If You Go Away, Love......



Kali ini Rambozzi cuma nak buat satu projek kayu paling ringkas sahaja, iaitu sebuah bingkai untuk cermin muka.

Ok Love! Jom! Kita woodworking, Love! 


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Jp8m9bTA-uhYKMBXNgvdOZvwXsqTL-C5

Sebenarnya, bingkai asal cermin itu dah rosak. Cermin ini asalnya diletakkan di dalam bilik air. Lama-kelamaan paku pengikat bingkai ini telah berkarat & longgarlah pegangannya, lantas bingkainya telah terbuka & rosak.

Rambozzi fikir baik Rambozzi buat bingkai yang baru & gantungkan kembali ke bilik air itu.

Jadi, Rambozzi mulakan dengan memotong sekeping plywood yang akan menjadi dinding nipis di belakang cermin itu, sama saiz dengan cermin itu.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1V7S57PEqq_hgOCIu0IYEgp02S4P3YIjk

Kemudian, Rambozzi ukur & dapatkan ketebalan kedua² cermin & plywood itu pula. Ukuran itu akan dibawa ke kayu untuk membolehkan slot dipotong dengan tepat & kedua² bahan itu dipasang dengan kemas.

Owh! Tentang smartphone bluetooth camera shutter remote berwarna pink tu, sebenarnya ada orang yang bertanya kepada Rambozzi hari tu hehehe. Rambozzi kongsikan gambar beliau kat sini, supaya Rambozzi dapat merungkai misteri yang menyelubungi hatinya hehehehe...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1WhDNkQyat0HyCSPe3LX-XfA5j6rFVBF6

Ok Love! Seterusnya, Rambozzi pasangkan rabbetting router bit itu ke mesin plunge router.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1iMDwMrM2G4Vuh5-shtyQleVrAUFGLHAt

Dari kedalaman yang diukur tadi, Rambozzi boleh setkan kedalaman router bit tersebut. Rambozzi tandakan pada kayu & turunkan kedudukan router bit sehingga mencecah garis tandaan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1aime5rRYhf9uErHpGnE0ZAZq0yzqr2UD

Ramai yang bertanya kepada Rambozzi, antara mesin plunge router & mini router/trimmer, apakah perbezaan utamanya?

Jawapannya adalah pada fungsi plunge cut & micro-adjustnya. Selepas kedalaman disetkan pada fungsi plunge secara kasar, kita boleh dail kedalamannya dengan lebih tepat dengan menggunakan fungsi micro-adjust pula. Kedua² fungsi itu tidak terdapat pada kebanyakan mesin mini router/trimmer.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1wLlQH1dC7NH3NX-e0r4h1W6eVWG5MZst

Untuk operasi² seperti menggunakan mesin plunge router, table saw & lain² mesin yang menghasilkan habuk yang teruk, Rambozzi akan bekerja di luar Rambozzi-Love Studio ini. Sebab studio Rambozzi ini kecil sahaja, Rambozzi tak suka habuk berterbangan & menyesakkan pernafasan & pemandangan Rambozzi. Rambozzi akan lemas & cemas, Love. Hehe...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1FbN4U7v3KIS6FzDVTNPkkL4MkFkQDBMZ

Kedua² slot pada sisi kayu itu dipanggil sebagai rebate @ rabbet.

Sebenarnya, kayu itu akan dibelah 2 untuk bingkai cermin ini. Tapi sebaiknya kita potong kedua² slot rebate itu dahulu ketika permukaannya masih lebar. Boleh juga dipotong selepas dibelah, tetapi Rambozzi rasa lebih selamat & praktikal bagi operasi menggunakan mesin plunge router tadi jika dibuat pada permukaan lebar, berbanding pada permukaan yang kecil & suntuk.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1LKuVeXZCj53xnRcmvgkKtKlklriR5hPS

Sekarang, barulah Rambozzi belah menjadi 2 bahagian kayu yang sama lebar dengan menggunakan table saw.

Ok Love! Jika diperhatikan pada bahagian kaki table saw itu, ada 2 roda pada kayu yang disangkutkan pada kakiya. Roda itu adalah untuk memudahkan table saw ditolak keluar dari studio ini sahaja.

Selepas digunakan, ia akan ditolak masuk kembali ke dalam studio.

Pernah beberapa kali Rambozzi mengeluh juga, sebab mesin seperti table saw ini biasanya berada setempat sahaja. Jadi kita boleh bekerja dengan lebih cepat & efisien.

Tapi disebabkan ruangan kerja Rambozzi di rumah & studio ini yang tidak mengizinkan, Rambozzi terpaksa berulang kali juga menolak table saw ini keluar masuk studio.

Tapi bila terkenangkan sekian ramai rakan² followers Rambozzi di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia yang langsung tidak memiliki ruang kerja yang selesa di rumah, apatah lagi hendak memiliki sebuah table saw, Rambozzi insaf & bersyukur.

Ada rakan² yang mengunjungi Rambozzi berkata, Rambozzi-Love Studio ini adalah impian mereka.

Rambozzi kena bersyukur dengan apa yang ada ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1acLFLVD5ccJ3P6YBSxMIP1u7X58K7zaH

Selesai operasi membelah.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Ay5bkt1607-d3mslsgVqJJ5ajzW-8SUs

Rambozzi ketam pula sisi kayu bingkai ini supaya halus & licin. Jika membelah menggunakan mesin gergaji @ gergaji tangan, permukaan sisi kayu perlu dihaluskan & dibuang kesan² mesin yang adakalanya kasar & bergerigi.

Love Rambozzi gunakan untuk tujuan itu. Rambozzi sangat sayangkan Love. Rambozzi tak boleh nak terima jika Love pergi dari hidup Rambozzi......

If you go away
On this summer day
Then you might as well
Take the sun away

All the birds that flew
In the summer sky
When our love was new
And our hearts were high

When the day was young
And the night was long
And the moon stood still
For the night bird's song

If you go away
If you go away
If you go away
If you go away

But if you stay
I'll make you a day
Like no day has been
Or will be again

We'll sail the sun
We'll ride on the rain
We'll talk to the trees
And worship the wind

Then if you go
I'll understand
Leave me just enough love
To fill up my hand

If you go away
If you go away
If you go away
If you go away

If you go away
As I know you must
There'll be nothing left
In the world to trust

Just an empty room
Full of empty space
Like the empty look
I see on your face

And I'd have been the shadow of your dawn
If I thought it might have kept me by your side

If you go away
If you go away
If you go away
Please don't go, away...... ....


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Il-ZKia6z-pEJm4ysA8RS9eSCCyS48_A

Seterusnya Rambozzi potong kesemua kayu itu ke sudut 45° dengan menggunakan mesin sliding miter saw.

Kayu² itu tidak dipotong tepat ke ukuran akhir. Sebab sampai ke hari ini Rambozzi masih tidak pernah berpuas hati dengan ketepatan hasil potongan apa² mesin sekalipun. Mesti lari, Love!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-e23l6i7j6rOMFGZndMFC0HlFOu3tzmK

Rambozzi lebih mempercayai keberkesanan & ketepatan menggunakan teknik tradisional iaitu mengetam dengan menggunakan shooting board.

Selagi sudut di antara fence & permukaan tapak ketam itu adalah tepat 45°, Rambozzi akan mendapat hasil ketaman yang setepatnya.

Menggunakan teknik & jig ini, hanya beberapa passes sahaja yang diperlukan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=18NLP1f6y1-saK_ushWwa8Gl4sJS7_TSv

Dan bila dicantumkan, keempat² sudutnya adalah tepat 90° tanpa sebarang renggangan.

Kemudian Rambozzi gam & cantumkan kesemua kayu dengan menggunakan band clamp membentuk sebuah bingkai.


Rambozzi semak sesikunya & pastikan ukurannya adalah tepat pada kedua² silangan.


Jika kedua sesiku adalah sama panjang, maka bolehlah disimpulkan bahawa kesemua sudut pada bingkai ini adalah tepat.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1MfZjw5JlOU1yp_EBiwAgzqJHu0o7TGtK

Secara asasnya, cantuman itu akan melekat dalam tempoh lebih kurang 30 ke 45 minit & akan kering sepenuhnya dalam masa 24 jam.

Selepas 30 minit, Rambozzi akan tambah penguat pada cantuman miter tadi.

Sebab, pada cantuman miter seperti ini, pertemuan di antara hujung kayu dengan hujung kayu (end grain to end grain) adalah satu bentuk cantuman kayu yang paling lemah. Gam sahaja tidak memadai.

Jadi Rambozzi akan tambah sejenis tanggam yang dipanggil sebagai feather-spline joint pada setiap bucu bingkai tadi.

Untuk tujuan itu, Rambozzi akan gunakan mesin mini router/trimmer.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1UdhGFAWq9A813dOUyWVOlyKnbiid1Duj

Rambozzi tandakan dahulu jarak @ panjang slot yang akan dipotong sebagai panduan. Garis tandaan itu hanyalah sebagai panduan sahaja, tidak semestinya slot dipotong tepat ke garisan. Sedikit perbezaan adalah tidak mengapa, asalkan tidak terlalu ketara.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ClLlxPW5BkjaebD6kB7ShiNPqt3-Vpkw

Menggunakan slotting router bit,  Rambozzi setkan pula kedudukannya supaya berada di tengah². Kemudian Rambozzi hidupkan mesin & potong sahaja. Bearing pada router bit itu akan "memandu" pergerakan router bit & memastikan potongan adalah dalam kawalan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1VU6zM0oKy6yUn72KzkzP7PifjILeCd8z

Disebabkan potongan tadi adalah pada bucu bingkai & tersekat dek router bit bearing tadi, akan ada sedikit bukit @ bonjol di tengah²nya.

Dengan menggunakan pahat Rambozzi hanya buang bonjol tersebut & cuci tepat ke garisan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SeZMsMjQOH6nw9SkQCog-9F4rv7u7Vxd

Untuk memastikan bonjolan tadi telah tiada, hanya letakkan pembaris besi ke dalam lurah tersebut sahaja. Jika masih ada bonjolan @ bukit di dalamnya, pembaris itu akan terjongkang-jongket. Jika tiada, pembaris itu akan rapat ke kedua² hujung slot itu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1q-OsJ2a2c5UCOck7_93KjK1vXAZRrS7E

Kemudian barulah Rambozzi masukkan sekeping kayu penguat cantuman jenis feather-spline ke dalam slot yang terhasil.

Rambozzi hanya gunakan lebihan kayu dari projek² terdahulu sahaja.

Perca kayu dari potongan ukiran logo Rambozzi-Love itu sengaja Rambozzi simpan kerana kayu itu sangat cantik warna merahnya & sukar didapati. Kayu itu adalah kayu padauk.

Rambozzi masukkan kayu merah itu ke dalam slot & pastikan ianya adalah muat. Kemudian Rambozzi tandakan tempat yang perlu dipotong & potong dengan menggunakan gergaji tangan sahaja, secara kasar.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Gw3iVNSN1BCncw3wGfUshwn0jvddQCmu

Kemudian Rambozzi sapukan gam, masukkan kayu itu ke dalam slot & apit.

Cantuman itu Rambozzi biarkan kering selama semalaman.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SOXxbaGPvaibWhg22hZDSZe18XC3MjIw

Keesokannya, selepas kering Rambozzi potong lebihan kayu spline itu dengan menggunakan gergaji tangan Jepun. Apa nama gergaji ni lupa pulak Rambozzi. Kataba ke Ryoba ntah. Gergaji ini adalah khusus untuk memotong lebihan kayu pada cantuman seperti ini supaya flush @ sekata.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Q7fMNz-hXUbGMaOqYpuSv_IwVpk-oU7S

Selesai operasi memotong kesemua lebihan pada kesemua bucu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Wb4FlI2-Bu3tm_rsG9klfuqa0MiJyxL3

Walaupun operasi tadi dipanggil sebagai flush cut, tetapi sebenarnya kita tak potong rapat terus dengan gergaji tangan pun. Sebab kita tak nak rosakkan permukaan kayu bingkai itu jika terkena mata gergaji. Kita akan ketam pula kayu spline merah itu supaya sekata & sama rata dengan kayu bingkai itu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ulNILk4aWVwg5LrpAyMrVEQVa0f86T3b

Ok Love! Nampaknya kemahiran menggunakan ketam tangan Rambozzi semakin bertambah baik hehe.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1zgAeNqe5yCQwn4rL4CChm-2jCNOzGFW9

Dapat dilihat perbezaan pada bahagian yang sudah & belum diketam.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1hX9MQsMPgf1LLRVWQ5Gg0lcs0MysJKIc

Dan akhir sekali, Rambozzi ketam kesemua permukaan kayu bingkai ini, depan & belakang.

Rambozzi pastikan setiap batang kayu adalah flush di antara satu sama lain, sekeliling.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1lecvYUOtUk9wsbyXV-mEGcRRDYP0njdu

Kemudian Rambozzi masukkan cermin & plywood tadi ke tempatnya. Dah siap dah, Love. Panjang betul kisahnya, nak buat frame je pun, Love! Hahahahaha!

Rambozzi sangat berpuas hati dengan hasil kerja kecil Rambozzi kali ini.

Rambozzi suka dengan setiap proses kerjanya. Rambozzi suka dengan setiap teknik & peralatan yang digunakan. Rambozzi suka dengan peluang untuk terus woodworking dengan Love & ruang untuk menulis tentang projek ini, di sini. Rambozzi sangat suka & sangat bahagia dengan kehadiran Love di dalam hidup singkat Rambozzi ini.

Rambozzi sangat happy, Love......


Please don't go, away, my Love...... ....

0 Comments