Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

"Ain ada dapur. Ain takde meja atau rak di dapurnya. Ain cari dalam 'google'. Ain terjumpa blog Rambozzi®. Ain suka Rak Microwave/Oven Kak Haiza. Tapi Ain tak bagitau Kak Haiza. Ain bagitau Rambozzi®. Ain "wassap" Rambozzi®. Ain pun nak rak macam tu. Ain suka hasil kerja Rambozzi®. Ain suka Rambozzi®. Rambozzi® pun 'happy'......"
Hahahahaha.... Rambozzi® rasa bangga juga, sebab Ain tunjukkan contoh 'design' rak atau meja yang dia nak dan semua contoh itu adalah dari hasil kerja Rambozzi® sendiri. Ain nie pun jadi macam mudah nak memilih, hanya tunjukkan saja yang mana, dari blog Rambozzi® ini. Ok, untuk rak Ain ini, Ain gabungkan 2 hasil kerja Rambozzi® yang terdahulu iaitu Rak Microwave/Oven Kak Haiza dan Microwave/Oven Yuzie. Cuma ada sedikit tambahan mengikut citarasa dan keperluan Ain. Ok, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rak Dapur Ain.


Rambozzi® rasa, hampir kesemua 'entry' Rambozzi® di dalam blog ini sama 'style' dan juga isi kandungannya. Kadang² Rambozzi® rasa bosan juga menulis benda yang sama tanpa ada sebarang "transformasi" (hamboih!!! hahaha), maksud Rambozzi® dari segi lenggok bahasa dan juga proses kerja yang Rambozzi® buat. Rambozzi® ada terfikir juga nak tukar 'style' Rambozzi®, tapi buat masa ini tiada "ilham" baru yang datang heh heh heh. Tapi Rambozzi® rasa, itulah identiti Rambozzi®. Emmm...Rambozzi® akan kekalkan buat masa ini...

Ok, seperti biasa, potong kayu dan tebuk 'pocket hole' dahulu hehehehehe.


Mula² sekali, Rambozzi® nak buat 'table top'nya dahulu. Hanya satu proses penyambungan kayu ke kayu yang ringkas dan mudah.


Lelehan gam kayu yang terkeluar akibat tekanan dari 'clamp' perlu dilap segera dengan kain basah sebab bila gam kayu itu sudah kering, amat sukar nak menanggalkannya. Rambozzi® gunakan tisu basah bayi untuk tujuan itu heh heh heh heh...


2 batang kayu diskrukan ke kedua² bahagian hujung 'table top'. Ini bukan teknik, tapi lebih kepada 'design' dan 'style'.


Dari 'table top' tadi barulah Rambozzi® boleh tentukan saiz yang sesuai untuk kaki rak ini. Ini cara Rambozzi® bekerja la kan, lain tukang lain caranya kan? Hehehe. Ok, kayu² di atas adalah untuk bahagian 'apron', kaki dan juga para untuk rak ini.


Rambozzi® pasangkan dahulu bahagian kaki rak ini. Kayu² silang di antara kaki² itu sebenarnya telah diukur dan dibahagikan sama banyak terlebih dahulu supaya ruangan di antara 2 para di bawah 'table top' adalah sama.


Kemudian Rambozzi® gam dan skrukan pula bahagian 'apron' untuk rak.


Dan diteruskan dengan memasang bahagian² yang lain. Bahagian di dalam gambar di atas adalah untuk para paling bawah rak.


Bahagian di atas pula adalah untuk para di tengah rak.


Ok, siaplah rangka utama dan 'table top' untuk Rak Dapur Ain ini. Cukup ringkas dan mudah.


Rambozzi® tambahkan juga 2 lagi batang kayu di bahagian atas rangka untuk mengukuhkan lagi struktur rak ini dan ia juga boleh membantu menepatkan lagi sesiku rak ini.


Sama juga untuk bahagian para bawah dan tengah rak.


Rambozzi® gam dan 'clamp'kan sekeping lagi kayu di setiap bahagian atas rangka untuk para yang akan berfungsi seperti pagar untuk para.



Kemudian Rambozzi® skrukan kaki rak ke 'table top'. Rambozzi® pastikan kaki rak diskrukan di tengah² 'table top'.


Dan Rambozzi® teruskan dengan memasang bahagian pagar untuk keseluruhan rak.


Kesemua pagar itu hanya digamkan dan di'clamp'kan sahaja. Tiada sebarang skru atau paku digunakan.


Ok, siaplah proses memasang rak ini. Mana² bahagian pagar yang tidak melekat dengan rapat dan kemas Rambozzi® 'clamp'kan dan biarkan gam itu kering. Bila gam sudah kering dan kayu melekat dengan kemas, Rambozzi® 'sanding'kan keseluruhan rak ini bermula dengan kertas pasir 80 grit dan kemudian 150 grit. Rak ini sekarang sudah sedia untuk dicat.


Ok. Siap proses mengecat Rak Dapur Ain!!! Kaki meja dicat dengan menggunakan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' sebanyak 3 lapisan. 'Table top' dan 'apron' pula dicat dengan cat minyak berwarna putih juga sebanyak 3 lapisan. Antara setiap lapisan diselangi dengan proses 'sanding' menggunakan kertas pasir 240 grit. Oh...maaf, gambar agak 'kelabu asap' sebab kamera yang digunakan agak "cap ayam" heh heh heh heh...


'Table top' dicat dengan cat minyak berwarna putih tetapi agak cair sebab Rambozzi® nak pastikan ira kayunya dapat dilihat dengan jelas.


Ok. Siaplah projek Rak Dapur Ain. Rambozzi® tunjukkan gambar di atas kepada Ain dan katanya, "cantik". Fuuuhhh! Lega Rambozzi®. Rambozzi® harap rak ini sesuai dengan keperluan Ain. Rambozzi® hanya cuba yang terbaik dengan sedikit kemahiran dan pengalaman yang Rambozzi® ada. Masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Antaranya teknik fotografi la kan hehehehehe. Mungkin Rambozzi® kena beli kamera bagus sikit cap Nikon ke Canon ke. Tapi, nanti Rambozzi® kena belajar teknik fotografi pulak. Nanti Rambozzi® tetiba jadi 'photographer' pulak. Ah tak nak lah! Rambozzi® nak jadi Rambozzi® jer.....




"Anda tidak cukup 'clamp'? Anda juga berasa bengang kerana 'clamp' yang anda miliki tidak cukup panjang? Anda inginkan 'clamp' yang boleh dilaraskan sesuka hati anda sepanjang mana sekalipun yang anda nak? Rambozzi® RamboClamp® adalah penyelesaiannya!"

Hahahaha! Aduh buat iklan lagi....

"Kejayaan" menghasilkan Rambozzi® RamboJig® baru² ini membuatkan Rambozzi® terfikir untuk membuat beberapa lagi 'jigs' yang boleh membantu memudahkan kerja² Rambozzi®. Rambozzi® rasa, dalam "kepala otak" Rambozzi® sekarang nie ada bermacam² 'idea' yang "mantap" heh heh heh heh. Rambozzi® akui, semakin lama Rambozzi® buat 'woodworking' nie, semakin banyak peralatan yang Rambozzi® perlukan. Semakin banyak juga masalah kerja yang datang yang memerlukan penyelesaian. Dulu, Rambozzi® fikir hanya nak sambungkan kayu ke kayu sahaja. Sekarang, Rambozzi® NAK buat sambungan kayu ke kayu dengan kemas dan bersistematik. Apa yang Rambozzi® nak buat hari ini adalah satu sistem 'clamp' yang Rambozzi® harap boleh membantu memudahkan dan mempercepatkan kerja² Rambozzi®.


'Idea' untuk projek kali ini sebenarnya Rambozzi® "pinjam" daripada "bende" kat atas tu bukan 'idea' Rambozzi® sepenuhnya pun heh heh heh heh. Nama produk atau sistem itu adalah Woodpeckers® Super Track Applications. Oooh...kat Malaysia memang takde la bende nie, bro! Sebab tu Rambozzi® nak cuba buat sendiri sesuatu yang boleh berfungsi seperti "bende" tu. Ok, kali nie Rambozzi® nak cuba buat satu sistem 'clamp'. Jom mulakan projek kali ini - Rambozzi® RamboClamp®.


Gambar di atas adalah bahan² yang Rambozzi® perlukan untuk membuat Rambozzi® RamboClamp® nie. 4 batang kayu 1x½, 2 biji 'push clamp' dan 2 keping kayu terbuang.


'Push clamp' (lihat gambar di atas) adalah bahan utama untuk projek ini. 'Clamp' ini kecil sahaja saiznya, tapi "kuasa tolakannya" cukup kuat untuk mengapit kayu² yang digunakan dalam projek² Rambozzi®.


Ok, 4 batang kayu 1x½ tadi akan dilekatkan menjadi 2. Rambozzi® gamkan kayu² itu, lekatkan dan 'clamp'kan ia sehingga gam itu kering dan kayu itu melekat atau bercantum dengan kemas dan kukuh. Oh ya, lupa plak Rambozzi® nak bagitau, panjang kayu² itu adalah 3 kaki atau 36 inci. Ok, mulai dari 'post' ini, Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk memasukkan sekali saiz² kayu atau projek yang Rambozzi® buat. Sebab, Rambozzi® telah menerima beberapa "komplen" dari "ratusan ribuan" pembaca blog Rambozzi® nie supaya memasukkan sekali saiz dan ukuran projek² yang Rambozzi® buat. Kata mereka, supaya mereka boleh mendapat 'idea' tentang berapa besar saiz sesuatu projek itu. Ada juga yang kata, "kalau I baca blog² orang putih dorang siap bagi lagi ukuran dan kadang² tu kan, dorang siap bagi plan SketchUp free lagi U know?" Dari komplen² tu, Rambozzi® dapat merasakan betapa sayangnya pembaca² blog Rambozzi® nie kepada Rambozzi®, U know? Heh heh heh heh heh.....


Sekarang Rambozzi® 'clamp'kan kayu² itu supaya ia melekat dan bercantum dengan kukuh. Ya, 'American Woodworkers' ada cakap, "never enough clamps". Dulu, Rambozzi® tak faham dan tak peduli pun. Sekarang nie baru Rambozzi® faham. Dan projek ini juga adalah disebabkan masalah 'clamp' la. Harga 'clamp' tu pulak bukannya murah. Kalau setakat nak beli sebiji dua tu ok la lagi, tapi bila semakin banyak 'clamp' yang diperlukan, Rambozzi® rasa baik Rambozzi® cuba buat sendiri je...


Ok, kayu² itu pun dah melekat dengan kemas dan kukuh. Sekarang bolehlah ke proses seterusnya.


Rambozzi® tandakan pula pada kayu dan tebuk lubang² halus di tengah² kayu. Tanda² itu akan ditebuk pula lubang² dengan menggunakan 'drill press'. Jarak di antara setiap tanda itu adalah 1½ inci. Haa..ini ada satu lagi soalan dari pembaca² blog Rambozzi® nie. "Kenapa Rambozzi® gunakan inci? Kenapa tak gunakan cm atau mm?" Aduh! Macam mana Rambozzi® nak jawab nie... Macam nie je lah - "Rambozzi® suka inci LEBIH dari Rambozzi® suka cm atau mm". Heh heh heh heh...


Rambozzi® nak setiap lubang itu ditebuk dengan "lurus" dan tepat, sebab itu Rambozzi® gunakan 'drill press'. Boleh juga kalau nak tebuk menggunakan 'drill' biasa, tapi ada risiko lubang² itu tidak ditebuk dengan lurus - maksudnya dari atas permukaan kayu ke bawah. Kadang² hasil tebukannya akan menjadi senget dan tidak tepatlah.


Rambozzi® juga tebuk 2 lubang pada setiap kayu terpakai di atas dengan memastikan jarak antara lubang juga adalah 1½ inci.


Kemudian, Rambozzi® masukkan 'nuts and bolts' ke lubang² di atas kayu² terpakai itu. Dan ketatkan.


Rambozzi® skrukan 'push clamp' itu ke kayu 1x½ dan siaplah Rambozzi® RamboClamp® ini.


Ok. Fungsi Rambozzi® RamboClamp® ini adalah sangat ringkas. Lubang² di atas 'clamp' ini sebenarnya adalah supaya ia boleh dilaraskan mengikut jarak atau saiz projek yang kita hendak 'clamp'. Kayu² terpakai yang dipasangkan 'nuts and bolts' itu adalah berfungsi sebagai penahan yang akan menahan kayu² yang ditolak oleh 'push clamp' itu. Kuasa tolakan 'push clamp' itu sendiri juga boleh dilaraskan dengan hanya memutarkan kepala 'clamp' itu ke depan atau ke belakang. Ok, jom lihat gambar di bawah untuk lebih memahami fungsi 'clamp' ini. Rambozzi® memang bermasalah nak menerangkannya dalam bahasa yang mudah difahami hehehehehe.


Ok, berdasarkan gambar di atas, kayu penahan itu Rambozzi® masukkan ke dalam lubang yang sesuai dengan panjang kayu yang hendak di'clamp'kan. Seterusnya Rambozzi® laraskan kepala 'clamp' itu supaya mendapat kuasa tolakan yang Rambozzi® nak. Bila 'push clamp' itu menolak kayu yang hendak di'clamp'kan itu, kayu itu akan tersekat dek kayu penahan di belakangnya. Maka, 'clamp' ini pun berjaya melaksanakan tugasnya sebagai 'clamp'. Bila hendak dilepaskan apitannya, hanya tarik sahaja pemegang 'push clamp' itu ke belakang. Cukup ringkas tapi cukup berkuasa untuk kegunaan Rambozzi®. Kayu penahan itu pula boleh dialihkan atau dianjakkan kedudukannya ke dalam lubang² yang tersedia untuk disesuaikan dengan saiz kayu yang hendak di'clamp'.


Sebagai tambahan, untuk memudahkan Rambozzi® melihat dan menentukan kedudukan yang sesuai untuk dimasukkan kayu penahan ke dalam lubang²nya, Rambozzi® tuliskan abjad² di atas kayu 'clamp' ini. Ini hanya 'idea' Rambozzi® untuk memudahkan Rambozzi®, kononnya. Kalau abjad² itu tidak mencapai tujuannya, Rambozzi® akan padam dan akan fikirkan cara lain hehehehehehe...


Dan bila Rambozzi® RamboClamp® ini berjaya mencapai objektifnya, maka bolehlah Rambozzi® buat lebih banyak lagi 'clamp' yang seperti ini. Yang istimewanya, Rambozzi® RamboClamp® ini boleh dibuat sepanjang mana sekalipun yang Rambozzi® nak - hanya dengan menukarkan kayu² berlubang itu ke kayu yang lebih panjang. Itu baru 3 kaki, jangan terkejut kalau satu hari nanti Rambozzi® "terpaksa" menggunakan 'clamp' yang sepanjang 10 atau 12 kaki heh heh heh heh heh.....





Kotak² di atas adalah antara beberapa kotak skru yang Rambozzi® ada. Makin banyak Rambozzi® buat 'woodworking' nie makin banyak pula jenis dan saiz skru yang Rambozzi® perlukan. Semuanya perlu diasingkan mengikut jenis dan saiz. Dan perlu disimpan di dalam kotak khas untuk memudahkan Rambozzi® menggunakannya. Tapi bila semakin banyak kotak² untuk skru, ia bukanlah sesuatu yang Rambozzi® suka. Dah la kotaknya banyak, berat pulak tu, pastu banyak pakai ruang, ini tak betul nih! Rambozzi® rasa, sudah tiba masanya Rambozzi® buatkan satu rak khas untuk skru² nie. Ok, kali ini Rambozzi® nak buat rak untuk skru. Jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Screw Cabinet.


Rambozzi® Screw Cabinet ini akan dibuat dengan menggunakan kayu 'pine', meranti, 'plywood' dan juga 'wood veneer'. Ok, kayu² di atas telah pun dipotong ke saiz² yang Rambozzi® perlukan.


Rambozzi® akan mulakan dengan membuat laci² untuk skru dahulu. Seperti biasa, Rambozzi® akan gunakan KREG® Jig K5 yang dipasangkan KREG® Micro Pocket Drill Guide untuk menebuk lubang² 'pocket hole' terlebih dahulu. Beberapa lokasi untuk pemasangan telah ditandakan di atas kayu² di atas. Rambozzi® juga tandakan abjad² pada setiap kayu untuk mengelakkan kekeliruan dan untuk mempercepatkan proses pemasangan.


Proses seterusnya hanyalah penyambungan kayu ke kayu yang sangat ringkas dan mudah. Setiap laci mempunyai dua ruangan di dalamnya. Jumlah kesemua laci adalah 5 biji. Jadi, Rambozzi® akan dapat 10 ruangan untuk diletakkan pelbagai jenis skru nanti.


Ok. Bermula dari proses di atas ke proses² yang seterusnya, Rambozzi® akan menghadapi sedikit masalah untuk menerangkan dalam bahasa dan istilah yang tepat. Tapi, Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk menerangkannya.

Setiap laci akan dimasukkan ke dalam rak, di mana di bahagian dalam rak akan diskrukan beberapa batang kayu yang akan berfungsi sebagai "alas" atau dorang panggil 'drawer cradle'. 'Drawer cradle' ini akan berfungsi sebagai tempat untuk diletakkan laci² tadi. Ia juga berfungsi sebagai pembahagi untuk menjarakkan setiap laci.

Kayu yang bertanda anak panah di dalam gambar di atas adalah kayu untuk 'drawer cradle'. Hmmm... payahnya la nak cari perkataan. Ok, ok, sorry...I try my best ok...hehehehe


Kemudian, (ok ini agak penting sebab ini adalah "rahsia besar" dan juga teknik untuk mendapatkan ketepatan jarak dengan mudah) Rambozzi® susunkan kesemua laci yang diletakkan 'drawer cradle' tadi (anak panah berwarna kuning) di antara setiap laci. Rambozzi® juga susunkan 2 lagi batang kayu (anak panah berwarna merah) yang akan dijadikan rangka utama projek ini.

Dari situ, Rambozzi® boleh ukur dan dapatkan ukurannya (anak panah berwarna biru). Ukuran itu adalah untuk tinggi rangka ini.


Kemudian Rambozzi® potong kayu² mengikut ukuran tadi tapi Rambozzi® lebihkan sedikit sahaja lebih kurang 1 hun supaya ada ruangan untuk mengelakkan laci² itu bergesel dengan 'drawer cradle', tadi. Kayu yang bertanda anak panah merah di dalam gambar di atas adalah lebih panjang sedikit sahaja dari jarak ukuran anak panah berwarna biru itu.


Rambozzi® lakukan perkara yang sama untuk bahagian² kayu rangka utama untuk dimasukkan laci² itu nanti. Hanya susunkan kayu, dan dapatkan jaraknya. Itu adalah ukuran untuk lebar rak ini.


Dan potong kayu mengikut ukuran tadi dengan memastikan panjang kayu adalah lebih sedikit sahaja lebih kurang 1 hun juga. Ini bertujuan untuk memastikan laci² dapat disorong keluar masuk dengan lancar tanpa bergesel dengan rangka rak.


Kayu² yang telah dipotong tadi dicantumkan menjadi rangka² seperti di dalam gambar di atas.


Kemudian cantumkan kesemua bahagian rangka tadi menjadi rangka utama untuk rak ini. Semuanya hanyalah proses penyambungan kayu ke kayu yang ringkas menggunakan teknik 'pocket hole joinery'.


Kemudian, Rambozzi® letakkan laci yang pertama di bahagian bawah sekali rak. Rambozzi® letakkan pula kayu untuk 'drawer cradle' tadi di atasnya. Rambozzi® letakkan juga 2 keping kertas pasir di antara laci dan 'drawer cradle'. 2 keping kertas pasir itu sebenarnya berfungsi sebagai "penjarak" atau 'shim' atau 'spacer' untuk memberikan sedikit ruang supaya laci mudah disorong keluar dan masuk dan juga untuk mengelakkan laci bergesel dengan 'drawer cradle'. Cukup ringkas. Hmmmmm..... Rambozzi® rasa, Rambozzi® dah cuba sebaik mungkin memberikan penerangan yang terbaik untuk kesemua operasi di atas. Susah tau nak cari perkataan yang sesuai. Menulis lagi susah dari buat 'woodworking' nie heh heh heh heh...


'Drawer² cradle' tadi Rambozzi® gam dan skrukan ke rangka rak ini. Manakala 'clamp'² yang "berselirat" itu pula sebenarnya adalah untuk mengapit beberapa lagi batang kayu yang akan berfungsi seperti gambar seterusnya.


Ok, kayu² yang bertanda anak panah itu sebenarnya berfungsi sebagai "laluan" atau 'track' atau "pagar" (aduh...apa la perkataan yang sesuai ye...) yang akan memudahkan laci disorong keluar dan masuk tanpa "tergelecoh" dari laluannya. Korang tau "tergelecoh" tu apa? "Tergelecoh" tu istilah orang kampung Rambozzi® yang biasanya digunakan untuk keadaan seperti berikut:-

"...ketika sedang syok berjalan melenggang-lenggok sambil menggayakan kasut Carlo Rino yang baru dibeli tadi, kaki Cik Ta telah "tergelecoh" kerana terpijak seekor siput babi lalu Cik Ta jatuh "terjelepok" ke dalam parit yang tiba² sahaja wujud di kawasan itu hahahahahahaha...."


Kemudian, Rambozzi® tampalkan 'plywood' terpakai ke sekeliling rak ini untuk "menutupi tubuhnya". 'Plywood'² itu Rambozzi® gam dan "tembak" dengan menggunakan 'staple/nail gun'.


Proses seterusnya, Rambozzi® nak tampalkan pula 'wood veneer' ke atas 'plywood' tadi. Proses ini sama seperti yang pernah Rambozzi® tuliskan dalam 'post' Rambozzi® Drill Press Station sebelum ini.


Ok, siap proses menampal 'wood veneer' ke atas 'plywood' tadi. Setakat proses di atas, Rambozzi® dah dapat merasakan keseronokan, kegembiraan, kemanisan membuat Rambozzi® Screw Cabinet ini. Projek ini ringkas dan mudah - tapi tidak terlalu mudah sebab ada beberapa proses yang perlu dibuat dengan teliti dan penuh hati². 

Dapat dilihat dengan jelas di dalam gambar di atas, kesan sambungan 'wood veneer' itu kerana 'wood veneer' yang Rambozzi® miliki tidak cukup lebar untuk menutupi keseluruhan ruang pada rak nie. Tukang @ 'woodworker' yang berpengalaman dan hebat boleh menampal atau menyambung 'wood veneer' dengan sangat kemas tanpa dapat dilihat sebarang kesan sambungannya. Itu satu kerja yang sangat teliti sebab 'wood veneer' yang digunakan perlu dipilih bahagian² uratnya yang sama supaya tidak nampak kesan sambungan seperti yang Rambozzi® buat kat atas tu. Tapi untuk tahap amatur Rambozzi® nie, Rambozzi® rasa ini dah cukup OK dan cun.

Rambozzi® pasangkan juga 4 biji roda atau 'caster' di bahagian bawah rak ini sebab rak ini agak berat bila dimasukkan 5 biji laci tadi. Dan bila sudah dimasukkan skru ke dalam laci² itu, boleh dibayangkan betapa beratnya rak nie nak dialih²kan kalau tiada roda² itu.


Seterusnya Rambozzi® tampalkan 'wood veneer' ke bahagian² lain untuk menutup permukaan kayu yang kelihatan.


Untuk bahagian atas rak ini, Rambozzi® hanya gunakan sekeping 'chipboard' terpakai yang Rambozzi® jumpa kat mana ntah hahahaha... Rambozzi® tebuk terlebih dahulu lubang² 'pilot hole' dan 'countersink'kan ia supaya kepala skru yang akan diskrukan nanti 'flush' dengan permukaan 'chipboard' itu.


Kemudian Rambozzi® skrukan 'chipboard' itu ke rak dan tampal lubang² skru dengan 'wood filler'. Tujuan Rambozzi® adalah supaya permukaan 'chipboard' ini rata dan licin untuk ditampal pula 'wood veneer' nanti. Di sekeliling 'chipboard' ini juga akan ditampal 'wood veneer'.


Ok. Projek Rambozzi® Screw Cabinet ini siap sepenuhnya! Heh heh heh heh...


Ok, kesemua laci Rambozzi® pasangkan 'drawer handle'. Keseluruhan bahagian yang ditampal 'wood veneer' Rambozzi® sapukan beberapa lapisan 'tung oil' untuk mengilatkannya sedikit dan juga sebagai lapisan perlindungan. Tiada kemasan lain untuk rak ini. Rambozzi®  suka lihat warnanya yang 'natural'. Lagipun, rak ini hanya untuk simpan skru je hehehehehehe....


Sekarang, bolehlah Rambozzi® masukkan skru² mengikut jenis dan saiz masing² ke ruangan² di dalam laci² nie.


Aduh! Rambozzi® rasa sayang sangat la pulak dengan rak nie! Rak macam nie sepatutnya bukan untuk disimpan skru! Sepatutnya diletakkan di ruang tamu, boleh simpan pelbagai barangan, telefon ke, kunci, ahhh macam² la... 


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes