikit mana² bahagian yang tak berapa halus lagi, dan last sekali cat.




Ok, sekarang tibalah masanya untuk proses terakhir iaitu mengecat! Rambozzi® akui mengecat adalah proses yang paling Rambozzi tak suka buat. Sebab susah nak dapat hasil kemasan yang licin dan halus berkilat. Lagi satu sebab prosesnya memakan masa yang lama. Slow! Jarak masa untuk kering antara satu lapisan dengan satu lapisan yang lain tu agak memenatkan Rambozzi®. Tapi kalau tak cat, tak siap la projek ni.

Jadi, untuk Bedside Table Safa nie, Rambozzi® cat tiga lapisan. Lapisan pertama, Rambozzi® sapukan "wood stain" dulu. "Wood stain" tu warnanya agak kemerahan, apa ntah kod kaler dia lupa dah.. Lepas tu bila dah kering, Rambozzi® "sanding" pulak dengan kertas pasir 220 grit.

Lepas tu, Rambozzi® cat lapisan kedua, kali nie dengan menggunakan "polyurethane varnish" warna coklat. (Sebenarnya varnish tu pun ada kod warna jugak, bukan warna coklat sebenarnya, tapi warna kayu apa ntah....) 

Bila dah kering, "sanding" lagi sekali dengan kertas pasir 220 grit.

Dan Rambozzi® cat lagi satu lapisan varnish yang sama, untuk lapisan terakhir. Rambozzi® biarkan kering semalaman dan hasil warnanya adalah coklat kemerah-merahan. Cantik dan kemas! Hmmmm... dah ada kemajuan sikit dalam pertukangan Rambozzi®. Good! I Like!

"Sebenarnya, untuk setiap lapisan memang Rambozzi® biarkan kering semalaman. 3 lapisan bermakna 3 malam! Letih!"





Siap projek Bedside Table Safa.
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes