- YATO® Pouch Belt with Cordless Drill Holster


Rambozzi® tak pernah beli apa² barang secara online dari internet. Kali nie Rambozzi® nak try sekali beli secara online. Tapi Rambozzi® kena test dulu la tengok sama ada company nie boleh dipercayai atau tak. Jadi, Rambozzi® nak try beli barang yang murah² dulu.

Sebenarnya, cordless drill Rambozzi® tu selalu terjatuh bila Rambozzi® tengah buat kerja. Benda tu mahal jadi sayang la kalau rosak cepat sebab jatuh. Jadi, Rambozzi® fikir baik gak kalau ada "holster" untuk sangkut cordless drill tu kat pinggang. Dan Rambozzi® terjumpa "holster" nie kat Allfix.my. Dan antara cara pembayarannya adalah melalui Maybank2URambozzi® beranikan diri dan order YATO® Pouch Belt dan YATO® Universal Cordless Drill Holder. Rasanya buatan Poland, kot... Harga untuk kedua² barang nie tak sampai RM50, dan free delivery. Jadi Rambozzi® order!



Hahaha selepas seminggu menunggu, akhirnya sampai jugak barang nie!


Dua barang yang Rambozzi® order, sampai sebijik macam dalam web tu. Jadi, Allfix.my nie boleh dipercayai. Lepas nie boleh la nak order barang lain pulak sebab Allfix.my nie pun ada banyak tools dan power tools lain.


Gambar di atas ni bila kedua² barang tu "disekalikan" hehehehehe.


YATO® Pouch Belt with Cordless Drill Holster.


Ok. Barang yang sangat ok dan memenuhi keperluan Rambozzi®. Ngam² untuk BOSCH® Cordless Drill Rambozzi® tu. Dan ada beberapa slot kecik yang boleh letak pensil, cutter, drill bits, screw driver bits dan lain². Juga boleh sangkut measuring tape kat atas tu.

Kualiti kain dan jahitan YATO® nie juga sangat ok dan murah sangat la untuk kualiti barang macam nie. Design pun cantik. Kalau nak dapat yang macam BOSCH® atau MAKITA® atau DeWALT® macam kat bawah nie kat Malaysia, jangan harap laa...


0 Comments