-Framed Wall Shelf Maini


Haaa... ini adalah projek pertama Rambozzi® sejak menjadi Rambozzi® heh heh heh. Selepas beberapa tahun, kali nie Rambozzi® berkesempatan membuat semula projek nie. Projek nie pun atas permintaan Maini, yang suka melihat hasil kerja Rambozzi® tu. Kali nie Maini nak 2 'framed wall shelf' nie tapi mengikut saiznya sendiri. 'Framed wall shelf' untuk Maini nie agak besar daripada saiz 'standard' yang Rambozzi® buat dulu. Ok, tanpa membuang masa, jom mulakan 'woodworking' untuk kali nie - Framed Wall Shelf Maini.


Ok, kayu² 1x2 di atas adalah untuk 'frame'. Kali nie Rambozzi® nak cuba buat 'frame' dengan menggunakan 'pocket hole'. Untuk tujuan itu, Rambozzi® akan gunakan KREG® Micro Pocket Drill Guide. Tapi terus-terang katakan di sini, Rambozzi® tak tahu bagaimana hasil sambungan untuk 'frame' menggunakan 'pocket hole' nie. Tapi, Rambozzi® nak cuba heh heh heh.


Sebenarnya tak banyak pun yang Rambozzi® nak kongsikan kali nie heh heh heh. Ini hanyalah satu kerja kayu yang sangat mudah dan tidak banyak proses kerjanya. Rambozzi® cuma buat 2 'frame' dan akan skrukan 2 keping papan di dalam gambar di atas tu ke 'frame' - lepas tu cat dan siap.



Haaa kan dah siap! Heh heh heh. Satu kerja kayu yang sangat ringkas dan mudah. Untuk kemasan Framed Wall Shelf Maini nie Rambozzi® cat dengan menggunakan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' sebanyak 3 lapisan, dan macam biasa, antara lapisan pastinya diselangi dengan proses 'sanding'. Siap!


0 Comments