Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Kali nie Rambozzi® dapat satu tempahan daripada Wira, yang mahukan satu "bende" yang agak "pelik" bagi Rambozzi® iaitu "Easel Stand". Rambozzi® sendiri pun tak tahu apa nama sebenar "bende" nie. Tapi bila Rambozzi® "google" barulah Rambozzi® tahu namanya - Easel Stand! Ntah ye ntah tidak Rambozzi® pun tak tahu. Kalau ikut Rambozzi®, Rambozzi® panggil "bende" nie "tempat letak gambar" je hahahaha.

Jadi, si Wira nie ada tunjukkan pada Rambozzi® apa yang dia nak. Dengan ukurannya sekali la. Ok, Rambozzi® pun tak tahu apa akan jadi dan macam mana nak buat, tapi apa² hal pun, jom start woodworking untuk Easel Stand Wira nie.


Ok, mula² sekali Rambozzi® potong dulu kayu 1*2 untuk buat kaki "menatam" nih. Rambozzi® potong mengikut saiz yang Wira nak. Tapi, datang pulak masalah pertama, iaitu, bukaan kaki "bende" nie luas sangat. Sampai 5 kaki bukaannya, nie dah jadi terlalu besar sangat² la pulak. Puncanya, Rambozzi® potong kayu nie menggunakan "miter saw", dan "miter saw" tu boleh potong sudut "miter" sehingga 60° je, tak boleh nak potong lebih dah. Kalau boleh potong dalam 70° atau 75° mungkin kecil la sikit bukaan kaki tu. Nak ikutkan kiraan "teorem pitagoras" memang tak sampai la kat kepala otak Rambozzi®. Mengeja pun dah salah..

Rambozzi® bagitau dan tunjukkan gambar kat atas nie pada Wira "hasil" yang Rambozzi® dapat. Wira faham dan dia bagi satu "penyelesaian" pada Rambozzi®.


Haaa itu dia modelnya! Bila Rambozzi® tengok je "bende" nie barulah Rambozzi® dapat akal sikit macam mana nak buat "menatam" nih heh heh heh heh. Ok, jom start semula woodworking untuk Wira nih hahahaha.


Start semula, Rambozzi® potong dulu siap² semua bahagian kayu yang diperlukan.


Rambozzi® cuma perlukan kayu 1*2 dan juga sebatang kayu bulat tu.


Sebenarnya Rambozzi® yakin boleh buat "bende" tu sebab Rambozzi® ada beli bende nie. Wolfcraft 4522 Tec Mobil Drill Stand nama dia. Rambozzi® jumpa kat ACE Hardware. Tapi mahal boleh tahan juga untuk "bende" macam nih. Rambozzi® beli sebab kepelbagaian kegunaannya. Salah satunya, "bende" nie boleh tebuk lubang antara "angle" 0° ke 45°.



Ok, kayu yang kat atas tu kayu penahan "bende" tu kat belakang. Jadi Rambozzi® tebuk lubang menembusi kayu tu sebab akan dimasukkan kayu bulat ke dalamnya. Jadi "angle" nya 0° je la.




Ok, itu hasilnya selepas ditebuk lubangnya.


Seterusnya, untuk bahagian kaki, Rambozzi® kena tebuk senget sikit untuk bukaan kaki "bende" tu nanti. Rambozzi® try tebuk "angle" 15° dulu, nak tengok setakat mana bukaannya nanti. Matematik memang "failed" habis la Rambozzi® nie, sebab tu buat kerja macam tu heh heh heh.



Ok itu hasilnya. Untuk kaki nie Rambozzi® tak tebuk sampai tembus kayu tu. Sebab nanti nak dimasukkan kayu bulat pulak. Dengan Wolfcraft 4522 Tec Mobil Drill Stand, Rambozzi® dapat setkan kedalaman tebukan lubang yang Rambozzi® nak. Memang Wolfcraft 4522 Tec Mobil Drill Stand nie sangat membantu.


Sekarang Rambozzi® nak "try" masukkan kayu tu ke lubang tu. Dan nasib baik dia muat dengan ngam.


Sebelum Rambozzi® pasangkan kaki² "bende" tu Rambozzi® masukkan dulu kayu bulat tu ke kayu penahan.

Dan akhir sekali Rambozzi® pasangkan kaki dan juga kayu untuk letak "frame" gambar. Nasib baik bukaannya ok dan tak mengarut sangat. Tinggal nak cat je la nie...



Wira nak warna putih. Ringkas je "design"nya. Tapi cat warna putih bukan senang jugak nak bagi sekata dan cantik. Sebab Rambozzi® guna cat minyak warna putih, cat tu meresap ke dalam kayu. Banyak lapisan jugak la Rambozzi® cat nak bagi nampak "solid". Dan akhir sekali Rambozzi® pasangkan penyangkut kat belakang kayu tu untuk disangkutkan tali ke kaki tu supaya kaki tak terbuka habis heh heh heh. Pelik² la..

Siap Easel Stand Wira. Rambozzi® macam biasa berharap Wira suka dan memenuhi keperluannya. Rambozzi® harap Wira puas hati.

Ok, seperti yang Rambozzi® nyatakan di dalam "entry" Cooking Cart Kak Nor sebelum nie, Rambozzi® dapat satu lagi tempahan daripada Kak Nor nie. Kali nie Kak Nor nak sebuah meja atau "cart" yang menggunakan "butcher block" atau "chopping board" sebagai "table top"nya. Kak Nor nie jugak nak "cart" nie mudah alih, jadi Rambozzi® kena tambahkan roda kat bawah "cart" nie nanti. Dan Kak Nor juga nak satu tempat untuk letak pisau.

Ok, disebabkan projek kali nie adalah untuk tujuan masak-memasak, maka Rambozzi® pun kena ikut la dan jadikan "entry" kali nie agak² macam program memasak la pulak. Dan bahan-bahan yang akan Rambozzi® untuk projek nie adalah:-                                                                            heh heh heh

- 2 keping papan pemotong / wooden chopping board
- 1 tempat letak pisau / knife storage
- kayu 1*2
- kayu 1*1
- papan 3/4
- 4 biji roda / casters

Dan, jom mulakan woodworking untuk projek Butcher Block Cart Kak Nor nie.


Ok, barang pertama yang Rambozzi® cari adalah 2 keping chopping / cutting block nie. Sebabnya, bila dah dapat papan nie barulah Rambozzi® dapat tentukan saiz untuk buat "cart" tu nanti. Logo "kedai" tu Rambozzi® tutup sebab takut kena saman je nanti hahahahaha. Tapi kalau nak tahu beli kat mana, tanya je Rambozzi® heh heh heh...PM PM PM


Seterusnya Rambozzi® potong kayu² 1*2 dan 1*1 di atas nie untuk bahagian "cart".



Seperti biasa, tebuk "pocket hole" la dulu.


Ok, tanpa membuang masa Rambozzi® pasangkan kesemua bahagian kayu untuk dijadikan "cart" macam kat atas nie. Proses pemasangan yang mudah, "simple" tapi kemas. Rambozzi® juga pasangkan siap² 4 biji roda kat bawah tu sebab berat jugak bila dah siap macam nie. Ada roda tu senang sikit nak alih-alihkan. Kan?



Seterusnya Rambozzi® pasangkan pula dua keping papan alas @ rak @ "shelf" untuk "cart" tu. Rambozzi® gunakan 3 keping papan setebal 3/4 inci untuk setiap satu set alas tu. Dan Rambozzi® cantumkan papan² tu dengan menggunakan "pocket hole" juga.

Anak panah tu menunjukkan lubang² skru untuk pasang tempat letak pisau nanti. Rambozzi® tebuk siap² sebab tempat letak pisau akan dipasang last sekali nanti. Tempat pisau tu nanti akan diskrukan dari bawah. Jadi, baik tebuk dulu siap².


Ok, sebelum ke proses seterusnya, baik Rambozzi® "try test" letakkan kesemua bahagian dulu, tengok macam mana dia jadi... Semuanya kemas dan mengikut ukuran yang dikehendaki. Seterusnya, jom mengecat.


Untuk "cart" nie, Rambozzi® nak cat dua warna yang berbeza antara "cart" dengan rak. Jadi Rambozzi® terpaksa cat satu-persatu dulu baru boleh dilekatkan kesemuanya. Untuk bahagian "cart" Rambozzi® cat menggunakan "varnish" warna "black ash". Macam biasa Rambozzi® cat 3 lapisan diselangi dengan "sanding" antara setiap lapisan. Ada beberapa "section" yang Rambozzi® sengaja tak cat, macam dalam gambar di atas. Sebabnya, nanti akan dipasangkan "chopping board", "shelf" dan juga "knife storage" tu. Semua tu akan Rambozzi® gam dan skrukan ke "cart" tu, jadi tak perlu dicat sebab cat akan menghalang gam kayu daripada melekat dengan sempurna.


Dan untuk bahagian rak pula Rambozzi® cat dengan menggunakan "varnish" berwarna "nyato". Sama juga, 3 lapisan diselangi dengan "sanding" antara setiap lapisan.


Ok, sekarang Rambozzi® pasangkan pula rak² tu ke "cart".


Dan akhir sekali Rambozzi® pasangkan 2 keping "chopping board" tu dan juga "knife storage" ke "cart"  Maka siaplah projek nie... Projek yang "simple" dan mudah je.


Rambozzi® harap Kak Nor suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® kali nie. Rambozzi® kena jaga hasil kerja Rambozzi®, dan Kak Nor nie pun antara pelanggan tetap Rambozzi® dah sekarang nie hahahahaha...
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ▼  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ▼  July 2013 (2)
      • - Easel Stand Wira
      • - Butcher Block Cart Kak Nor
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes