- Rambozzi® & Skru


Semenjak Rambozzi® menjadi Rambozzi® nie, antara soalan yang paling banyak Rambozzi® terima (dari emel, sms dan wassap) adalah:- 

Rambozzi® guna skru jenis apa? 
- Kenapa Rambozzi® guna skru jenis tu?
- Kenapa Rambozzi® tak guna jenis nie?
- Apa beza skru tu dengan skru nie?

Ya. Pembaca blog Rambozzi® yang tak berapa ramai nie suka tanya pasal skru. Rambozzi® memang sentiasa cuba menjawab setiap pertanyaan mereka itu sebaik mungkin dengan kepakaran amatur Rambozzi® nie. Rambozzi® pun tak tahu sama ada apa yang Rambozzi® jawab tu betul atau tidak tapi kalau ianya boleh membantu mereka walaupun sedikit, itu dah cukup menggembirakan Rambozzi®.

Ok, kali nie Rambozzi® nak kongsi serba sedikit mengenai pengalaman Rambozzi® menggunakan beberapa jenis skru untuk kerja² kayu Rambozzi®. Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, Rambozzi® adalah amatur, Rambozzi® bukan orang yang layak untuk memberi tunjuk ajar berkenaan 'woodworking', bahasa atau istilah yang akan Rambozzi® gunakan memang tidak berapa tepat dan tolonglah jangan percaya 100% apa yang Rambozzi® tuliskan nie heh heh heh heh...


Rambozzi® hanya pernah gunakan 2 jenis skru je hahahaha tak banyak pun. Yang warna hitam di dalam gambar di atas adalah jenis 'drywall screw' yang memang khusus untuk kayu dan yang satu lagi itu pula adalah jenis 'self-drilling screw' yang biasanya digunakan untuk kerja² pertukangan besi. Yang 2 lagi kat tepi sekali tu mata 'drill' ok hehehehe...


Skru jenis 'drywall screw' yang berwarna hitam seperti di dalam gambar di atas adalah dibuat khusus untuk kerja kayu. Skru jenis ini agak tajam, tirus dan dapat menembusi kayu dengan laju. TAPI...


Bahagian kepalanya yang berbentuk V (lihat gambar di atas) akan menyebabkan skru ini menembusi kayu dengan "kejam" di mana ia berisiko menyebabkan kayu menjadi pecah, sekiranya:-

- skru dibenam terlalu hampir dengan penghujung kayu.
- 'torque' / 'speed' / 'power' pada 'cordless drill' tidak diselaraskan dengan betul - mungkin terlalu kuat untuk kekerasan kayu yang digunakan.


Hasilnya akan amat mengecewakan.


Berbeza dengan skru jenis 'self-drilling screw' seperti di dalam gambar di atas. Skru jenis ini agak tebal sedikit berbanding jenis 'drywall screw'. Bentuk kepalanya rata dan ia tidak akan dapat menembusi kayu bila ia sudah mencecah permukaan kayu. Di hujungnya ada 2 bilah mata pisau atau mata 'drill' yang akan menebuk lubang terlebih dahulu sebelum 'thread' pada badan skru melaksanakan tugasnya "mengetatkan dirinya" pada kayu.


Dan hasilnya memang sangat memuaskan hati, membanggakan diri dan orang Terengganu cakap "kemah keming boh!" hahahahahaha.


Lihat gambar di atas. Perhatikan perbezaan di antara 2 jenis skru ini terutamanya di bahagian kepala dan di bahagian hujungnya. Maaf, Rambozzi® terpaksa 'clamp'kan skru² tu sebab dorang tak nak duduk diam untuk sesi penggambaran.


Kita boleh elakkan risiko pecahan pada kayu dengan cara menebuk lubang 'pilot hole' untuk skru terlebih dahulu sebelum dibenamkan skru pada kayu. Istilah 'pilot hole' itu sendiri membawa maksud lubang itu akan membantu "memandu" skru ke "jalan yang lurus dan benar" heh heh heh heh...

Untuk menebuk lubang 'pilot hole'Rambozzi® biasanya menggunakan mata 'drill' yang besar sedikit sahaja dari saiz skru yang nak Rambozzi® gunakan seperti di dalam gambar di atas.


Ok, Rambozzi® tebuk dahulu lubang 'pilot hole' pertama pada kayu pertama dengan menggunakan mata 'drill' yang lebih besar dari saiz skru yang akan digunakan.


Pada kayu kedua, iaitu kayu yang hendak dicantumkan nanti, Rambozzi® tebuk pula lubang 'pilot hole' tapi kali ini dengan menggunakan mata 'drill' yang lebih kecil dari saiz skru yang akan digunakan.


(Rambozzi® akan gunakan skru jenis 'drywall screw' dahulu untuk ujikaji di atas.)

Tujuan Rambozzi® melakukan kedua² operasi di atas adalah supaya skru boleh dimasukkan dengan mudah dan "gembira" ke dalam lubang di dalam kayu pertama dan sekarang Rambozzi® boleh "tujukan" mata skru itu ke "destinasinya" pada kayu kedua. Ini adalah satu kerja pertukangan kayu yang sangat menjaga ketepatan sambungan dan semestinya kedua² kayu itu telah ditandakan terlebih dahulu lokasi yang akan diskru.


Dengan memastikan 'torque' / 'speed' / 'power' pada 'cordless drill' diselaraskan dengan betul, kita akan mendapat:-

- sambungan yang kemas,
- sambungan yang tepat,
- kayu tidak pecah,
- kegembiraan di dalam kehidupan sebagai seorang 'woodworker'.


Sama juga halnya jika kita menggunakan skru jenis 'self-drilling screw'. Kalaupun tidak ditebuk lubang 'pilot hole', penandaan pada kayu adalah perlu untuk mendapatkan sambungan yang tepat dan kemas. Untuk skru jenis ini, kita biarkan sahaja skru itu melaksanakan tanggungjawabnya hehehehehehe...


Untuk penyambungan kayu yang menggunakan teknik 'pocket hole joinery' memang Rambozzi® akan gunakan skru jenis 'self-drilling screw'. (Sebenarnya paling baik kalau gunakan skru jenis 'self-tapping screw' tapi skru jenis nie agak mahal dan susah dapat di Malaysia nie.) Sengaja Rambozzi® skrukan kayu di atas ke bahagian kayu yang dipotong serong untuk melihat sejauh mana skru ini boleh menjaga kayu dari pecah.


Dan memang kayu itu tidak pecah.


Lain pula halnya jika menggunakan skru jenis 'drywall screw' untuk penyambungan 'pocket hole' nie. Dapat dilihat dengan jelas di dalam gambar di atas kayu yang disambungkan pecah.


Rambozzi® gunakan skru jenis 'drywall screw' yang lebih panjang untuk menunjukkan bahawa skru jenis ini memang "kejam" dan itulah hasilnya heh heh heh heh...


Ok. Kadang², kita perlu tanda dan tebuk terlebih dahulu lubang² 'pilot hole' di dalam kerja² pertukangan kayu nie. Kadang² tidak perlu terlalu teliti. Tapi, Rambozzi® memang selalu menjaga ketepatan, ketelitian dan kekemasan di dalam setiap kerja² Rambozzi®. Sebabnya, kebanyakan projek yang Rambozzi® buat adalah dari permintaan pelanggan Rambozzi® yang tak berapa ramai tu. Tapi, walaupun tak ramai, walau hanya seorang sahaja pelanggan kita dalam sebulan, kita tetap kena jaga kualiti kerja kita sebab pelanggan itu mengeluarkan duit dan membayar kita untuk mendapatkan hasil terbaik dari kita. Duit orang tu beb, jangan buat main². Jadi, memang Rambozzi® akan mencuba sebaik mungkin untuk memberikan hasil kerja terbaik kepada mereka.

Itu semua adalah dari pengalaman Rambozzi®Rambozzi® tidak boleh sama sekali mengatakan bahawa apa yang Rambozzi® tuliskan di atas adalah betul dan sangat tepat. Rambozzi® nie kan amatur. Rambozzi® tak pernah belajar asas pertukangan kayu nie dengan betul. Rambozzi® tak pernah belajar sebarang teori pertukangan kayu dengan betul. Dan Rambozzi® tak boleh nak paksa sesiapa pun percaya dengan teknik dan pengalaman Rambozzi® nie.

Tapi, kalau apa yang Rambozzi® sampaikan boleh membantu orang lain walaupun sedikit - itu adalah satu kejayaan peribadi di dalam kehidupan Rambozzi®! Hehehehehehe



7 Comments

  1. kire self drilling screw ni mmg sesuai sbg replacement self tapping screw utk pocket hole

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lebih kurang macam tu lah..nak kata replace tu tak la tp mcm alternatif la..sebaik2nya guna 'self-tapping screw' utk pocket hole sbb matanya tajam dan blh skru dgn laju.

      Delete
  2. Rambozzi,

    Terimakasih kerana melayan wassap saya tadi tentang drywall screw tu.

    Ini kira dah sangat bagus. Screw tu self-tapping, lepas tu bahagian bawah kepalanya rata maka sukar utk overdrive screw tu nanti. Maka amat padan dengan kreg screw yang mahal tu...jangan marah Kreg. Gua tengah order "something" dari Kreg nanti tak pasal-pasal dia tak nak bagi. Menangis aku kempunankan Kreg.

    Lain pulak halnya dengan drywall screw yang didesigned untuk masuk ke dalam kayu tanpa segan silu (flush). Sebab bentuk bahagian bawah kepalanya yang "semaking membesar" maka ia menolak tepi-tepi lubang "pilot hole" menyebabkan kayu tu pecah. Eh... maaflah Rambozzi...saya ni lebih-lebih pulak..lawan tokey. Saya bukan engineer pun hihihi...tapi saya rasa lebih kurang macam tulah. Saya tak ada basic pertukangan kayu..lansung tak ada...cuma belajar dari orang putih di Youtube. Saya anggap Youtube macam Universiti saya yang free of charge. Dulu kat U blajar benda lain...minat di hati lainlah pulak, hihihi.

    Itulah sebabnya saya sokong sangat-sangat blog Rambozzi. Saya sokong niat Rambozzi utk wujud komuniti DIY di Malaysia macam di US tu.

    Tiada tandatangan takut Kreg tak nak supplier order saya...hihihi


    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Bruce! Itulah beza antara drywall screw dgn self drilling screw tu. Kita boleh bercakap tentang ini sebab pengalaman menggunakannya bukan? Memang drywall screw boleh menembusi kayu dengan sangat laju. Tapi kepalanya yg berbentuk V memang boleh overdrive dan pecahkan kayu.

      Apa² pun...Terima kasih Bruce atas perkongsian maklumat ini. Terima kasih kerana sudi membaca blog Rambozzi ini. Terima kasih juga atas sokongan Bruce.

      Delete
  3. Assalamualaikum sifu Rambozzi. di mana boleh dapatkan self drilling screw panjang 2-1/2" yg boleh digunakan untuk join pocket hole kayu 2x1, 2x2, 2x4 (tebal sebenar cuma 1-1/2" je)? skru kreg macam mahal je. puas cari semua kedai hardware tapi tiada. maksimum yg ada pun 2" je.

    ReplyDelete
  4. Salam bro....
    nak mintak pendapat opinion tuk screwing teknik pakai dril bit, drill x grip kepala screw menyebabkan haus dan bunga screw habis....camne nak solve tu ekk??

    Mahanor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro Mahanor.

      Pertama sekali, ada sedikit konfius mengenai "screwing teknik pakai dril bit". Rasanya bro maksudkan drive bit kan?

      Paling bagus adalah dengan menggunakan impact drill. Impact drill boleh menjaga drive bit dari cepat haus.

      Keduanya,drive bit itu sendiri bro kena guna yang berkualiti.

      Ketiganya, skru pun kena guna yang berkualiti jugak. Skru silver lebih mudah haus berbanding skru hitam (drywall screw) untuk kayu tu.

      Delete