- RofiahFesyen Signboard


RofiahFesyen nie sebenarnya adalah sebuah kedai jahit di Kuantan. Tuan punya kedai nie minta Rambozzi® buatkan satu 'signboard' yang 'simple'² je untuk dia. Ok, Rambozzi® kena cari balik geng² yang buat 'signboard' dulu sebab Rambozzi® dah lama tak buat kerja tu. Rambozzi® sekarang 'D.I.Y woodworker' heh heh heh...

Jadi, Rambozzi® tempah dari kawan Rambozzi® je 'signboard' tu. Rambozzi® cuma bagi ukuran dan 'wording' je, bab 'design' tu Rambozzi® serahkan bulat² kepada kreativitinya. Sementara nak tunggu 'signboard' tu siap, Rambozzi® nak buat dulu 'frame' untuknya. Ok, Rambozzi® nak mulakan 'woodworking' untuk projek kali nie, RofiahFesyen Signboard.


Untuk projek nie Rambozzi® akan gunakan kayu² 1x1 dan 1x1/2 je sebab projek nie kecik je. Kayu² 1x1 tu Rambozzi® akan tebuk 'pocket hole' terlebih dahulu menggunakan KREG® Jig K5 dan KREG® Micro Pocket Drill Guide.


Langkah seterusnya Rambozzi® gam dan skrukan kayu² 1x1 tu menjadi rangka utama untuk projek nie. 'Plan' Rambozzi® adalah, 'signboard' tu akan di letakkan di atas rangka tu, dan akan diletakkan pula satu 'frame' di atasnya. Jadi, 'signboard' tu akan duduk di tengah² di antara rangka kayu 1x1 dan 'frame' kayu 1x1/2. Itu 'plan' Rambozzi® la. Menjadi atau tidak, macam mana susahnya nanti Rambozzi® tak tahu lagi heh heh heh...


Sebenarnya tak banyak pun proses untuk siapkan projek nie. Rambozzi® cuma buat rangka untuk 'signboard' tu dan buat 'frame' untuk bahagian depannya. Lepas tu, Rambozzi® cuma cat dengan cat minyak warna hitam.


Dah siap pun cat 'signboard' nie. Rambozzi® cuma cat 2 lapisan sahaja sebab hasilnya dah cukup cantik dan 'solid'. Berdasarkan gambar di atas, Rambozzi® tampalkan sementara 'masking tape' tu di sekeliling 'signboard' tu supaya tak terkena cat semasa proses mengecat tu. Dan Rambozzi® bercadang nak gantungkan je 'signboard' nie nanti sebab Rambozzi® dah tengok kat kedai tu ada tempat yang sesuai untuk digantungkan 'signboard' nie. Lagipun, 'signboard' nie ringan je. Jadi, Rambozzi® cuma tebuk 2 lubang di bahagian atas kayu 'signboard' tu dan pasangkan penyangkut dan juga rantai tu.


Ok, dah siap projek RofiahFesyen Signboard nie. Seterusnya, Rambozzi® nak pergi pasang 'signboard' nie di kedai RofiahFesyen tu.


Ok, siap! Projek yang sangat 'simple' dan mudah.


Sejurus selepas Rambozzi® menggantung 'signboard' tu, kedai jahit RofiahFesyen tu pun 'terus diserbu' oleh pelanggan² yang nak buat tempahan jahitan pakaian heh heh heh heh heh melampau betul...


0 Comments