Dovetail, Love

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1bX9sfAh-w_cFLdcxx64N2l_q7W5ZYyfP

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1d5n9I9fhBxIjMxB4_K4KT_TQCC6CbSNZ

Ok Love! Untuk projek kecil & ringkas kali ini, Rambozzi cuma nak buat sebuah kabinet kecil sahaja. Kabinet ini akan dipasang di dalam bilik air.

Jadi, memandangkan terdapat perbezaan pada kerataan dinding itu yang sebahagiannya telah ditampal mozek, maka ia sedikit mengganggu untuk membuat kotak kabinet seperti biasa.

Bahagian kabinet ini akan mengikut bentuk dinding di dalam bilik air ini.

Jadi, Rambozzi perlu mendapatkan jarak @ ukuran kedalaman dinding yang tidak bertampal mozek.

Setelah disetkan pada Kreg Multi-Mark, maka barulah Rambozzi boleh teruskan dengan proses² kerja yang seterusnya.

Ok Love! Jom! Kita woodworking, Love!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rbRpbyYAVpA348d9W7md_p_pWiGSyGGg

Dari ukuran yang diperolehi tadi, Rambozzi tandakan & potong bentuk yang diingini ke garisan.

Rambozzi gunakan table saw & gergaji tangan untuk tugasan ini.

Mesin table saw tidak boleh memotong tepat ke garisan pendek, kerana bentuk matanya yang bulat boleh menyebabkan potongannya terlebih dari tandaan. Jadi Rambozzi belah hampir ke garisan sahaja.

Kemudian Rambozzi sudahkan dengan gergaji tangan, ke garisan dengan setepatnya.

Hmmm... Sepatutnya Rambozzi ambil gambar sebelum bahagian² itu dipotong untuk menerangkan apakah yang telah terjadi kepada mereka berdua itu. Terlepas pandang pula, Love...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1YMM9wiMbyesDyjR6c3wFgqCt6y7cSCE7

Kemudian Rambozzi potong & belah 2 lagi keping papan yang akan dipasang di bahagian atas & bawah kabinet ini. Disebabkan bentuk dinding tepinya yang kecil di bahagian bawah, maka saiz untuk bahagian atas adalah lebih besar dari bahagian bawah.

Sebelum meneruskan operasi kerja yang seterusnya, Rambozzi susun & tandakan setiap kepingan papan mengikut orientasinya.

Hmmm... Yang ni pun Rambozzi lupa nak ambil gambar juga, Love...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Fpc3EIejgY8UrSebWZi38M6qjsML3fZ8

Untuk membuat tanggam dovetail ini, proses untuk menjelas & menerangkannya agak panjang lebar & penuh perincian. Rambozzi mungkin akan ketandusan idea @ kehilangan akal fikiran dalam mencari perkataan @ istilah yang sesuai hehehehe...

Rambozzi akan cuba untuk pergi ke setiap proses kerja dengan setelitinya. Rambozzi fikir, kalau blog ini akan dijadikan bahan bacaan umum, terutamanya bagi yang hendak mempelajari teknik² di dalam dunia pertukangan kayu, baik Rambozzi berikan perincian yang sebaiknya.

Bekerja dengan pelbagai jenis tanggam ini sebenarnya menuntut tukangnya untuk mengikuti & mematuhi pelbagai aturan & sistem kerjanya.

Tanggam dovetail boleh dibuat pada 2 keping papan yang sama tebal & lebar, atau boleh juga jika tidak sama tebal & lebar.

Tanggam dovetail ini sebenarnya satu bentuk seni kayu yang bebas. Kita bebas memilih jenis kayu sama ada sama @ berbeza jenisnya juga.

Dalam projek kali ini papan² yang Rambozzi gunakan adalah sama tebalnya.

Jadi, boleh setkan ketebalannya pada cutting gauge itu. Kedalaman itu boleh kita lebihkan sedikit dalam 1-2mm. Selepas dicantumkan nanti, lebihan itu boleh kita ketam rata.

Jika tidak dilebihkan pun boleh, bila dicantumkan nanti kedua² papan akan bertemu rata & sekata.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1TR9HzIWTsb_tTRrFUiFxemy-VosiOtQ6

Kemudian Rambozzi toreh garis panduan ke atas permukaan kesemua papan, dengan satu tetapan jarak yang sama pada cutting gauge tadi.

Jejari tanggam akan dipotong dengan tidak melebihi garis panduan itu. Garis panduan itu adalah garisan penamat potongan supaya sama dengan tebal setiap papan itu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=12MF5Fo8NaBxskVI4sTzu5zbh9bT8CjpM

Eh? Rupanya Rambozzi ada ambil gambar sistem tandaan ini. Ada la, Love hehe..

Membuat tanggam dovetail ini bakal membawa kekeliruan yang agak memeningkan kepala juga jika tidak bekerja dengan sistem kerja yang betul & efisien.

Disebabkan operasinya adalah berbentuk ibarat copy & paste, maka kita mesti tahu setiap satu bahagian itu akan di copy paste ke bahagian mana.

Tentang copy & paste itu kita akan dapat lihat sekejap lagi selepas selesai potongan yang pertama.

Untuk mengelakkan kekeliruan & melancarkan operasi kerja, Rambozzi susun kayu² itu membentuk rupa akhirnya nanti.

Kemudian Rambozzi tandakan mengikut aturan pertemuannya nanti.

Dengan sistem ini Rambozzi tahu, bahagian A akan pergi ke bahagian A, dan seterusnyalah sampai D.

Sampai D je tau? Sebab kotak ini berbentuk empat segi. Tak de E ok, Love?

https://drive.google.com/uc?export=view&id=14MjWHpS_EQIuHFvBrnemEgaCUxs-3eTP

Seterusnya, Rambozzi akan potong papan tail dahulu.

Dalam teknik tanggam dovetail, kita boleh pilih sama ada nak potong bahagian tail dahulu, atau bahagian pin dahulu.

Rambozzi lebih selesa & lebih mahir memotong bahagian tail dahulu.

Rambozzi tandakan 2 garisan yang sama jaraknya di kedua² hujung kayu itu dahulu. Bahagian luar itu dipanggil sebagai half pin.

Jarak itu adalah bebas untuk kita menentukannya. Cuma kita kena buat study dulu sikit tentang rupabentuk akhir tanggam ini.

Jarak yang biasa Rambozzi gunakan adalah lebih kurang 3/16" dari hujung kayu untuk bahagian half pin.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1C8jm00xwRlD5nsHQJCe-PUAVX7Lrlap9

Kemudian Rambozzi nak tentukan berapakah jumlah tail yang hendak dipotong nanti.

Kita bebas untuk memilih seberapa banyak tail sekalipun. Cuma, kalau terlalu banyak pada kayu yang kurang lebar, ia akan menjadi terlalu berlebihan @ crowded.

Kalau terlalu sikit pada papan yang agak lebar, tanggam itu akan kehilangan daya tarikannya, sebab hampir tak nampak. Macam tak de, terutamanya jika saiz tail itu terlalu kecil.

Rambozzi gunakan formula yang paling mudah, iaitu jika lebar papan itu adalah 3", maka Rambozzi akan buat 2 tail. Kalau lebarnya adalah 10", maka Rambozzi akan buat jumlah tailnya adalah 9.

Papan yang Rambozzi gunakan itu lebarnya adalah hampir 4".

Jadi, Rambozzi nak buat 3 tail.

Ini bukan satu formula yang mesti @ wajib diikuti. Tanggam ini adalah jenis bebas & santai.

Tetapi para woodworker termasuk Rambozzi sendiri telah membuat beberapa kajian tentang kesesuaian jumlah tail  dengan lebar kayu digunakan.

Elemen sedap mata memandang boleh & mesti Rambozzi pegang dalam hal ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1cXCTGF1E1x6yVcf0C-R2Seg44YTSVieX

Menggunakan pembahagi @ divider, Rambozzi bahagikan kepada 3, dengan jarak lebih kurang 2mm di antara setiap garisan.

Jarak antara setiap bahagian itu juga bebas untuk kita tentukan. Kita boleh buat jaraknya luas, rapat @ tiada jarak langsung.

Jarak antara setiap bahagian itu akan menentukan kadar bukaan slope di antara setiap tail. Yang ini pun Rambozzi akan tunjukkan sekejap lagi.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1OveBWx5IHdXvqIy5OrWw9O8_eBgumS8m

Ok Love! Alatan di dalam gambar di atas dipanggil sebagai dovetail marker. Alatan ini sekarang adalah sangat mudah untuk didapati di mana² online store. Dulu takde, sekarang dah bersepah & murah pula tu.

Alatan ini sebenarnya adalah pemudah kepada operasi mendapatkan nisbah sudut. Yang ini Rambozzi akan tulis di dalam entry lain, jika berkesempatan.

Kita boleh beli & guna alatan ini, tapi kita mesti faham apa yang kita buat tu.

Pada alatan ini ada 4 nisbah, iaitu 1:5, 1:6, 1:7 & 1:8.

Nisbah² itu boleh kita pilih untuk tanggam ini.

Nisbah² itu juga untuk disesuaikan dengan kadar kekerasan kayu yang digunakan.

Umumnya, nisbah rendah untuk kayu lembut & nisbah tinggi untuk kayu keras. Ini hanya cadangan para woodworkers, tetapi sebenarnya kita tidak terikat dengan apa² nisbah @ bukaan slope pun. Seni tanggam bajang ini adalah bebas sebebasnya. Alaan ini hanya untuk memudah & mempercepatkan proses kerja sahaja.

Setiap nisbah itu juga akan menentukan bukaan slope pada setiap tail.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1lUCuLlAkCi2xypbZ2VCmTJZSGPTt4vlO

Rambozzi suka gunakan nisbah 1:6. Ini hanyalah bersifat peribadi sahaja.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1A8wvUVUhC3F857XKSAl-0B8jVKrofi3g

Rambozzi nak tunjukkan dahulu beza bukaan slope yang Rambozzi dari setiap nisbah yang maksudkan itu.

Kalau di dalam bahasa pasarnya, slope itu merujuk kepada berapa luas kangkangan sudut itu. Hehe. Sama ada macam "senang diri" @ macam mat rock berdiri. Hehe.

Kita bebas untuk memilih & menggunakan apa² nisbah sekalipun, tapi Rambozzi sentiasa memastikan ia adalah sesuai dengan jumlah tail & sedap mata memandang.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1c6WsPokJgiFGoS4E13exTt6OGcw0vlZg

Begitu juga dengan jarak antara bahagian tail yang kita bahagikan tadi. Ia boleh renggang & jauh², rapat & dekat² @ bertemu terus di antara setiap tail.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1zVCby9A0pN2uUwh7qqt8xiTXFfDZKt_t

Gambar di atas adalah contoh beberapa keratan tanggam dovetail ini yang Rambozzi buat untuk tujuan pembelajaran & kajian.

Ada perbezaan ketara di antara jarak setiap tail. Kesemua di dalam gambar itu menggunakan nisbah 1:6, seingat Rambozzi.

Dan untuk tanggam dovetail ini, paling cantik kalau dibuat pada 2 jenis kayu yang berlainan warna. Ia akan memberikan kesan kontras ketara yang sangat menarik.

Rambozzi suka jarak tail yang rapat² @ bertemu terus. Ia dipanggil sebagai needlepoint dovetail.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1YiCFK_Ww8dcgTdY8KTuBvioqsesH04BR

Untuk papan bahagian bawah kabinet ini yang lebih kecil, Rambozzi lukiskan 2 tail, sesuai dengan lebarnya yang lebih kurang 3".

Rambozzi tandakan pangkah pada bahagian yang akan dibuang. Tandaan pangkah itu akan mengelakkan kekeliruan & supaya kita tidak tersalah potong. Ini adalah sistemnya di dalam seni tanggam dovetail ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1VQgUYJZUfikskRVvsNniPUsqa6a0qH-k

Kemudian, dengan berhati² & perlahan² Rambozzi belah ke garisan. Operasi kerja ini adalah operasi belah, maka Rambozzi gunakan gergaji belah @ rip saw.

Rambozzi belah rapat ke sebelah garisan, tetapi tidak di atas garisan. Dan berhenti sebelum mencecah garisan bawah.

Kritikal untuk menggergaji dengan selurusnya ke hadapan pada peringkat ini. Kalau senget @ lari dari garis tandaan itu tidak mengapa, asalkan lurus ke hadapan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1B_5Qi_-RhnfjoUlSCSB3S0uqJ47R8DbQ

Sekarang adalah operasi nak membuang kesemua bahagian yang bertanda pangkah itu pula.

Rambozzi potong bahagian paling luar itu dahulu dengan gergaji potong. Jika diperhatikan, sengaja Rambozzi memotong sedikit senget ke luar dari garisan tegak itu.

Sebabnya, Rambozzi tidak mahu bahagian itu terpotong senget walau sedikit pun. Potongan senget pada bahagian itu akan ketara selepas dicantumkan nanti & akan kelihatan tidak kemas, memberikan petunjuk kepada tukangnya yang cuai, culas & tidak teliti kerjanya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Pt9EV9C65aDYTgIJmdBDYY6dNphwVnae

Bahagian yang masih berbaki itu boleh dicuci dengan menggunakan pahat dengan sangat mudah.

Hanya tolak lembut ke garisan, dengan tidak melepasi garisan.

Ok Love! Sangat teliti kan? Hehehe. Ini seninya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1w6bPAg0Aeejo0PMgBvdp6s0b6b6-JpDd

Untuk membuang 2 lagi bahagian bertanda pangkah di antara setiap tail itu, ada beberapa cara yang boleh kita gunakan.

Cara pertama adalah dengan menggunakan gergaji lengkung jenis coping saw @ fret saw.

Gergaji di dalam gambar itu adalah jenis fret saw.

Menggunakan bilah gergaji mata halus, Rambozzi boleh potong secara kasar, hampir ke garisan bawah.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1fgej00iMPIWdcD8S6Ny8lF-2W4hSLdFf

Cara kedua pula adalah dengan menebuk lubang terlebih dahulu & kemudian barulah digergaji, seperti di dalam gambar di atas. Jadi proses menggergaji itu akan lebih cepat kerana hanya tinggal sedikit sahaja baki kayu yang perlu dipotong. Sama juga, kita tebuk lubang & gergaji hampir ke garisan sahaja.

Cara di atas lebih praktikal & lebih cepat jika kita perlu membuat banyak kotak dovetail terutamanya dalam pembinaan kabinet yang mempunyai banyak laci.

Cara ini juga Rambozzi gunakan kerana mata gergaji yang Rambozzi gunakan itu terlalu halus. Ia memotong dengan sangat bersih, tetapi sangat lambat. Jika dipaksa mata gergaji itu boleh patah.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1PEcUJN8S5bG-EzJIkmJGGQJofIv8Dxwo

Cara ketiga adalah dengan menggunakan pahat. Sebenarnya cara ini adalah cara paling asas di dalam seni tanggam bajang. Sesiapa yang hendak belajar membuat tanggam jenis ini mesti tahu & mempraktikkan teknik memahat ini. Ia akan menguji kemahiran menggunakan pahat dengan efisien. Dan ia akan menguji tahap kesabaran & ketelitian kita juga.

Sama juga, kita pahat hampir ke garisan sahaja pada peringkat ini.

Cara ini lebih klasik & lebih tradisional. Cara ini lebih feel & lebih berjiwa, yang mana adalah pilihan Rambozzi untuk projek² ringkas seperti ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1XWWPJdF-1-uH48oOuZB6BoJWAMsQk7gs

Selepas kesemua bahagian dipotong & dipahat hampir ke garisan, barulah kita pahat tepat ke garisan pula.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1UPkiJiFwaYo7cMMDrecsrKnU-eCOcYkH

Untuk memahatnya dengan tepat & kemas, kita akan pahat dari kedua² arah papan itu, supaya kita tidak terlajak dari garisan di bahagian sebelahnya. Dan kita boleh mengelakkan koyakan @ pecahan jika dipahat dari satu arah sahaja.

Dengan kesan lorekan mata pisau dari cutting gauge di permulaan proses kerja tadi, mata pahat mudah untuk diletakkan tepat ke garisan.

Hanya masukkan hujung mata pahat ke dalam torehan yang terhasil itu, dan kita boleh memahat dengan tepat tanpa senget @ lari dari garisan tandaan.

Kalau kita bekerja dengan menggunakan kayu yang berwarna gelap, kita akan mengalami kesukaran untuk melihat garisan dengan jelas.

Tetapi garisan pisau itu akan memudahkan mata pahat mencari tempatnya.

Kita tak boleh nampak, tapi kita boleh rasa. Kan, Love?

Sekarang, Rambozzi nak pahat tepat ke garisan kesemua papan tadi.

Dan, ini adalah satu moment yang paling mendamaikan di dalam kehidupan seseorang tukang kayu yang membuat seni tanggam dovetail ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1R5Y4nAIuZ6NUsOxOWs9ecbz0wpolVZuE

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you
Love was made for me and you
Love was made for me and you
Love was made for me and you


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1UrlgipEJ5YNgrglcrgTFXAgF44vV4QhQ

Ok Love! Selesai proses memahat ke garisan & siaplah bahagian tail untuk kabinet ini.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=13ABfmVXRsxJqHIZ1a68ErUW72TZrwC4W

Sekarang Rambozzi nak potong papan untuk bahagian pin pula.

Sistem kerja yang digunakan ini adalah klasik &tradisional juga.

Rambozzi apit papan bahagian pin ini ke dalam vise & laraskan supaya sama dengan tinggi ketam yang dibaringkan itu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Y8uvVerGDfUgAkC44NBQPE4Au6iqtFrK

Tujuannya adalah supaya papan tail tadi boleh diletakkan ke atas papan pin dengan rata, seimbang & stabil.

Jadi akan memudahkan untuk kita menanda pada papan pin di dalam vise.

Kita boleh gunakan apa² objek sekalipun seperti blok kayu juga.

Ketam tangan digunakan sebagai alat bantu seperti di dalam gambar di atas kerana ia adalah peralatan yang sentiasa berada di atas permukaan workbench & cepat untuk dicapai & digunakan.

Sebab itu jugalah rasanya kenapa ketam tangan juga dipanggil sebagai bench planes.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1BSap_oNJgNkEH6haI4Vbug3V2LPMf_ri

Dari papan tail yang telah siap dipotong tadi, Rambozzi lorekkan garisan dengan menggunakan pisau.

Ini adalah yang dimaksudkan dengan operasi copy & paste tadi.

Di sini, apa² sudut yang kita dapat dari hasil membelah tadi, akan kita copy ke papan pin. Yang penting adalah dinding pada bahagian tepi setiap tail itu adalah lurus & tepat dari atas ke bawah.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Ji-LZuF_O_CuYDCxvmeO-EHU2Elpak30

Kita boleh terangkan garisan pisau dengan pensil untuk memudahkan mata kita melihat garisan itu dengan jelas.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1lTPVvMYeX2Hy3DVf4D6sgAMtvtVD0gib

Kritikal untuk membuat tandaan pangkah pada bahagian yang akan kita potong & buang supaya kita tidak tersilap langkah.

Kemudian, Rambozzi sambung garisan atas ke bahagian tepi papan pin. Garisan lurus ke bawah adalah panduan untuk menggergaji lurus ke bawah, garisan atas adalah panduan untuk menggergaji mengikut serong nisbah pada papan tail..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1vFJhJIilxSP_Yf-5-72mD-tyBqj_iUWw

Kemudian barulah kita gergaji, hampir ke garisan. Pastikan gergaji diletakkan di dlam kawasan yang bertanda pangkah. Sama seperti tadi juga, kita simpan garisan akhir untuk dipahat kemudian dengan setepatnya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1mqxmBJvVM5dHmS7E408NzZI5zm4Y01Ae

Kemudian bahagian bertanda pangkah itu dibuang dengan menggunakan gergaji lengkung.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1PHX-sO_ZRlUsfgQjSrxiSg-uFd8AXp6c

Memandangkan bahagian yang hendak dibuang itu agak lebar juga, Rambozzi tebuk lubang dahulu di tengah²nya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1qUiZssk0UIDDNrbJ5hr3y-Vr6yOuNKTs

Rambozzi akan gunakan gergaji kecil jenis compass saw untuk mempercepatkan proses.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Vn-xmY7Et6xoIeBuL2eJhfsnlfxsVAPm

Menggunakan gergaji compass saw ini jauh lebih cepat berbanding menggunakan gergaji coping saw  @ fret saw. Dan disebabkan bahagian itu lebih lebar maka lubang yang besar boleh ditebuk & gergaji dengan bilah yang lebih lebar boleh kita gunakan.

Operasi kerja yang sama sahaja dengan papan tail tadi, tetapi perbezaan saiz bahagian yang hendak dibuang membolehkan kita memilih medium pemotongan yang lebih cepat & agresif.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1PMxbnoMxAbmotpI9V1N5iX5CFoFGcsUG

Secara kasar & pantas sahaja, bukan secara teliti & tepat.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1_ltCDofGt4VP2o6O2Gx7g92TwQ1SYAqZ

Selepas dipahat tepat ke garisan dari satu permukaan ke permukaan sebelahnya, Rambozzi akan pahat dari atas ke bawah pula, mengikut garisan.

Ingat, semasa menggergaji tadi kita hanya memotong rapat ke garisan, tetapi tidak di atas garisan. Jadi masih ada sisa yang berbaki. Sisa itu yang kita hendak pahat & buang sekarang.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1iOoII1jFq_olRSdrHdMmI-xp4M5H660k

Tapi sebelum itu, kita kena perhatikan dulu arah urat kayu itu.

Rambozzi contengkan dengan pensil untuk menunjukkan hala tuju urat pada papan ini. Ia tidak lurus ke bawah & keluar serong ke sebelah kanan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1RLwuB4EQjZiDZavTZ80tQ7-eskwfYg0-

Pahat yang ditekan turun ke bawah akan mengikut hala urat kayu itu. Jika tidak berhati² kita boleh terlajak pahat melepasi garis tandaan seperti di dalam gambar di atas.

Itu adalah minima, tetapi dalam kebanyakan situasi kayu itu akan terkoyak teruk @ terbelah melepasi garisan dengan kadar yang boleh dianggap sebagai rosak @ jahanam. Hehehe.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ZCziM9B4d1_U8nVFIWa2TCbpQDO_0_nj

Ok Love! Sikit je lagi, tak banyak dah hehe. Rambozzi nak rehat jap. Penatnya menulis lebih penat dari menukang kayu itu sendiri hahahahaha!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1wwbf7FSg6PIc85ER0K-EvwWDYHwnAOI2

"The moment of truth", kata Frank Strazza.

Jika kesemuanya dibuat dengan seteliti & penuh kesabaran, hasilnya pasti tidak akan mengecewakan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1IXOetp6golqNEHTFKDyGXeYQIiuXdYuc

Disebabkan kita ini manusia, maka pasti akan ada ruang untuk kita melakukan kesilapan.

Bagaimana kita hendak memperbetulkan kesilapan & belajar darinya adalah satu pengalaman yang tidak ternilai.

Di dalam seni tanggam dovetail ini juga Rambozzi banyak belajar tentang kesilapan dalam mencari kesempurnaan.

Ada masanya tangan kita tidak menggergaji dengan tepat & selurusnya.

Ada masanya kita gagal memahat dengan baik & terpesong dari garisan.

Ada masanya cantuman tanggam kita tidak bertemu rapat & tepat seperti yang kita kehendaki @ harapkan.

Tetapi kesemua itu tidak sepatutnya kita jadikan sebagai penyebab untuk merasa kecewa. Ada seni yang masih sangat indah di dalam ketidaksempurnaan itu.

Sebarang ketidaksempurnaan yang wujud adalah petunjuk kepada ketidaksempurnaan seseorang tukang kayu itu, yang juga hanyalah manusia biasa.

Jika terdapat sebarang renggang halus kita boleh semburkan air sahaja.

Air akan menyebabkan kayu itu kembang & menutup rapat renggang yang wujud.

Air di dalam seni tanggam adalah penyejuk & pendamai.


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1WtlEE8fUsjNMapumwkdGc7xXCft0H7eq

Bila disusun & dinikmati hasil yang terpampang di depan mata, Rambozzi sangat gembira & berasa bangga juga.

Orang lain boleh mencari kebahagiaan mereka dalam apa jua bentuk yang mereka ingini.

Rambozzi cukup di sini sahaja, dengan Love.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1DCFZ-7jjImLQOoqFY5Rkc5K-HWHNcK-f

Projek ini masih belum siap sepenuhnya. Projek ini tidaklah sebesar & sehebat mana. Tetapi perinciannya tidak boleh Rambozzi tulis di dalam satu @ dua entry.

Rambozzi akan sambung menulis di masa akan datang, jika berkesempatan.

Harap apa yang Rambozzi kongsikan di sini boleh menjadi sumber rujukan bagi yang hendak belajar, atau menjadi inspirasi, atau menjadi bahan bacaan yang nyaman & menyegarkan bagi yang suka dengan tulisan² Rambozzi di sini.

With Love,
Rambozzi.




0 Comments