Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Setahun yang lalu, tanggal 14 Mei 2014, Rambozzi® memberanikan diri mewujudkan komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" di laman Facebook. Hari ini, 14 Mei 2015, genaplah setahun penubuhan komuniti ini. Setahun yang akan datang, pada 14 Mei 2016, usia komuniti ini akan menjangkau 2 tahun penubuhannya. Dan komuniti ini akan terus meningkat usianya menjadi 3 tahun pada 14 Mei 2017. Pada 14 Mei 2018... Eh! Apa punye ucapan daaa... Hahahahahaha...


Sebenarnya Rambozzi® berasa sangat gembira, kerana jika dibaca di dalam 'entry' Rambozzi®: Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia yang lalu, Rambozzi® akui Rambozzi® agak takut untuk memulakan komuniti ini, ketika itu. Rambozzi® tidak yakin komuniti ini akan mendapat sambutan. Rambozzi® tidak yakin komuniti ini akan berjaya menarik perhatian para peminat "D.I.Y woodworking" di Malaysia ini. Tetapi, atas dorongan dan sokongan beberapa orang rakan dan pembaca blog ini sendiri, Rambozzi® memberanikan diri mewujudkan komuniti ini.

Dan, dalam masa tidak sampai setahun, komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" ini mencapai angka 10,000 'likes' di Facebook! Yeah! Cool! Hahahahaha!


Ini adalah kejayaan peribadi Rambozzi®. Kerana Rambozzi® ini bukan sesiapa pun di dalam bidang ini. Rambozzi® hanya Rambozzi®. Pembaca blog ini lebih mengenali Rambozzi® ini di sini, berbanding di komuniti. Dan mereka tahu setakat mana kemampuan, kemahiran apatah lagi kelayakan Rambozzi® untuk menjadi 'admin' di sebuah 'page' yang besar, hebat dan sangat 'cool' seperti itu! 'Page' itu yang 'cool'. Ahli²nya yang 'cool'. 'Woodworkers' di situ yang 'cool'. Dan Rambozzi® turut menjadi 'cool', kerana 'page' itu!

Jangan tak tahu, perlu diketahui, nama Rambozzi® hanya dikenali selepas penubuhan komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia"! Heh heh heh heh...


Nama Rambozzi® "meletup" dengan tiba². Rambozzi® dipanggil "sifu", "otai", 'master', "idola". Rambozzi® dipanggil dengan gelaran "Tuan Rambozzi®". Huhu!


Rambozzi® berasa malu yang amat sangat! Kerana Rambozzi® memang tak layak untuk menerima semua gelaran itu! Hahahahahaha! Dorang memang tak tahu dan tak kenal siapa Rambozzi® ini! Hahahahaha! Aduh... Dorang memang kena baca blog ini dahulu, dan baru mereka akan tahu siapa Rambozzi®. Betul, bro! Rambozzi® memang tak layak. Seperti yang pernah Rambozzi® nyatakan dahulu - di dalam 'entry' mana ntah hahaha - Rambozzi® bukan nak merendah diri, tetapi Rambozzi® sedar diri. Dan memang ada perbezaan yang amat ketara di antara merendah diri dan sedar diri. Heh heh heh heh...


Oraits! Berbalik kepada "kisah" komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia". Rambozzi® memulakan komuniti ini di laman Facebook dengan bantuan 3 orang lagi rakan iaitu bro Erizal Yusman, bro Kamal Abdul (Yeah!) dan bro Zulmarkan Mohamed. Rambozzi® 'Yeah!'kan bro Kamal Abdul itu kerana si Kamal Abdul agak nakal orangnya heh heh heh heh. Manakala bro Erizal dan bro Zulmarkan lebih 'cool'. Heh heh heh heh...

