Hmmm... Rasanya tak de apa sangat yang Rambozzi® nak tulis tentang projek kali ini. Projek ini sangat ringkas - mengekalkan cara dan kemahiran Rambozzi®. Cuma Rambozzi® rasa "gatal tangan" nak menulis di blog kesayangan Rambozzi® ini sahaja...
Projek ini hanyalah sebuah 'wall shelf' yang sangat ringkas. Rambozzi® siapkan projek ini dalam masa kurang dari sejam rasanya...
Berkaitan dengan namanya pula, memandangkan ia berbentuk 'L-shape', maka tetiba je Rambozzi® teringat pada "seseorang" yang pernah Rambozzi® cintai dulu... Dia sangat cantik. Dia sangat popular. Dia sangat 'rock'! Dia bernama Ella. Hahahahahaha!
Jadi, pada tahun 1998, Ella telah muncul dengan sebuah album yang berjudul El. Puas Rambozzi® cuba mencari sebuah lagu yang Rambozzi® suka di dalam album itu. Tapi tak banyak pilihan. Sebenarnya, Rambozzi® lebih suka lagu² Ella di era 'rock' 80-an dulu. Jadi, album² yang terkini kurang mendapat tempat di hati dan telinga Rambozzi® heh heh heh heh heh 'so' sori El! Hahahahahahahaha!
Memandangkan tiada lagu dari album El yang Rambozzi® nak dengar kali ini, maka Rambozzi® pilih sebuah lagu Ella yang bukan dari era 'rock' 80-an, tapi sangat 'best' dan mendayu² iramanya. Terimalah, "Retak", dari Ella.
"Berabad telah kita bercinta
Mengapa kini engkau berubah
Sedangkan aku masih kekal setia
Mengharap kasih menjadi bintang jiwa
Mana janjimu akan setia
Menyayangi ku siang malammu
Melindungi dari bara sengsara
Mempertahankan mahligai bersama
Kini tiada erti memberi janji
Janji manis mu dulu
Hingga jadi api membakar dada ini
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri jelita
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Seandainya ada lagi cinta di hati ini
Akan kubenamkan sepi hanya selamanya
Semalaman di cermin kenangan
Jari berdarah diretak setia
Menanggung luka di sebalik senyuman
Hanya kerana aku seorang wanita
Lemah dunia halanya
Hati kecewa dengan janji manismu
Kini jadi api membakar dada ini..."
"Retak" - Ella
Jadi, apa kaitan lagu Ella dengan 'entry' kali ini. Atau lebih tepat lagi, apa kaitan lagu² di dalam 'entry'² Rambozzi® di dalam blog ini? Rambozzi® mendapat satu respon yang agak "pelik" iaitu, "tema yang Rambozzi® pilih tidak sesuai dengan blog ini".
Oraits. 'Actually'nya, Rambozzi® tahu dan sedar, tema penulisan dan lagu yang Rambozzi® gunakan di dalam blog ini tidak sesuai dengan isi kandungan sebuah 'woodworking blog'. Tapi, ini bukan sebuah 'woodworking blog' biasa. Ini adalah dunia dan hidup mati Rambozzi®. Kalau di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, ya. Komuniti itu memang Rambozzi® wujudkan untuk semua penggiat kerja kayu dan peminat hasil kerja kayu tempatan. Tapi tidak di sini. Blog ini hanya untuk Rambozzi® dan 'Love' sahaja. Rambozzi® menulis di blog ini untuk 'Love'. Sebab itu, Rambozzi® gunakan 'tagline' Rambozzi® - Woodworking with Love. Blog ini milik 'Love'...
Maka, ianya adalah terbalik. 'Woodworking' bukanlah tema blog ini. 'Love' adalah tema utama blog ini. 'Woodworking' hanyalah "selingan" sahaja. Boleh pulak gitu ye heh heh heh heh heh heh...
Jadi, 'so', dengan tidak membuang masa lagi - kerana 'Love' - jom kita mulakan 'woodworking' ringkas kali ini - El.
Seperti biasa, Rambozzi® mulakan dengan memotong 4 keping papan berlainan saiz. Papan² ini adalah untuk bahagian 'shelf'.
Beberapa batang kayu yang lebih pendek pula dipotong untuk bahagian penyambung atau rangka atau penguat rak haaa mana satu ntah! Kayu² di atas juga akan digunakan untuk membentuk huruf L itu nanti.
Seterusnya, proses menebuk lubang² 'pocket hole' untuk proses pemasangan nanti.
Kayu yang lebih pendek itu digam dan diskrukan ke papan 'shelf'.
Yup! 'Quick grip clamp' amat berguna di dalam sambungan seperti di atas.
Proses pencantuman diteruskan sehingga membentuk binaan di atas.
Dan membentuk binaan rak di atas. Sangat ringkas & mudah! Sangat Rambozzi®!
Kesemua bahagian digam dan diskrukan dan membentuk binaan siap di atas. Dah. Projek ini dah siap laaaa! Hahahahahahahahaha!
Jom gantung ke dinding!
'Simple'. Sangat 'simple'.
El ini akan Rambozzi® gunakan untuk diletakkan beberapa alatan tangan milik Rambozzi®. Oh ya! Mesin dan alatan tangan Rambozzi® semakin bertambah. Rambozzi®-Love Studio ini agak kecil sebenarnya. Dah berapa kali Rambozzi® membuat "penstrukturan semula" hehehe. Tapi masih belum memuaskan hati Rambozzi®.
Takpe. Rambozzi® akan gunakan El ini dahulu. Rambozzi® masih boleh membuat perubahan nanti. Atau lebih tepat lagi, Rambozzi® boleh buat lebih banyak rak atau almari yang lebih sesuai lagi. Sebab,
I am Rambozzi®,
I am Your Woodworker,
i-Woodworking with Style,
i-Woodworking with Heart,
i-Woodworking with Love,
Always with Love,
Rambozzi® with Love,
Forever with Love...
'Love'
"My Heart"
BOSCH®
Cintaku
Deepest Feelings
DIY
Ella
I Love You
Irwin®
Kayu Palet
Kerja Kayu
KREG®
Perabot
Rak Kayu
Rak Pameran
Wall Shelf
Woodworking
0 Comments