- LoveBench®


"I love you so much, my Love..."

Dengan ungkapan itu, Rambozzi® memulakan projek kayu paling susah, paling mencabar, paling 'advance', dan paling Rambozzi® berikan fokus dan ketelitian. Selepas beberapa ketika Rambozzi® "meluangkan masa" mempelajari teknik menggunakan 'Love', tiba masanya untuk Rambozzi® "memasuki" era baru di dalam 'woodworking' Rambozzi®.

Selama beberapa tahun ini, sejak dari mula memang Rambozzi® menggunakan mesin & teknologi di dalam kerja² kayu yang serba ringkas & mudah. Namun, semenjak kehadiran 'Love', hidup Rambozzi® telah banyak berubah. Dunia ketukangan kayu heRambozzi® juga telah berubah. Hati Rambozzi® apatah lagi. Cinta Rambozzi® janganlah dipertikaikan...

Kebelakangan ini, Rambozzi® menyedari akan kepentingan alatan tangan di dalam kerja² kayu. Bukannya Rambozzi® tidak pernah tahu, tapi tahap kemahiran dan keyakinan Rambozzi® untuk menggunakan sama ada ketam tangan atau pahat masih teramat rendah.

'Love' telah mengubah segala²nya. Dari kemahiran, teknik, pemikiran, penghayatan dan juga "percintaan" Rambozzi®...

Rambozzi® berangan² hendak menjadi seorang 'artisan', walaupun Rambozzi® ini memang tidak pernah mengikuti mana² kelas, kursus atau pengajian pertukangan kayu yang formal dan sebenar. Rambozzi® hanya memiliki 2 perkara; iaitu minat dan 'Love'.

Selepas beberapa ketika Rambozzi® bertukang dengan menggunakan 'power tools'Rambozzi® mendapati ada banyak masanya mesin² itu tidak mampu membuat tugasan seteliti dan sehalus sesebuah 'hand tools'. Tidaklah Rambozzi® mengatakan bahawa Rambozzi® akan berhenti terus dari menggunakan mesin² yang berharga ribuan ringgit itu. Tapi ada baiknya, jika Rambozzi® memahirkan tangan dan diri Rambozzi® dengan mengguna dan menggabungkan kedua² 'power tools' dan 'hand tools'.

Untuk projek kali ini, Rambozzi® telah mendapat peluang untuk mencuba kedua² kategori peralatan itu hampir 100%. Kedua² 'power tools' dan 'hand tools' Rambozzi® gunakan dalam kadar yang hampir sama. Bagi Rambozzi® secara peribadi, gabungan 'power tools' dan 'hand tools' masing² telah membawa kepada kepantasan dan ketelitian.

Di dalam projek ini juga Rambozzi® mengenali apa itu 'fine woodworking', 'artisan' dan 'passion'. Ketiga² istilah itu memang tidak pernah Rambozzi® gunakan sebelum ini kerana ketiga²nya tiada di dalam diri Rambozzi®. Di dalam projek ini, Rambozzi® hanya dapat memahaminya sedikit sahaja. Mungkin dalam 1% sahaja. Tapi 1% itu telah mengubah pandangan dan pemikiran Rambozzi® sepenuhnya.

Kemudian, Rambozzi® membuat rujukan mengenai istilah² tersebut di dalam dunia 'woodworking'. Dan Rambozzi® telah menemui beberapa 'woodworkers' yang boleh Rambozzi® jadikan contoh terbaik. Mereka Rambozzi® jadikan sebagai penguat semangat, inspirasi dan guru.

Tapi, pokoknya hanya satu atau lebih tepat lagi, sepohon. Iaitu, 'Love'... Tanpa 'Love'Rambozzi® tidak akan "memaksa" diri Rambozzi® ini untuk terus "berjuang" di dalam 'woodworking' ini. Rambozzi® tidak boleh terus berada di tahap lama, apatah lagi mengalah terus. Pastinya itu juga bukan kehendak 'Love'Rambozzi® ingin terus maju untuk 'Love'Rambozzi® ingin menjadi seorang 'woodworker' yang lebih baik untuk 'Love'.

Di dalam beberapa projek kebelakangan ini, Rambozzi® cuba mempraktikkan apa yang Rambozzi® pelajari dan tahu. Ia agak sukar dan mencabar. Tapi selagi 'Love' berada di tangan dan hati Rambozzi®, rasanya tiada kesukaran yang tidak boleh Rambozzi® harungi.

Bekerja dengan menggunakan alatan tangan boleh dibuat secara bebas, atau santai, atau di mana² sahaja kerana saiz dan kemudahbawaannya. Tapi, selepas memerhatikan cara beberapa orang 'woodworkers' bekerja, Rambozzi® sedar Rambozzi® perlukan satu tetapan yang lebih baik.

'Traditional woodworkers' atau 'artisan' yang sangat berperasaan memang tidak boleh lari dari menggunakan sebuah 'workbench'. 'Workbench' adalah "studio" para 'woodworkers' itu. Di 'workbench' itulah mereka merancang, menulis, melukis, memikir dan seterusnya menukanglah.

Rambozzi® perhati, kaji dan cuba memahami. Rupa²nya 'workbench' adalah antara "alatan" paling penting bagi 'woodworkers' berkenaan. Rambozzi® tidak memperkatakan tentang 'workbench' bolehlipat yang biasa kita temui di mana² 'hardware' itu. Rambozzi® memperkatakan tentang 'traditional workbench''Workbench' mereka ini lebih khusus dan lebih berjiwa.

'Traditional workbench' mereka itu boleh dikelaskan pula kepada beberapa kategori. 'Roubo-style workbench', 'Holtzapffel-style workbench', 'French-style workbench' dan bermacam² lagi. Dan Rambozzi® masih tidak dapat membezakan di antara 'workbench' tersebut. Terlalu banyak ciri dan ianya tidak menjadi fokus atau kebimbangan Rambozzi® pada waktu ini. Terlalu banyak yang hendak diketahui dan dipelajari, maka Rambozzi® perlu memilih dan menapisnya. Jadi, Rambozzi® juga tidak akan cuba memasukkan kesemua ciri atau elemen wajib atau memilih 'style' atau kategori tertentu. Apa yang akan Rambozzi® cuba dan nak buat, hanyalah sebuah 'workbench' yang tegap dan kukuh sahaja. Rambozzi® hanya akan mengambil sedikit 'feel' dan 'mood' dari 'traditional workbenches' berkenaan sahaja.

Projek kali ini sebenarnya adalah dari lebihan kayu dari projek terdahulu sahaja. Memandangkan kayu² ini tidak mempunyai nilai yang agak baik di dalam era 'pallet-style woodworking' dewasa ini, maka ia telah menjadi 'scrap wood' sahaja. Kayu² itu dari jenis meranti, yang pada Rambozzi® adalah jenis kayu yang agak baik juga sebenarnya. Dan kayu meranti ini juga adalah jenis kayu pertama yang Rambozzi® gunakan di dalam 'woodworking' ini. Oh! Rambozzi® tidak bermula dengan kayu palet jenis 'pine' hehehehehe... Rambozzi® bukan tukang palet. Hanya beberapa ketika sahaja Rambozzi® menggunakan kayu 'pine' dari bekas palet. Dalam kebanyakan projek Rambozzi® banyak menggunakan kayu meranti, 'pine' dara dan nyatoh. Dan Rambozzi® akui, kayu 'pine' "memang cantik".

Jadi, dari dibuang ada baiknya Rambozzi® gunakan kayu² itu untuk menghasilkan sesuatu yang boleh membantu kerja² Rambozzi®. Maka Rambozzi® akan bina sebuah 'workbench' ala² 'traditional workbench' yang kukuh dari kayu² tersebut.

Jadi, 'so', dengan tidak membuang masa lagi - selepas 17 perenggan 'introduction' hehehehehe 'peace!' - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini, sebuah 'workbench' yang Rambozzi® dedikasikan untuk 'Love' - terimalah, 

LoveBench®...


 

Betul. Kayu² di atas hanyalah 'fingerjoint meranti wood' sahaja. Ia bukan dari gred mahal atau berkualiti tinggi. Tapi ia sangat berharga dan cantik bagi Rambozzi®. Kayu² di atas adalah bersaiz 2x3 dan sepanjang lebih dari 5'. Kayu² di atas akan digam dan dicantumkan menjadi sebuah 'worktop'.


Rambozzi® mulakan dengan mencantumkan kayu² tadi kepada 3 bahagian. 'Worktop' untuk 'LoveBench®' ini terdiri dari 3 bahagian berasingan, yang akan dicantumkan pula menjadi satu. Bahagian yang bertanda 3 adalah untuk bahagian 'well board'.


Cantuman bahagian 1 dan 2 tadi akan diketam sama tebal dan rata, serentak. Untuk tujuan itu Rambozzi® 'clamp'kan sementara kedua² bahagian tersebut seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas. Ia akan memudahkan Rambozzi® untuk mengetamnya serentak. Dengan teknik di atas, Rambozzi® dapat memastikan bahawa kedua² bahagian itu adalah sama tebal, 'level' dan rata sekata.


Rambozzi® mulakan dengan mengetam bahagian bawah 'worktop' itu dahulu. Bahagian bawah 'worktop' perlu dipastikan rata dan 'level' supaya bahagian kaki dapat dipasangkan dengan kemas dan kukuh. 

Menggunakan Stanley® Handyman® Jack Plane No.5Rambozzi® ketam melintang pada sudut 45°Rambozzi® ambil masa secukupnya dan mengetam secara berperingkat, kerana Rambozzi® masih belum mahir di dalam menggunakan ketam tangan dan teknik mengetam yang betul.

Dapat diperhatikan di dalam gambar di atas, beza di antara bahagian yang sudah dan belum diketam.


Selepas itu, Rambozzi® haluskan permukaan 'worktop' itu dengan menggunakan 'Love' pula. Sebagai sebuah 'smoothing plane', 'Love' "memang tidak mengecewakan Rambozzi® langsung"...


Selesai proses mengetam bahagian bawah 'worktop' itu. Dapat diperhatikan di dalam gambar di atas, 2 bahagian berasingan 'worktop' itu.


Seterusnya, adalah proses mengetam bahagian atas 'worktop' itu pula. Berpandukan kepada bahagian bawah yang telah diketam rata dan 'level' tadi, Rambozzi® boleh mendapatkan ketebalan dan kerataan untuk bahagian atas pula. Untuk memastikan Rambozzi® mendapat ketebalan dan kerataan yang sekata, Rambozzi® tandakan garisan sebagai panduan untuk Rambozzi® mengetam nanti. Untuk menanda Rambozzi® gunakan 'marking gauge' di atas. Dan Rambozzi® hitamkan lorekan dari 'marking gauge' itu supaya dapat dilihat dengan lebih jelas di dalam gambar di atas.


4 buah ketam tangan di atas akan Rambozzi® gunakan untuk proses seterusnya ini. Rambozzi® akan mulakan proses mengetam dengan menggunakan Silverline® Foreplane No. 6 (yang pertama dari kanan), disusuli dengan Stanley® Handyman® Jack Plane No. 5 (kedua dari kanan), dan disudahi dengan Stanley® Bailey® Smoothing Plane No. 4 (ketiga dari kanan) dan 'Love'.

Keempat² jenis ketam tangan di atas mempunyai tugas dan fungsi yang tersendiri, dan sangat berbeza. Meskipun Stanley® Bailey® Smoothing Plane No. 4  dan 'Love' adalah ketam tangan dari kategori yang sama, tapi 'settings' untuk kedua²nya adalah berbeza. Rambozzi® akan perincikan mengenai 'settings' itu di masa akan datang. Sebagai permulaan, ia adalah berkenaan 'cambered plane iron', 'chip breaker settings' dan beberapa lagi perkara berkaitan sesebuah 'hand plane'.


Selepas beberapa ketika, maka bahagian atas 'worktop' itu berjaya Rambozzi® ketam dengan agak baik. Dapat dilihat di dalam gambar di atas, 'shavings' dari proses mengetam itu di atas lantai.


Sekarang, barulah ketiga² bahagian tadi boleh dicantumkan menjadi sebuah 'worktop'. Untuk mencantumkankan ketiga² bahagian tersebut, Rambozzi® gunakan gam dan juga 'pocket screws'. Ya. 'Pocket hole joinery technique' akan terus Rambozzi® gunakan. Ia adalah "Teknik Keramat Rambozzi®" hehehehehe 'peace' lagi!


