- Rambozzi® RamboClamp®


"Anda tidak cukup 'clamp'? Anda juga berasa bengang kerana 'clamp' yang anda miliki tidak cukup panjang? Anda inginkan 'clamp' yang boleh dilaraskan sesuka hati anda sepanjang mana sekalipun yang anda nak? Rambozzi® RamboClamp® adalah penyelesaiannya!"

Hahahaha! Aduh buat iklan lagi....

"Kejayaan" menghasilkan Rambozzi® RamboJig® baru² ini membuatkan Rambozzi® terfikir untuk membuat beberapa lagi 'jigs' yang boleh membantu memudahkan kerja² Rambozzi®Rambozzi® rasa, dalam "kepala otak" Rambozzi® sekarang nie ada bermacam² 'idea' yang "mantap" heh heh heh heh. Rambozzi® akui, semakin lama Rambozzi® buat 'woodworking' nie, semakin banyak peralatan yang Rambozzi® perlukan. Semakin banyak juga masalah kerja yang datang yang memerlukan penyelesaian. Dulu, Rambozzi® fikir hanya nak sambungkan kayu ke kayu sahaja. Sekarang, Rambozzi® NAK buat sambungan kayu ke kayu dengan kemas dan bersistematik. Apa yang Rambozzi® nak buat hari ini adalah satu sistem 'clamp' yang Rambozzi® harap boleh membantu memudahkan dan mempercepatkan kerja² Rambozzi®.


'Idea' untuk projek kali ini sebenarnya Rambozzi® "pinjam" daripada "bende" kat atas tu bukan 'idea' Rambozzi® sepenuhnya pun heh heh heh heh. Nama produk atau sistem itu adalah Woodpeckers® Super Track Applications. Oooh...kat Malaysia memang takde la bende nie, bro! Sebab tu Rambozzi® nak cuba buat sendiri sesuatu yang boleh berfungsi seperti "bende" tu. Ok, kali nie Rambozzi® nak cuba buat satu sistem 'clamp'. Jom mulakan projek kali ini - Rambozzi® RamboClamp®.


Gambar di atas adalah bahan² yang Rambozzi® perlukan untuk membuat Rambozzi® RamboClamp® nie. 4 batang kayu 1x½, 2 biji 'push clamp' dan 2 keping kayu terbuang.


'Push clamp' (lihat gambar di atas) adalah bahan utama untuk projek ini. 'Clamp' ini kecil sahaja saiznya, tapi "kuasa tolakannya" cukup kuat untuk mengapit kayu² yang digunakan dalam projek² Rambozzi®.


Ok, 4 batang kayu 1x½ tadi akan dilekatkan menjadi 2. Rambozzi® gamkan kayu² itu, lekatkan dan 'clamp'kan ia sehingga gam itu kering dan kayu itu melekat atau bercantum dengan kemas dan kukuh. Oh ya, lupa plak Rambozzi® nak bagitau, panjang kayu² itu adalah 3 kaki atau 36 inci. Ok, mulai dari 'post' ini, Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk memasukkan sekali saiz² kayu atau projek yang Rambozzi® buat. Sebab, Rambozzi® telah menerima beberapa "komplen" dari "ratusan ribuan" pembaca blog Rambozzi® nie supaya memasukkan sekali saiz dan ukuran projek² yang Rambozzi® buat. Kata mereka, supaya mereka boleh mendapat 'idea' tentang berapa besar saiz sesuatu projek itu. Ada juga yang kata, "kalau I baca blog² orang putih dorang siap bagi lagi ukuran dan kadang² tu kan, dorang siap bagi plan SketchUp free lagi U know?" Dari komplen² tu, Rambozzi® dapat merasakan betapa sayangnya pembaca² blog Rambozzi® nie kepada Rambozzi®, U know? Heh heh heh heh heh.....


Sekarang Rambozzi® 'clamp'kan kayu² itu supaya ia melekat dan bercantum dengan kukuh. Ya, 'American Woodworkers' ada cakap, "never enough clamps". Dulu, Rambozzi® tak faham dan tak peduli pun. Sekarang nie baru Rambozzi® faham. Dan projek ini juga adalah disebabkan masalah 'clamp' la. Harga 'clamp' tu pulak bukannya murah. Kalau setakat nak beli sebiji dua tu ok la lagi, tapi bila semakin banyak 'clamp' yang diperlukan, Rambozzi® rasa baik Rambozzi® cuba buat sendiri je...


Ok, kayu² itu pun dah melekat dengan kemas dan kukuh. Sekarang bolehlah ke proses seterusnya.


Rambozzi® tandakan pula pada kayu dan tebuk lubang² halus di tengah² kayu. Tanda² itu akan ditebuk pula lubang² dengan menggunakan 'drill press'. Jarak di antara setiap tanda itu adalah 1½ inci. Haa..ini ada satu lagi soalan dari pembaca² blog Rambozzi® nie. "Kenapa Rambozzi® gunakan inci? Kenapa tak gunakan cm atau mm?" Aduh! Macam mana Rambozzi® nak jawab nie... Macam nie je lah - "Rambozzi® suka inci LEBIH dari Rambozzi® suka cm atau mm". Heh heh heh heh...


Rambozzi® nak setiap lubang itu ditebuk dengan "lurus" dan tepat, sebab itu Rambozzi® gunakan 'drill press'. Boleh juga kalau nak tebuk menggunakan 'drill' biasa, tapi ada risiko lubang² itu tidak ditebuk dengan lurus - maksudnya dari atas permukaan kayu ke bawah. Kadang² hasil tebukannya akan menjadi senget dan tidak tepatlah.


Rambozzi® juga tebuk 2 lubang pada setiap kayu terpakai di atas dengan memastikan jarak antara lubang juga adalah 1½ inci.


Kemudian, Rambozzi® masukkan 'nuts and bolts' ke lubang² di atas kayu² terpakai itu. Dan ketatkan.


Rambozzi® skrukan 'push clamp' itu ke kayu 1x½ dan siaplah Rambozzi® RamboClamp® ini.


Ok. Fungsi Rambozzi® RamboClamp® ini adalah sangat ringkas. Lubang² di atas 'clamp' ini sebenarnya adalah supaya ia boleh dilaraskan mengikut jarak atau saiz projek yang kita hendak 'clamp'. Kayu² terpakai yang dipasangkan 'nuts and bolts' itu adalah berfungsi sebagai penahan yang akan menahan kayu² yang ditolak oleh 'push clamp' itu. Kuasa tolakan 'push clamp' itu sendiri juga boleh dilaraskan dengan hanya memutarkan kepala 'clamp' itu ke depan atau ke belakang. Ok, jom lihat gambar di bawah untuk lebih memahami fungsi 'clamp' ini. Rambozzi® memang bermasalah nak menerangkannya dalam bahasa yang mudah difahami hehehehehe.


Ok, berdasarkan gambar di atas, kayu penahan itu Rambozzi® masukkan ke dalam lubang yang sesuai dengan panjang kayu yang hendak di'clamp'kan. Seterusnya Rambozzi® laraskan kepala 'clamp' itu supaya mendapat kuasa tolakan yang Rambozzi® nak. Bila 'push clamp' itu menolak kayu yang hendak di'clamp'kan itu, kayu itu akan tersekat dek kayu penahan di belakangnya. Maka, 'clamp' ini pun berjaya melaksanakan tugasnya sebagai 'clamp'. Bila hendak dilepaskan apitannya, hanya tarik sahaja pemegang 'push clamp' itu ke belakang. Cukup ringkas tapi cukup berkuasa untuk kegunaan Rambozzi®. Kayu penahan itu pula boleh dialihkan atau dianjakkan kedudukannya ke dalam lubang² yang tersedia untuk disesuaikan dengan saiz kayu yang hendak di'clamp'.


Sebagai tambahan, untuk memudahkan Rambozzi® melihat dan menentukan kedudukan yang sesuai untuk dimasukkan kayu penahan ke dalam lubang²nya, Rambozzi® tuliskan abjad² di atas kayu 'clamp' ini. Ini hanya 'idea' Rambozzi® untuk memudahkan Rambozzi®, kononnya. Kalau abjad² itu tidak mencapai tujuannya, Rambozzi® akan padam dan akan fikirkan cara lain hehehehehehe...


Dan bila Rambozzi® RamboClamp® ini berjaya mencapai objektifnya, maka bolehlah Rambozzi® buat lebih banyak lagi 'clamp' yang seperti ini. Yang istimewanya, Rambozzi® RamboClamp® ini boleh dibuat sepanjang mana sekalipun yang Rambozzi® nak - hanya dengan menukarkan kayu² berlubang itu ke kayu yang lebih panjang. Itu baru 3 kaki, jangan terkejut kalau satu hari nanti Rambozzi® "terpaksa" menggunakan 'clamp' yang sepanjang 10 atau 12 kaki heh heh heh heh heh.....


4 Comments

  1. salam bro..

    sy ni dah terjebak ngan woodworking adala 4-5 bulan..skrg nak buat projek skala besar sket..yg menjadi masalah skrg ni tu ha si clamp lah...hehehe cukup malas nak membuatnyer..cadang nak order jer kat bro..camne nak order?nak pm camno?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Redzuan...
      Walaupun bro dah wassap Rambozzi tadi tapi Rambozzi jawab jugak la kat sini kan hahahaha...
      Nasihat Rambozzi satu je - beli drill press bro. Kalau dah ada bagus la. Byk gunanya bende alah tu. Kalau order dgn Rambozzi pun, satu hari nanti nak guna clamp yg lebih pnjg bro blh guna drill press utk tebuk lubang pada kayu clamp tu nanti.

      Delete
  2. xde button LIKE plak nk tekan
    terbaik bro atas perkongsian
    mudah n ringkas tp memang sangat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat blog ni memang tak de la button like bro adam KJ hehehehe...
      Kalau bro like, senyum je, pastu bro gi #GergajiSampaiTua!

      Delete