- Meja Lily



Rambozzi® teringat pada projek Meja Shima yang Rambozzi®  buat tak lama dulu. Projek Meja Shima  adalah antara projek yang paling Rambozzi®  suka dan seronok membuatnya. Projek yang Rambozzi® paling puas hati dengan hasil kerja Rambozzi® sendiri. Jadi, ada seorang surirumah comel ni, nama dia Lily, nak sebuah meja jugak. Rambozzi® secara automatik teringat la pada Meja Shima dan bercadang nak buat sebuah lagi meja macam tu untuk Lily nie. Jadi, jom mulakan woodworking untuk Meja Lily nie...


Pertama sekali yang Rambozzi® nak buat ialah table top dulu. Sebab meja nie nak diletakkan di satu sudut yang Rambozzi® dah ambil ukurannya terlebih dahulu. Bila dah siap table top nie barulah boleh buat bende lain. Dan gambar di atas nie adalah kayu² 1*2 untuk table top.


Masih sama macam biasa, Rambozzi® akan gunakan pocket hole untuk cantumkan kayu² tu.


Ok, itu adalah rangka untuk table top tu yang dah siap dipasang.


Seterusnya Rambozzi® kena potong plywood tu kepada saiz yang sesuai untuk table top tu.


Sekarang proses nak gam plywood tu ke rangka table topRambozzi® gunakan gam kayu dan "tembak" guna nail gun tu. Untuk table top kali nie, Rambozzi® terpaksa gunakan 2 lapisan plywood sebab plywood yang Rambozzi® beli baru² nie lembut sangat tak macam biasa. Rambozzi® memang gunakan plywood yang nipis sebab senang nak proses, nak potong guna pisau cutter tu pun boleh. Tapi kalau nak kukuhkan lagi, guna 2 lapis ok la.


Dah lekat kat rangka tu, kena "trim" la pulak plywood tu supaya "flush" dan cantik.


Ok, sekarang baru la Rambozzi® boleh tentukan saiz untuk potong kayu untuk kaki meja tu pulak.


Untuk bahagian "apron" (ntah Rambozzi® pun tak tahu apa nama dia tapi geng² Omputih tu panggil apron, kot....) tu Rambozzi® tak nak cat, Rambozzi® nak guna laminate sama macam table top.


Gambar di atas adalah bahagian kayu dan laminate yang telah digam dengan contact cement. Kena tunggu dia kering jap dalam 3-5 minit, baru boleh dilekatkan bersama.


Ok, dah lekat semua laminate untuk "apron" tu, seterusnya kena "trim" di sekelilingnya supaya "flush" dan cantik "kemah-keming".


Ok, dah siap untuk bahagian "apron".


Gambar di atas adalah "apron" yang dah siap di"laminate" tadi.


Rambozzi® saje je ambik gambar kayu yang dah di"laminate" tu dekat², sebab Rambozzi® nak tunjukkan kecantikan corak laminate tu dan kekemasan kayu dan juga laminate yang melekat dengan cantik dan di"trim" cantik dan "flush". Ini adalah antara teknik yang Rambozzi® semakin kuasai, berbanding dengan satu ketika dahulu, memang tak sekemas sekarang nie...


Seterusnya Rambozzi® nak potong pulak laminate untuk table top.


Untuk proses menampal laminate ke bahagian yang besar macam di atas tu, clamp yang banyak memang sangat² diperlukan. Tapi Rambozzi® takde banyak clamp, jadi kena lapik dengan kayu tu lepas tu baru clamp. Harap² tekanannya sekata dan melekat dengan cantik.


Ok, gambar di atas adalah kesemua bahagian yang telah di"laminate".



Seterusnya Rambozzi® pasangkan pula bahagian kaki² meja.


Dan gambar di atas adalah kaki meja untuk projek Meja Lily nie.


Ok, Meja Lily nie juga sebenarnya ada lagi satu bahagian iaitu para di bahagian bawah. Rambozzi® kena buat rangka dulu dan rangka nie juga akan ditampal plywood dan laminate.


Ini adalah idea yang Rambozzi® fikir nak buat untuk projek kali nie.


Sekarang tampal plywood dulu ke rangka kayu tu.


Gambar di atas adalah rangka kayu tadi yang telah siap ditampal dengan plywood dan juga laminate, dan telah di"trim".


Seterusnya, untuk bahagian table top tu tadi, Rambozzi® bercadang nak letak "edging" di sekelilingnya, sama macam Meja Shima tempoh hari.


Haha sebenarnya dah jadi macam frame sebenarnya "edging" tu. Untuk "edging" tu Rambozzi® terpaksa ukur dan potong satu demi satu bahagian. Rambozzi® tak berani nak buat satu frame yang siap dan dilekatkan ke table top tu sebab susah dan Rambozzi® takut akan merosakkan laminate pada table top tu.


Ok, dah siap untuk bahagian table top. Untuk bahagian para bawah tu pun Rambozzi® nak lekatkan "edging" jugak.


Ok, dah siap kedua² bahagian meja nie. Memandangkan meja nie nanti Rambozzi® akan cat, jadi baik Rambozzi® tampal masking tape dulu untuk mengelakkan laminate terkena cat, susah nak bersihkan nanti.


Gambar di atas adalah pandangan dari belakang untuk kedua² bahagian meja nie. Semuanya dipasang menggunakan pocket hole je.


Ok, dah siap kesemua bahagian untuk meja nie.


Sebelum ke proses mengecat, Rambozzi® nak "route" dulu sisi table top dan para dengan 2 jenis router bit yang berbeza. Rambozzi® nak meja tu cantik sikit je lagi.


Dan akhirnya, siaplah meja nie. Cuma tinggal nak "sanding" dan cat je. Kedua² bahagian table top dan para tu pun dah di"route" dengan kemas.


Gambar di atas adalah table top yang telah di"route" tadi.


Untuk bahagian para di bawah pula menggunakan router bit yang berbeza daripada table topRambozzi® bercadang nak cat dulu kesemua bahagian meja, baru dicantumkan semuanya. Sebab bila dah siap dipasang, susah sikit nak cat.


Ok. Dah siap pun projek Meja Lily nie. Macam biasa Rambozzi® cat sebanyak 3 lapisan menggunakan varnish berwarna Dark Walnut, yang diselangi dengan "sanding" antara setiap lapisan. Dan bila dah kering cat tu, barulah Rambozzi® pasangkan kesemua bahagian dan menjadi sebuah meja.


Meja yang simple, kemas dan cantik. Dan Rambozzi® dah dapat respon daripada Lily tu sendiri, Lily sangat suka! Pehhh lega rasanya hati Rambozzi®.

Projek nie memang nampak simple, tapi boleh tahan jugak masalah yang datang. Paling susah masa nak pasang selepas dicat. Sebab "marking" semuanya dah dilitupi cat hahahaha. Tapi dalam masa yang sama, projek nie juga menambahkan pengalaman kerja Rambozzi®. Terutamanya dalam bab nak "route" kayu tu. Dan dalam proses pemasangan meja nie sendiri.

Apa² pun, Rambozzi® berharap Lily suka dengan hasil kerja Rambozzi®. Dan Rambozzi®, macam biasa, menunggu apa lagi projek woodworking yang akan datang nanti heh heh heh...
--------------------------------------------------

Haa.... Itulah rupa Meja Lily tu bila dah diletakkan ke tempatnya, dan "dihiaskan" dengan pelbagai barangan oleh tuannya....

0 Comments