- Rambozzi® RamboJig®



"Anda kecewa kerana terpaksa mengulangi proses² di atas sehingga tangan anda terasa kebas atau kadang² jari anda terkepit di celah² 'face clamp' itu? Anda rasa bengang dan penat? Anda juga berasa lapar? Rambozzi® RamboJig® adalah penyelesaiannya!"

Heh heh heh heh dah macam iklan "terlajak paris" pulak kan...

Ok, KREG® Jig Mini adalah model KREG® Jig yang paling asas, paling ringkas, paling kecil dan mudah digunakan. Walaubagaimanapun, ia masih lagi melaksanakan tugasnya menebuk lubang² 'pocket hole' dengan sangat berkesan, sama seperti model² KREG® Jig yang lain. KREG® Jig Mini hanya perlu di'clamp'kan ke kayu yang hendak ditebuk 'pocket hole' dan tebuk sahaja. Tapi apa yang Rambozzi® nak kongsikan di sini adalah satu cara yang banyak dibuat oleh 'woodworker' yang memiliki KREG® Jig Mini di seluruh dunia. Rambozzi® nak kongsikan cara untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi proses menebuk 'pocket hole' menggunakan KREG® Jig Mini ini. Ok, tanpa membuang masa, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® RamboJig®.


Ok, kayu² dan alat-alatan di atas adalah bahan² yang diperlukan untuk projek ini. Rambozzi® gunakan kayu² terpakai lebihan dari projek² Rambozzi® sebelum ini. Rambozzi® juga membeli 'toggle clamp' tersebut untuk projek ini. Projek ini sangat ringkas dan mudah. Tidak ada sebarang 'settings' atau teknik yang susah untuk diikuti.

Mula² sekali, Rambozzi® tebuk beberapa lubang 'pocket hole' pada kayu untuk membuat 'jig' ini.


Kemudian, Rambozzi® skrukan 'toggle clamp' ke atas kayu seperti di dalam gambar di atas. Rambozzi® gam dan skrukan sekeping kayu terpakai ke atas kayu panjang di atas untuk "meninggikan" sedikit kedudukan 'toggle clamp' dari tapak kayu itu.


Kemudian Rambozzi® ukur dan tandakan jarak yang sesuai untuk diskrukan pula kayu penahan yang akan berfungsi untuk menahan KREG® Jig Mini dan kayu yang akan ditebuk 'pocket hole' nanti. Oh, lupa Rambozzi® nak maklumkan tadi, 'jig' yang Rambozzi® nak buat ini adalah khusus untuk kayu bersaiz 1x1 dan 1x2 sahaja. Tebal kayu yang sesuai untuk 'jig' ini adalah antara 3/4" dan 7/8" atau paling tebal pun 1 inci sahaja. Sebab itu jarak 'toggle clamp' dengan KREG® Jig Mini agak dekat. Kalau untuk kayu yang lebih lebar, kayu penahan yang berlabel 'A' itu perlu diskrukan ke belakang lagi. Jarak juga perlu ditentukan dengan mengambil kira berapa jauh 'clamp pad' (anak panah berwarna merah) pada 'toggle clamp' boleh dilaraskan. 'Clamp pad' itu sebenarnya adalah plastik terpakai Rambozzi® yang pasangkan ke hujung 'clamp' kerana tapak asalnya agak kecil.


Bila sudah mendapat jarak dan 'setting' yang sesuai, barulah kayu penahan itu digam dan diskrukan ke tapak 'jig' ini. Kayu penahan yang digunakan mestilah cukup kuat untuk menampung beban tolakan dari 'toggle clamp' nanti. Ketinggiannya juga (anak panah berwarna merah) perlu diambil kira untuk mengelakkannya dari menutup lubang 'wood chip relief hole' pada KREG® Jig Mini pula nanti.



Kemudian, OK ini agak penting juga hehehe... Rambozzi® gam dan skrukan pula 2 lagi batang kayu di sebelah kiri dan kanan KREG® Jig Mini itu. 2 batang kayu itu diskrukan agak rapat dan "menghimpit" KREG® Jig Mini itu. Tujuan Rambozzi®  adalah untuk memastikan bahawa KREG® Jig Mini itu "terkepit" di tengah² 2 kayu itu dan itu adalah satu "mekanisme" yang membolehkan KREG® Jig Mini itu tidak bergerak² tanpa perlu diapit dengan menggunakan 'clamp' atau apa² cara lain. Itu cara yang sangat ringkas tapi ya, ia berfungsi dengan baik.

Rambozzi® skrukan juga 'dust collection port' di bahagian belakang 'jig' ini untuk menyedut habuk hasil dari tebukan lubang² 'pocket hole' nanti. Boleh je kalau tak nak pakai 'vacuum' ketika kita menebuk 'pocket hole'. Tapi KREG® menambah 'dust collection port' pada model²nya pun ada tujuan yang lebih penting dari sekadar nak menyedut habuk sahaja. Ok, macam nie...

