Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

"Sejak akhir² ini, Rambozzi® 'dihujani' dengan pelbagai ilham untuk kerja² pertukangan kayu nie. Macam² 'idea' yang datang, hinggakan masa tengah makan kebab pun Rambozzi® terpaksa cepat² mencari pen dan kertas untuk mencatat apa jua ilham yang tetiba je datang. Nak makan kebab pun tak senang la heh heh heh..."

Sebenarnya bukannya 'idea' tu yang datang. Rambozzi® rasa sebab takde projek atau tempahan dari pelanggan, tapi tangan Rambozzi® nie terasa sangat 'gatal' nak buat 'woodworking' dan juga menulis di blog ini. Jadi, Rambozzi® 'terpanggil' ilham² tu heh heh heh.

Ini satu lagi projek yang bagi Rambozzi® sangat ringkas 'design'nya, tapi untuk menyiapkannya dengan teknik dan pengalaman Rambozzi®, nyaris² jugak la Rambozzi® gigit gergaji tangan Rambozzi® tu. Nyaris²...

Ok, projek ini kecil sahaja saiznya. Kebetulan pula Rambozzi® 'terjumpa' 3 bekas kaca untuk letak lilin nie kat rumah, jadi baik Rambozzi® buat 'sesuatu' untuknya. Ok, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' untuk kali ini - Rambozzi® Candle Holder.


Ok, lihat gambar di atas, itu sahaja bahagian² kayu yang Rambozzi® perlukan untuk projek ini. Kayu 1x2 itu hanya sepanjang 3". Dan dipotong 'miter' 15° di salah satu bahagian hujungnya.


Mula² sekali, Rambozzi® nak tebuk 3 lubang untuk diletakkan bekas lilin itu. Rambozzi® ukur dan tandakan 3 tanda di tengah² kayu itu.


Kemudian Rambozzi® buat satu garisan di atas kayu 1x2 itu agak serong juga dengan menggunakan 'bevel gauge' tu. Tapi, terus-terang Rambozzi® katakan di sini, Rambozzi® memang tidak tetapkan sebarang 'angle' untuk garisan itu sebab kalau Rambozzi® tetapkan pun, belum tentu hasil potongannya nanti akan tepat mengikut ukuran heh heh heh.


Rambozzi® rasa, teknik untuk sambungan kayu yang 'cuba' Rambozzi® buat kali ini dipanggil 'half lap joint' kot..... Ntah Rambozzi® tidak berapa pasti. Rambozzi® kan amatur hehehehe.

Jadi, Rambozzi® lukiskan juga garisan² di atas kayu² itu untuk dijadikan slot untuk penyambungan kayu ke kayu nanti. Ok, kesemua kayu² di atas akan Rambozzi® potong dengan menggunakan gergaji tangan sebab saiz kayu yang terlalu pendek akan membahayakan sebarang percubaan memotongnya di 'slide miter saw' atau 'jigsaw' atau 'cordless circular saw' milik Rambozzi®. Kalau ada 'table saw', mungkin boleh. Tapi, Rambozzi® belum lagi memiliki 'table saw', jadi Rambozzi® akan gunakan gergaji tangan sahaja. Dan kayu² di atas adalah untuk bahagian kaki 'candle holder' ini.


Rambozzi® rasa, Rambozzi® nak tebuk dulu 3 lubang untuk kayu di atas. Rambozzi® tebuk dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'forstner drill bit'. Rambozzi® agak terkeliru juga, sebab Rambozzi® tak pasti sama ada 'drill bit' jenis itu dipanggil 'forstner drill bit' atau 'boring drill bit'. Mungkin kedua-duanya adalah sama tapi entahlah, Rambozzi® tak pasti. Buat masa nie, Rambozzi® akan gunakan nama 'forstner drill bit' sebab nama 'boring drill bit' tu "agak funny la kan? I tak nak la laughing out loud sorang² while I buat this woodworking kan? Kan?"


Lubang² itu nanti akan Rambozzi® haluskan sedikit bucunya dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit' seperti di dalam gambar di atas.


Sekarang barulah Rambozzi® nak teruskan ke proses yang paling susah, paling mencabar dan sesuatu yang tidak patut Rambozzi® buat sebagai seorang 'amateur woodworker' - iaitu apa yang Rambozzi® rasa dikenali sebagai 'half lap joint'. Untuk tujuan itu, Rambozzi® 'persembahkan' 2 alatan yang pertama Rambozzi® gunakan tidak berapa lama dulu untuk menjadi 'woodworker' iaitu gergaji tangan jenis 'backsaw' cap Stanley dan 'plastic miter box'.


"Ya. Gergaji tangan jenis 'backsaw' cap Stanley dan 'plastic miter box' itu adalah set gergaji pertama Rambozzi®. 2 alatan itulah yang membuatkan Rambozzi® menjadi Rambozzi® yang anda - para peminat setia Rambozzi® - kenali dan sayangi kini (I Love You too! Thank you!). Rambozzi® masih simpan lagi walaupun sudah memiliki 'slide miter saw', 'jigsaw' dan 'cordless circular saw' supaya Rambozzi® dapat mengenang kembali 'keperitan' Rambozzi® di masa lalu."


Akibatnya, apabila seorang 'woodworker' tahap amatur cuba buat kerja² 'woodworking' tahap 'professional', maka itulah jadinya. Takpe, Rambozzi® akan kemaskan lagi dengan menggunakan pisau yang tajam sebab pahat yang Rambozzi® ada hanya satu, saiz matanya pula lebih besar dari yang Rambozzi® perlukan sekarang dan ia juga dah tumpul! 'Perfect!' Ok, lihat hasil potongan Rambozzi® menggunakan 'backsaw' di atas. Jelas kelihatan potongan itu dah 'terpesong' dari laluannya. Bahagian kaki ini akan longgar bila disambungkan nanti. Takpe, Rambozzi® pun tetap akan gunakan gam kayu juga nanti. Harap² semuanya OK.


Ini juga adalah antara bahagian yang paling kritikal sekali dalam projek ini. Kaki² itu Rambozzi® nak potong bentuk yang sedikit serong. Nak tak nak, Rambozzi® kena gunakan gergaji tangan. Rambozzi® cuba potong serapat yang boleh ke garisan penanda itu. Selebihnya akan di'bersihkan' dengan menggunakan 'drum sander' nanti.


Kaki² yang telah siap dipotong dan dibentuk tadi Rambozzi® 'cuba' masukkan ke dalam kayu yang berlubang tu dan Rambozzi® tandakan garisan untuk slotnya pula. Dan sekali lagi Rambozzi® potong slot² itu untuk dimasukkan kaki²nya. Rupa²nya lagi teruk hasilnya, sebab kayu itu lebih lembut dari kayu untuk kaki² tadi. Rambozzi® rasa, ini bukan masalah kayu lembut atau kayu keras. Ini masalah tangan Rambozzi® sendiri yang tidak cekap menggunakan gergaji tangan heh heh heh heh heh heh heh heh...

Hasil potongan kayu di atas Rambozzi® isytiharkan sebagai 'GAGAL'. Sebab ada beberapa bahagian yang terlebih luas. Bila dimasukkan kaki² tadi, ia longgar dan tidak kemas. Itu adalah percubaan pertama Rambozzi® untuk projek seperti ini dan ia telah GAGAL. Takpe, kayu yang rosak itu Rambozzi® tandakan bintang berwarna merah dan ianya akan digunakan untuk projek selepas ini iaitu Rambozzi® Drill Press Station heh heh heh.

Ok, Rambozzi® masih belum mahu mengalah. Rambozzi® nak cuba sekali lagi. Itu bermakna, Rambozzi® kena potong sebatang lagi kayu, tebuk 3 lagi lubang, haluskan lubang²nya dengan  'mini router/trimmer' dan potong 4 lagi slot untuk dimasukkan kaki² itu. Ok, tanpa membuang masa, jom mulakan 'woodworking' lagi sekali untuk projek kali ini - Rambozzi® Candle Holder hahahahaha.


Rambozzi® keluarkan segala macam jenis gergaji tangan yang Rambozzi® ada, segala macam jenis pisau dan kikir dan akhirnya berjaya juga Rambozzi® memotong slot² itu dengan agak kemas dan cantik. Bila dimasukkan kaki² tadi ke slotnya, ia masuk dengan agak cantik dan bagi Rambozzi® ia boleh dianggap BERJAYA untuk tahap Rambozzi® hari ini.


Seterusnya, Rambozzi® gam dan masukkan kaki² itu ke dalam slot²nya. Dan tindih dengan tin² cat tu sebagai pengganti 'clamp'. Tujuannya ialah, apabila gam itu kering nanti, setiap kaki² itu akan berada dalam keadaan stabil dan 'candle holder' ini tidak bergoyang² atau terjongkang-jongket. Rambozzi® juga tampalkan 'masking tape' itu supaya lebihan gam yang terkeluar dari hasil cantuman itu tidak melekat ke atas kayu yang berlubang itu. Juga untuk memudahkan Rambozzi® mengecat kaki² itu nanti. Kayu² di bawah tin² itu pula adalah untuk mengelakkan kesan tin pula nanti akibat beban tindihan pada kayu yang lembut itu.

Kaki² itu Rambozzi® cat dengan menggunakan 'polyurethane varnish' berwarna 'mahogany' sebanyak 3 lapisan yang diselangi dengan 'sanding'. Untuk bahagian kayu yang berlubang itu Rambozzi®  hanya sapukan beberapa lapisan 'tung oil' sahaja.


Dan itulah hasilnya. Bagi Rambozzi®, ia sangat cantik!!! Rambozzi® berpuas hati dengan hasil kerja dan teknik penyambungan kayu jenis ini yang pertama kali Rambozzi® buat. Rambozzi® bangga dengan Rambozzi® heh heh heh. Bagi Rambozzi®, ia memang susah! Ini bukan sesuatu yang patut Rambozzi® cuba. Tapi Rambozzi® nak cuba jugak. Dan Rambozzi® bernasib baik kali ini - ia berjaya!



Ok. Gambar di atas pula menunjukkan bekas² kaca untuk lilin itu diletakkan ke dalam lubang² tadi dengan jayanya heh heh heh.


Rambozzi® rasa, Rambozzi® boleh kuasai teknik ini dengan latihan dan teknik yang betul. Rambozzi® juga kena beli beberapa 'hand tools' lagi untuk buat penyambungan jenis ini. Antaranya adalah 'backsaw' yang baru sebab 'backsaw' yang ada tu dah tumpul. Rambozzi® juga kena beli set pahat yang berkualiti yang khusus untuk kerja² membuat tanggam. Ya, satu hari nanti Rambozzi® akan beli dan akan cuba kuasai teknik ini.

Maka, siaplah projek Rambozzi® Candle Holder nie. Projek ini amat menyeronokkan bagi Rambozzi® sebab adanya beberapa cabaran baru yang Rambozzi® kena hadapi. Cuma satu sahaja yang agak menggusarkan hati Rambozzi®.

MANA LILINNYA?



Setiap kali Rambozzi® nak keluar membeli kayu, antara faktor² yang Rambozzi® kena ambil kira selain duit modal adalah pengangkutan, lokasi, masa, 'sikap dan sifat' sesebuah 'hardware', cuaca dan macam² perkara lagi. Ya, bunyinya mudah, nak beli kayu, nak beli kayu... Tapi bagi 'amatuer woodworker' macam Rambozzi® nie, keluar membeli kayu agak perit sebab menggunakan kenderaan yang kecil, kekangan nak membeli dalam kuantiti yang banyak, kekangan nak membeli kayu dalam saiz yang panjang dan paling 'best' sekali, ada 'hardware' yang membuatkan Rambozzi® terpaksa berpeluh sekejap sebab kena potong kat situ juga sebelum boleh dimuatkan ke dalam kereta heh heh heh 'best' betul...