Rambozzi® berikan ketiga² sahabat Rambozzi® itu fungsi 'admin' di komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia". Ya! Asalnya, kami berempat adalah 'admin' di komuniti itu, bukanlah Rambozzi® seorang..... Tetapi, disebabkan kami berempat agak "kolot", "tidak berapa 'social media'", "agak kekampungan" dan "tidak mesra Facebook", maka kami berempat telah menjadi sangat "huru-hara" pada hari pertama penubuhan komuniti itu! Hahahahahaha! Lawak betul! Kami berempat memang tidak faham langsung fungsi sebagai 'admin' di laman Facebook! Hahahahaha!


Akhirnya, selepas mencapai kata sepakat, Rambozzi® membuang fungsi 'admin' itu daripada ketiga² sahabat Rambozzi® itu. Bukanlah kami bergaduh atau "berebut jawatan di dalam parti" (heh heh heh heh), tetapi kami sepakat bahawa lebih baik seorang sahaja yang menjadi 'admin'; iaitu Rambozzi®. Dan sehingga ke hari ini, ketiga² orang sahabat Rambozzi® itu masih setia menyokong Rambozzi® di komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia".

Terima kasih banyak² Rambozzi® ucapkan kepada bro Erizal Yusman, bro Kamal Abdul dan bro Zulmarkan Mohamed atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Rambozzi® dan kepada komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia", khususnya.


Oraits! Begitulah sedikit sebanyak mengenai asal-usul dan permulaan penubuhan komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia".

Hari ini, komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" telah menjadi sebuah komuniti, sebuah tempat, sebuah 'port' berkumpulnya ribuan "Malaysian Woodworkers" dan para peminat hasil² seni pertukangan kayu secara D.I.Y di bumi Malaysia ini. Rambozzi® sendiri tidak pasti, berapa banyak lagi wujudnya komuniti atau kumpulan atau "geng" pertukangan kayu seperti ini di Malaysia. Tetapi bagi Rambozzi®, komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" adalah kumpulan atau "geng kayu" yang paling hebat, paling 'cool' dan paling 'best' di Malaysia! Yeah! Rambozzi® tidak memuji diri Rambozzi® ini. Rambozzi® memuji rakan² di komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia"! Yeah! Kerana merekalah yang menjayakan komuniti itu! Merekalah yang "menghidupkan" komuniti itu! Merekalah yang menjadikan komuniti itu HEBAT! Yeah! Hahahahahahaha! Seronok betul!


Di komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" telah menerima sokongan daripada beberapa orang "otai" dan 'woodworkers' yang sangat ternama, sangat terkenal. Dan memang mereka semua sangat 'cool'! Mereka sudi memberikan sokongan, kerjasama dan semangat kepada Rambozzi®.

Rambozzi® juga telah melancarkan satu gerakan "menjejak tukang² kayu" di Instagram. Hampir 30 orang 'woodworkers' telah Rambozzi® jemput untuk menyertai komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia". Dan lebih daripada separuh telah menerima pelawaan Rambozzi® itu! Dan perlu diketahui, kebanyakan daripada mereka mempunyai nama yang sangat besar di dalam bidang ini!


Selepas gerakan itu, Rambozzi® tiba² menjadi sangat malu dan rendah hati. Terdapat ribuan lagi "Malaysian Woodworkers" di Instagram dengan nama dan reputasi yang sangat hebat. Rambozzi® menjadi "tidak sanggup" atau "tidak sampai hati" hendak menjemput mereka. Oh! Rambozzi® memang berasa sangat malu untuk menjemput "otai²" itu. Rambozzi® rasa, bukanlah taraf Rambozzi® untuk menjemput mereka semua. ('Followers' mereka di Instagram itu sendiri pun sudah mencecah lebih 10,000 atau 20,000! Hahahahaha! Segan la Rambozzi® nak jemput hehehehehehe!)


Keadaan itu tidaklah melemahkan semangat Rambozzi®. Bahkan ia telah menyemarakkan lagi semangat Rambozzi®! Ya! Rambozzi® akan cuba mengangkat komuniti ini ke satu tahap yang lebih baik. Rambozzi® akan mencuba sebaik yang mungkin dengan bantuan rakan² 'woodworker' di komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia".

Terdapat beberapa orang rakan 'woodworker' di komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" yang sangat rajin "membantu" Rambozzi® menjawab pelbagai soalan dari ahli². Rambozzi® akui, Rambozzi® masih amatur, dan sebagai amatur memang Rambozzi® kekurangan ilmu, pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang ini. Tetapi beberapa orang rakan 'woodworker' ini sentiasa menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh ahli² komuniti, dengan rela, dengan ikhlas dan dengan penuh maklumat! Oh! Memang Rambozzi® takkan dapat membalas jasa dan budi baik mereka itu! Keihklasan mereka itu membuatkan Rambozzi® berasa semakin yakin, semakin kuat dan semakin bersemangat. Terima kasih banyak².


Rambozzi® "menaruh" terlalu banyak "harapan" untuk komuniti "Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia" ini. Rambozzi® mengimpikan untuk mengadakan pelbagai program untuk komuniti ini. Rambozzi® "berangan" untuk menganjurkan kursus² pertukangan kayu secara D.I.Y untuk komuniti ini. Rambozzi® "mengidamkan" untuk membuat program² seperti "Jalan² Cari Kayu" untuk komuniti ini. 'Best'kan kalau kesemua "angan²" itu menjadi kenyataan? Kan...

Tetapi, Rambozzi® terpaksa menunggu dahulu. Menunggu masa, peluang dan ruang untuk merealisasikan kesemua "fantasi" itu. Entah bila akan menjadi kenyataan. Mungkin apabila usia komuniti ini mencecah 2 tahun, iaitu pada 14 Mei 2016. Mungkin juga apabila usianya menjadi 3 tahun pada 14 Mei 2017. Atau pada 14 Mei 2018..... heh heh heh heh...



Fuuhhhh! Jika ditanya, apakah pencapaian terbaik di dalam hidup Rambozzi® ini? Jawapannya adalah mewujudkan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia! Ya! Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia adalah kejayaan peribadi Rambozzi®! Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia adalah kejayaan hidup Rambozzi®! Dan, yang paling Rambozzi® bangga, komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia ini mencapai angka 10,000 'likes' dalam masa tidak sampai setahun penubuhannya! Hahahahaha! Yay! Yeah! Ooooh! Cool! Cool! Cool!



Aduh... Betul la cakap orang tua², "Penantian suatu penyeksaan"... Bila ditunggu, lambat je "sampai". Bila tak ditunggu, berduyun² 'likes' yang datang! Dan memang Rambozzi® menunggu hendak mencapai 10,000 'likes' tu!

Selama 15 minit Rambozzi® menunggu angka 9,999 itu bertukar menjadi 10,000, tahu?! Tahu?! 15 minit yang hanya 15 minit itu menjadi terlalu lama pula bagi Rambozzi®! Hahahaha! Mungkin bagi orang lain - "gila ke apa duk tunggu angka tu?". Tapi bagi Rambozzi®, saat² itu sangat berharga. Saat² ketika menunggu itu adalah sangat bermakna bagi Rambozzi®. Sebab komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia ini adalah adalah usaha dan titik peluh Rambozzi®!

"Pssssttt! Sebenarnya, Rambozzi® dah buat satu rancangan jahat! Kalau Rambozzi® terlepas nak 'capture' gambar tu masa capai 10,000  - contohnya kalau dah "tercapai" 10,003 ke... - Rambozzi® akan 'ban' 3 orang tu dan 'capture' gambar masa 10,000 tu dan 'unbanned' dorang balik! Hahahahahahaha! #bijakkanBeta. Hahahahahaha! Peace! Yeah! Shhhhhhh!!!"



Dan apabila angka itu berubah menjadi 10,000, ketika itu Rambozzi® tersenyum kepuasan. Oh! Ini bukanlah satu hasil kerja pertukangan kayu! Ini adalah sesuatu yang lain. Ini adalah suatu kepuasan tertinggi dan terhebat di dalam hidup Rambozzi® ini. Di mana lagi kita boleh mencapai satu tahap kepuasan tertinggi di dalam hidup kita? Bukanlah dengan puji²an ataupun anugerah² khas. Tapi ia lebih kepada "pencapaian".

Jika dilihat 'entry'² terawal Rambozzi® dahulu, memang Rambozzi® bermula dari 0. Kemudian, Rambozzi® belajar sedikit demi sedikit, belajar dari pengalaman dan kesilapan. Dan sebelum sempat Rambozzi® menjadi 'woodworker' sebenar, dengan sepenuh keyakinan Rambozzi® mewujudkan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Seorang 'amateur woodworker' mewujudkan sebuah komuniti yang sangat besar dan hebat! Yeah!

Rambozzi® yang amatur ini mengumpulkan tukang² kayu terhebat di muka bumi Malaysia ini di bawah satu bumbung, dicampur dengan para peminat hasil² kerja pertukangan kayu ini. Sebab itulah, angka 10,000 itu sangat bermakna buat Rambozzi®! Rambozzi® hanyalah seorang 'blogger' - yang tidak berapa pandai 'blogging' - yang menjadikan 'woodworking' sebagai tema atau konsep untuk blog ini. Rambozzi® sememangnya bukanlah seorang yang layak untuk mewujudkan sebuah komuniti yang sehebat ini. Tapi Rambozzi® beranikan diri demi "woodworking" ini, demi "cinta" ini, demi "love"...

Dan sekarang Rambozzi® boleh berbangga dengan pencapaian ini... Heh heh heh heh...


Oraits. Sebenarnya kejayaan ini bukanlah hasil usaha Rambozzi® seorang. Semestinya dengan bantuan dan sokongan rakan² "Malaysian Woodworkers" di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Tapi, itu untuk dikongsikan sesama ahli komuniti, di sana. Di blog ini, Rambozzi® tetap Rambozzi®. Apa yang Rambozzi® tuliskan di sini adalah untuk Rambozzi® sendiri. Supaya Rambozzi® boleh membaca catatan ini di blog Rambozzi® ini, dan tersenyum mengenangkannya. Di sini tempat Rambozzi®. Bukan di komuniti itu. Di sini. Apa² yang mendatang kepada Rambozzi®, sama ada kejayaan atau kegagalan, Rambozzi® akan tuliskan di sini. Di sini dunia Rambozzi®. Di sini hidup Rambozzi®.

Di komuniti, Rambozzi® nyatakan bahawa kejayaan mencapai angka 10,000 ini adalah atas sokongan rakan² "Malaysian Woodworkers". Tetapi di blog ini, Rambozzi® ingin menegaskan bahawa kejayaan ini adalah milik Rambozzi® seorang! Yes! Heh heh heh heh.....




Oraits. Untuk membezakan di antara Rambozzi® di blog ini dan "Rambozzi®" di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, Rambozzi® telah menukar logo komuniti kepada logo seperti di atas.


Tidak banyak beza pun berbanding dengan logo rasmi Rambozzi® seperti di atas. Hanya warna hitam dan putih itu sahaja yang membezakan keduanya. Rambozzi® terpaksa berbuat begitu kerana Rambozzi® sayangkan logo Rambozzi®. Logo itu milik Rambozzi®. Logo itu adalah Rambozzi®. Logo itu adalah jatidiri Rambozzi®. Logo itu juga adalah "cinta" Rambozzi®...


Oraits. Perjalanan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia ini masih jauh, bahkan ia baru sahaja bermula! Di kesempatan ini, Rambozzi® ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan² "Malaysian Woodworkers" di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia yang memberikan sepenuh sokongan kepada Rambozzi® dan komuniti ini. Semestinya, tanpa sokongan rakan² "Malaysian Woodworkers", komuniti ini tidak akan dapat mencapai apa² kejayaan pun. Merekalah yang menjayakan komuniti ini, Rambozzi® hanya menggerakkannya sahaja.

Rambozzi® mempunyai terlalu banyak perancangan untuk komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia ini. Tetapi buat masa ini, semua perancangan itu hanyalah satu impian sahaja. Kerana untuk menjayakan semua perancangan atau program untuk komuniti ini, memang Rambozzi® memerlukan masa, ruang, peluang dan semestinya dana yang secukupnya. Buat masa ini, Rambozzi® belum memiliki kesemua itu lagi. Dan Rambozzi® terpaksa menunggu dahulu. Rambozzi® tak tahu sama ada impian Rambozzi® untuk komuniti ini akan menjadi kenyataan ataupun tidak. Rambozzi® juga tidak tahu bagaimana cara dan usaha yang patut Rambozzi® lakukan untuk mencapai impian ini. Rambozzi® tidak tahu saluran yang sepatutnya Rambozzi® gunakan untuk kemajuan komuniti ini. Kerana Rambozzi® sendiri terlalu berhati². Rambozzi® tidak mahu komuniti ini tercemar atau terganggu dengan ancaman² luar yang boleh merosakkan usaha Rambozzi® ini. Rambozzi® terpaksa berhati², kerana dunia Rambozzi® yang sebenar di luar sana sangat penuh dengan kerenah² birokrasi, politik dan konspirasi.


Rambozzi® menyimpan impian yang sangat tinggi untuk komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia ini. Rambozzi® mahu menjadi perintis yang menjadikan "Malaysian Woodworkers" bukan sekadar tukang kayu biasa sahaja. Rambozzi® mahu "Malaysian Woodworkers" menjadi satu golongan yang sangat disegani di Malaysia. Rambozzi® mahu menjadikan "Malaysian Woodworkers" di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia sebagai kumpulan tukang kayu paling berpengaruh, paling cekap, paling hebat, paling kreatif dan paling berjiwa seni di Malaysia ini. Komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia bukanlah calang² komuniti. Dan "Malaysian Woodworkers" bukanlah calang² orang. 

Begitu juga dengan Rambozzi® ini. Rambozzi® bukanlah calang² orang.

"I am Rambozzi®;
I am Your Woodworker;
I-woodworking with Style;
I-woodworking with Heart; 
I-woodworking with Love;
with Love..."




"Kini baru ku sedari
Cinta bersemi
Berputik di ranting hati
Bahagia kan menanti dua sejoli
Dalam ikatan kasih yang terpatri...

Bara yang panas membara..."

Halamak tak habis² lagi lagu Bara nie rupa²nya heh heh heh heh heh... Sebenarnya Bara ini takkan berkesudahan. Kerana Bara ini adalah konsep yang Rambozzi® nak gunakan di dalam hasil² karya Rambozzi®, seperti yang pernah Rambozzi® maklumkan beberapa kali sebelum ini.

Oraits. Untuk projek kali ini, memang Rambozzi® sengaja letakkan Bara-Heart di dalam 'design'. Dan dengan sungguh² Rambozzi® nyatakan kepada Nik, bahawa Rambozzi® nak gunakan konsep Bara ini. Tanpa banyak soal Nik bersetuju. Sebab Nik tahu macam mana hasil kerja Rambozzi®, sebab ini bukanlah kali pertama Nik berurusan dengan Rambozzi®. Yang tu kita tengok nanti ok... Hehehehehe...

Setelah berbincang panjang, Rambozzi® dan Nik mencapai kata sepakat. Rambozzi® terima projek ini dengan cuba mengikut kehendak Nik, dan Rambozzi® akan gunakan konsep Bara.

Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - dengan hati yang hangat membara - Bara-Heart Baby Rocker - Nik. Yeah!


Rambozzi® akan mulakan dengan membuat 'master copy' untuk keseluruhan projek ini dahulu. Disebabkan projek ini memerlukan banyak bentuk lengkungan, maka Rambozzi® kena pastikan bahawa Rambozzi® mempunyai 'master copy' terbaik yang boleh digunakan untuk kesemua bahagian yang memerlukannya.

Untuk melukis bentuk lengkungan yang sempurna, Rambozzi® sebenarnya memang tidak ada 'idea' langsung asalnya. Puas Rambozzi® mencari sesuatu yang boleh dijadikan 'guide' tetapi tidak kutemui jua...

Akhirnya, datang juga 'idea' itu. Rambozzi® akan gunakan pembaris panjang yang dibengkokkan di atas permukaan kayu. Untuk memastikan pembaris itu tidak bergerak² dan bentuk lengkungan juga sempurna, Rambozzi® skrukan beberapa biji skru di atas kayu di atas.


Jadi, pembaris panjang itu boleh dibengkokkan dengan tepat mengikut bentuk lengkungan yang Rambozzi® kehendaki. 


Ini hanyalah 'idea' Rambozzi®. Bentuk lengkungan yang Rambozzi® dapat daripada teknik ini tidaklah sesempurna mana. Tetapi sekurang²nya Rambozzi® boleh melukis bentuk lengkungan itu, sekadar untuk dijadikan 'guide' sahaja.


Potongan kasar menggunakan 'jigsaw' yang akan menentukan kesempurnaan bentuk lengkungan itu.


Rambozzi® potong dahulu secara kasar dengan cuba mengikut serapat yang mungkin lukisan lengkungan itu. Tapi Rambozzi® tetap Rambozzi®! Heh heh heh heh... Bila tangan amatur ini cuba membuat sesuatu yang tidak sepadan dengan kemahirannya, maka itulah hasilnya. Hahahahaha! Memang tidak lembut langsung potongan itu!


Tidak mengapa. Nevermind. Rambozzi® akan cuba perhalusi lagi bentuk lengkungan itu dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander' pula. Oh! Ini adalah antara teknik terbaik Rambozzi®! Heh heh heh heh...


Rambozzi® agak bernasib baik, kerana bentuk lengkungan itu agak kemas, lembut dan hampir sempurna. Sekarang, kayu itu boleh dijadikan 'master copy' untuk digunakan ke atas kayu² lain yang perlu dipotong bentuk lengkungan lagi.


Sama seperti proses membentuk 'master copy' tadi, Rambozzi® potong dahulu secara kasar dengan menggunakan 'jigsaw'.


Ya! Memang jelas "huru-hara" potongan itu kan? Kan? Kan... Hahahahahaha! Syok! Cool! Yeah!


Oraits. Akhirnya berjaya juga Rambozzi® memotong kayu² di atas kepada bentuk lengkungan yang dikehendaki. Kayu² di atas adalah paling kritikal! Kerana ia adalah elemen utama untuk projek ini. Kayu² itulah yang akan menjadikan katil ini sebuah 'baby rocker'! Yeah!


Dan Rambozzi® sudahkan bahagian² lain yang juga memerlukan potongan² berbentuk lengkungan. Ya! Projek ini, boleh tahan juga susahnya.... Hmmmmm.....


Menggunakan "Teknik Keramat Rambozzi®", Rambozzi® cantumkan kesemua bahagian di atas dengan menggunakan teknik 'pocket hole joinery'. Kesemua bahagian di atas digam dan diskrukan di antara satu sama lain.


Rambozzi® pasangkan dahulu bahagian kaki untuk katil ini.


Dan Rambozzi® gam dan skrukan bahagian dinding katil ke kaki katil itu.


Dan ia siap dengan kemas! Ya! Pemasangan katil di atas, bagi Rambozzi®, sangat kemas!


Untuk bahagian alas katil ini, Rambozzi® gunakan kayu² 1x2 yang dibulatkan bucu²nya.


Untuk memudahkan kayu² alas itu dipasangkan ke katil, Rambozzi® terbalikkan katil itu. Dengan cara di atas, Rambozzi® boleh mengukur dan menanda dengan mudah tempat² kayu² itu akan diskrukan.


Juga memudahkan Rambozzi® untuk menjarakkan kayu² itu dengan menggunakan 'spacer' yang bersesuaian.


Dan bahagian alas katil ini siap dipasang sepenuhnya.


Rambozzi® sudahkan dengan memasang pula bahagian tapak untuk katil ini. Dan projek ini siap sepenuhnya! Yay!


Dan... Rambozzi® gam dan skrukan 2 Bara-Heart itu di kiri dan kanan dinding katil. Itulah Bara-Heart. Itulah "hati" Rambozzi®... Itulah "cinta" Rambozzi®. Itulah 'love'...

Oraits! Atas permintaan Nik, Rambozzi® tambahkan satu lagi elemen untuk projek ini iaitu penyangkut di bahagian kepala katil. Penyangkut itu hanyalah 2 batang kayu 1x2 yang dicantumkan sahaja. "Nak sangkut mainan", kata Nik.

Bara-Heart Baby Rocker - Nik ini tidak dicat dengan apa² kemasan. Rambozzi® hanya 'sanding' sahaja keseluruhan katil ini sehingga halus.


Fuuhhhh! Rambozzi® agak kepenatan juga nak menyiapkan projek ini. Tapi Rambozzi® amat berpuas hati dengan hasilnya! Ya! Rambozzi® puas hati dengan projek Bara-Heart Baby Rocker - Nik ini! Projek ini adalah 'masterpiece' Rambozzi® untuk tahun 2015 ini.


Bara-Heart itu merah menyala selepas dicat dengan 2 lapisan cat minyak. Bara-Heart itu sangat membara...


Oraits. Rambozzi® tunjukkan kepada Nik dan Nik memuji hasil kerja Rambozzi® ini. Fuuuhhhh! Lega Rambozzi®, bro! Hahahahahahaha!


Ok. Gambar di atas adalah "sumbangan" Nik. Oh ya! Kesemua barangan kayu di dalam gambar di atas, adalah hasil kerja tangan Rambozzi®. Memang Rambozzi® tidak pernah 'post' di dalam blog ini sebelum ini. Sebab apa pun Rambozzi® tak tahu. Heh heh heh heh......
 
Dan begitulah rupanya bila kesemua hasil kerja tangan Rambozzi® itu "dihiaskan" untuk tujuan 'photography'. Kesemua barangan di atas adalah hak milik Nik. Rambozzi® hanyalah tukang yang membuatnya sahaja.

Rambozzi® berharap, Nik berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi®. Rambozzi® berharap, Nik boleh mengembangkan lagi bidang 'photography' kesukaannya itu dan menjana pendapatan dan nama yang hebat! Kejayaan Nik adalah kejayaan Rambozzi®. Kerna diriku, begitu berharga... Heh heh heh heh...

Oraits.Selesai projek Bara-Heart Baby Rocker - Nik. Projek ini mengajar Rambozzi® beberapa perkara baru mengenai 'woodworking' ini, terutamanya teknik memotong lengkungan. Ada sedikit kekecewaan di hati Rambozzi® ini, kerana rupa²nya Rambozzi® ini memang tidak mahir memotong bentuk lengkungan. Rambozzi® tidak mahir lagi menggunakan 'jigsaw' walaupun selepas ia dilekatkan ke 'jigsaw table'.

Rambozzi® hanya kecewa, tapi tidak mengalah. Rambozzi® takkan mengalah. "Woodworking" ini dunia Rambozzi®. "Woodworking" ini hidup Rambozzi®. "Woodworking" ini cinta Rambozzi®. Mana mungkin Rambozzi® mengalah demi "cinta" ini!

Jadi, demi kelangsungan "cinta" ini, Rambozzi® menanam azam untuk berusaha lebih keras dan lebih gigih lagi. Rambozzi® akan belajar lebih banyak lagi mengenai "woodworking" ini. Rambozzi® akan cuba menguasai teknik menggunakan 'jigsaw'. Dan Rambozzi® turut menyimpan hasrat dan impian juga. Rambozzi® akan beli 'scroll saw' atau 'band saw', satu hari nanti! One day...

"Bahagia kan menanti dua sejoli
Dalam ikatan kasih yang terpatri..."


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes