Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1s4UXjBM3xzJ4dm-l0EuIkWK9xmihH4FZ


Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4

Hmmm nasib baik gambar² peringkat akhir ni boleh diselamatkan. Tepon Rambozzi rosak hari tu. Beli yang baru. Nasib baik tak macam² laa, Rambozzi nak buat finishing dah ni hehehe. Jangan buat pasal.....

Ok! Sebenarnya projek ini sangat ringkas sahaja. Tetapi Rambozzi terpaksa pecahkan kepada 5 bahagian sebab nak berikan perincian teliti tentang proses membuatnya, yang 100% adalah menggunakan peralatan tangan & tanggam tradisional.

Boleh baca & lihat prosesnya di dalam link yang Rambozzi tuliskan di atas ye?

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1aiTJK7ebb_fTwk6oq4V3h8aiEKmMk696

Gambar di atas adalah kesemua komponen kabinet kecil ini yang telah siap diproses.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1jUFqgP03Ur9224BAlOWHyBTczGv-f_Z6 

Untuk memudahkan kerja, sebenarnya Rambozzi dah sapukan beberapa lapisan minyak teak oil & beberapa lapisan semburan cat clear.

Kemudian Rambozzi tebuk & pasangkan engsel ke tempatnya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1_id7w6oBTsAk5LBYjzmKdI9-NXXOZUGv

Rambozzi masukkan cermin ke bingkai pintu kabinet & alaskan sekeping plywood nipis.

Untuk memaku kedua² kepingan cermin & plywood itu, Rambozzi hanya letakkan paku ke tempat² strategik & kepit dengan hmmmm Rambozzi tak tahu nama alatan itu. Tapi alat itu adalah alatan yang biasa digunakan oleh tukang paip.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1qrkCqgFjonf_mGb35wsHgoxpwEnYOiSq

Menggunakan alat ini Rambozzi boleh mengelakkan dari tersalah ketuk & merosakkan permukaan plywood @ lebih teruk lagi menyebabkan bingkai kayu itu pecah. Sebab ruangan untuk mengetuk paku adalah terlalu suntuk.

Rambozzi alaskan bahagian luar bingkai itu dengan sekeping kayu perca untuk mengelakkan ada kesan apitan dari alat itu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1CuJ7U2iGZeRC2n8eqlBQcS4TnjF_hNHm

Disebabkan Rambozzi menggunakan plywood nipis sebagai dinding belakang kabinet, ia tidak cukup tebal & kuat untuk diskrukan terus ke dinding.

Rambozzi pasangkan penyangkut bingkai gambar sebagai tempat sokongan untuk skru & dinding kabinet.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1B7b3-hGCqk1JI_HjQtHVPnpebqWIE4RO

Dan Rambozzi skrukan terus ke dinding bilik air ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1s4UXjBM3xzJ4dm-l0EuIkWK9xmihH4FZ

Ok Love! Siap dengan kemas & jayanya. Kesemua tetapan hasil dari ketelitian ukuran, tandaan & potongan tampak berada tepat & kemas di tempatnya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1nc4IXu4NnGMg74V4kkZwBT4vyWUOcAkX

Sebenarnya kabinet kecil ini untuk kegunaan peribadi Rambozzi hehehe. Rambozzi perlukan cermin itu untuk menggosok gigi & bercukur sahaja.

Selama beberapa tahun Rambozzi menjadi Rambozzi, hampir setiap hari juga Rambozzi menerima pelbagai pertanyaan dari para pengikut & peminat tentang pelbagai alatan & teknik yang Rambozzi gunakan.

Kali ini Rambozzi nak persembahkan barangan kosmetik yang Rambozzi gunakan, demi untuk menjadi seorang Rambozzi hehehehe. Kerna diriku begitu berharga.....

Boleh perhatikan setiap jenama barangan yang Rambozzi gunakan & dapatkan di toko² berdekatan anda ye?

Jumpa lagi di dalam entry akan datang, InsyaAllah.

Kalau orang lain boleh restart, Rambozzi pun boleh & sudi restart juga.

Kerna diriku & dirimu begitu berharga, Love..... 😄✌🏻☺️

With Love,
Rambozzi.


Owh lupa Rambozzi nak maklumkan. Rambozzi sekarang dah kembali aktifkan Youtube Channel milik Rambozzi.

Dah beberapa tahun Rambozzi wujudkan channel itu tapi tidak aktif langsung pun.

Harap para pembaca & peminat Rambozzi sudi subscribe, like, komen & share video² yang Rambozzi muatnaik di channel ini ye?

Ini link nya. Terima kasih atas sokongan semua.

https://youtube.com/c/withLoveRambozzi

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1n8wMBh6infY6OEbzPgtWW2qeoQB_oBAE

Sebenarnya kayu cornice ini boleh dibeli sahaja di kedai. Terdapat pelbagai bentuk profil & saiz yang boleh kita gunakan di dalam projek² kayu kita.

Tetapi kebelakangan ini Rambozzi banyak membuat kajian tentang elemen² di dalam sesebuah kabinet kayu.

Antaranya adalah cornice inilah.

Ada banyak nama untuk penyeri kabinet kayu ini, antaranya adalah cornice, crown moulding, moulding & macam² lagi.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1PO3SWG9TuLdzr52912LsB-ePAoKNTKzl

Cornice ini boleh dibuat sendiri sahaja dengan menggunakan mesin router & pelbagai pilihan profil router bit.

Yang di dalam gambar di atas itu adalah profil jenis roman ogee.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1p5dctkkw1A21ZmK5PeAtyfGNxjNLVZJs

Kita hanya perlu mesin pada bahagian tepi papan, potong ke sudut 45° & cantumkan. Itu sahaja.

Ok! Sebelum Rambozzi perlu jelaskan. Profil seperti itu boleh kitagunakan pada bingkai gambar @ cornice untuk kabinet.

Untuk entry kali ini Rambozzi akan fokuskan kepada penggunaannya untuk kabinet kayu sahaja.

Entry kali ini juga adalah kesinambungan kepada 2 entry @ projek sebelum ini.

Boleh klik link di bawah untuk mengikuti 2 entry terdahulu:-

Dovetail, Love.
Sliding Dovetail.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1jeLM3XZYd8UkClR57u4QRGEXh6IDkgKU

Pelbagai bentuk profil boleh kita dapat dari pelbagai profil router bit.

2 cornice di atas terhasil dari round-over router bit.

Round-over router bit itu boleh datang dengan pelbagai saiz juga, jadi hasilnya tidak sama, walaupun nampak macam sama.

Kadar radiusnya tidak sama.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1znyQnKTL-C5Yjzt-4RhUlGbH8-y_YDLx

Cornice juga boleh dibentuk dengan menggunakan ketam tangan jenis moulding plane.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1gQ2JnP6APDeYGgyUGCBa7nwogY-KwzQM

Dengan menggunakan ketam tangan jenis hollow moulding plane seperti di atas, hasilnya akan bergantung kepada saiz ketam itu & bentuk profilnya.

Yang di sebelah ketam itu adalah hasil potongannya, manakala yang 2 di tepinya pula adalah hasil dari 2 saiz round-over router bit.

Banyak perbezaannya, jika diperhatikan dengan teliti.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1EyVAaYrhKlsEKUqN-6JGLGyolvYINraJ

Dengan menggunakan round-over router bit yang sama kita boleh mendapatkan profil yang berlainan, seperti di atas.

Jika dibenam lebih dalam, profil itu akan memiliki satu bentuk separuh bulat di tengah²nya & 2 dinding atas & bawah.

Sebenarnya bahagian² ada namanya yang tersendiri. Rambozzi dah lupa & Rambozzi tidak mahu pergi kepada nama² itu kali ini.

Rambozzi hanya nak menulis tentang perkara asas sahaja, sesuai dengan tahap Rambozzi yang masih pada peringkat asas ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ZoszVuQO-uheTrlMI1B2uBnBqDk60Rrg

Router bit  di atas pula adalah jenis cove router bit.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1qe-fnzfuKq0yXN8FWuGRw3vKS_vRApRn

Gambar di atas pula adalah hasil dari 2 jenis ketam tangan yang berlawanan bentuk profilnya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1m4uTMiEPIyzW1LQ75ZHfQymAeYG7hvL5

Cornice untuk kabinet boleh kita buat dalam apa jua saiz & profil.

Profil itu pula boleh kita bentuk dari lebih dari 1 bentuk profil.

Saiz setiap profil yang disusun itu juga boleh dibuat dari pelbagai ketebalan berbeza.

Di sini, kreativiti & kebebasan adalah kuncinya.

Ini adalah satu bentuk study yang cuba Rambozzi dalami, dalam bab cabinet cornice & cove & ovolo mouldings.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1uXRwptu8rs18GPisw5ppgmAKxWBNAhdf

Cornice boleh dibuat dengan menggunakan mesin router @ ketam tangan jenis moulding plane.

Satu masalah yang dikongsikan bersama oleh kedua² peralatan ini adalah saiz profil pada sama ada router bit  @ mata ketam tangan itu.

Terdapat terlalu banyak saiz yang perlu dibeli untuk disesuaikan dengan saiz kayu yang digunakan.

Saiz profil akan bergantung kepada saiz yang digunakan, yang bergantung pula kepada saiz kabinet yang akan dibina.

Elemen the right proportion hanya boleh  mampu Rambozzi tulis sahaja di sini, kali ini.

Ini adalah sesuatu di luar kemahiran & pengetahuan Rambozzi, tetapi adalah satu elemen yang paling Rambozzi nak dalami & mahir.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1fEoikQmlouNQcI6XCv2a0bFVGMPqLpbl

2 ketam tangan di atas adalah sepasang.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1KD3zxpz7E1w5VpdqX-9PzS1trMt0mP9b

Dikatakan, untuk ketam tangan jenis moulding plane ini terdapar lebih dari 400 jenis profil.

Bayangkan, berapa banyak ketam tangan jenis ini yang perlu Rambozzi beli @ buat sendiri demi untuk mendapatkan pelbagai profil cornice sahaja.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1b_uKABuOEDglix1nXBRQlQP30ZZz_9qX

Mungkin ada yang akan bertanya kepada Rambozzi, kenapa tidak dibeli sahaja kayu² cornice yang banyak dijual di kedai² pembekal barangan pembuatan perabot?

Rambozzi boleh & akan beli bila perlu.

Tapi Rambozzi mesti tahu & faham bagaimana cornice ini dibuat juga.

Dan memandangkan Rambozzi ini tidak mempunyai banyak projek kayu, maka Rambozzi boleh luangkan masa & hati untuk mendalaminya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1XyTIrnsT_ZZvtMvR4fl8RQd1GxeNqBLb

Memilih saiz & bentuk profil untuk disesuaikan dengan kabinet yang dibina adalah perkara paling susah sekali di dalam bab cornice ini, bagi Rambozzi.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1c2nMJknRUG2DKhQ6xxmgQjN-JHEaQWOg

Tetapi sebagai permulaan, Rambozzi rasa baik Rambozzi buat satu profil yang paling ringkas & mudah sahaja.

Cornice ringkas di atas akan Rambozzi gunakan untuk projek kabinet kecil Rambozzi sebelum ini.

Rambozzi akan gunakan yang paling ringkas sahaja, sesuai dengan Rambozzi yang serba ringkas ini juga.

With Love,
Rambozzi.



https://drive.google.com/uc?export=view&id=1VtgcskIgkmNlBb739JnfchJLe-kKhwPR

Ok! Rambozzi nak sambung projek kabinet kecil untuk bilik air sebelum ini. Kali ini Rambozzi nak tambahkan satu para di tengah² kabinet kecil ini pula.

Ok Love! Jom! Kita woodworking Love!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1PiS4ZVx-pEmCG_nylxq1k6KBUN3F3Ds6

Sebelum itu, Rambozzi perlu ubah sedikit saiz kabinet ini. Selepas diukur beberapa barangan yang akan diletakkan di dalam kabinet ini, Rambozzi perlu memotong sedikit kedua² papan untuk dinding ini. Ada satu botol syampu rasanya yang tidak muat hehe.

Takpe. Dah siap nanti Rambozzi akan ambil gambar botol syampu tu. Biar dia malu hehehe.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-CKLXhT6XLC6gHs7kgnCUzywyODSgaU7

Ok Love. Papan itu sebenarnya belum dipotong ke saiz akhirnya lagi.

Rambozzi tandakan pada papan tegak itu di tengah²nya. Tandaan itu adalah petunjuk kepada kedalaman slot yang akan Rambozzi potong nanti.

Dari tandaan tengah pada kedua² papan dinding kabinet ini, barulah Rambozzi boleh mendapatkan ukuran panjang untuk papan para itu dengan setepatnya.

Kemudian Rambozzi potong ke garisan dengan menggunakan mesin miter saw.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1g_-9hwzhSxlJgSodi-iIYPBZqs_caq2F

Untuk entry kali ini, Rambozzi akan fokuskan kepada papan para itu sahaja yang akan dicantumkan ke kabinet dengan menggunakan tanggam jenis sliding dovetail.

Pertama sekali, Rambozzi lukiskan garis panduan untuk dovetail, sama seperti entry sebelum ini.

Boleh klik link di bawah untuk melihat proses kerjanya.

Dovetail, Love.

Sudut yang lukis Rambozzi itu adalah menggunakan nisbah 1:6 yang sama seperti sebelum ini juga.

Sudut itu dilukis sebagai panduan untuk menggergaji sahaja. Hasil akhirnya nanti mungkin tidak akan sama seperti garisan itu pun.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1upUmTMOkfE1g_nZEJ4zzdqrUv7SSeH5B

Menggunakan cutting gauge, Rambozzi toreh garisan pisau yang agak dalam. Torehan itu akan menjadi panduan untuk mata gergaji diletakkan, dan akan membantu kita menggergaji dengan tepat & lurus.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1abGy62hgEANtJOxDXfRLlelDDFcvDS06

Perlahan², Rambozzi cuba menggergaji selurus mungkin dengan mengikut garisan panduan itu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1jbVzFG_vjLBehWPAyCBy40c5b-l-xUGG

Untuk menggergaji dalam keadaan baki kayu yang agak nipis seperti itu sebenarnya agak sukar jika kita tidak mahir menggunakan gergaji tangan.

Rambozzi mengambil masa beberapa tahun juga untuk mendapatkan kemahiran pada tahap setakat ini.

Disebabkan Rambozzi ini agak slow & tidak mempunyai daya kefahaman yang tinggi dalam pelbagai aspek & hal kehidupan, maka Rambozzi agak ketinggalan di dalam pelbagai aspek & hal kehidupan juga.

Kadangkala Rambozzi rasa malu juga dengan kekurangan & kelemahan diri Rambozzi ini. Rasanya, bukan kadangkala, tetapi setiap masa.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1U10fmwEgotA_ymJSx7eUcPk82TII1FUa

Ok. Selesai proses memotong kedua² garisan itu, pada kedua² bahagian hujung papan ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rGe3PygsqwqcnIzcNT7NOpYDHesa4dyv

Kemudian Rambozzi dalamkan garisan itu dengan menggunakan pisau, dan Rambozzi pahat ke garisan untuk mewujudkan sedikit lekuk pada sepanjang garisan itu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=15dqhgUVeqCs1mK1572sRdG5CO2tQrniq

Selepas dibuang kayu yang dipotong itu, kita akan mendapat lekuk seperti itu. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1EQpL8eXVxFTNR0MVGLUrR4MxZ-Xd1ZY0

Lekuk itu adalah rahsia kepada hasil potongan yang lurus & tepat menggunakan gergaji tangan secara manual.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1R3B_dss7FuXvLxA8RsvdWGeZ8lZCqmqU

Dan mata gergaji oleh diletakkan ke dalam lekuk itu & digergaji ke garisan dengan setepatnya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1K7VLPYXLAD7CKtXZCD3igblhEoXrdrNc

Menggunakan pisau Rambozzi potong baki yang sengaja tidak dipotong habis sampai ke garisan. Rambozzi tidak mahu menggergaji terlebih dari garisan bawah. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1CDuY2Pjk6AB--qxnZ4m_zBJCnjH4XdqB

Kemudian Rambozzi cuci lebihan itu dengan menggunakan pahat, secara lembut.

Ok. Rambozzi nak pesan kepada sesiapa sahaja yang nak cuba menukang dengan menggunakan pahat, jangan tolak pahat untuk mencuci garisan tanggam seperti di atas dengan sebelah tangan sahaja.

Pegang & kawal pahat seperti yang Rambozzi tunjukkan di dalam gambar di atas.

Dengan pahat yang tajam, kita hanya perlu menolak ke depan, ke garisan dengan lembut sahaja.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1636IQ0vUYlsZWAVdgAYCyJvGbxC2noNl

Kemudian Rambozzi tegakkan papan itu & cuci pada bahagian bahunya pula.

Satu tangan memegang hujung pahat, dan satu tangan lagi menolak pahat ke hadapan.

Itu adalah teknik yang betul untuk menggunakan pahat, dan ia adalah cara yang paling selamat.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=15XiWnqZCU8BPs1DnG0N-bGqb-V6Q5MUe

Ok Love! Hujung kayu itu telah berjaya dipotong ke garisan dengan bersih & kemas.

Jika diperhatikan & diteliti gambar di atas, Rambozzi rasa ada sedikit perbezaan pada kadar serongnya.

Itu adalah tidak mengapa. Itu adalah OK.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1fGMHfni72sijyMyd9Ak8jFjTJo7mdiBC

Untuk teknik tanggam sliding dovetail seperti ini, kita tidak perlukan bahagian tail itu pada sepanjang papan itu pun.

Jadi, Rambozzi potong sedikit bahagian itu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ZWRKUbMOgo8YbXfXFlw41OFt8hHSdnex

Ok. Begitulah rupa akhirnya sekarang. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SlloZ-5BsRbqgKNCdlgDFdNWfeGetvc2

Seterusnya barulah Rambozzi letakkan papan itu ke tempatnya pada kabinet, dan tandakan menggunakan pisau mengikut bentuk tail yang terhasil tadi.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Jb77Ln09ppPnfS9-USFTjI8ioi1yBIXE

Garisan pisau itu adalah untuk panduan memahat tepat ke garisan. Rambozzi gelapkan sedikit dengan menggunakan pensil untuk memudahkan mata melihatnya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1R8jzz7Hezd5iwBetJZviybyNjs99Czrj

Kemudian Rambozzi gergaji hampir ke garisan, dan berhenti pada tandaan mengikut panjang tail yang telah dipotong sedikit tadi.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=18z3EyyOFW5IuEWX_ArY_ZJ0dZxGQ9cU0

Kemudian Rambozzi buang kayu di dalamnya dengan menggunakan pahat secara kasar dahulu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1vIpmXA3-7_0qg4ZyswhrtWFIE_mrDuSO

Untuk membuang & mencuci sisa kayu di dalam slot itu ke garisan bawah dengan tepat, Rambozzi gunakan router plane.

Rambozzi akan tulis serba sedikit mengenai router plane itu di dalam entry akan datang pada masa hadapan.

Rambozzi rasa Rambozzi boleh bercerita tentang pelbagai peralatan pertukangan juga di dalam blog ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1KcPGpQpL_mehhdM6RaJoxmQnMOpqggte

Proses menanda, memotong & mencuci ke garisan dengan tepat menuntut tukangnya untuk bersabar & bekerja dengan setelitinya.

Jika kesemuanya dibuat dengan penuh kesabaran & ketelitian, hasilnya pasti tidak akan mengecewakan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Q75i03byjo8pizewDKtYaRT-cXsCUSlN

Papan para itu berjaya dimasukkan ke slotnya dengan kemas.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1eo1OkDd8ViBWfJzOct8c575a7XsXu6GW

Dan begitulah rupanya setakat proses kerja kali ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1AbVz1-yopInZZ4YqUDLk1FOLgQJMUwlZ

Gambar di atas adalah satu trend bagi tukang² kayu orang putih di platform Instagram.

Rambozzi suka meluangkan masa di Instagram berbanding di Facebook. Rambozzi suka melihat bagaimana tukang² kayu Amerika, England & Jepun terutamanya bersosial.

Rambozzi suka melihat kekemasan & ketelitian hasil kerja mereka. Banyak yang boleh Rambozzi pelajari juga, walaupun hanya pada sekeping gambar seperti di atas.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1XO34ew7CpFQuY7xp52_nYoIv8xCT2dMu

Ok Love! Sekarang barulah Rambozzi gam & cantumkan kesemua bahagian untuk projek kabinet kecil ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1A85B0o0syPSVgUMK5KStdn5b1C3mQMIS

Owh lupa pulak, Love!

Sebenarnya Rambozzi telah terlebih dahulu menebuk slot untuk plywood pada bahagian belakang kabinet ini. Lupa pulak nak ambil gambarnya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1pb258diKaQ8YDBAL5A-wKwJCohGuNSo9

2 keping plywood itu akan dimasukkan ke dalam slot menjadi dinding pada bahagian belakang kabinet ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1lw8CZ2yjThHHwZkHPT6qy64Jw39LHsOv

Haaaa macam tu. Haaaa tuuuuu diaaa....! Hehehe.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1fEzAbW8DLVwNiQIKNjhxOksHHaQ8ZfOO

Wah! Agak kemas juga hasil kerja Rambozzi kali ini kan? Hahahahaha!

With Love,
Rambozzi.



Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes