- Kotak Novel Atikah


"Pernahkah anda menyayangi sesuatu sehingga anda sanggup berbuat apa sahaja untuk melindunginya? Adakah ianya adalah barangan berharga anda? Atau ia sebenarnya adalah seorang insan? Bagaimanakah cara anda melindungi barangan atau insan kesayangan anda itu? Adakah anda menyimpannya di dalam peti? Atau di dalam hati? Kenapa banyak sangat soalan nie?"

Hahahahaha... Ok ok ok. Aduh... Sebenarnya, Rambozzi® cuma nak ceritakan betapa sayangnya Atikah pada novel Sunan miliknya tu. Ok. Untuk 'entry' kali ini, Rambozzi® akan menulis tentang "sayang". Heh heh heh heh...

Oraits. Kotak novel ini Rambozzi® buat khas untuk Atikah. Novel Sunan milik Atikah itu terlalu berharga baginya. Sebab; pertama, Ramlee Awang Murshid adalah novelis kegemaran Atikah. Kedua, novel Sunan ini adalah hasil karya Ramlee Awang Murshid kegemaran Atikah. Dan sebab yang ketiga, novel Sunan milik Atikah ini mempunyai tandatangan Ramlee Awang Murshid! Wah!!! Patutlah Atikah sayang sangat novel ini! Hahahahaha!

Jadi, Rambozzi® nak buat sebuah kotak kayu yang khusus untuk menyimpan novel kesayangan Atikah ini.

Oraits. Tanpa membuang masa lagi, jom... Oh no wait wait wait... Rambozzi® belum pilih lagu yang sesuai lagi untuk 'entry' kali ini. Hmmm... Lagu apa ya... Ok, memandangkan 'entry' kali ini bertemakan "sayang"Rambozzi® kena pilih lagu yang berunsurkan sayang jugak la kan. Barulah boleh disesuaikan dengan perasaan "sayang" itu. Sebab "sayang" itu tidak boleh ditunjukkan. Hanya ada tanda²nya sahaja. Tanda² itu pula tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Hanya "hati" yang dapat melihatnya. Kalau nak melihat tanda² "sayang" itu, "Tanya Sama Hati"... (pergghh!!! bestnya tulisan nih heh heh heh heh...)

"Tanya sama hati apa asal sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya,
Punya tanda² hubungan mesra..."


Oraits. Tanpa membuang masa lagi, jom mulakan "woodworking" ini lagi. Kali ini dengan projek - Kotak Novel Atikah.


Rambozzi® mulakan dengan mengukur saiz novel tersebut, dan tandakan pada kayu² yang akan digunakan. Anak panah merah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada ketebalan novel Sunan itu. Rambozzi® tandakan ketebalan novel itu pada kayu.


OraitsRambozzi® perlu lebihkan sedikit ukuran tadi supaya ada ruang untuk novel itu "bernafas dengan senyuman di bibir dan di hati" heh heh heh heh... Dengan menggunakan KREG® Multi-Mark™ Rambozzi® boleh mendapatkan ketebalan yang dikehendaki. Rambozzi® pastikan ukurannya adalah lebih dari ketebalan sebenar novel.


Kemudian Rambozzi® lukiskan satu garisan panjang di atas kayu² tersebut. Bahagian kayu yang bertanda dengan lorekan pensil itu akan dibuang.


Untuk memotong bahagian yang tidak diperlukan itu, Rambozzi® akan gunakan BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI yang dipasangkan 'cutting guide'.

Oraits. Gambar di atas adalah 'setup' yang Rambozzi® perlukan untuk membelah kayu² tadi. Memandangkan Rambozzi® tidak memiliki 'table saw'Rambozzi® perlu kreatif menggunakan 'cordless circular saw' itu. Anak panah merah di dalam gambar di atas menunjukkan 2 batang kayu terbuang yang berfungsi sebagai 'fence' dan 'stop block'. Kayu bertanda anak panah merah di sebelah kayu yang hendak dibelah akan memastikan kayu tersebut dapat dibelah pada tandaan atau ukuran yang Rambozzi® kehendaki. Ia berfungsi seperti 'table saw fence'. Kayu di bahagian atasnya pula bertindak sebagai 'stop block' yang akan menyekat pergerakan kayu semasa dibelah.


Oraits. Sekarang Rambozzi® sudah bersedia hendak membelah kayu itu. Dan Rambozzi® belah kayu itu.


Itulah hasilnya. Kayu² itu tidak dibelah tepat kepada ukuran yang Rambozzi® mahukan. Rambozzi® akan gunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander' pula untuk mendapatkan lebar yang lebih tepat. Kayu² di atas akan dicantumkan membentuk 'frame' dan novel boleh diletakkan di dalamnya. Kayu² di atas adalah "pagar" kepada novel itu.


OraitsRambozzi® akan cantumkan beberapa batang kayu untuk dijadikan bahagian pintu dan alas kotak ini. Memandangkan kayu² di atas digunakan terus seadanya, maka Rambozzi® tidak mendapat ukuran yang paling tepat untuk saiz novel itu.

Anak panah merah di dalam gambar di atas menunjukkan lebihan kayu apabila kesemua kayu itu dicantumkan. Lebihan itu perlu dibuang. Rambozzi® tidak akan belah kayu yang bertanda anak panah merah itu sahaja. Rambozzi® akan belah 2 batang kayu pertama dan terakhir di dalam susunan kayu² di atas. Dengan itu Rambozzi® boleh mendapatkan susunan kayu yang lebih bersistematik. Maksudnya, kayu pertama dan kayu terakhir di dalam susunan itu, sama lebarnya. Dan ia tidak nampak janggal sangat. Dan ia lebih kemas.


Untuk tujuan itu, Rambozzi® perlu pastikan 2 batang kayu itu dibelah sama banyak.

Jadi, Rambozzi® tandakan satu tandaan di tengah² kayu tadi.


Dan Rambozzi® 'align'kan atau temukan tandaan tadi tepat ke tengah² susunan kayu² di atas.


Sekarang Rambozzi® boleh dapatkan ukuran paling tepat untuk membolehkan kayu² bertanda anak panah merah di atas, dibelah sama lebarnya.


Sama seperti proses membelah kayu tadi, Rambozzi® lorekkan bahagian kayu yang akan dibuang dengan pensil. Dan Rambozzi® belah kayu² tersebut dengan menggunakan 'cordless circular saw'.


Oraits. Seterusnya Rambozzi® gam dan cantumkan kayu² tadi menjadi 2 panel seperti di dalam gambar di atas. Tiada sebarang skru digunakan. Hanya gam dan 'clamp'kan sahaja sehingga cantuman itu melekat dengan sempurna.

Seterusnya, Rambozzi® 'route'kan sedikit 'profile' pada kesemua sisi panel dengan menggunakan 'mini router/trimmer'. Oh! Memang Rambozzi® "masih setia" menggunakan "mesin derita" Rambozzi® itu. Memang mengerikan setiap kali Rambozzi® menggunakan 'mini router/trimmer'. Rasa sakit itu datang kembali. Kadang², Rambozzi® rasakan sakit itu seperti rindu pula. Teringat rasa sakit bagi Rambozzi®, sama seperti merindu heh heh heh heh...

"Tanya sama hati pernahkah merindu,
Ingat masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang..."


Oraits. Seterusnya Rambozzi® gamkan panel tadi ke 'frame' di atas. Ok. Projek ini hanya menggunakan gam kayu sahaja. Tiada sebarang skru yang Rambozzi® gunakan. Kecuali untuk engsel dan pengunci kotak sahaja.


Oraits. Projek Kotak Novel Atikah ini sudah hampir siap. Seterusnya Rambozzi® hanya perlu pasangkan penutup kotak ini sahaja.


Rambozzi® skrukan engsel di bahagian pintu dan kotak ini.


Dan Rambozzi® skrukan pula pengunci pada kotak ini. Dan siap! Projek ini sudah siap! Yay! Hahahahahahaha! Aduh seronoknya... Kan...

Kotak Novel Atikah ini tidak akan dicat dengan apa² kemasan. Tapi, rasanya Rambozzi® akan sapukan beberapa lapisan 'tung oil'. Sebab kayu² itu nampak agak pucat.

Oraits. Sebelum Rambozzi® sapukan 'tung oil' ke kotak ini, Rambozzi® akan 'sanding' dahulu keseluruhan kotak ini supaya lebih halus permukaan kayunya.


Dan itulah hasilnya selepas disapukan 'tung oil'. Ya. Kayu itu menjadi agak kekuningan. Tapi ia "sangat cantik di mata" Rambozzi®.


Bagi Rambozzi®, Kotak Novel Atikah ini adalah hasil kerja kayu Rambozzi® yang sangat kemas.


Halamak bila dah siap nie, rasa sayang la pulak kat kotak nie hahahahahaha! Rambozzi® rasa macam nak simpan untuk Rambozzi® sendiri je heh heh heh heh...

Tapi kotak ini milik Atikah. Kotak ini untuk novel kesayangan Atikah. Projek kali ini adalah kerana "sayang". Kalau tidak kerana "sayang"Rambozzi® sendiri pun tidak akan ada "hati" untuk membuat kotak ini...

"Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang..."



Tapi memang Rambozzi® rasa "sayang" sangat la pada kotak nie hahahahahahaha! Aduh... Macam mana nie haaa...

Rasa tak puas memandang kotak ini. Rambozzi® rasa Rambozzi® nie dah terlebih 'feel' dah dalam 'woodworking' ni. Teknik Rambozzi® di dalam 'woodworking' ini masih pada tahap amatur. Tapi 'feel' tu semakin mendalam. Heh heh heh heh. Betul! Rambozzi® rasa sangat 'feel' sekarang. Rasa tak puas memandangnya. Tidak ada rasa jemu langsung. Rambozzi® harap, tidak ada perasaan jemu hadir di "hati" Rambozzi® ini...

"Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu..."


OraitsRambozzi® harap, Atikah suka dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Rambozzi® harap, Atikah akan sayang kotak ini. Ini adalah antara hasil kerja terbaik Rambozzi®Rambozzi® sendiri sangat berpuas hati dapat membuat Kotak Novel Atikah ini. Projek ini membuatkan Rambozzi® mahu menjerit sekuat²nya "I am Rambozzi®!!! I am Your Woodworker!!!". Hahahahahaha!

Sekarang Rambozzi® nak teruskan ke "woodworking" yang seterusnya. Kotak Novel Atikah ini akan Rambozzi® serahkan kepada Atikah nanti. Kotak Novel Atikah ini akan berjauhan dengan Rambozzi®Rambozzi® pastinya akan sentiasa merindui Kotak Novel Atikah ini. Dan bila Rambozzi® merindu, Rambozzi® akan "Tanya Sama Hati"... (pergghh!!! bestnya tulisan nih heh heh heh heh...)

"Tanya sama hati pernahkah merindu,
Ingat masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang..."


"Itulah sayang..."



0 Comments