- Pallet Display Shelf - Lily



"Kreativiti dan imaginasi saling berinteraksi dan berkolaborasi antara satu sama lain di dalam menghasilkan hasil² kerja kayu yang mungkin pada asalnya hanyalah satu ilusi atau fantasi. (Wah! Bestnya introduksi! Hehehehe. Ok. Ok. Rambozzi® nak sambung lagi...) Kefungsian koordinasi dan sensasi minda Rambozzi® seringkali berada di dalam sesi diskusi mencari responsi logikal yang memanipulasi tangan seni Rambozzi® ini dan diinterpretasi menjadi hasil kerja kayu ke destinasi atau definisi yang di luar realiti. (Wah! Wah! Hahahahahaha!) Ermmmm... provokasi minda memaksa tenaga tangan dan kaki Rambozzi® mengalami reaksi konklusi yang membawa infeksi kepada perut sehingga memaksa Rambozzi® mencari nasi untuk mengatasi situasi kekurangan nutrisi itu. Hmmmm... Introduksi ini memberi sedikit iritasi kepada mata dan minda Rambozzi®....."

Fuuuhhhh!!! Heh heh heh heh... Apa punya 'intro' daa.... Hahahahaha! Oraits! Sebenarnya Rambozzi® mempunyai seorang peguam peribadi (rakan Rambozzi® yang belajar jurusan undang² tapi masih belum berpeluang menamatkan pengajiannya kerana masalah nutrisi juga heh heh heh) yang Rambozzi® suka bertanyakan pelbagai soalan berkaitan undang² la kan hahahaha. Tetapi, setiap patah perkataan yang digunakan oleh beliau memang tidak dapat difahami langsung oleh akal Rambozzi® yang cetek ini. Istilah² perundangan yang digunakan oleh beliau tidak dapat memberikan pemahaman yang terbaik untuk akal Rambozzi® hadam. Akibatnya, kami menjadi "seperti ayam bercakap dengan itik pasal GST". Hahahahahahaha! Itu adalah satu 'failure'!

Bukan senang nak bagi orang faham maksud kita, bro. Sama seperti 'woodworking' ini, Rambozzi® mencuba sebaik mungkin untuk memastikan pembaca blog ini yang hampir 1.3 juta pelawat (wow!), memahami maksud tulisan atau penjelasan Rambozzi® ini. Jadi, Rambozzi® gunakan bahasa² atau istilah² yang agak 'trending' atau 'modern' atau 'Key Ell habis bro' yang lebih santai supaya dapat disesuaikan dengan perkembangan 'slang' semasa. 'Point' Rambozzi® adalah; Rambozzi® kena cuba terangkan 'woodworking' Rambozzi® ini di dalam bahasa yang mudah difahami. Oraits? Hehehehehehehehehe...

Bukanlah niat Rambozzi® untuk cuba menjadi seorang guru ketukangan kayu, tetapi lebih kepada perkongsian ilmu dan pengalaman Rambozzi® sahaja. Satu masalah besar yang amat ketara yang Rambozzi® dapati telah berlaku dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia ini - kita gagal menggunakan istilah, atau perkataan yang tepat, atau lebih kritikal lagi - kita gagal mengeja dengan betul. Masalah ejaan yang salah akan menyebabkan Google tidak dapat "membantu" kita mendapat jawapan yang kita kehendaki. Sebagai contoh; 'grit' untuk kertas pasir. Ramai yang mengeja mengikut sebutan kita iaitu 'gred'. Bila kita cuba Google, memang kita tidak akan mendapat jawapan yang tepat untuk carian itu. Oh! Tidak! Rambozzi® bukan hendak mengajar. Rambozzi® cuma cuba kongsikan kelemahan kita (termasuk Rambozzi® sendiri) dalam hal ini.

Semasa Rambozzi® mula menjadi "Rambozzi®" ini, Rambozzi® juga mengalami masalah² seperti itu. Tapi demi minat dan "cinta" terhadap "woodworking" ini, Rambozzi® banyakkan membaca dan memastikan Rambozzi® tahu dan faham maksudnya sebelum ia digunakan di dalam blog ini. Dan Rambozzi® pastikan Rambozzi® gunakan perkataan dan ejaan yang betul.

Blog ini adalah mengenai pertukangan kayu yang hanya pada tahap amatur - yang sangat ringkas dan mudah. Tetapi setiap perkataan atau istilah untuk sesuatu teknik atau 'tools' yang Rambozzi® gunakan, adalah tepat penggunaannya, dan ejaannya. Rambozzi® perlu  pastikan ketepatan itu kerana Rambozzi® memang agak kritikal mengenai ketepatan. Namin, sebagai manusia biasa, Rambozzi® juga akan pasti melakukan kesilapan ejaan, seperti perkataan pertama untuk baris ayat ini.

Untuk 'entry' kali ini, Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin, membawa tahap tulisan dan pemahaman Rambozzi® mengenai 'woodworking' ini, ke satu tahap yang lebih baik.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Pallet Display Shelf - Lily. Yeah! Heh heh heh heh...


Terus-terang Rambozzi® mengaku di sini, Rambozzi® sebenarnya agak jarang bekerja dengan menggunakan kayu palet. Rambozzi® tidak sekreatif mana bila menggunakan kayu palet (macam la bila guna kayu lain akan jadi lebih kreatif... Kan... Kan... Hahahaha!). Tapi untuk projek kali ini - memandangkan masih terdapat sedikit lagi baki kayu palet hasil "serbuan" Rambozzi® dan bro Wahyudi Wahab ke Senawang tempoh hari - Rambozzi® akan gunakan kayu palet.

Oraits! Pertama sekali Rambozzi® potong dahulu kayu² palet kepada saiz² yang diperlukan. Rambozzi® potong kayu² palet itu dengan menggunakan 'miter saw'.

Berpandukan gambar di atas, Rambozzi® dapatkan terlebih dahulu ukuran panjang yang diperlukan dan tandakan di atas kayu itu. Dan Rambozzi® 'clamp'kan sebatang kayu pada 'miter saw extension wing' sebagai 'stop' atau 'guide' supaya Rambozzi® boleh memotong seberapa banyak kayu dengan panjang yang sama, dan tepat.


Kayu² palet di atas adalah bahagian² kayu yang diperlukan untuk projek ini. Kesemua kayu di atas akan dibelah menjadi 2 bahagian yang sama lebarnya. Untuk tujuan itu, Rambozzi® akan gunakan 'table saw' pula.


Oraits. Sebelum kayu² itu dibelah 2Rambozzi® akan potong sedikit salah satu bahagian tepinya supaya ianya adalah tepat 90°Rambozzi® pasangkan Kreg® True-Flex™ Featherboard ke atas permukaan 'table saw' untuk memastikan kayu itu tidak bergerak² apabila ia ditolak ke arah mata gergaji 'table saw'. Dan Rambozzi® tolak kayu itu ke arah mata gergaji dengan menggunakan Kreg® Multi-Purpose Push Stick.


Sekarang salah satu sisi kayu itu adalah tepat 90°.


Apabila ia tepat 90°, barulah ia boleh dibelah kepada 2 bahagian yang sama lebarnya, dan kedua² sisi kayu itu juga akan secara automatiknya adalah tepat 90°.


Dan selesailah proses membelah kayu² palet tadi. Kayu² palet di atas sekarang sudah menjadi kayu² yang bersaiz 1x2.

"Halamak bro... Nape tak guna terus je kayu 1x2? Jadi keje la pulak nak belah kayu² tu jadi kayu 1x2.......Aduh...."

Betul! Tapi Rambozzi® "nak woodworking"! Proses membelah kayu tadi adalah 'woodworking'! Kayu² di atas adalah hasil dari 'woodworking'! I am Rambozzi®. I am "Your Woodworker"!


Pallet Display Shelf - Lily ini akan dipasang dengan menggunakan "Jurus Keramat Rambozzi®" iaitu 'pocket hole joinery technique'. Rambozzi® tebuk lubang² 'pocket hole' pada kesemua kayu di atas dengan menggunakan Kreg® Jig K5. Jadi, jom tebuk lubang² 'pocket hole' dahulu!


Seterusnya hanyalah proses pemasangan yang mudah. Rambozzi® gunakan sekeping kayu terpakai sebagai 'spacer' untuk memastikan jarak di antara setiap kayu itu adalah sama. Rambozzi® gam dan skrukan kayu² itu melalui lubang² 'pocket hole'.


Dan siap 3 bahagian utama untuk projek ini. Fuuhhhh! Berpeluh juga Rambozzi® nak siapkan 3 bahagian itu. Nampak macam mudah je... Macam mudah je....


Kemudian Rambozzi® skrukan pula 3 biji engsel ke setiap sambungan bahagian² di atas. Rak ini boleh dilipat nanti.


Untuk bahagian para atau 'shelf'Rambozzi® akan gunakan papan² palet di atas. Papan² palet itu sudah lama berada dalam simpanan Rambozzi®. Papan² palet itu agak istimewa bagi Rambozzi® kerana saiznya dan ira kayunya. Rambozzi® panggil papan² palet di atas sebagai "kayu kapal terbang" kerana terdapat abjad MH pada papan² itu yang membawa memori Rambozzi® kepada 2 peristiwa nahas kapal terbang di negara kita ini, tidak berapa lama dulu.

Papan² palet itu akan digunakan terus sebagai para atau 'shelf' untuk rak ini. Rambozzi® hanya akan bulatkan sedikit bucu²nya dan 'sanding' untuk menghaluskan permukaannya.


Dan Rambozzi® hanya selitkan sahaja papan² palet tadi ke ruangan² pada binaan di atas. Projek Pallet Display Shelf - Lily ini siap sepenuhnya!

Projek Pallet Display Shelf - Lily ini adalah sebuah projek 'woodworking' yang sangat Ringkas & Mudah - selari dengan 'tagline' Rambozzi®. Papan² palet itu boleh diselitkan atau disusun mengikut kreativiti Lily nanti.


Dan ia boleh dilipat menjadi seperti gambar di atas. Masih menepati fungsinya, tetapi dari satu sudut atau susunatur yang berbeza pula. Projek yang sangat ringkas tetapi sangat menarik bagi Rambozzi®.

Sengaja Rambozzi® memilih 'design' ini untuk projek kali ini. Kerana Rambozzi® sukakan "kreativiti" di dalam 'design' ini. 'Design' seperti ini dapat membuka minda Rambozzi® untuk terus menghasilkan sesuatu yang dwi-fungsi. Errmmmm... Rasanya, ini bukan dwi-fungsi, tetapi lebih kepada dwi-'design'. Heh heh heh heh...

Rambozzi® sangat berpuas hati dengan hasil akhir projek ini. Projek yang sangat menarik bagi Rambozzi®. Dan Rambozzi® harap Lily akan suka dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Dan menepati dengan keperluan Lily.

Rambozzi® akan cuba menghasilkan lagi projek² seperti ini yang memang tidak susah untuk dibuat, tetapi memerlukan ketelitian dan ketepatan yang maksimum. Apa yang Rambozzi® perlukan adalah kreativiti dan imaginasi. Supaya apresiasi "jiwa" Rambozzi® ini boleh "mencapai" tahap emosi dan ekspresi "cinta" yang gratifikasi. Heh heh heh heh heh...


0 Comments