Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
"Kalau sebelum nie Rambozzi® buat 'woodworking' untuk tokey ikan (Fishing Rod Stand Ziq), kali nie Rambozzi® dapat satu projek 'woodworking' untuk tokey kucing pula hahahahahaha...."
Sebelum Rambozzi® mulakan projek nie, Rambozzi® dan Nia terlebih dahulu telah mengambil masa untuk berbincang dan seterusnya mencapai kata sepakat untuk 'menjalinkan satu hubungan antara kami berdua' heh heh heh heh...

Sebenarnya, Nia nie telah menghubungi Rambozzi® dan meminta Rambozzi® buatkan katil kayu untuk kucing. Rambozzi® bersetuju, dengan syarat Rambozzi® akan buat dengan cara Rambozzi® iaitu - pertukangan kayu ringkas dan mudah - secara amatur dan ala-Rambozzi® atau Rambozzi®-style heh heh heh. Dan Nia setuju, jadi tanpa membuang masa jom mulakan 'woodworking' kali nie - Katil Kucing Nia.


Untuk katil kucing nie, Rambozzi® akan gunakan kayu² bersaiz 1x2, 1x1, 2x½ dan 1x½. Nia sendiri telah memberikan saiz katil yang dia nak, jadi mudahlah kerja Rambozzi®. 

Kayu² di atas telah dipotong ke saiz² yang diperlukan, sekarang bolehlah terus ke proses pemasangan.


Dan seperti biasa, untuk proses pemasangan, Rambozzi® akan gunakan teknik 'pocket hole joinery'. Jadi, kena la tebuk lubang² 'pocket hole' dulu.


Mula² sekali Rambozzi® pasangkan dulu kaki² untuk katil kucing nie.


Seterusnya Rambozzi® pasangkan pula kayu² 1x2 tu dan jadilah ia sebuah katil. Rambozzi® skrukan juga kayu 1x1 tu (lihat anak panah) sebagai alas untuk kayu² alas tilam nanti.


Kayu² 2x½ di atas akan dijadikan alas untuk tilam. Rambozzi® tebuk lubang² untuk skru dan juga 'countersink'kan ia.


Ok, siap proses pemasangan katil kucing nie. Seterusnya adalah proses 'sanding'. Rambozzi® akan gunakan kertas pasir 160 grit sebab ada di antara kayu² tu yang agak kasar permukaannya. Selepas itu barulah di'sanding'kan sekali lagi menggunakan kertas pasir 220 grit pula untuk menghaluskan lagi permukaan kayu.


Katil kucing ini akan dicat dengan warna 'pink'. Memandangkan kayu² yang Rambozzi® gunakan tidak sekata warnanya, Rambozzi® 'terpaksa' cat satu lapisan cat 'undercoat' dulu. Ini pertama kali Rambozzi® cat lapisan asas tu sebab 'terpaksa' heh heh heh. Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, Rambozzi® tak tahu apa hasil akhir cat katil nie nanti. Tapi Rambozzi® nak cuba jugak sebab nak memenuhi kehendak Nia.


Rupa²nya cat alas warna putih tu sangat² membantu untuk mendapatkan hasil cat yang cantik! Hahahaha sekarang barulah Rambozzi® tahu! Katil tu Rambozzi® cat dengan warna 'pink' sebanyak 2 lapisan, yang diselangi dengan 'sanding' antara lapisan. Sangat kemas, halus, 'solid' dan sekata warnanya. Sekarang barulah Rambozzi® tahu fungsi cat 'undercoat'. Ya! Projek nie mengajar Rambozzi® satu teknik mengecat yang baru.


Hmmm...Rambozzi® terfikir, perlu ke lubang² 'pocket hole' tu ditutup dengan 'wood filler'? Atau dibiarkan kelihatan macam tu je? Ada sorang 'woodworker' orang putih nie cakap, tak perlu ditutup atau diselindungkan lubang² 'pocket hole' tu. Sebab itu boleh menjadi satu 'character' dalam kerja² 'woodworking'. Ia juga menunjukkan kepada teknik yang kita gunakan. Ntah. Itu cakap dia la kan? Heh heh heh..


Jadi, Rambozzi® tunjukkan gambar di atas kepada Nia, dan Nia suka! Wah! Nasib baik sungguh Rambozzi®!!! Dan secara automatiknya, hilanglah 'kegusaran' Rambozzi® pasal lubang² 'pocket hole' tu heh heh heh heh heh.

Siap projek Katil Kucing Nia nie. Rambozzi® harap Nia akan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® nie. Projek nie sangat ringkas dan mudah. Tapi projek nie juga banyak mengajar Rambozzi® tentang 'woodworking' terutamanya teknik mengecat. Rambozzi® akan berusaha dan mantapkan lagi teknik mengecat Rambozzi® di masa hadapan. Tapi, kalau nak mantapkan teknik kena la ada projek lagi kan? Heh heh heh heh...




Haaa... ini adalah projek pertama Rambozzi® sejak menjadi Rambozzi® heh heh heh. Selepas beberapa tahun, kali nie Rambozzi® berkesempatan membuat semula projek nie. Projek nie pun atas permintaan Maini, yang suka melihat hasil kerja Rambozzi® tu. Kali nie Maini nak 2 'framed wall shelf' nie tapi mengikut saiznya sendiri. 'Framed wall shelf' untuk Maini nie agak besar daripada saiz 'standard' yang Rambozzi® buat dulu. Ok, tanpa membuang masa, jom mulakan 'woodworking' untuk kali nie - Framed Wall Shelf Maini.


Ok, kayu² 1x2 di atas adalah untuk 'frame'. Kali nie Rambozzi® nak cuba buat 'frame' dengan menggunakan 'pocket hole'. Untuk tujuan itu, Rambozzi® akan gunakan KREG® Micro Pocket Drill Guide. Tapi terus-terang katakan di sini, Rambozzi® tak tahu bagaimana hasil sambungan untuk 'frame' menggunakan 'pocket hole' nie. Tapi, Rambozzi® nak cuba heh heh heh.


Sebenarnya tak banyak pun yang Rambozzi® nak kongsikan kali nie heh heh heh. Ini hanyalah satu kerja kayu yang sangat mudah dan tidak banyak proses kerjanya. Rambozzi® cuma buat 2 'frame' dan akan skrukan 2 keping papan di dalam gambar di atas tu ke 'frame' - lepas tu cat dan siap.



Haaa kan dah siap! Heh heh heh. Satu kerja kayu yang sangat ringkas dan mudah. Untuk kemasan Framed Wall Shelf Maini nie Rambozzi® cat dengan menggunakan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' sebanyak 3 lapisan, dan macam biasa, antara lapisan pastinya diselangi dengan proses 'sanding'. Siap!


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ▼  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ▼  July 2014 (2)
      • - Katil Kucing Nia
      • -Framed Wall Shelf Maini
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes