Sebenarnya kayu cornice ini boleh dibeli sahaja di kedai. Terdapat pelbagai bentuk profil & saiz yang boleh kita gunakan di dalam projek² kayu kita.
Tetapi kebelakangan ini Rambozzi banyak membuat kajian tentang elemen² di dalam sesebuah kabinet kayu.
Antaranya adalah cornice inilah.
Ada banyak nama untuk penyeri kabinet kayu ini, antaranya adalah cornice, crown moulding, moulding & macam² lagi.
Cornice ini boleh dibuat sendiri sahaja dengan menggunakan mesin router & pelbagai pilihan profil router bit.
Yang di dalam gambar di atas itu adalah profil jenis roman ogee.
Kita hanya perlu mesin pada bahagian tepi papan, potong ke sudut 45° & cantumkan. Itu sahaja.
Ok! Sebelum Rambozzi perlu jelaskan. Profil seperti itu boleh kitagunakan pada bingkai gambar @ cornice untuk kabinet.
Untuk entry kali ini Rambozzi akan fokuskan kepada penggunaannya untuk kabinet kayu sahaja.
Entry kali ini juga adalah kesinambungan kepada 2 entry @ projek sebelum ini.
Boleh klik link di bawah untuk mengikuti 2 entry terdahulu:-
Pelbagai bentuk profil boleh kita dapat dari pelbagai profil router bit.
2 cornice di atas terhasil dari round-over router bit.
Round-over router bit itu boleh datang dengan pelbagai saiz juga, jadi hasilnya tidak sama, walaupun nampak macam sama.
Kadar radiusnya tidak sama.
Cornice juga boleh dibentuk dengan menggunakan ketam tangan jenis moulding plane.
Dengan menggunakan ketam tangan jenis hollow moulding plane seperti di atas, hasilnya akan bergantung kepada saiz ketam itu & bentuk profilnya.
Yang di sebelah ketam itu adalah hasil potongannya, manakala yang 2 di tepinya pula adalah hasil dari 2 saiz round-over router bit.
Banyak perbezaannya, jika diperhatikan dengan teliti.
Dengan menggunakan round-over router bit yang sama kita boleh mendapatkan profil yang berlainan, seperti di atas.
Jika dibenam lebih dalam, profil itu akan memiliki satu bentuk separuh bulat di tengah²nya & 2 dinding atas & bawah.
Sebenarnya bahagian² ada namanya yang tersendiri. Rambozzi dah lupa & Rambozzi tidak mahu pergi kepada nama² itu kali ini.
Rambozzi hanya nak menulis tentang perkara asas sahaja, sesuai dengan tahap Rambozzi yang masih pada peringkat asas ini.
Router bit di atas pula adalah jenis cove router bit.
Gambar di atas pula adalah hasil dari 2 jenis ketam tangan yang berlawanan bentuk profilnya.
Cornice untuk kabinet boleh kita buat dalam apa jua saiz & profil.
Profil itu pula boleh kita bentuk dari lebih dari 1 bentuk profil.
Saiz setiap profil yang disusun itu juga boleh dibuat dari pelbagai ketebalan berbeza.
Di sini, kreativiti & kebebasan adalah kuncinya.
Ini adalah satu bentuk study yang cuba Rambozzi dalami, dalam bab cabinet cornice & cove & ovolo mouldings.
Cornice boleh dibuat dengan menggunakan mesin router @ ketam tangan jenis moulding plane.
Satu masalah yang dikongsikan bersama oleh kedua² peralatan ini adalah saiz profil pada sama ada router bit @ mata ketam tangan itu.
Terdapat terlalu banyak saiz yang perlu dibeli untuk disesuaikan dengan saiz kayu yang digunakan.
Saiz profil akan bergantung kepada saiz yang digunakan, yang bergantung pula kepada saiz kabinet yang akan dibina.
Elemen the right proportion hanya boleh mampu Rambozzi tulis sahaja di sini, kali ini.
Ini adalah sesuatu di luar kemahiran & pengetahuan Rambozzi, tetapi adalah satu elemen yang paling Rambozzi nak dalami & mahir.
2 ketam tangan di atas adalah sepasang.
Dikatakan, untuk ketam tangan jenis moulding plane ini terdapar lebih dari 400 jenis profil.
Bayangkan, berapa banyak ketam tangan jenis ini yang perlu Rambozzi beli @ buat sendiri demi untuk mendapatkan pelbagai profil cornice sahaja.
Mungkin ada yang akan bertanya kepada Rambozzi, kenapa tidak dibeli sahaja kayu² cornice yang banyak dijual di kedai² pembekal barangan pembuatan perabot?
Rambozzi boleh & akan beli bila perlu.
Tapi Rambozzi mesti tahu & faham bagaimana cornice ini dibuat juga.
Dan memandangkan Rambozzi ini tidak mempunyai banyak projek kayu, maka Rambozzi boleh luangkan masa & hati untuk mendalaminya.
Memilih saiz & bentuk profil untuk disesuaikan dengan kabinet yang dibina adalah perkara paling susah sekali di dalam bab cornice ini, bagi Rambozzi.
Tetapi sebagai permulaan, Rambozzi rasa baik Rambozzi buat satu profil yang paling ringkas & mudah sahaja.
Cornice ringkas di atas akan Rambozzi gunakan untuk projek kabinet kecil Rambozzi sebelum ini.
Rambozzi akan gunakan yang paling ringkas sahaja, sesuai dengan Rambozzi yang serba ringkas ini juga.
With Love,
Rambozzi.