Bila kita menebuk lubang² 'pocket hole', habuk² kayu yang tidak disedut keluar akan melambatkan 'step drill bit' melaksanakan tugasnya. Bila lambat 'step drill bit' melaksanakan tugasnya, mata 'step drill bit' itu sendiri mudah haus dan cepat pula tumpul. Bro, 'step drill bit' tu mahal dan takde jual kat mana² 'hardware' biasa kat Malaysia nie, BRO!


Haaa....sebab tu Rambozzi® tambahkan 'dust collection port' tu.


'Dust collection port' yang Rambozzi® gunakan di atas adalah jenis 'swiveling dust collection port' yang "jumpa" kat rumah heh heh heh. Ia agak 'special' sebab ia boleh "toleh" kiri dan kanan - macam KREG® punya juga la kan heh heh heh heh heh.....


Rambozzi® gunakan 'washing machine hose' sebab hos jenis ini agak lembut dan boleh "disumbat" ke mana² 'port' walaupun yang tidak sesuai dengan saiznya.


Ok, ini satu lagi 'feature' yang agak istimewa yang Rambozzi® tambahkan pada 'jig' ini. Skru yang bertanda anak panah itu sebenarnya berfungsi untuk meninggi atau merendahkan KREG® Jig Mini pada 'jig' ini. Lagi tebal kayu yang digunakan, lagi tinggi skru itu perlu dinaikkan. Cukup ringkas. Rambozzi® tandakan juga pada kayu penahan itu aras yang sesuai untuk kayu 1x1 sahaja (lihat anak panah). Kalau guna kayu yang lebih tebal atau nipis, hanya perlu putarkan sahaja skru itu.


Dengan menggunakan 'screwdriver', skru itu boleh dilaraskan agar sesuai dengan ketebalan kayu yang hendak ditebuk 'pocket hole'. 'Woodworker' yang biasa menggunakan KREG® Jig akan tahu fungsi ini.



Ok, bila dah disetkan skru tadi mengikut ketebalan kayu, hanya letakkan KREG® Jig Mini di tempatnya dan 2 kayu itu akan mengapitnya dengan kemas.


Asalnya Rambozzi® nak potong lebihan kayu pada 'jig' ini. Mungkin dipotong ke paras yang bertanda garisan merah itu.


Tapi tak jadi sebab panjang kayu itu secara kebetulan pula lebih kurang sama dengan saiz atau jarak papan pada 'workbench' milik Rambozzi® nie. Jadi, 'jig' ini boleh di'clamp'kan terus pada 'workbench' ini dengan menggunakan 'clamp' yang tersedia padanya.



Sekarang Rambozzi® RamboJig® ini sudah sedia untuk digunakan.


Rambozzi® sambungkan 'hose' ke 'dust collection port' pada 'jig' ini. Letakkan kayu yang hendak ditebuk 'pocket hole' dan 'clamp'kan ia.


Hidupkan 'vacuum' dan tebuk lubang 'pocket hole'.


Dan siap! Ya. 'Jig' ini berjaya dan boleh digunakan! Hahahahaha! Satu 'jig' yang cukup ringkas tapi sangat membantu dan memudahkan kerja² menebuk 'pocket hole'. Aduh....sepatutnya dah lama Rambozzi® buat 'jig' nie.....

Ok, KREG® Jig Mini nie kalau setakat nak tebuk lubang 'pocket hole' pada 2-3 batang kayu atau 10 batang pun ok lagi. Tapi bila dah terlalu banyak kayu yang nak ditebuk, masa tu kita akan terasa 'nikmatnya' tu heh heh heh. Sebab tu Rambozzi® buat Rambozzi® RamboJig® nie. Dan Rambozzi® rasa, Rambozzi® akan buat lebih banyak lagi 'jig' yang pastinya boleh membantu Rambozzi® membuat kerja² kayu nie dengan lebih cepat dan berkesan. Tunggu masa je...


3 Comments

  1. Intronye dah mcm iklan smartshop, inline toggle clamp tu beli dkt mana, byk aplikasi boleh guna tu... Screw feature tu mmg bijok, nak botak gak pikir cmne nak set high jig utk tebal kayu berbeza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toggle clamp tu ada jual kat Klang..nama company JS Clamp..dan ada website blh order online.
      Yang sebenarnya, screw feature utk set pada ketebalan kayu yang berbeza agak susah untuk diterangkan hehehehehe...
      Takpe, kalau dah ada pembaca yg nak botak sbb cuba pikir bab nie, Rambozzi akan cuba yang terbaik lagi, Rambozzi akan update post nie dan cuba fokus pada penerangan yang lebih jelas untuk feature tu.. Apa² pun terima kasih sbb sudi baca blog Rambozzi.

      Delete
  2. saya seorang guru yg br berjinak2 dlm woodworking sebagai hobi...good info...tq

    ReplyDelete