- Bara-Heart Baby Rocker - Nik


"Kini baru ku sedari
Cinta bersemi
Berputik di ranting hati
Bahagia kan menanti dua sejoli
Dalam ikatan kasih yang terpatri...

Bara yang panas membara..."

Halamak tak habis² lagi lagu Bara nie rupa²nya heh heh heh heh heh... Sebenarnya Bara ini takkan berkesudahan. Kerana Bara ini adalah konsep yang Rambozzi® nak gunakan di dalam hasil² karya Rambozzi®, seperti yang pernah Rambozzi® maklumkan beberapa kali sebelum ini.

Oraits. Untuk projek kali ini, memang Rambozzi® sengaja letakkan Bara-Heart di dalam 'design'. Dan dengan sungguh² Rambozzi® nyatakan kepada Nik, bahawa Rambozzi® nak gunakan konsep Bara ini. Tanpa banyak soal Nik bersetuju. Sebab Nik tahu macam mana hasil kerja Rambozzi®, sebab ini bukanlah kali pertama Nik berurusan dengan Rambozzi®. Yang tu kita tengok nanti ok... Hehehehehe...

Setelah berbincang panjang, Rambozzi® dan Nik mencapai kata sepakat. Rambozzi® terima projek ini dengan cuba mengikut kehendak Nik, dan Rambozzi® akan gunakan konsep Bara.

Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - dengan hati yang hangat membara - Bara-Heart Baby Rocker - Nik. Yeah!


Rambozzi® akan mulakan dengan membuat 'master copy' untuk keseluruhan projek ini dahulu. Disebabkan projek ini memerlukan banyak bentuk lengkungan, maka Rambozzi® kena pastikan bahawa Rambozzi® mempunyai 'master copy' terbaik yang boleh digunakan untuk kesemua bahagian yang memerlukannya.

Untuk melukis bentuk lengkungan yang sempurna, Rambozzi® sebenarnya memang tidak ada 'idea' langsung asalnya. Puas Rambozzi® mencari sesuatu yang boleh dijadikan 'guide' tetapi tidak kutemui jua...

Akhirnya, datang juga 'idea' itu. Rambozzi® akan gunakan pembaris panjang yang dibengkokkan di atas permukaan kayu. Untuk memastikan pembaris itu tidak bergerak² dan bentuk lengkungan juga sempurna, Rambozzi® skrukan beberapa biji skru di atas kayu di atas.


Jadi, pembaris panjang itu boleh dibengkokkan dengan tepat mengikut bentuk lengkungan yang Rambozzi® kehendaki. 


Ini hanyalah 'idea' Rambozzi®. Bentuk lengkungan yang Rambozzi® dapat daripada teknik ini tidaklah sesempurna mana. Tetapi sekurang²nya Rambozzi® boleh melukis bentuk lengkungan itu, sekadar untuk dijadikan 'guide' sahaja.


Potongan kasar menggunakan 'jigsaw' yang akan menentukan kesempurnaan bentuk lengkungan itu.


Rambozzi® potong dahulu secara kasar dengan cuba mengikut serapat yang mungkin lukisan lengkungan itu. Tapi Rambozzi® tetap Rambozzi®! Heh heh heh heh... Bila tangan amatur ini cuba membuat sesuatu yang tidak sepadan dengan kemahirannya, maka itulah hasilnya. Hahahahaha! Memang tidak lembut langsung potongan itu!


Tidak mengapa. NevermindRambozzi® akan cuba perhalusi lagi bentuk lengkungan itu dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander' pula. Oh! Ini adalah antara teknik terbaik Rambozzi®! Heh heh heh heh...


Rambozzi® agak bernasib baik, kerana bentuk lengkungan itu agak kemas, lembut dan hampir sempurna. Sekarang, kayu itu boleh dijadikan 'master copy' untuk digunakan ke atas kayu² lain yang perlu dipotong bentuk lengkungan lagi.


Sama seperti proses membentuk 'master copy' tadi, Rambozzi® potong dahulu secara kasar dengan menggunakan 'jigsaw'.


Ya! Memang jelas "huru-hara" potongan itu kan? Kan? Kan... Hahahahahaha! Syok! Cool! Yeah!


Oraits. Akhirnya berjaya juga Rambozzi® memotong kayu² di atas kepada bentuk lengkungan yang dikehendaki. Kayu² di atas adalah paling kritikal! Kerana ia adalah elemen utama untuk projek ini. Kayu² itulah yang akan menjadikan katil ini sebuah 'baby rocker'! Yeah!


Dan Rambozzi® sudahkan bahagian² lain yang juga memerlukan potongan² berbentuk lengkungan. Ya! Projek ini, boleh tahan juga susahnya.... Hmmmmm.....


Menggunakan "Teknik Keramat Rambozzi®"Rambozzi® cantumkan kesemua bahagian di atas dengan menggunakan teknik 'pocket hole joinery'. Kesemua bahagian di atas digam dan diskrukan di antara satu sama lain.


Rambozzi® pasangkan dahulu bahagian kaki untuk katil ini.


Dan Rambozzi® gam dan skrukan bahagian dinding katil ke kaki katil itu.


Dan ia siap dengan kemas! Ya! Pemasangan katil di atas, bagi Rambozzi®, sangat kemas!


Untuk bahagian alas katil ini, Rambozzi® gunakan kayu² 1x2 yang dibulatkan bucu²nya.


Untuk memudahkan kayu² alas itu dipasangkan ke katil, Rambozzi® terbalikkan katil itu. Dengan cara di atas, Rambozzi® boleh mengukur dan menanda dengan mudah tempat² kayu² itu akan diskrukan.


Juga memudahkan Rambozzi® untuk menjarakkan kayu² itu dengan menggunakan 'spacer' yang bersesuaian.


Dan bahagian alas katil ini siap dipasang sepenuhnya.


Rambozzi® sudahkan dengan memasang pula bahagian tapak untuk katil ini. Dan projek ini siap sepenuhnya! Yay!


Dan... Rambozzi® gam dan skrukan 2 Bara-Heart itu di kiri dan kanan dinding katil. Itulah Bara-Heart. Itulah "hati" Rambozzi®... Itulah "cinta" Rambozzi®. Itulah 'love'...

Oraits! Atas permintaan NikRambozzi® tambahkan satu lagi elemen untuk projek ini iaitu penyangkut di bahagian kepala katil. Penyangkut itu hanyalah 2 batang kayu 1x2 yang dicantumkan sahaja. "Nak sangkut mainan", kata Nik.

Bara-Heart Baby Rocker - Nik ini tidak dicat dengan apa² kemasan. Rambozzi® hanya 'sanding' sahaja keseluruhan katil ini sehingga halus.


Fuuhhhh! Rambozzi® agak kepenatan juga nak menyiapkan projek ini. Tapi Rambozzi® amat berpuas hati dengan hasilnya! Ya! Rambozzi® puas hati dengan projek Bara-Heart Baby Rocker - Nik ini! Projek ini adalah 'masterpiece' Rambozzi® untuk tahun 2015 ini.


Bara-Heart itu merah menyala selepas dicat dengan 2 lapisan cat minyak. Bara-Heart itu sangat membara...


OraitsRambozzi® tunjukkan kepada Nik dan Nik memuji hasil kerja Rambozzi® ini. Fuuuhhhh! Lega Rambozzi®, bro! Hahahahahahaha!


Ok. Gambar di atas adalah "sumbangan" Nik. Oh ya! Kesemua barangan kayu di dalam gambar di atas, adalah hasil kerja tangan Rambozzi®. Memang Rambozzi® tidak pernah 'post' di dalam blog ini sebelum ini. Sebab apa pun Rambozzi® tak tahu. Heh heh heh heh......
 
Dan begitulah rupanya bila kesemua hasil kerja tangan Rambozzi® itu "dihiaskan" untuk tujuan 'photography'. Kesemua barangan di atas adalah hak milik NikRambozzi® hanyalah tukang yang membuatnya sahaja.

Rambozzi® berharap, Nik berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi®Rambozzi® berharap, Nik boleh mengembangkan lagi bidang 'photography' kesukaannya itu dan menjana pendapatan dan nama yang hebat! Kejayaan Nik adalah kejayaan Rambozzi®. Kerna diriku, begitu berharga... Heh heh heh heh...

Oraits.Selesai projek Bara-Heart Baby Rocker - Nik. Projek ini mengajar Rambozzi® beberapa perkara baru mengenai 'woodworking' ini, terutamanya teknik memotong lengkungan. Ada sedikit kekecewaan di hati Rambozzi® ini, kerana rupa²nya Rambozzi® ini memang tidak mahir memotong bentuk lengkungan. Rambozzi® tidak mahir lagi menggunakan 'jigsaw' walaupun selepas ia dilekatkan ke 'jigsaw table'.

Rambozzi® hanya kecewa, tapi tidak mengalah. Rambozzi® takkan mengalah. "Woodworking" ini dunia Rambozzi®. "Woodworking" ini hidup Rambozzi®. "Woodworking" ini cinta Rambozzi®. Mana mungkin Rambozzi® mengalah demi "cinta" ini!

Jadi, demi kelangsungan "cinta" ini, Rambozzi® menanam azam untuk berusaha lebih keras dan lebih gigih lagi. Rambozzi® akan belajar lebih banyak lagi mengenai "woodworking" ini. Rambozzi® akan cuba menguasai teknik menggunakan 'jigsaw'. Dan Rambozzi® turut menyimpan hasrat dan impian juga. Rambozzi® akan beli 'scroll saw' atau 'band saw', satu hari nanti! One day...

"Bahagia kan menanti dua sejoli
Dalam ikatan kasih yang terpatri..."


5 Comments

  1. Lubang kreg jig ni a bit annoying, nk xnk kna taruk plug then sand skit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang ok, ada orang tak ok.
      Rambozzi ok je, sbb itu je teknik yg Rambozzi tahu heh heh heh heh..
      Lagipun, Steve Ramsey cakap, lubang pocket hole tak perlu ditutup - supaya orang boleh tengok teknik yang kita gunakan.
      Tapi ye, sebagai tukang, memang ada yg akan sakit mata jugak tgk lubang² tu hehehehehehehehe.
      Pendapat bro tu betul, dan Rambozzi hormati pendapat itu. Terima kasih byk².

      Delete
  2. as salam bro rambozzi.. amik tempahan tak? -sue-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sue..
      Ye mmg Rambozzi ambil tempahan..
      Alahai kecik tapak tangan, plywood 4x8 Rambozzi tadahkan...
      Wassap je Rambozzi 016-952 7489

      Delete
  3. Salam..klu katil baby mcm nik punya ni, bape rm bro amik?

    ReplyDelete