Sebenarnya, projek
Rak Buku Kak Dilah nie datang serentak dengan projek
Rak Alatan Jahitan Kak Dilah. Senang citernye,
Kak Dilah tempah dua rak nie daripada
Rambozzi® serentak. Dan ini juga bermakna bahawa hasil kerja tangan
Rambozzi® memang "ok" dan boleh digunapakai la kot...
Rambozzi® tak boleh nak nilai sendiri hasil kerja tangan Rambozzi®, tapi bila ada pelanggan Rambozzi® seperti Kak Dilah nie yang sanggup dan berani nak tempah projek yang besar dan lebih dari satu daripada Rambozzi®, Rambozzi® rasa hasil kerja tangan Rambozzi® sudah memberi kesan kepada beberapa orang insan kat dunia nie.. Heh heh heh wah lain macam sekali penulisan Rambozzi® kali nie hahahahahaha....
Rambozzi® akui, dua projek rak daripada
Kak Dilah nie agak memberi tekanan kepada
Rambozzi® sebab teknik dan kemahiran
Rambozzi® sangat jauh lagi daripada nak menjadi seorang tukang kayu atau tukang perabot yang sebenar. Dan dua projek rak
Kak Dilah nie juga sebenarnya adalah projek yang paling banyak memberi masalah kepada
Rambozzi®. Banyak yang
Rambozzi® tak puas hati tapi projek nie masih jauh lagi dari nak sampai ke tahap "siap". Jadi
Rambozzi® kena kemaskan dan perhalusi lagi mana² bahagian yang
Rambozzi® tak puas hati.
"Bila orang yang sama, nak tempah perabot lagi daripada Rambozzi®, maknanya dia percaya dan suka akan hasil kerja tangan Rambozzi®. Itu yang menambahkan tekanan lagi tu..."
Rak Buku Kak Dilah nie agak besar saiznya.
3 kaki panjang 3 kaki tinggi. Boleh tahan besar la bagi
Rambozzi®. Itu ukuran yang
Kak Dilah bagi pada
Rambozzi®, termasuk
designnya sekali. Rak buku memang kena dibuat kuat, kukuh dan stabil. Kalau rak buku yang dibuat menggunakan
chipboard, lama-kelamaan rak buku tu akan membengkok di tengah²nya dan akhir sekali runtuh. Sebab bebanan buku² tu la. Jadi
Rambozzi® nak gunakan 100% kayu untuk projek nie. (tapi nama dan jenis kayu pun
Rambozzi® tak tahu lagi nie...hehe)
Disebabkan terlalu tertekan, kali nie tak banyak gambar proses kerja yang
Rambozzi® ambil.
Rambozzi® lebih fokus kepada kerja daripada gambar untuk projek nie. Dan gambar di atas adalah rangka utama untuk rak buku nie. Bila dah ada rangka nie baru
Rambozzi® boleh tentukan saiz ukuran untuk setiap tingkat rak nie. Semua teknik yang
Rambozzi® gunakan adalah teknik asas yang mudah dan
tak advance langsung la senang citer. Cuma gam dan skru je.
Tali dalam gambar tu sebenarnya tali pengikat yang selalu digunakan oleh
driver² lori untuk mengikat barang² kat atas lori dorang. Tapi boleh jugak dijadikan
clamp khususnya untuk projek yang besar macam nie. Tarikannya memang kuat giler la...
Untuk bahagian rak projek nie,
Rambozzi® cantumkan beberapa kepingan kayu menggunakan teknik
pocket hole joinery, lagi...Hehehehehe jadi banyak la
pocket hole nak kena tebuk nie...
Ok, dah siap tebuk
pocket hole untuk semua kayu² untuk bahagian rak. Sekarang kena cantumkan pulak.
Ok, gambar di atas adalah proses mencantumkan kayu² tu menjadi sekeping papan untuk dijadikan rak. Banyak
pocket hole kan? Hahahaha! Sebenarnya, kalau mengikut
KREG®, tak perlu banyak macam tu. Boleh dijarakkan lagi, tak perlu rapat² macam tu. Tapi
Rambozzi® tak yakin dengan teknik
Rambozzi®, jadi
Rambozzi® ambil jalan selamat. Banyak la skru yang kena guna...
Dan mengikut
KREG® lagi,
bar clamps yang dua bijik tu tak perlu sebenarnya untuk teknik cantuman
"edge to edge" macam ni. Sebab
KREG® kata,
pocket hole dorang tu dah cukup kuat untuk menarik antara satu kayu ke satu kayu yang lain dengan kemas dan kukuh. Tambah lagi bila guna sekali gam kayu. Tapi
Rambozzi® tetap ambil jalan selamat..
Face clamp dalam gambar tu pula
Rambozzi® gunakan untuk
"flush" antara dua keping kayu supaya sekata dan tak turun naik. Dan
Rambozzi® alas
face clamp tu dengan kayu terbuang untuk mengelakkan permukaan kayu tu ada kesan
clamp pulak nanti.
Dan ini hasilnya bila kayu² tu dah melekat antara satu sama lain. Satu benda yang
Rambozzi® belajar sebelum buat projek nie, kalau guna gam kayu untuk mencantumkan kayu, lap cepat² lebihan atau lelehan gam yang keluar dengan kain basah, sebab bila gam tu dah kering, memang payah giler nak buang kesan gam tu!
Ok, dah siap 4 rak untuk rak buku nie. Seterusnya
Rambozzi® kena
"sanding" dulu siap² setiap satu rak tu sebelum pasang ke rangka utama rak. Setakat peringkat nie,
Rambozzi® rasa agak tertekan sebab
Rambozzi® tak nampak lagi kecantikan dan kekemasan rak nie. Apa akan jadi pun tak tahu lagi nie...
Seterusnya,
Rambozzi® nak kemaskan dan haluskan mana² bahagian yang patut dan teruskan ke proses mengecat rak nie..
Rambozzi® harap hasilnya akan memuaskan hati sebab setakat nie
Rambozzi® rasa tak puas hati jugak nie...
Ok, siap
Rak Buku Kak Dilah! Kesemua bahagian rak dah dicat. Setiap satu tingkat rak tu
Rambozzi® cat dulu siap² sebelum dipasang ke rangka rak. Termasuk juga
plywood di bahagian belakang rak tu.
Rak dari pandangan atas.
Rak dari pandangan sisi.
Secara keseluruhan, rak buku nie adalah
SANGAT CANTIK! Walaupun pada asalnya
Rambozzi® dah rasa "goyang" sebab
Rambozzi® ingat projek nie akan gagal. Pada
Rambozzi®, hasil cat rak nie adalah yang terbaik dari
Rambozzi® setakat ini.
Rambozzi® rasa skil mengecat
Rambozzi® dah semakin meningkat maju, heh heh heh....
Ok, selesai dua projek dari
Kak Dilah nie iaitu,
Rak Alatan Jahitan Kak Dilah dan
Rak Buku Kak Dilah.
Rambozzi® harap kedua² rak nie memuaskan hati
Kak Dilah dan menepati keperluan
Kak Dilah.
--------------------------------------------------
Gambar di atas adalah
Rak Buku Kak Dilah di tempat kejadian (rumah
Kak Dilah) heh heh heh...
Rambozzi® rasa bangga dapat melihat gambar hasil kerja
Rambozzi® nie...