Alaaa... sebenarnya bila dah sampai proses mengecat nie baru Rambozzi® terpikir. Sepatutnya Rambozzi® ambik gambar untuk setiap proses dalam kerja Rambozzi® nie macam yang orang putih dok buat tu. Orang putih (American Woodworkers) sebenarnya sangat rajin dan tidak kedekut ilmu. Semua bende dorang nak share walaupun hanya asas pertukangan kayu yang simple giler. Orang putih tidak malu nak share bende² asas macam tu yang pada kita di Malaysia nie hanya nak tunjuk kerja² yang "dah advance" je. Rambozzi® ambik semangat dan nilai positif daripada American Woodworkers tu dan cuba apply pada blog Rambozzi® nie sebab Rambozzi® tak jumpa lagi blog macam dorang kat Malaysia nie. Dorang tunjuk gambar setiap proses kerja yang mereka buat tu daripada mula sampai la siap sesuatu projek tu. Dorang juga tak malu nak tunjuk gambar dan video kegagalan mereka. Mereka belajar dari kesilapan dan berkongsi sama². Yang tu Rambozzi® sangat respect giler la!!!
Ok, berbalik kepada projek ni, sebenarnya dah sampai ke proses nak cat dah sebenarnya.. Adus, rugi tul....
Rak yang besar tu untuk Kak Nor letak kat tempat basuh kain. Kak Nor nak letak segala macam sabun dan pencuci peluntur, macam² la. Yang kecik 2 bijik tu pulak, Kak Nor nak letak dalam bilik air. Untuk sabun syampu la agaknya tu....
Ok dah siap cat. 3 lapis varnish (warna sama je, takde cat warna lain ke....) Ok, warna rak Kak Nor kali ni sebenarnya agak unik bagi Rambozzi®. Lapisan pertama Rambozzi® guna varnish warna "Pine". Jadi, dia akan jadi agak kuning. 2 lapisan seterusnya Rambozzi® guna varnish warna coklat (Dark Maple ke kod warna dia, lupa plak.....). Dan hasilnya, coklat kekuningan. Kalau tengok secara "live" sebenarnya cantik berkilat dan menarik hahahahahaha puji hasil sendiri!
Jom pergi pasang kat rumah Kak Nor pulak!
Rak 2
Rak 3
Siap projek 3 set Rak Kak Nor!
4 Comments
cantik la rak tu..rak camni la niat d hati nak buat utk letak bawak singki (nak letak besen2 dan priuk2).. cume nak tau bole ke rak camni klau kene air atau dlm tempat yg lembab? varnish tu sbg pelindung la ye?
ReplyDeleteYe varnish tu juga berfungsi sebagai alas kalis air.
DeleteBiasanya Rambozzi akan cat 3 lapisan varnish.
"Compared to simple oil or shellac varnishes, polyurethane varnish forms a harder, decidedly tougher and more waterproof film." - ini wiki cakap heh heh heh.
Tapi, sebagai amatur heh heh heh, terus-terang Rambozzi nyatakan di sini, Rambozzi tak jamin ia akan betul² kalis air dan Rambozzi tak jamin berapa lama ia boleh bertahan.
Kalau Nurul Huda berminat, blh hello-sms-wassap Rambozzi (ada kat tepi sblh kanan tu).
Apa² pun, terima kasih sudi melawat blog Rambozzi.
Terima kasih atas sokongan.
Cantik rak tu bang, dh lama teringan nak try buat.
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteOh rak ni sangat ringkas, sangat mudah dan sangat asas.
Sape² pun boleh buat hehehe...