Itu bukan alasan dan penghalang bagi Rambozzi®. Rambozzi® boleh dan mampu kalau setakat nak potong beberapa batang kayu dengan gergaji tangan. Tetapi, apabila BOSCH® mengeluarkan 'cordless circular saw' dalam saiz yang 'compact' dan 'mini' baru² nie (mungkin dah lama kot, tapi Rambozzi® baru terjumpa di Malaysia nie...), dengan 'design'nya yang agak 'sejuk mata memandang' Rambozzi® rasa Rambozzi® mesti beli 'cordless circular saw' nie untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan aktiviti 'woodworking' kesukaan Rambozzi® nie.

Jadi, baru² nie Rambozzi® telah membeli satu lagi 'power tools' iaitu BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI. Pertama kali Rambozzi® melihat gambar 'cordless circular saw' nie di laman web, Rambozzi® dah jatuh hati jatuh cinta masa tu jugak di depan 'monitor' heh heh heh. Bila Rambozzi® tengok videonya di Youtube, lagilah membaranya hati Rambozzi® nie. Jadi, Rambozzi® keluarkan modal dan beli BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI nie.


Untuk pasaran Malaysia, BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI nie datang secara 'solo' - iaitu tanpa bateri dan pengecasnya. Hanya mesinnya semata². Rambozzi® tak pasti sama ada BOSCH® memang sengaja keluarkan produk ini dengan cara itu, ataupun ia hanya terjadi di Malaysia sebab bila Rambozzi® 'check' di 'internet', untuk pasaran di luar negara, model ini datang lengkap dengan 2 bateri, pengecas bateri dan 'beberapa' aksesori lain. Tapi lain halnya dengan pasaran di Malaysia nie, ia datang secara 'solo'. Ntah Rambozzi® tak faham dan kalau Rambozzi® faham pun, tak ada apa yang Rambozzi® boleh buat.

Jadi, Rambozzi® 'terpaksa' pula membeli set bateri dan pengecasnya, secara berasingan.

Dan, BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI ini juga hanya dibungkus dengan kotak kertas, bukan 'carrying case' yang kita biasa tengok tu. Hmmm.... nampaknya Rambozzi® kena buat satu kotak kayu untuknya nanti. Plastik berwarna hitam di dalam gambar di atas tu rasanya boleh digunakan dan mungkin Rambozzi® akan lekatkan ia di dalam kotak kayu itu nanti.


Ok, Rambozzi® akan cuba 'review' sedikit mengenai BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI nie sebagai pengguna dan dari pemahaman Rambozzi®. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk ini, silalah ke laman web rasmi BOSCH®.


BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI ini sangat ringan dengan beratnya hanya 1.4 kilogram. Mata gergajinya hanya berdiameter 85mm dan sangat nipis. BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI menggunakan bateri jenis 'Li-ion' 10.8V. Ok, tinggalkan sekejap pasal BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI nie, Rambozzi® nak bercerita pasal baterinya dulu heh heh...


Ok, bateri dan pengecas untuk BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI ini datang dalam bentuk set atau 'kit' yang dipanggil BOSCH® Starter Kit 10.8V. BOSCH® Starter Kit 10.8V nie terdiri daripada 2 bateri 'Li-ion' 10.8V dan satu pengecas.

'Starter kit' tu sebenarnya adalah set permulaan atau kita hanya perlu beli sekali sahaja set bateri ini dan ia boleh digunakan ke mesin² lain dari BOSCH® yang datang secara 'solo'. Ada beberapa 'cordless power tools' dari BOSCH® yang sesuai dengan 'starter kit' ini tetapi Rambozzi® tak akan ceritakan tentang itu di sini. Rambozzi® rasa, lebih baik lawati sendiri laman web rasmi BOSCH® untuk maklumat lebih lanjut dan lebih tepat.


Berbalik semula kepada BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI nie, ia sangat ringan iaitu hanya seberat 1.4 kilogram sahaja...Heh heh heh Rambozzi® dah tulis kat atas tu tadi kan? Sebenarnya tak ada apa sangat yang Rambozzi® nak ceritakan pasal mesin nie tapi tangan nie gatal nak menulis sebab projek 'woodworking' Rambozzi® belum siap lagi atau dalam perkataan lebih tepat lagi, masih belum ada 'permintaan' lagi setakat hari ini hehehehehehehehe....


Ok, BOSCH® mendakwa, BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI ini mempunyai 'design' yang paling 'compact' di dalam kelasnya. Rambozzi® pula mendakwa, ini adalah 'cordless circular saw' yang paling cantik pernah Rambozzi® jumpa setakat ini heh heh heh.




Oh ya! BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI ini juga mempunyai 'battery charge level indicator' di bahagian tepinya untuk memudahkan kita melihat berapa banyak lagi 'kuasa' yang ada di dalam baterinya. Juga ada lampu LED dekat dengan mata gergajinya untuk memudahkan kita melihat dengan jelas lagi semasa hendak memotong kayu.


Sekarang Rambozzi® nak 'test' BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI nie untuk melihat sejauh mana kehebatannya memotong kayu. Rambozzi® akan 'test' ke atas sebatang kayu 1x2.


Ya sangat berkuasa dan sangat halus potongannya. Terima kasih kepada mata gergajinya yang nipis. Rambozzi® yakin BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI ini akan dapat membantu memudahkan Rambozzi® memotong kayu di mana² 'hardware' yang tidak menyediakan perkhidmatan pemotongan untuk pelanggannya.

BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI hanya akan Rambozzi® gunakan untuk tujuan yang Rambozzi® tuliskan tadi sahaja. BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI akan Rambozzi® gunakan untuk memotong secara kasar sahaja. Rambozzi® akan kemaskan lagi potongan kayu itu dengan menggunakan 'slide miter saw' pula nanti.

BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI ini sangat ringan dengan beratnya hanya 1.4 kilogram heh heh heh lagi sekali Rambozzi® tulis sebab memang sangat ringan! Dengan adanya BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI nie, Rambozzi® sekarang boleh potong kayu di mana² sahaja. Kalau sedang berkelah di tepi pantai dan ternampak pepohon 'pine' pun Rambozzi® boleh potong pada masa tu jugak, masa orang tak nampak heh heh heh heh.....



Baru² nie Rambozzi® telah dihubungi oleh seorang PEMINAT Rambozzi® bernama Rose heh heh heh uolls jangan marah ehh.. Rose nie baru memiliki Kreg® Jig R3 (lihat gambar di atas) dan Rose telah meminta pendapat, pandangan dan 'tips' daripada Rambozzi® berkenaan Kreg® Jig R3. Macam biasa, Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin memberi sedikit penerangan mengenai Kreg® Jig R3 mengikut pemahaman, pengalaman dan cara Rambozzi®. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas lagi tepat, Rambozzi® cadangkan Rose lawati sendiri laman web rasmi Kreg®.


Ok, pertama sekali, seperti yang telah beberapa kali Rambozzi® pesan sebelum nie, JANGAN SESEKALI JATUHKAN MATA DRILL KREG® TU!!! Sebab ia boleh tumpul atau lebih teruk lagi, patah terus! Kreg® Step Drill Bit tu bukan murah, dan bukan senang nak dapat kat Malaysia nie.


Kalau patah, sila buangkan sahaja.


Rambozzi® akan kongsikan beberapa 'tips' mengenai penggunaan Kreg® Jig R3 dengan menggunakan kayu 1x2.


Pertama sekali kita kena tahu berapa tebal kayu yang kita gunakan tu. Dalam kes di atas, tebal kayu 1x2 tu adalah 7/8".


Bila dah dapat kenalpasti ketebalan kayu tu, setkan pada Kreg® Jig R3 tu sama dengan ketebalan kayu yang kita gunakan. Pastikan anak panah penanda di bahagian belakang Kreg® Jig R3 tu menunjukkan kepada tanda 7/8" pada 'positioning sliders' tu.


Kemudian ketatkan 'depth-collar' ke Kreg® Step Drill Bit di slot yang tersedia di dalam kotaknya, juga disetkan pada 7/8".


Pastikan 'cordless drill' yang digunakan disetkan pada kelajuan dan 'power' yang maksimum. 


Dan 'clamp'kan Kreg® Jig R3 ke kayu yang hendak ditebuk 'pocket hole'.


Ok, sekarang barulah kita boleh tebuk lubang 'pocket hole' pada kayu tu.


Untuk mendapatkan lubang 'pocket hole' yang cantik dan kemas, mata Kreg® Step Drill Bit yang tajam dan putaran 'cordless drill' yang laju memainkan peranan penting. Kalau mata Kreg® Step Drill Bit tumpul dan ditebuk pada kelajuan yang perlahan, memang tak berapa cantik lubangnya.


Ok, ini adalah soalan yang paling ramai 'woodworker' bertanya kepada Rambozzi®. Macam mana nak tahu berapa panjang skru yang sesuai untuk 'pocket hole' nie? Sebenarnya, jawapannya ada dalam laman web rasmi Kreg®, ada di dalam Youtube, dan kalau sudah memiliki Kreg® Jig R3 juga ada panduan di dalam kotaknya. Tapi demi PEMINAT Rambozzi®, Rambozzi® akan cuba beri jawapan sebaik mungkin heh heh.


Rambozzi® tak pernah gunakan Kreg® Pocket Hole Screws. Sebab ia agak mahal dan susah nak dapat kat mana² kedai 'hardware' biasa. Rambozzi® gunakan sama ada 'drywall screws' ataupun 'self-drilling screws'. Dan bila dah guna skru selain dari skru Kreg®, maka tak bergunalah Kreg® Driver Bit tu. Sebab skru jenis 'drywall screws' atau 'self-drilling screws' tu kepalanya adalah jenis bunga dan kena guna 'driver bit' jenis bunga jugak la. Orang putih takkan tahu apa itu 'driver bit' atau skru jenis bunga, rakyat Malaysia je yang tahu heh heh heh... 


Jadi soalan Rose adalah, bagaimana nak tahu berapa panjang skru yang sesuai untuk ketebalan kayu yang digunakan tu? Rambozzi® tak ada jawapan yang paling tepat, tapi Rambozzi® ada cara Rambozzi® sendiri. Rambozzi® hanya main 'try test' je. Rambozzi® biasanya akan skrukan skru pada lubang 'pocket hole' supaya Rambozzi® dapat lihat setakat mana skru tu akan masuk ke dalam kayu. Lihat gambar di atas, itu yang selalu Rambozzi® buat. Tapi bila dah selalu buat macam tu, sekarang Rambozzi® dah tahu mana skru yang sesuai.


Rambozzi® tunjukkan beberapa contoh. Lihat gambar di atas, skru yang digunakan adalah terlalu pendek dan memang takkan kuatlah sambungan tu.


Skru yang di atas pula terlalu panjang. Ia akan keluar menembusi kayu yang hendak disambungkan dan akan mencacatkan projek kita.


Saiz skru di dalam gambar di atas adalah yang paling tepat, paling sesuai. Sebabnya skru tu masuk lebih kurang 2/3 daripada ketebalan kayu yang hendak disambungkan.


Sama juga kalau dibuat sambungan seperti di dalam gambar di atas. Skru itu terlalu panjang.


Lihat pula gambar di atas, itu adalah saiz skru yang paling sesuai. Lihat bagaimana skru tu masuk lebih kurang 2/3 daripada ketebalan kayu tu. Oh ya, 'skru masuk lebih kurang 2/3 ketebalan kayu' tu bukan teori Rambozzi®. Ia adalah asas di dalam pertukangan kayu. Kalau baca dalam blog² 'woodworking', memang akan jumpa 'tips' tu.

Jadi, bila kita dah tahu saiz yang sesuai untuk skru yang kita perlukan, kita hanya perlu keluarkan duit dan beli skru itu sahaja. Bila dah semakin lama buat kerja kayu nie kita akan tahu sendiri skru mana yang kita nak pakai dan beli.


Lihat contoh skru di dalam gambar di atas. Dari kiri ke kanan adalah Kreg® Self-Tapping Screw, 'self-drilling screw' dan 'drywall screw'. Sebelum nie Rambozzi® gunakan 'drywall screw' tapi skru jenis nie mempunyai kepala yang tajam dan mudah menembusi kayu yang hendak disambungkan. Sekarang Rambozzi® gunakan skru jenis 'self-drilling screw' tu. Walaupun skru tu khusus untuk kerja² besi, Rambozzi® rasa ia boleh digunakan.

'Self-drilling screw' tu mempunyai rupabentuk yang hampir sama seperti Kreg® Self-Tapping Screw. Beza yang paling ketara adalah 'mata pisau' di hujungnya. Dan 'self-drilling screw' nie agak lambat untuk menembusi kayu berbanding Kreg® Self-Tapping Screw. Tapi nak cepat² nak pergi mana kan? 'Woodworking' nie adalah satu kerja yang perlu 'dilayan' dan tak perlu terburu-buru nak cepat siap. Nanti hilang 'feel' dia heh heh heh heh...


Bila dah dapat tahu saiz skru yang diperlukan, tak perlulah nak buat 'ujikaji' macam kat atas tu lagi.


Sekarang dah boleh skrukan dan sambungkan kayu² tu. Oh ya, Rambozzi® cadangkan Rose belilah 'cordless drill'. Sebab 'cordless drill' boleh disetkan kelajuan dan 'power'nya. Rose nak gunakan 'electric drill' pun boleh juga. Tapi ada risiko skru akan menembusi kayu yang disambung.


Potongan kayu yang tepat dan kemas juga penting untuk memastikan sambungan yang tepat dan kemas.


Dan Kreg® sendiri turut mencadangkan agar digunakan gam kayu bersama² dengan Kreg® Self-Tapping Screw untuk mendapatkan sambungan yang paling kuat dan kemas.

Mesin², 'hand tools', 'power tools' atau apa² sahaja 'jigs' atau alatan untuk membuat kerja² kayu mestilah kita tahu kegunaannya. Kita juga kena banyak buat ujikaji sendiri. 'Manual' yang datang sekali dengan sesuatu alat tu kita kena baca dan faham. Ramai orang yang tak suka baca buku panduan dan suka 'buat pandai'. Tapi ramai juga yang dah baca, dah faham dan dah pandai tapi suka baca tulisan Rambozzi® jugak sebab dorang kata, "blog Rambozzi® nie seronok dibaca dan mengggembirakan hatiku" heh heh heh heh heh heh heh heh heh.....

Rambozzi® harap Rose akan dapat memahami apa yang Rambozzi® tuliskan di sini. Rambozzi® harap Rose akan dapat menghasilkan hasil kerja kayu yang 'gempak'. Dan Rambozzi® harap Rose dapat 'share' hasil kerja kayu Rose nanti dengan Rambozzi®. Selamat bertukang, Rose!


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes