Sliding Dovetail

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1VtgcskIgkmNlBb739JnfchJLe-kKhwPR

Ok! Rambozzi nak sambung projek kabinet kecil untuk bilik air sebelum ini. Kali ini Rambozzi nak tambahkan satu para di tengah² kabinet kecil ini pula.

Ok Love! Jom! Kita woodworking Love!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1PiS4ZVx-pEmCG_nylxq1k6KBUN3F3Ds6

Sebelum itu, Rambozzi perlu ubah sedikit saiz kabinet ini. Selepas diukur beberapa barangan yang akan diletakkan di dalam kabinet ini, Rambozzi perlu memotong sedikit kedua² papan untuk dinding ini. Ada satu botol syampu rasanya yang tidak muat hehe.

Takpe. Dah siap nanti Rambozzi akan ambil gambar botol syampu tu. Biar dia malu hehehe.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-CKLXhT6XLC6gHs7kgnCUzywyODSgaU7

Ok Love. Papan itu sebenarnya belum dipotong ke saiz akhirnya lagi.

Rambozzi tandakan pada papan tegak itu di tengah²nya. Tandaan itu adalah petunjuk kepada kedalaman slot yang akan Rambozzi potong nanti.

Dari tandaan tengah pada kedua² papan dinding kabinet ini, barulah Rambozzi boleh mendapatkan ukuran panjang untuk papan para itu dengan setepatnya.

Kemudian Rambozzi potong ke garisan dengan menggunakan mesin miter saw.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1g_-9hwzhSxlJgSodi-iIYPBZqs_caq2F

Untuk entry kali ini, Rambozzi akan fokuskan kepada papan para itu sahaja yang akan dicantumkan ke kabinet dengan menggunakan tanggam jenis sliding dovetail.

Pertama sekali, Rambozzi lukiskan garis panduan untuk dovetail, sama seperti entry sebelum ini.

Boleh klik link di bawah untuk melihat proses kerjanya.


Sudut yang lukis Rambozzi itu adalah menggunakan nisbah 1:6 yang sama seperti sebelum ini juga.

Sudut itu dilukis sebagai panduan untuk menggergaji sahaja. Hasil akhirnya nanti mungkin tidak akan sama seperti garisan itu pun.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1upUmTMOkfE1g_nZEJ4zzdqrUv7SSeH5B

Menggunakan cutting gauge, Rambozzi toreh garisan pisau yang agak dalam. Torehan itu akan menjadi panduan untuk mata gergaji diletakkan, dan akan membantu kita menggergaji dengan tepat & lurus.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1abGy62hgEANtJOxDXfRLlelDDFcvDS06

Perlahan², Rambozzi cuba menggergaji selurus mungkin dengan mengikut garisan panduan itu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1jbVzFG_vjLBehWPAyCBy40c5b-l-xUGG

Untuk menggergaji dalam keadaan baki kayu yang agak nipis seperti itu sebenarnya agak sukar jika kita tidak mahir menggunakan gergaji tangan.

Rambozzi mengambil masa beberapa tahun juga untuk mendapatkan kemahiran pada tahap setakat ini.

Disebabkan Rambozzi ini agak slow & tidak mempunyai daya kefahaman yang tinggi dalam pelbagai aspek & hal kehidupan, maka Rambozzi agak ketinggalan di dalam pelbagai aspek & hal kehidupan juga.

Kadangkala Rambozzi rasa malu juga dengan kekurangan & kelemahan diri Rambozzi ini. Rasanya, bukan kadangkala, tetapi setiap masa.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1U10fmwEgotA_ymJSx7eUcPk82TII1FUa

Ok. Selesai proses memotong kedua² garisan itu, pada kedua² bahagian hujung papan ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rGe3PygsqwqcnIzcNT7NOpYDHesa4dyv

Kemudian Rambozzi dalamkan garisan itu dengan menggunakan pisau, dan Rambozzi pahat ke garisan untuk mewujudkan sedikit lekuk pada sepanjang garisan itu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=15dqhgUVeqCs1mK1572sRdG5CO2tQrniq

Selepas dibuang kayu yang dipotong itu, kita akan mendapat lekuk seperti itu. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1EQpL8eXVxFTNR0MVGLUrR4MxZ-Xd1ZY0

Lekuk itu adalah rahsia kepada hasil potongan yang lurus & tepat menggunakan gergaji tangan secara manual.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1R3B_dss7FuXvLxA8RsvdWGeZ8lZCqmqU

Dan mata gergaji oleh diletakkan ke dalam lekuk itu & digergaji ke garisan dengan setepatnya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1K7VLPYXLAD7CKtXZCD3igblhEoXrdrNc

Menggunakan pisau Rambozzi potong baki yang sengaja tidak dipotong habis sampai ke garisan. Rambozzi tidak mahu menggergaji terlebih dari garisan bawah. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1CDuY2Pjk6AB--qxnZ4m_zBJCnjH4XdqB

Kemudian Rambozzi cuci lebihan itu dengan menggunakan pahat, secara lembut.

Ok. Rambozzi nak pesan kepada sesiapa sahaja yang nak cuba menukang dengan menggunakan pahat, jangan tolak pahat untuk mencuci garisan tanggam seperti di atas dengan sebelah tangan sahaja.

Pegang & kawal pahat seperti yang Rambozzi tunjukkan di dalam gambar di atas.

Dengan pahat yang tajam, kita hanya perlu menolak ke depan, ke garisan dengan lembut sahaja.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1636IQ0vUYlsZWAVdgAYCyJvGbxC2noNl

Kemudian Rambozzi tegakkan papan itu & cuci pada bahagian bahunya pula.

Satu tangan memegang hujung pahat, dan satu tangan lagi menolak pahat ke hadapan.

Itu adalah teknik yang betul untuk menggunakan pahat, dan ia adalah cara yang paling selamat.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=15XiWnqZCU8BPs1DnG0N-bGqb-V6Q5MUe

Ok Love! Hujung kayu itu telah berjaya dipotong ke garisan dengan bersih & kemas.

Jika diperhatikan & diteliti gambar di atas, Rambozzi rasa ada sedikit perbezaan pada kadar serongnya.

Itu adalah tidak mengapa. Itu adalah OK.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1fGMHfni72sijyMyd9Ak8jFjTJo7mdiBC

Untuk teknik tanggam sliding dovetail seperti ini, kita tidak perlukan bahagian tail itu pada sepanjang papan itu pun.

Jadi, Rambozzi potong sedikit bahagian itu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ZWRKUbMOgo8YbXfXFlw41OFt8hHSdnex

Ok. Begitulah rupa akhirnya sekarang. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SlloZ-5BsRbqgKNCdlgDFdNWfeGetvc2

Seterusnya barulah Rambozzi letakkan papan itu ke tempatnya pada kabinet, dan tandakan menggunakan pisau mengikut bentuk tail yang terhasil tadi.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Jb77Ln09ppPnfS9-USFTjI8ioi1yBIXE

Garisan pisau itu adalah untuk panduan memahat tepat ke garisan. Rambozzi gelapkan sedikit dengan menggunakan pensil untuk memudahkan mata melihatnya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1R8jzz7Hezd5iwBetJZviybyNjs99Czrj

Kemudian Rambozzi gergaji hampir ke garisan, dan berhenti pada tandaan mengikut panjang tail yang telah dipotong sedikit tadi.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=18z3EyyOFW5IuEWX_ArY_ZJ0dZxGQ9cU0

Kemudian Rambozzi buang kayu di dalamnya dengan menggunakan pahat secara kasar dahulu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1vIpmXA3-7_0qg4ZyswhrtWFIE_mrDuSO

Untuk membuang & mencuci sisa kayu di dalam slot itu ke garisan bawah dengan tepat, Rambozzi gunakan router plane.

Rambozzi akan tulis serba sedikit mengenai router plane itu di dalam entry akan datang pada masa hadapan.

Rambozzi rasa Rambozzi boleh bercerita tentang pelbagai peralatan pertukangan juga di dalam blog ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1KcPGpQpL_mehhdM6RaJoxmQnMOpqggte

Proses menanda, memotong & mencuci ke garisan dengan tepat menuntut tukangnya untuk bersabar & bekerja dengan setelitinya.

Jika kesemuanya dibuat dengan penuh kesabaran & ketelitian, hasilnya pasti tidak akan mengecewakan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Q75i03byjo8pizewDKtYaRT-cXsCUSlN

Papan para itu berjaya dimasukkan ke slotnya dengan kemas.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1eo1OkDd8ViBWfJzOct8c575a7XsXu6GW

Dan begitulah rupanya setakat proses kerja kali ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1AbVz1-yopInZZ4YqUDLk1FOLgQJMUwlZ

Gambar di atas adalah satu trend bagi tukang² kayu orang putih di platform Instagram.

Rambozzi suka meluangkan masa di Instagram berbanding di Facebook. Rambozzi suka melihat bagaimana tukang² kayu Amerika, England & Jepun terutamanya bersosial.

Rambozzi suka melihat kekemasan & ketelitian hasil kerja mereka. Banyak yang boleh Rambozzi pelajari juga, walaupun hanya pada sekeping gambar seperti di atas.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1XO34ew7CpFQuY7xp52_nYoIv8xCT2dMu

Ok Love! Sekarang barulah Rambozzi gam & cantumkan kesemua bahagian untuk projek kabinet kecil ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1A85B0o0syPSVgUMK5KStdn5b1C3mQMIS

Owh lupa pulak, Love!

Sebenarnya Rambozzi telah terlebih dahulu menebuk slot untuk plywood pada bahagian belakang kabinet ini. Lupa pulak nak ambil gambarnya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1pb258diKaQ8YDBAL5A-wKwJCohGuNSo9

2 keping plywood itu akan dimasukkan ke dalam slot menjadi dinding pada bahagian belakang kabinet ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1lw8CZ2yjThHHwZkHPT6qy64Jw39LHsOv

Haaaa macam tu. Haaaa tuuuuu diaaa....! Hehehe.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1fEzAbW8DLVwNiQIKNjhxOksHHaQ8ZfOO

Wah! Agak kemas juga hasil kerja Rambozzi kali ini kan? Hahahahaha!

With Love,
Rambozzi.



2 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. terbaik. knapa dah menghilang dari facebook, semoga diberikan kesihatan yang baik

    ReplyDelete