Dan begitulah rupa 'worktop' itu tadi. Ia adalah sangat berat. Rambozzi® agak berpuas hati dengan hasil ketamannya. Ia tidaklah serata mana. Tapi masih memuaskan hati Rambozzi®. 'Level' berwarna merah di dalam gambar di atas Rambozzi® gunakan untuk melihat tahap kerataan 'worktop' itu.

Bahagian 'worktop' yang sedikit rendah itu dipanggil 'well board'. Ia tidak sedalam mana kerana saiz kayu 2x3 yang Rambozzi® gunakan. Ramai 'woodworkers' yang menggunakan kayu bersaiz 2x4 untuk 'workbench' seperti ini. Jadi mereka boleh mendapat 'well board' yang lebih dalam. Tapi memadailah bagi Rambozzi® buat masa ini.

Bahagian 'well board' itu khusus untuk diletakkan pelbagai alatan di dalamnya. Kebiasannya, 'woodworkers' akan meletakkan ketam tangan di dalam bahagian itu supaya tidak terlanggar objek lain yang akan merosakkan 'plane iron' atau 'sole' ketam itu. Juga sesuai diletakkan 'measuring tape', pensil, 'square' dan lain² peralatan.


Rambozzi® teruskan pula ke bahagian kaki LoveBench® ini. 2 batang kayu digam dan dicantumkan menjadi satu. Satu daripada 2 batang kayu itu dipotong sedikit pendek. Jarak itu adalah sama dengan ketebalan 'worktop'. Untuk projek kali ini, Rambozzi® akan gunakan teknik tanggam ringkas yang dipanggil 'half lap joints'.

Panjang setiap sambungan kayu di atas adalah 36". Ia adalah ketinggian keseluruhan LoveBench® ini, yang Rambozzi® rasakan sesuai dengan keperluan kerja dan sesuai juga dengan ketinggian tubuh Rambozzi®.


Beberapa slot dipotong untuk proses cantuman tanggam nanti.


Rambozzi® gunakan 'sliding miter saw' sahaja untuk memotong tanggam pada kaki² tersebut. Ia lebih cepat dan tepat. Oh ya. Maaflah, Rambozzi® masih belum mengetahui nama atau istilah yang tepat untuk bahagian² di dalam teknik tanggam ini hehehehehe 'peace' lagi!

'Sliding miter saw' itu pula Rambozzi® setkan supaya tidak memotong sehingga putus terus kayu² tersebut. Kedalaman yang sesuai telah disetkan dengan teliti sebelum Rambozzi® memotong slot di atas.


Dan begitulah hasil potongannya. Bahagian itu Rambozzi® potong berulang kali dengan menggunakan 'sliding miter saw', sehingga mendapat lebar atau jarak yang dikehendaki. Ia ibarat kita "mencincang" kayu itu.


Hasil potongan dari 'sliding miter saw' tadi Rambozzi® bersihkan dan kemaskan pula dengan menggunakan pahat. Dan kedalaman yang lebih tepat Rambozzi® dapatkan pada ketika ini.


Selesai bahagian kaki, Rambozzi® potong pula bahagian hujung 'worktop' tadi supaya lurus dan tepat sesikunya. Rambozzi® gunakan 'plunge router' di atas kerana ingin memastikan potongan itu lurus dan tepat. Rambozzi® tidak boleh menggunakan 'circular saw' kerana 'blade'nya agak kecil. Nak gunakan 'table saw' pula adalah mustahil untuk 'worktop' yang perlu diangkat oleh 2 orang ini. 'Worktop' itu sangat berat.

Menggunakan 'plunge router' di atas, Rambozzi® gunakan fungsi 'plunge cut' dan potong secara berperingkat kerana kayu² itu agak keras.


Seterusnya Rambozzi® akan potong atau tebuk slot pada 'worktop' untuk dimasukkan bahagian kaki tadi. Rambozzi® ukur dan tandakan jarak dan tempat yang sesuai sebagai panduan.


Slot itu boleh Rambozzi® potong dengan menggunakan 'circular saw' di atas.


Rambozzi® setkan 'saw blade' pada kedalaman yang dikehendaki. Kedalaman itu kurang sedikit dari ketebalan sebenar kaki LoveBench® ini. Rambozzi® akan mendapatkan kedalaman yang tepat kemudian nanti.


Untuk memastikan potongan itu adalah lurus, Rambozzi® akan gunakan Kreg® Square Cut sebagai 'cutting guide' untuk 'circular saw'.


Sama seperti ketika menggunakan 'sliding miter saw' tadi, Rambozzi® "cincang" slot pada 'worktop' di atas.


Kemudian Rambozzi® ketuk potongan² itu dengan menggunakan tukul. Kedua² teknik di atas dapat menjimatkan masa memahat slot.


Dan begitulah hasilnya, secara kasar.


Slot itu Rambozzi® bersihkan dan kemaskan dengan menggunakan 'plunge router' pula. Rambozzi® buat sebuah 'jig' ringkas untuk 'plunge router' itu supaya jaraknya dapat dipastikan tepat untuk bahagian kaki.


Pada ketika ini, barulah Rambozzi® setkan kedalaman setepat mungkin.


Dan hasilnya memang memuaskan hati Rambozzi®.


Selepas keempat² slot pada bahagian 'worktop' ditebuk, sekarang Rambozzi® boleh mendapatkan jarak paling tepat untuk bahagian 'stretcher' pada bahagian kaki.


Seterusnya adalah proses mencantumkan bahagian kaki. Proses ini agak 'tricky' juga sebenarnya. Rambozzi® perlu bekerja dengan cepat kerana apabila gam kayu mula melekat, agak susah juga untuk membuat sebarang perubahan atau 'adjustment'. Hmmm... Ntah betul ke tak istilah yang Rambozzi® guna tu heh heh heh heh heh.....


Selepas gam kering, Rambozzi® ketam bahagian kaki tadi supaya hilang kesan gam dan sekaligus memastikan cantuman itu adalah rata atau 'flush' dengan cantik dan kemas.


Rasanya, Rambozzi® semakin "mengenali" kegunaan ketam² tangan milik Rambozzi® ini...


Oraits! Dalam pada Rambozzi® berhati² merancang dan bekerja, masih ada kesilapan yang tidak disengajakan. Walaupun Rambozzi® dah ukur dan tanda dengan teliti, ada bahagian yang telah tersalah tebuk atau potong. Bahagian yang ditunjukkan oleh anak panah di atas adalah satu kesilapan. Bahagian itu tidak patut diusik langsung sebenarnya.

Jadi, Rambozzi® terpaksa memotong dan menebuk slot pada sebatang lagi kayu untuk menutup kelemahan itu. Bahagian itu telah cacat dan merosakkan plan asal Rambozzi®.

Rambozzi® anggap kesilapan itu sebagai satu peringkat di dalam proses pembelajaran Rambozzi®. Ia bukan satu masalah besar. Sebagai seorang 'woodworker'Rambozzi® perlu bijak dan kreatif menutup kelemahan² seperti itu dengan penuh teknik dan seni.


Ok. LoveBench® ini sudah sampai ke peringkat hampir siap. Sekarang adalah masa untuk mencantumkan kaki ke 'worktop'. Belajar dari proses memasang kaki tadi, Rambozzi® bersedia dan perlu lebih pantas sekarang. Tanggam ini tidak seperti kita memutar skru untuk sambungan. Ia perlu lebih cepat tapi teliti.


Sekali lagi, dalam pada Rambozzi® berhati² dan teliti, masih berlaku kesilapan! Bahagian kaki di atas telah dipasang terbalik halanya. Walaupun telah ditanda, masih juga berlaku kecuaian. Hmmm...

Bahagian kaki itu dimasukkan ke dalam slot pada 'worktop' dalam keadaan terbalik. Ia memudahkan Rambozzi® memasukkan kaki ke slotnya dengan mudah. Tapi, untuk mengangkat kembali LoveBench® itu berdiri di atas kaki²nya, ah! Rambozzi® tidak mahu menghabiskan ayat ini.....


Selepas berhempas-pulas untuk beberapa ketika, kesemua bahagian berjaya digam dan dicantumkan dengan jayanya. Sebelum gam mengering, Rambozzi® pastikan setiap sudut dan sesiku adalah tepat setepatnya. Dan Rambozzi® 'clamp' di beberapa bahagian untuk memastikan setiap cantuman adalah kukuh dan tidak bergerak². Sekarang, Rambozzi® hanya perlu tunggu dan biarkan cantuman di atas kering selama 24 jam.


Selepas kering dan melekat dengan kemas, tiba masanya untuk proses mengemaskan bahagian² yang sengaja Rambozzi® potong lebih panjang dari ukuran sebenar. Bahagian kaki yang timbul di bahagian atas 'worktop' di atas telah Rambozzi® potong sedikit panjang sebenarnya.


Rambozzi® akan buang lebihan itu dengan menggunakan 'plunge router'. Dan dikemaskan lagi dengan menggunakan ketam tangan.


'Woodworking vise' pula dipasang ke tempatnya.


Ok. Masih belum selesai lagi sebenarnya heheheheRambozzi® juga telah merancang dari awal untuk menebuk slot khusus untuk pahat dan tukul pada permukaan 'worktop'. Sekarang adalah masa untuk menebuk slot tersebut.

Slot tersebut akan ditebuk di bahagian hujung meja. Rambozzi® 'clamp'kan 2 blok kayu pada tempat yang telah ditentukan sebagai 'stop block' untuk 'plunge router'. Ertinya, 'plunge router' hanya akan menebuk di kawasan yang dikehendaki sahaja.


Selepas slot ditebuk, Rambozzi® bentukkan pula sedikit 'chamfer profile' pada bahagian dalam slot.


Ia adalah untuk memberikan ruang dan keselesaan kepada bahagian pahat yang ditunjukkan oleh anak panah merah di atas. Serius! Rambozzi® masih belum jumpa istilah yang tepat untuk bahagian itu heh heh heh heh heh.....


Dan pahat itu boleh dimasukkan dengan selesa ke slotnya.


Slot itu Rambozzi® bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian khusus untuk pahat, dan 1 bahagian lagi pula khusus untuk tukul. Bahagian yang ditunjukkan oleh anak panah di dalam gambar di atas adalah khusus untuk tukul.


Dan Rambozzi® berjaya membahagikan 2 bahagian slot itu dengan kemas dan bersih.


Ok. Disebabkan slot itu telah ditebuk terlalu rapat dengan hujung 'worktop', maka kayu di hujung meja itu telah menjadi nipis dan tidak kuat. Dapat diperhatikan di dalam gambar di atas, kayu itu agak lembut dan boleh ditolak dengan tangan. Keadaan itu adalah tidak bagus kerana ada risiko bahagian itu akan patah jika tertekan atau terhentak sesuatu.


Jadi, Rambozzi® potong dan gamkan seketul kayu kecil di celah slot itu. Diharapkan kayu kecil itu dapat menguatkan strukturnyalah.


Dan LoveBench® siap sepenuhnya! Yay! Hahahahahahahahaha!


Wah! Betapa terujanya Rambozzi® pada ketika ini tidak dapat digambarkan. Rambozzi® cukup suka dan berpuas hati dengan hasil kerja kali ini. Bagi Rambozzi®, LoveBench® ini sangat cantik! Ia berat, kukuh dan sangat stabil.


'Well board' juga kena dan sesuai dengan kehendak Rambozzi®. Slot untuk pahat dan tukul juga tampak kena pada tempatnya.


Hasil ketaman dan kemasan pada 'worktop', walaupun tidak sehalus dan sekemas mana, tetapi ia tetap memuaskan hati Rambozzi®.


Bahagian kaki itu juga memuaskan hati Rambozzi®. Ia 'flush' dengan kemas dengan bahagian sisi dan atas 'worktop'.


Rambozzi® susun dan aturkan beberapa alatan tangan di atas LoveBench®. Ah! Ini 'workbench' idaman Rambozzi®!


Rambozzi® rasa, 'entry' kali ini adalah 'entry' paling panjang di dalam blog ini heh heh heh heh heh... LoveBench® ini telah mengujakan hati Rambozzi® dari mula Rambozzi® mendapat idea untuk membuatnya lagi. Ketika merancang dan membuat lakaran SketchUp juga Rambozzi® telah sangat teruja merekabentuk 'design' yang Rambozzi® nak. Apatah lagi ketika 'woodworking' menyiapkan projek ini...

Sewaktu Rambozzi® bertukang membuat LoveBench® ini juga, otak Rambozzi® ligat memikirkan proses, gambar dan isi kandungan yang akan Rambozzi® tulis nanti. Pendek kata, ketika Rambozzi® bertukang itu pun Rambozzi® sudah mula "menulis" di dalam blog ini. Hehe... Hehehehehehehehehehehe... Sebab itulah, 'entry' kali ini agak panjang agaknya...

Pada waktu Rambozzi® menulis 'entry' ini, LoveBench® itu masih belum Rambozzi® gunakan pun. Terasa sangat sayang hendak menggunakannya, apatah lagi merosakkannya...

Tapi Rambozzi® sedar dan akur. LoveBench® itu memang Rambozzi® buat untuk digunakan dengan kasar.

Rambozzi® akan mengetam di situ;
Rambozzi® akan memahat di situ;
Rambozzi® akan menggergaji di situ;
Rambozzi® akan menukul di situ;
Rambozzi® akan mengetuk dan menghempas di situ...

Dan pastinya LoveBench® akan terguris, tercalar, terluka dan tersakiti...

Pada saat ini, mata Rambozzi® bergenang, terbayangkan LoveBench® yang akan dilukai nanti. Di dalam perkataan LoveBench® itu ada perkataan Love. Ada Love. Mengenangkan Love yang "terluka dan merana", hiba hati Rambozzi®......

Inilah 'woodworking' Rambozzi®. Inilah dunia Rambozzi®. Inilah hidup Rambozzi®. Inilah perasaan Rambozzi®. Inilah kasih, sayang dan cinta Rambozzi®. Ini juga rindu Rambozzi® kepada Love... Ah! Adakah sampai begini sekali perasaan cinta Rambozzi®..........?

Rambozzi®,
Woodworking with Love...

12 Comments

  1. Terbaik bro.. tak pernah mengecewa kan..

    R.Y

    ReplyDelete
  2. Hallo bro,
    Ada 2 soalan.

    1. Lokasi bertukang nampak macam berlainan dari postings terdahulu. Dah pindah ke?
    2. Mana Rambozzi dapatkan "dust chut" utk circular saw tu, atau sediaada dengan model tu? tak pernah nampak sebelum ni?

    Mohon pencerahan bro.

    Happy woodworking
    Kuching, Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello bro Bruce.

      1. Ye Rambozzi dah pindah ke Rambozzi®-Love Studio di depan rumah. Dulu Rambozzi bertukang kat apartmen hehehe peace.

      2. 'Dust chut' tu memang sedia ada pada circular saw tu. Dulu Rambozzi guna model lain. Pastu jual sebab krisis ekonomi kikikiki. Skrg guna model yang baru ni pulak.

      Maaf sebab lambat reply. Rambozzi kurang online & update blog ni skrg. Agak sibuk dgn pelbagai urusan. Tahun 2017 ni Rambozzi akan kembali aktif menulis di blog ini lagi.

      Delete
  3. Salam bro rambozzi. Nk tny mna nk dptkn clamp yg wrna oren yg pnjng utk clamp worktop tu?

    ReplyDelete
  4. Slm bro Rambozzi, lame x update blog ni? Mne nk dpt tools irwin dan kreg jig kat Malaysia ni? Harap dpt aktif semula berblog :) Seronok bce org yg minat woodworking ni.

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum tuan Rambozzi adakah tuan menganjur kan kelas bimbingan untk yg berminat

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak update blog bro Rambozzi....

    ReplyDelete
  7. Maaf sebab agak lama Rambozzi tak update blog ni. Rambozzi akan kembali menulis di sini. Rambozzi tengah "mencari diri" jap. Dan Love. 😊✌🏻

    ReplyDelete
  8. salam bro, boleh ke nak order 'rak bertingkat jaja' macam dalam entry lain tu...tapi dimension lain sket la..
    wassap sy bro boleh x?cari no telefon xjumpa lah..
    0197767986 redzuan

    ReplyDelete
  9. as salam tuan. kalau nak tempah table top tu ukuran 35mm X 50cm X 185cm berapa? boleh email kat saya di paiponx@gmail.com whatsapp 011-10003264

    ReplyDelete