Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

"Jadikan malamku lebih indah...
Jadikan siangku lebih terang...
Biarkan bungaku mewangi...
Selamanya..."

Selamanya, Rambozzi® akan terus mencuba untuk menghasilkan karya² terbaik mengikut kemampuan, teknik dan hati Rambozzi® ini. "Woodworking" ini adalah selamanya bagi Rambozzi®.  Selamanya itu bukan membawa maksud selama²nya atau 'forever' itu. Tapi selama yang mungkin - selagi Rambozzi® masih relevan atau diperlukan di dalam dunia "woodworking" ini. Dan pastinya lebih baik pula jika selama mungkin itu boleh menjadi selama²nya. Oh! Itu harapan. Itu satu pengharapan Rambozzi®.

Konsep. Di dalam dunia 'woodworking' ini ada terlalu banyak konsep atau 'style' yang boleh kita aplikasikan. Rambozzi® tidak pernah belajar mengenai konsep secara formal. Rambozzi® ini tidak tinggi pelajarannya. Sama seperti 'woodworking' ini juga, Rambozzi® tidak pernah belajar ilmu ketukangan kayu. Mungkin hanya ada sedikit bakat dan minat sahaja.

Rambozzi® cuba mencari konsep atau 'style' untuk diselarikan dengan kemahiran dan kecenderungan Rambozzi®. Ia mungkin pernah dicuba buat oleh 'woodworkers' lain. Tapi penekanan Rambozzi® adalah, cara Rambozzi® memahami dan mentafsirkannya semula ke dalam bentuk hasil kerja kayu dan juga dalam bentuk tulisan ini. Dan pemahaman dan pentafsiran Rambozzi® memang takkan dapat difahami oleh sesiapa pun.

Projek ini adalah karya terbaik Rambozzi® untuk tahun 2016 ini. Rambozzi® menyatakan "untuk tahun 2016 ini" kerana Rambozzi® memang tidak mahu dan tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Rambozzi® akan, perlu dan mesti terus berkarya. Ada terlalu banyak rasa, terasa dan perasaan yang hendak Rambozzi® luahkan ke dalam "woodworking" ini. Ia tidak akan pernah cukup. Ia tiada sempadan. Ia tiada batasan. Ia tiada halangan. Ia selamanya... (Pergghhh! Dia punye tulisan... Meremang roma kata ko kikikikiki.....)

Rambozzi® akui, Rambozzi® cukup meminati corak atau 'pattern' berbentuk 'tiles' atau 'bricks' seperti projek ini. Selama ini Rambozzi® hanya menggunakan 1 jenis kayu sahaja iaitu kayu 'pine'. Kali ini Rambozzi® hendak mencuba sesuatu yang lain, tetapi masih mengekalkan konsep yang sama. Kali ini Rambozzi® akan gabungkan 2 jenis kayu iaitu kayu 'pine' dan kayu meranti. Gabungan 2 jenis kayu yang berlainan warna, tekstur dan iranya, Rambozzi® rasakan akan menjadi sesuatu yang lebih menarik. Ia adalah gabungan hitam dan putih. Ia Rambozzi® andaikan sebagai padanan 'heart' dan 'heartbeat'. Ia tidak akan terpisah selamanya. Ibarat malam dan siang. Kesinambungan di antara malam dan siang itu tidak putus. Ia berterusan terus-menerus. Ia bersentuhan...


Jadi, 'so'. Dengan tidak membuang masa lagi - kerana siang kumerindu dan malam kumimpikanmu - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - "Rambozzi® - Night & Day". (Ok! Ok! Tulisan kali ini agak parah lah! Kikikikikikiki...)

"Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Adalah dahagaku..."


Oraits! Rambozzi® mulakan dengan membelah kayu² di atas dengan menggunakan 'table saw' dan seterusnya memotongnya pula kepada saiz² yang diperlukan dengan menggunakan 'slide miter saw'.


Setiap batang atau kepingan kayu itu Rambozzi® 'rout' sedikit '45° chamfer profile' dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'chamfer router bit'.


Melalui lubang² 'pocket holes', setiap kepingan kayu itu Rambozzi® gam dan skrukan membentuk binaan di atas.


Dan begitulah hasil corak atau 'pattern' pada permukaan 'table top' di atas. Ia adalah satu proses kerja yang Ringkas & Mudah tetapi memerlukan ketepatan, ketelitian dan kesabaran juga.


Gambar di atas menunjukkan kepada hasil daripada potongan '45° chamfer profile' tadi dan ketelitian di dalam proses mencantumkannya.


Beberapa batang kayu bersaiz 1x2 dibelah sedikit serong pada '45° bevel' dengan menggunakan 'table saw'. Kemudian ia dipotong kepada saiz yang diperlukan dengan menggunakan 'slide miter saw' pula.


Kemudian ia digam dan dicantumkan membentuk binaan di atas. 4 binaan di atas adalah untuk bahagian kaki projek ini.


Di bahagian bawah kaki² tersebut Rambozzi® gamkan 2 keping kayu meranti yang dipotong '45° miter'. Kayu meranti yang lebih keras dari kayu 'pine' akan membolehkan bahagian bawah kaki itu bertahan lebih lama. Ia juga boleh menjadi satu nilai tambah kepada projek ini juga. Ia akan menjadikan projek ini lebih menarik.



Beberapa batang lagi kayu 'pine' dipotong untuk bahagian 'apron' dan 'skirt' projek ini. Ya. Sengaja Rambozzi® tidak menyatakan jenis perabot yang akan terhasil daripada projek ini. Sama ada ia adalah sebuah 'side table' atau apa² jenis meja sekalipun, Rambozzi® tidak perlu menterjemahkannya di sini. Motif Rambozzi® untuk projek ini adalah lebih kepada konsep hasil dari gabungan kedua² jenis kayu ini dan coraknya. Sebab itu Rambozzi® sekadar menamakannya sebagai "Rambozzi® - Night & Day" sahaja. Ia lebih tepat.

Seterusnya hanyalah proses mencantumkan kesemua bahagian kayu di atas membentuk bahagian kaki dan diskrukan ke 'table top' tadi. Selepas' di'sanding' dengan menggunakan kertas pasir grit 240 dan grit 400, Rambozzi® hanya 'spray'kan 3 lapisan 'clear lacquer' sahaja.


Dan "Rambozzi® - Night & Day" ini siap sepenuhnya.


"Rambozzi® - Night & Day" ini bukanlah satu projek 'woodworking' yang sukar. Tapi ia tetap mengambil masa dan fokus Rambozzi® sepenuhnya. Rambozzi® memang "meluangkan waktu" Rambozzi® untuk menghasilkan karya ini. Waktu Rambozzi®...

"Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya..."


"Hingga
Ku menutup mata
Satukanlah hati..."

Rambozzi® berjaya "menyatukan" kedua² jenis kayu itu mengikut kehendak hati Rambozzi®.



Secara keseluruhannya, secara peribadi juga, Rambozzi® amat berpuas hati dengan hasil akhir projek ini. Bagi Rambozzi®, "Rambozzi® - Night & Day" ini sampai maksudnya yang hendak Rambozzi® luahkan. Hasil kemasan akhir untuk projek ini adalah yang paling halus dan paling lembut pernah Rambozzi® buat selama menjadi 'woodworker' ini.


Kelembutan dan kehalusan "Rambozzi® - Night & Day" ini bagi Rambozzi®, bagai mengusap pipi seorang jelitawan. Kejelitaannya boleh ditatapi mata, tetapi kelembutan dan kesucian hati dan cintanya hanya boleh dirasai dan diresapi oleh tangan yang mengusapinya. Sesaat mengusapinya bagai selautan perasaan yang diluahkannya. Bagai ombak dan pantai, hanya pantai sahaja yang boleh merasai "belaian" ombak. Itu adalah pengertian "Rambozzi® - Night & Day"...

Tangan yang berdarah di dalam gambar di atas bukanlah tangan Rambozzi®. Itu adalah tangan Akim & The Majistret hehehehehe. Sori Kim! Rambozzi® "pinjam" 'still image' dari video 'Mewangi' bro jap ok? Kikikikikikiki...

Bro Akim mungkin seorang komposer dan penyanyi yang boleh menterjemahkan perasannya ke dalam lagu yang indah seperti 'Mewangi' ini. Tapi bagi Rambozzi® yang tidak mempunyai bakat seni muzik seperti bro Akim ini, hanya "woodworking" inilah sahaja cara yang Rambozzi® ada,tahu dan boleh buat. Dan "woodworking" ini tidak akan padam dari hati Rambozzi® ini, selamanya...

"Selamanya
Adalah cintaku kepada dirimu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu..."


"Selamanya.. ...."

"This Romeo is bleeding
But you can't see his blood
It's nothing but some feelings
That this old dog kicked up..."

"Romeo yang berdarah"?

Tidaklah. Yang berdarah itu adalah "hasil kerja" ini sahaja. Perhatikan imej di atas dengan sepenuh fokus dan perasaan. Ia bukanlah darah. Ia hanyalah simbolik sahaja. Simbolik kepada pendarahan dalaman yang ditanggung oleh Rambozzi®, mungkin? Pendarahan dalaman tidak mungkin dapat dilihat oleh mata kasar. Ia hanya dapat dirasai dan dinikmati...

Ya. Hampir 4 bulan Rambozzi® meninggalkan blog ini. Ia satu tempoh yang agak lama, tapi tidak sesekali Rambozzi® akan meninggalkan dunia "woodworking" ini. Rambozzi® perlu terus berkarya. Rambozzi® perlu terus bekerja, Rambozzi® perlu teruskan "woodworking" ini. Kerana ia sudah menjadi sebahagian dari hidup Rambozzi®. Bekerja di dalam dunia "woodworking" ini tidak mengenal erti penat dan lelah. Biar dipanah mentari dan dibasahi hujan, Rambozzi® perlu terus berkarya...

"It's been raining since you left me
Now I'm drowning in the flood
You see I've always been a fighter
But without you I give up..."

Romeo itu tidak berdarah pada zahirnya. Mungkin hanya pada batinnya sahaja. Atau mungkin pada hasil karya itu sahaja. Memang sengaja Rambozzi® mentafsirkan hasil kerja ini seolah² ia menggambarkan satu pendarahan serius telah berlaku. Tapi seperti yang Rambozzi® nyatakan tadi, ia hanya simbolik sahaja...

Cermin² itu itu boleh pecah seribu, tetapi semangatnya adalah 'unbreakable'.
Cermin² yang tajam itu juga boleh melukakan dan menyebabkan pendarahan, tetapi  kekuatan menahan sakit itu adalah 'unbreakable'.
Warna merah di antara serpihan cermin² itu boleh menggambarkan penderitaan, tetapi Rambozzi® masih boleh tersenyum dan mengungkapkan perkataan, 'unbreakable' Rambozzi®...

Jadi, 'so', dengan tidak membuang masa lagi - kerana Rambozzi® takut hendak menatap bayangan di dalam serpihan² cermin itu - jom kita mulakan projek 'woodworking' kali ini; Rambozzi® namakan projek ini sebagai "Rambozzi® - Unbreakable".


Rambozzi® mulakan dengan memotong beberapa keping kayu 'pine' dan juga sekeping 'plywood'.


Kemudian Rambozzi® tebuk pula lubang² 'pocket hole' untuk proses pemasangan nanti.

Sebaik memotong kepingan² kayu 'pine' yang cantik di atas, baru terasa sedikit segar dan ceria di hati Rambozzi®. Barulah terasa diri dan hati ini "hidup" kembali. Rupa²nya Rambozzi® memang tidak boleh meninggalkan dunia "woodworking" ini, langsung. 

Meninggalkannya akan menyebabkan jiwa Rambozzi® terasa kosong. 
Meninggalkannya akan menyebabkan hati Rambozzi® terasa sunyi. 
Meninggalkannya akan menyebabkan jantung Rambozzi® terasa seperti tiada degupan langsung. 
Itu adalah perkaitan rapat di antara 'heart' dan 'a heartbeat'... 
Bila ada keduanya, maka hati akan cuba menyanyikan lagu cinta, walau tiada kedengaran suara yang menyanyikannya lagi... (Hmmmm... Semakin parah dan kritikal tulisan Rambozzi® sekarang ini.....)

"Now I can't sing a love song
Like the way it's meant to be
Well, I guess I'm not that good anymore
But, baby, that's just me..."

Oraits! Kayu² 'pine' dan 'plywood' di atas Rambozzi® potong kepada saiz² yang diperlukan. Semuanya telah diukur dengan mengambilkira saiz² "barangan" yang akan disimpan di dalamnya. Apakah barangan yang akan disimpan di dalam hasil kerja ini nanti? Harap bersabar dan teruskan "menonton program realiti Rambozzi®" ini. Heh heh heh heh heh...


Kesemua bahagian kayu di atas akan digam dan diskrukan melalui lubang² 'pocket hole' yang telah siap ditebuk. Sampai ke hari ini, Rambozzi® bukan sahaja setia, tetapi Rambozzi® tidak memikirkan langsung untuk menggunakan teknik² cantuman yang lain. Mungkin belum tiba waktunya atau mungkin tidak perlu digunakan langsung. Entah...


2 keping kayu yang bertanda anak panah merah di dalam gambar di atas adalah berfungsi sebagai 'spacer', sebenarnya. Ia akan memastikan jarak di antara setiap para adalah sama.

Memandangkan ruangan di antara para itu agak sempit untuk dimasukkan 'cordless drill', maka Rambozzi® memasang 'right angle drill attachment' untuk membolehkan Rambozzi® memutar skru² yang terlibat di dalam kejadian di atas. Hehehehehe apa punya ayat ntah.....


4 batang kayu dipotong serong pada 'miter' 45°. Dengan menggunakan 'band clamp', Rambozzi® gam dan cantumkan kayu² di atas membentuk sebuah 'frame'. 'Frame' itu adalah untuk bahagian pintu projek ini.


Di bahagian dalam 'frame' Rambozzi® gamkan sekeping 'plywood'.  Kemudian 'frame' itu Rambozzi® pasangkan ke bahagian utama projek ini dengan menggunakan engsel. Dua biji 'plastic door catch' juga Rambozzi® skrukan untuk membolehkan pintu itu tertutup rapat ke rak.


Rambozzi® bercadang hendak menampal sekeping cermin muka di bahagian belakang pintu itu. Tetapi disebabkan teknik memotong cermin yang lemah, Rambozzi® gagal memotongnya dengan kemas dan cantik. Akibatnya, cermin itu pecah.

Ah! Rambozzi® bernasib malang. Kekurangan dan kelemahan Rambozzi® sendiri menjadi penyebab kegagalan "woodworking" ini. Memang Rambozzi® beriya² hendak "menyalahkan" 'glass cutter' ataupun cermin yang nipis itu. Tapi itu adalah sifat mereka. Itu adalah kejadian mereka. Rambozzi® patut menyalahkan diri Rambozzi® sendiri, bukan? Malang sungguh nasib Rambozzi®...

"Well, there ain't no luck
In these loaded dice
But, baby, if you give me just one more try
We can pack up our old dreams and our old lives
We'll find a place where the sun still shines..."


Rambozzi® balut cermin yang pecah itu dengan menggunakan 'stretch film' dan bercadang hendak membuangnya ke dalam tong sampah. Tapi sebelum ia dibuang, ada baiknya Rambozzi® lepaskan kemarahan dan geram di dalam hati ini dulu kan? Geram tau? Tau?


Jadi, Rambozzi® "hentak" cermin itu dengan menggunakan tukul getah. Dan ia pecah berkecai. Dan ia tidak mungkin dapat dicantumkan lagi. Dan ia akan kekal berderai. Maka, sampailah maksud lagu "Always" nyanyian kumpulan Bon Jovi itu... Ia akan "always" pecah berkecai, selamanya...

Tapi...


Tiba² datang satu ilham di fikiran Rambozzi® ini. Ya! Serpihan² cermin itu boleh dijadikan satu karya seni! Jadi Rambozzi® asingkan dan pilih beberapa kepingan serpihan cermin itu yang Rambozzi® rasakan sesuai untuk dijadikan satu karya "seni".


Rambozzi® susunkan pula serpihan² cermin itu di atas 'plywood' pada 'frame' di atas dan lekatkan ia dengan menggunakan 'super glue'.

Penggunaan semula serpihan² cermin itu ibarat cinta, kasih dan sayang yang tidak bertepian. Bayangkan, ia nyaris² dibuang, tetapi dikutip dan diambil kembali. Pada ketika ini Rambozzi® sedar, Rambozzi® telah "jatuh cinta" kepada serpihan² cermin itu... 

Ok itu agak teruk! Hahahahahahaha!

"And I will love you, baby, always
And I'll be there forever and a day, always
I'll be there 'til the stars don't shine
'Til the heavens burst and the words don't rhyme
And I know when I die,
You'll be on my mind
And I'll love you always..."


Kemudian Rambozzi® warnakan ruangan² di antara serpihan² cermin itu dengan menggunakan 'acrylic paint'. Dan memang Rambozzi® sengaja memilih warna MERAH MEMBARA itu. Kerana warna MERAH MEMBARA itu melambangkan diri Rambozzi®, seluruhnya...

Sebelum cat itu kering, Rambozzi® bersihkan lebihan² cat yang terkena permukaan cermin dengan menggunakan kain basah.


Dan "Rambozzi® - Unbreakable" ini siap sepenuhnya. Yay!


"Now your pictures that you left behind
Are just memories of a different life
Some that made us laugh, some that made us cry
One that made you have to say goodbye
What I'd give to run my fingers through your hair
To touch your lips, to hold you near
When you say your prayers, try to understand
I've made mistakes, I'm just a man..."

Ya Rambozzi® mengakui Rambozzi® memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Tapi sebaik mungkin Rambozzi® cuba memperbaikinya agar hasil dari kesilapan itu boleh dijadikan satu kegembiraan pula kepada orang lain, kalaupun tidak kepada diri Rambozzi® sendiri...


Ah! Rambozzi® suka dengan hasil akhir projek ini!


Dan Rambozzi® susunkan koleksi 'safety glasses' yang Rambozzi® miliki ke dalam "Rambozzi® - Unbreakable" ini. Heh heh heh heh heh rupanya² projek ini adalah sebuah rak untuk menyimpan 'safety glasses' sahaja.....

Sekarang projek "Rambozzi® - Unbreakable" ini sudah siap. Tapi lirik lagu "Always" ini masih berbaki. Rambozzi® pun tidak tahu hendak mengaitkan dengan apa lagi saki-baki lirik ini... Tak mengapa, Rambozzi® akan habiskan sahaja lagu ini. Rambozzi® akan menyanyikan lagu ini di dalam hati Rambozzi® sahaja. Kerana Rambozzi® tidak pandai menyanyi. Rambozzi® hanya tahu menjiwai lagu sahaja. Dan Rambozzi® hanya tahu menjiwai dan menyintai "woodworking" Rambozzi® ini sahaja. "Woodworking" Rambozzi® ini adalah, 'unbreakable'...

"When he holds you close, when he pulls you near
When he says the words you've been needing to hear
I'll wish I was him 'cause those words are mine
To say to you 'til the end of time

Yeah, I will love you, baby, always
And I'll be there forever and a day, always

If you told me to cry for you
I could
If you told me to die for you
I would
Take a look at my face
There's no price I won't pay
To say these words to you

Well, there ain't no luck
In these loaded dice
But, baby, if you give me just one more try
We can pack up our old dreams and our old lives
We'll find a place where the sun still shines

And I will love you, baby, always
And I'll be there forever and a day, always
I'll be there 'til the stars don't shine
'Til the heavens burst and the words don't rhyme
And I know when I die,
You'll be on my mind
And I'll love you, always..."

Bon Jovi -" Always" - Cross Road (1994)


"Always..."
"Unbreakable..."
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ▼  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ▼  March 2016 (2)
      • - "Rambozzi® - Night & Day"
      • - "Rambozzi® - Unbreakable"
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes