- Is Your Level, Level?

Adakah anda pasti dan yakin bahawa LEVEL atau ALAT PENIMBANG AIR yang anda beli adalah seimbang"Is your level, level?". Bagaimana nak tahu yang ia adalah seimbang? Ada tak cara nak pastikan ianya adalah seimbang? Jawapannya, ada! Ok, kali nie Rambozzi® nak kongsi pula bagaimana dan apakah cara untuk 'check' sama ada LEVEL atau ALAT PENIMBANG AIR yang kita beli tu adalah seimbang. Sangat senang dan juga boleh dilakukan 'on the spot' semasa di kedai 'hardware' tu sendiri sebelum beli.


Ok, ujikaji nie adalah untuk melihat sama ada LEVEL atau ALAT PENIMBANG AIR di atas adalah seimbang ataupun tidak. Untuk tujuan ujikaji nie, Rambozzi® sengaja 'sengetkan' atau 'condongkan' sedikit meja di dalam gambar di atas tu.

Langkah pertama, letakkan LEVEL atau ALAT PENIMBANG AIR dengan permukaan yang mempunyai tulisan atau logo tu di atas permukaan yang rata, dengan memastikan bahawa LEVEL atau ALAT PENIMBANG AIR diletakkan di tempat yang senang kita nak 'mark' apabila kita nak membuat langkah kedua nanti. Berdasarkan anak panah di dalam gambar di atas, Rambozzi® letakkan LEVEL atau ALAT PENIMBANG AIR tu di hujung meja tu sebagai 'tanda' untuk kedudukan tersebut.


Ok, dapat dilihat di dalam gambar di atas, buih atau 'bubble' tu berada rapat ke garisan sebelah kanan. Ingat kedudukan buih atau 'bubble' tu.


Langkah kedua, pusingkan LEVEL atau ALAT PENIMBANG AIR tu dengan permukaan yang mempunyai tulisan atau logo tadi menghadap ke belakang. Dan letakkan LEVEL atau ALAT PENIMBANG AIR tu di tempat yang SAMA kedudukannya dengan kedudukan semasa di langkah pertama tadi.


Kalau buih atau 'bubble' tu juga berada rapat ke garisan sebelah kanan seperti di dalam langkah pertama tadi, itu bermakna LEVEL atau ALAT PENIMBANG AIR tu ADALAH SEIMBANG. Lihat gambar di atas, jelas kelihatan bahawa buih atau 'bubble' tu berada rapat ke garisan sebelah kanan seperti di dalam langkah pertama tadi.

Kalau buih atau 'bubble' itu berada di kedudukan yang lain daripada kedudukannya ketika di dalam langkah pertama tadi, itu bermakna  LEVEL atau ALAT PENIMBANG AIR tu adalah TIDAK SEIMBANG. 'Simple' je.


Jadi, di dalam membuat kerja² pertukangan kayu, kita sentiasa nak pastikan bahawa meja atau rak yang kita buat itu adalah seimbang dan tidak senget. Ataupun apabila kita nak pasang sesuatu di dinding seperti jam dinding, bingkai gambar, 'wall shelf' atau lain² barang berkaitan, kita juga nak pastikan bahawa ia dipasang dengan tepat dan seimbang. Untuk tujuan itu, apabila kita menggunakan LEVEL atau ALAT PENIMBANG AIR, pastikan kedudukan buih atau 'bubble' tu berada seperti di dalam gambar di atas. Buih atau 'bubble' tu berada tepat di tengah². Maka keadaan itu adalah sangat seimbang.


1 Comments