Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Laili kembali lagi! Hehehehe... Laili nie pun bukan seorang yang asing bagi Rambozzi®. Laili memang pernah berurusan dengan Rambozzi® sebelum ini. Kini Laili kembali dengan tempahan terbarunya iaitu rak untuk menyangkut atau menyidai tuala. 'Design' untuk rak nie adalah dari Laili sendiri. Laili tunjukkan contoh gambar rak nie kepada Rambozzi® dan minta Rambozzi® buatkan sebuah untuknya. Cuma ukurannya sahaja yang Rambozzi® tentukan. Ok, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Towel Rack Laili.


Untuk projek Towel Rack Laili ini Rambozzi® hanya akan gunakan kayu² bersaiz 1x2 dan juga kayu bulat. Ok, 'design' rak ini sebenarnya membawa sedikit 'masalah' kepada Rambozzi®. Sebabnya, kayu² yang biasa Rambozzi® beli di 'hardware' tidak semuanya lurus. Ada yang sedikit membengkok dan ada juga yang 'twist'. Kalau digunakan untuk projek² yang memerlukan pembinaan rangka atau 'frame', ia tidak menjadi masalah sangat sebab binaannya sendiri boleh membantu kita mendapatkan sambungan yang tepat. Tapi kalau digunakan untuk projek seperti ini yang memerlukan tiang² yang betul² lurus, kayu² ini memang bermasalah. 

Lihat gambar di atas. Jelas kelihatan bahawa kayu² itu sedikit bengkok terutamanya di bahagian tengah yang bertanda anak panah itu. Kayu yang bengkok seperti ini, bila dipotong menggunakan 'miter saw' sangat susah untuk mendapatkan potongan yang tepat dan sama panjang. Dan projek kali ini pula memerlukan potongan yang sangat tepat dan kayu yang sangat lurus.


Jadi, sebelum Rambozzi® potong kayu² itu menggunakan 'miter saw', Rambozzi® 'clamp'kan dahulu di bahagian² yang bengkok.


Dan Rambozzi® tampal 'masking tape' di bahagian² yang bengkok itu. Tujuannya adalah untuk membolehkan kayu² itu dipotong serentak dan mendapat panjang yang sama. Projek ini memerlukan 5 set tiang² yang lurus. Jadi, Rambozzi® 'ikatkan' 5 set kayu² itu yang akan dipotong serentak. Rambozzi® harap 'idea' nie menjadi la heh heh heh heh...


Seterusnya Rambozzi® potong pula kayu² bulat untuk dijadikan penyidai tuala nanti.


Kayu² bulat itu akan dimasukkan ke dalam lubang yang akan ditebuk di atas kayu² 1x2 tadi. Rambozzi® dapatkan dahulu saiz kayu bulat itu dengan menggunakan 'caliper' seperti di dalam gambar di atas. Saiz kayu bulat itu adalah lebih kurang 18.5 mm (mm ke tu?...). Oh ya, Rambozzi® ada membeli sebuah 'digital caliper' tapi baterinya dah habis, jadi ia dah jadi tak berguna la heh heh heh. Takpe, baterinya akan Rambozzi® beli kemudian...


Dari saiz kayu bulat tadi Rambozzi® kena gunakan 'forstner bit' yang sama saiz dengannya supaya ia muat ke dalam lubangnya nanti. Nasib baik pula 'forstner bit' yang Rambozzi® ada sama saiznya dengan kayu bulat tadi. Jadi, boleh la Rambozzi® tebuk lubang sekarang.


'Marking' atau tandaan atau penandaan (huh mana satu ntah heh heh) sangat penting di dalam kerja² pertukangan kayu. Rambozzi® ukur dan tandakan dahulu sebelum menebuk lubang² untuk dimasukkan kayu bulat nanti. Penandaan yang teliti dan ketepatan tebukan lubang adalah sangat penting untuk memastikan kayu² bulat tadi dapat dimasukkan dengan selari ke dalam lubang² tu.


Kemudian Rambozzi® tandakan lubang kecil di tengah² 'marking' tadi dengan menggunakan 'center punch' seperti di dalam gambar di atas. Tujuannya adalah untuk memudahkan mata 'drill' atau 'forstner bit' yang kita nak gunakan nanti 'menemui jalan yang benar' heh heh heh. 

Kadang² 'drill bit' yang kita pasangkan ke 'drill press' tidak berputar dengan 'cantik'. Bila hujung mata 'drill bit' itu masuk ke dalam lubang kecil yang kita tanda tadi, ia secara automatiknya akan berputar dengan kemas dan tidak 'bergoyang²'. Aduh payahnyalah nak cari perkataan!


Lihat gambar di atas. Mata 'forstner bit' yang tajam itu perlu 'dipandu' masuk ke lubang kecil yang Rambozzi® tandakan tadi untuk mendapatkan tebukan yang tepat mengikut ukuran dan tandaan tadi.


Ok, ini satu lagi teknik yang Rambozzi® belajar sepanjang menggunakan 'drill press' terutamanya bila menggunakan 'forstner bit'. Lihat gambar di atas. Rambozzi® biarkan 'forstner bit' itu berputar dan tekan sedikit ke atas permukaan kayu sehingga membentuk bulatannya dahulu sebelum dibenamkan ke kedalaman yang kita nak. Kalau terus ditekan ke dalam kayu, ada risiko bahagian atas bulatan itu akan pecah² dan tidak cantiklah  lubang tu. Dan mata 'forstner bit' itu juga perlu dipastikan tidak tumpul.


Ada 4 lagi batang kayu yang akan dipasang ke kayu² yang berlubang tadi yang akan berfungsi sebagai penguat untuk projek ini. 4 batang kayu di atas akan diskrukan ke kayu² berlubang tadi dan Rambozzi® tebuk dulu lubang² 'countersink'. 'Spade drill bit' seperti di dalam gambar di atas bukan untuk tujuan 'countesink' sebenarnya. Tapi, Rambozzi® suka melihat hasil tebukannya yang kemas dan cantik.


Selepas itu barulah ditebuk pula lubang² 'pilot hole' untuk skru nanti. Ada 'woodworker' yang menebuk lubang 'pilot hole' dulu, kemudian lubang 'countersink'. Tapi Rambozzi® suka tebuk lubang 'countersink' dahulu diikuti lubang 'pilot hole' kerana ia lebih tepat dan kemas. Tapi apa² pun, kedua² cara itu tidak salah. Lubang² 'pilot hole' itu akan 'memandu' skru ke tempat yang hendak diskrukan dengan tepat.


Seterusnya Rambozzi® gam dan skrukan kayu² tadi menjadi rangka seperti di dalam gambar di atas.


Dan Rambozzi® gam dan skrukan kayu² yang lain pula. Kayu² yang bertanda anak panah itu sebenarnya berfungsi sebagai 'spacer'. Ia bertujuan untuk mendapatkan jarak yang sama antara setiap kayu yang diskrukan ke rangka itu. Jarak 'spacer' itu bergantung pada saiz kayu yang digunakan sebagai 'spacer'.


Ok, siaplah bahagian kiri dan kanan rak ini. Kayu² bulat itu akan dimasukkan ke dalam lubang² yang telah ditebuk nanti.

Di dalam 'woodworking', ada masanya kita perlu gunakan 'spacer' untuk mendapatkan jarak yang sama. Tapi, ada masanya kita tak perlukan 'spacer'. Kita boleh skrukan terus kayu ke kayu secara bebas. Untuk projek² yang memerlukan ketepatan jarak, penggunaan 'spacer' adalah antara cara yang paling membantu.


Seterusnya, Rambozzi® kena tentukan jarak yang sesuai dan tepat untuk dipasangkan 2 batang lagi kayu di bahagian bawah rak ini untuk mengukuhkan lagi binaannya. Ok, bahagian ini agak 'tricky' sikit heh heh heh. Tapi tak susah mana pun... Rambozzi® perlu dapatkan ukuran untuk jarak yang bertanda anak panah seperti di dalam gambar di atas.


Untuk tujuan itu, Rambozzi® kena pastikan rak ini stabil dan kayu² bulat itu tidak bergerak². Rambozzi® 'clamp'kan sementara di bahagian atas rak ini dengan memastikan kayu bulat itu masuk rapat ke dalam lubang. Menggunakan 'measuring tape' adalah cara paling tepat untuk mendapatkan ukuran jarak itu. Hanya ukur, tandakan pada kayu yang hendak dipotong dan potong.


Tapi biasanya Rambozzi® akan gunakan cara di atas. Tak perlu mengukur, hanya tandakan terus pada kayu yang hendak dipotong. Rambozzi® rasa, gambar di atas sudah cukup untuk 'menerangkannya'. Kalau Rambozzi® cuba terangkan dalam tulisan Rambozzi®  nie, rasa²nya Rambozzi® sendiri pun tak faham heh heh heh...


Ok, 5 batang kayu² bulat dan 2 batang kayu 1x2 di bahagian bawah rak PERLU digamkan dan dipasangkan serentak. Untuk memasang kesemuanya secara serentak sebenarnya agak bermasalah juga pada Rambozzi®. Sebabnya, untuk dimasukkan 5 batang kayu² bulat ke dalam lubangnya agak susah kalau tidak ada pembantu. Jadi, Rambozzi® mendapat satu ilham bagaimana nak memudahkan proses pemasangan itu dan sekaligus dapat memasang dengan tepat dan kemas.

Rambozzi® 'baringkan' kedua² rangka rak itu ke lantai. Mula² sekali, Rambozzi® gam dan skrukan dulu 2 batang kayu 1x2 tadi ke bahagian bawah rak di salah satu rangka tadi (label 1). Kemudian Rambozzi® gam dan masukkan pula kayu² bulat tadi ke lubang² di rangka yang lagi satu (label 2).


Kemudian Rambozzi® masukkan gam ke dalam lubang² di rangka yang berlabel 1 tadi siap².


Kemudian Rambozzi® angkat dan letakkan rangka berlabel 1 itu ke atas rangka berlabel 2. Jadi, kayu 1x2 di rangka berlabel 2 itu akan berfungsi sebagai penyokong atau 'support' sementara yang membolehkan Rambozzi® memasukkan kayu² bulat itu ke dalam lubang²nya dan Rambozzi® boleh skrukan juga kayu² 1x2 itu ke rangka berlabel 1.

Kalau proses di atas dibuat dalam keadaan rangka² itu berdiri, agak susah juga la nak masukkan kayu² bulat itu ke dalam lubang²nya secara serentak. Jadi, Rambozzi® memuji diri Rambozzi® sendiri kerana berjaya memikirkan 'idea' yang 'bernas' ini. Heh heh heh heh...hebat kan beta? (pinjam 'tagline' Sultan Melaka jap hehehehe...)



Sekarang bolehlah Rambozzi® masukkan kayu² bulat itu ke dalam lubang²nya dengan senang hati.


Bila kesemua bahagian siap dipasang, barulah Rambozzi® 'bangunkan' semula rak itu dan 'berdirikan dia' di atas lantai. Untuk memastikan kesemua sambungan adalah kemas, Rambozzi® 'clamp'kan ia. Tapi malangnya, Rambozzi® hanya ada satu sahaja 'clamp' yang panjang seperti di dalam gambar di atas. Rambozzi® memang nak beli lagi satu set 'clamp head' tu tapi belum ada modal lagi buat masa nie. RM100 satu set 'clamp head' yang warna biru tu, beb!

Ok, satu perkara penting yang perlu dijaga untuk pemasangan kayu seperti di atas adalah, kita perlu ukur dan pastikan jarak antara setiap kayu bulat itu dengan tiang² pemegangnya adalah sama. Ini dapat memastikan bahawa sambungan yang kita buat itu adalah tepat dan kemas. Tapi, kalau setiap kayu² bulat itu dipotong dengan tepat dan sama panjangnya, rasanya sambungan itu pastinya juga akan tepat. Tapi, tak salah kalau kita ukur sekali lagi dan pastikan ianya benar² tepat. Tapi, kalau tak ukur pun, takpe. Tapi, baik kita ukur la kan? Heh heh heh heh.....


Selepas proses 'sanding', Rambozzi® cat keseluruhan rak nie dengan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' sebanyak 3 lapisan, yang diselangi dengan 'sanding' di antara setiap lapisan menggunakan kertas pasir 220 grit. Untuk bahagian penyangkut atau kayu bulat tu, Rambozzi® cat dengan menggunakan kain heh heh heh. Rambozzi® celupkan kain ke dalam 'varnish' dan sapu dengan rata ke atas kayu² bulat tu. Tujuan Rambozzi® adalah untuk memastikan kayu² bulat itu dicat dengan sekata dan halus. Boleh juga kalau nak guna berus cat, tapi tangan Rambozzi® nie agak 'kejang' juga nak mengecat kayu bulat nie hehehehehe....

Atas permintaan Laili juga, Rambozzi® pasangkan juga 4 biji roda di bahagian bawah rak nie.

Dengan itu, siaplah projek Towel Rack Laili nie. Seperti biasa, Rambozzi® amat berharap agar Laili suka dengan hasil kerja tangan Rambozzi® nie. Rambozzi® harap rak nie dapat digunakan dengan jayanya. Terima kasih banyak² Laili atas kepercayaan yang diberikan "lagi" kepada Rambozzi®.



Jaja datang lagi! Ya! Jaja adalah peminat setia Rambozzi®! Heh heh heh... Rambozzi® agak gembira sebenarnya bila dapat tempahan lagi dari Jaja nie. Sebabnya, Rambozzi® rasa, Jaja percaya dan yakin dengan hasil kerja Rambozzi®. Kali ini Jaja sendiri yang bagi 'design'nya kepada Rambozzi®. Rambozzi® hanya tentukan saiz yang sesuai sahaja. Ok, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' untuk Jaja kali nie - Rak Dapur Jaja.


Ok, untuk projek Rak Dapur Jaja nie Rambozzi® akan gabungkan 2 jenis kayu iaitu kayu² 1x2 (meranti kot...) dan kayu² 'pine'. Kayu² di dalam gambar di atas telah pun dipotong kepada saiz² yang Rambozzi® nak. Dan telah ditebuk lubang² 'pocket hole' untuk proses sambungan nanti.




Ok, projek kali ini juga adalah satu projek 'woodworking' yang sangat ringkas dan mudah. Tapi, projek ini banyak menggunakan 'drill press'. Ada beberapa tempat pada kayu yang perlu ditebuk lubang, menggunakan 'forstner bit' yang dipasangkan ke 'drill press'. Ok, to the drill press machine!!!


Selepas ditebuk lubang² di beberapa tempat pada kayu, proses seterusnya hanyalah penyambungan kayu ke kayu yang ringkas. Kayu² digam dam diskrukan melalui lubang² 'pocket hole' tadi.


Rak Dapur Jaja ini terdiri daripada 3 bahagian utama yang akan berfungsi sebagai tempat untuk diletakkan pelbagai jenis sos, kicap, cuka dan macam² lagilah. Kayu yang bertanda anak panah di dalam gambar di atas juga digam dan diskrukan melalui lubang² 'pocket hole'.


Kayu 1x2 di dalam gambar di atas pula diskrukan ke bahagian belakang rak ini yang akan berfungsi sebagai dinding di bahagian belakang rak.


2 batang lagi kayu 1x2 dipasangkan sebagai alas untuk diletakkan pelbagai barangan dapur nanti.


Ok, siap 3 bahagian utama untuk Rak Dapur Jaja nie. Ketiga² bahagian di atas akan disambungkan antara satu sama lain menjadi 1 rak. Anak panah di dalam gambar di atas sebenarnya menunjukkan kepada arah lubang² 'pocket hole' yang telah Rambozzi® tebuk awal² lagi. Tapi, tak kelihatan sebab lubang² itu berada di sebelah dalam. Ketiga² bahagian di atas akan digamkan dan diskrukan menjadi satu.


Selepas dicantumkan, sebatang lagi kayu 1x2 diskrukan ke bahagian bawah paling belakang rak. Kayu itu bertujuan untuk memastikan bentuk rak ini stabil dan kukuh.


Ok, siap proses pemasangan Rak Dapur Jaja nie. Projek ini sangat ringkas dan sangat mudah. Hasil gabungan 2 jenis kayu itu juga nampaknya agak menarik. Tapi, rak ini akan dicat. Jadi, sebelum itu Rambozzi® nak 'sanding' dulu rak ini supaya permukaannya rata, sekata dan halus.


Ok...dah siap pun proses mengecat. Warna 'pink' tu adalah pilihan Jaja sendiri. Rambozzi® hanya cuba menurut sahaja apa kehendak Jaja.

Hmmm...nak mengecat bende nie pun bukannya senang jugak bagi Rambozzi®. Rambozzi® terpaksa tampal dulu 'masking tape' di beberapa kawasan untuk mengelakkan dari terkena kayu 'pine' yang berwarna putih kuning tu. Lepas tu barulah Rambozzi® cat dengan cat minyak berwarna 'pink' sebanyak 3 lapisan yang diselangi dengan 'sanding' antara setiap lapisan. Kayu 'pine' itu pula Rambozzi® sapukan beberapa lapisan 'tung oil' sebagai lapisan perlindungan dan juga untuk mengilatkannya lagi. Mungkin Rambozzi® akan sapu beberapa lagi lapisan 'tung oil' sebab Rambozzi® rasa tak puas hati lagi nie sebenarnya heh heh heh...


Rambozzi® harap Jaja akan suka dan gembiralah dengan hasil kerja tangan Rambozzi® nie. Rambozzi® juga berharap agar rak nie dapat digunakan dengan sebaiknya oleh Jaja. Rambozzi® risau juga, sebab Rambozzi® dah ukur ruangan untuk diletakkan botol sos yang besar tu, dan botol sos yang ada di rumah Rambozzi® memang muat² masuk di dalam ruangan tu. Rambozzi® takut Jaja ada botol sos yang "lagi besar punye" je heh heh heh heh heh......



'Easel stand' memang nampak ringkas dan 'macam mudah' dibuat. Tapi, bagi Rambozzi®, benda yang nampak ringkas dan mudah nie tidak semestinya seringkas dan semudah yang disangka. Rambozzi® tahu sebab Rambozzi® pernah membuat sebuah 'easel stand' tidak lama dulu iaitu Easel Stand Wira. Masalah akan datang bila tiada peralatan yang khusus untuk membuat 'easel stand' nie dan juga masalah kayu yang tidak lurus. Kayu yang tidak lurus dan ketiadaan mesin untuk memprosesnya memang berkait rapat. Ini bukan alasan Rambozzi®, ini adalah masalah Rambozzi®. Tapi, ia bukan halangan.

Atas permintaan Azras, Rambozzi® cuba sekali lagi membuat 'easel stand' sebaik yang boleh. Lagipun, Azras sendiri hanya mahukan satu 'easel stand' yang sangat ringkas dan tidaklah besar sangat. Rambozzi® jelaskan kepada Azras, akan ada risiko kayu² yang Rambozzi® gunakan tidak betul² lurus dan akan nampak ketara bila dipasang nanti. Azras faham dan 'bersetuju' dengan risiko yang akan dihadapinya nanti. Jadi, setelah Rambozzi® mencapai kata sepakat dengan Azras , dengan tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini iaitu Easel Stand Azras.

"Penting untuk Rambozzi® jelaskan kepada setiap pelanggan Rambozzi® masalah² atau risiko² yang akan dihadapi di dalam kerja² kayu Rambozzi®. Kalau mereka bersetuju dan sanggup menghadapinya, barulah Rambozzi® akan terima sesuatu projek kayu itu."


Atas permintaan Azras sendiri, Rambozzi® hanya akan gunakan beberapa batang kayu² 1x1 sahaja. Ya, di dalam gambar di atas memang tak nampak sangat, tapi realitinya, kayu 1x1 di atas adalah tidak lurus. Puas jugak Rambozzi® memilih bahagian² yang tidak ketara sangat bengkoknya sebelum dipotong menggunakan 'miter saw' ke saiz yang diperlukan. Azras tidak menyatakan saiz yang tepat untuk 'easel stand' ini. Jadi, Rambozzi® terpaksa menentukan sendiri saiz yang sesuai dengan kayu 1x1 dan cuba juga mengikut kehendak Azras yang mahukan 'easel stand' ini dalam saiz yang 'tidak besar sangat tidak kecil sangat'. Itu satu saiz yang unik kan heh heh heh...


Pertama sekali, Rambozzi® kena tebuk 2 lubang di kaki² 'easel stand' tersebut pada 'angle' yang tidak dapat Rambozzi® nyatakan di sini sebab Rambozzi® main hentam je sebenarnya hahaha. Lubang² itu akan ditebuk di tempat yang telah ditandakan pada kaki² 'easel stand' tu.

Menggunakan 'drill press' seperti di dalam gambar di atas, Rambozzi® sengetkan atau condongkan sedikit 'drill press table' tersebut dengan cuba mengikut 'angle' yang telah dilukis di atas kayu itu. Kayu yang hendak ditebuk juga perlu Rambozzi® 'clamp'kan supaya ia tidak tergelungsur jatuh pula nanti. Dan ada juga beberapa batang kayu terbuang yang Rambozzi® 'clamp'kan di atas 'drill press table' itu sebagai 'stop block' yang bertujuan untuk memastikan setiap kaki 'easel stand' ditebuk dengan tepat di tempat yang sama.


Ok, berpandukan gambar di atas, dapat dilihat dengan jelas garisan yang telah dilukis pada kayu tersebut. Garisan 'angle' itu Rambozzi® lukis dengan menggunakan 'sliding bevel gauge'. Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan bahawa kecondongan 'drill press table' itu selari dengan garisan 'angle' tu. Jadi, lubang itu akan dapat ditebuk mengikut kecondongan yang kita mahu.

Kayu² yang bertanda anak panah berwarna kuning pula adalah kayu² yang akan berfungsi sebagai 'stop block' yang akan membantu memastikan kayu yang seterusnya juga dapat ditebuk dengan tepat di tempat yang sama.


Ok, bila dah siap tebuk barulah Rambozzi® perasan dan sedar, mata 'drill' yang Rambozzi® gunakan tadi tidak sepadan dengan saiz skru yang nak Rambozzi® gunakan. Sebab, Rambozzi® terlupa nak tukar mata 'drill' yang tersedia dipasang di 'drill press' tu. Ya! Rambozzi® merasa agak bangga juga dengan kelalaian Rambozzi® tu sebab sekarang Rambozzi® boleh panjangkan 'entry' nie dan boleh menambah satu lagi proses kerja di dalam projek ini...

"Aduh...jadi satu kerja pulak nak kena setkan semula 'drill press table' tu sebab Rambozzi® dah tegakkan semula 'drill press table' tu tadi! Bagus!"


Ok, kali nie Rambozzi® gunakan mata 'drill' yang tepat untuk saiz skru tadi hehehehehehehehe...

Rambozzi® tegakkan kembali 'drill press table' nie dan tebuk satu lubang lagi di kayu tengah untuk 'easel stand' nie.


Ok, sekarang semuanya sudah siap untuk dicantumkan menjadi 'easel stand'. Cuma...Rambozzi® rasa lubang itu perlu di'countersink'kan. Sebab, Rambozzi® nak pastikan 'washer' dan kepala skru itu terbenam ke dalam kayu tu. Jadi, Rambozzi® kena sengetkan sekali lagi 'drill press table' tu ke 'angle' tadi. Percayalah, masa tengah menulis 'entry' nie pun Rambozzi® masih terasa lagi bengangnya tu...

"Rasa nak menjerit pun ada, tapi Rambozzi® kena jaga setiap perkataan Rambozzi® sekarang. Sebab, ada 'beberapa' peminat Rambozzi® yang suka membaca blog Rambozzi® dan mungkin ada peminat wanita yang dah jatuh cinta dengan Rambozzi® sekarang nie hahahaha..."

Ok, abaikan 'quote' kat atas tu hehehe...


Sekarang Rambozzi® tebuk pula lubang² 'countersink' pada 2 batang kaki 'easel stand' nie.


Kayu silang di antara kaki² 'easel stand' di atas Rambozzi® tebuk lubang² 'pilot hole' dan juga 'countersink'kan ia.


Seterusnya hanyalah proses pemasangan yang sangat ringkas dan mudah.


Rambozzi® juga tambahkan sebatang lagi kayu di atas kayu silang itu supaya ia menjadi tapak yang lebih lebar sekiranya akan diletakkan 'frame' gambar yang agak besar di atasnya. Rambozzi® akan gamkan sahaja kayu itu ke atas kayu silang itu.


Dan Rambozzi® 'clamp'kan supaya ia melekat dengan kemas dan sekata. Dan projek 'easel stand' ini boleh dianggap sudah siap! Tinggal proses mengecat sahaja nanti.

Ok, dari proses memotong kayu hinggalah ke proses di atas, Rambozzi® hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit, rasanya. Termasuk masa² terbuang yang digunakan atas beberapa 'kelalaian' Rambozzi® tadi heh heh heh. Rambozzi® rasa, 'easel stand' yang macam nie boleh disiapkan dalam masa 30 minit. Dan, kalau ada orang kata ia boleh disiapkan dalam masa 15 minit pun Rambozzi® percaya lagi. Sebab ia memang sangat ringkas dan mudah.

Seterusnya, Rambozzi® akan 'sanding' sedikit keseluruhan 'easel stand' nie dengan kertas pasir 120 atau 150 grit. Kemudian Rambozzi® akan cat sebanyak 2 atau 3 lapisan 'polyurethane varnish' sebagai kemasannya.


Siap Easel Stand Azras. Rambozzi® hanya ikatkan tali untuk mengelakkan ia terbuka terlebih luas pula nanti. Kalau Azras ada tali yang lebih menarik, boleh ditukarkan tali tu. Rambozzi® tak marah heh heh heh...



Baru² nie Rambozzi® telah 'berjaya' membeli sepasang 'sneakers' baru heh heh heh heh. Bila dah ada 2 'sneakers' nie, Rambozzi® 'terpaksa' buat satu rak yang khusus untuknya. Rambozzi® tak nak buat rak yang pelik² atau yang cantik atau kemas sangat. Rambozzi® nak buat rak yang paling 'simple', paling cepat dengan menggunakan kayu palet sahaja. Ya, Rambozzi® nak satu rak yang 'sempoi', 'cool', 'poyo semua nie!' heh heh heh. Ok, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Converse CONS Rack.


Sebenarnya, dah lama Rambozzi® nak 'main' kayu palet nie. Tapi, kebanyakan pelanggan Rambozzi® (yang tak banyak mana pun sebenarnya heh heh heh...) tak pernah lagi minta atau 'order' sesuatu daripada kayu palet. Dan Rambozzi® sendiri tidaklah se-kreatif mana untuk membuat sesuatu daripada kayu palet. Tapi, baru² nie, bila Rambozzi® buat carian di internet untuk rak kasut kreatif untuk 'sneakers' Converse, antara hasil carian yang dapat adalah rak kasut dari kayu² palet. Kebetulan pula Rambozzi® ada beberapa batang kayu² palet. Jadi, memang sesuai sangat la untuk diletakkan 'sneakers' yang baru kan? Hehehehehehehe... Oh! Rambozzi® tak boleh gunakan perkataan kasut untuk 'sneakers' nie. Sebab, 'Shoes are Boring, Wear Sneakers' heh heh heh..

Ok, kayu² palet di atas telah pun dipotong kepada saiz² yang Rambozzi® nak. Seterusnya, Rambozzi® hanya nak gam dan skrukan sahaja kayu² itu.


Untuk projek kali ini, Rambozzi® tidak mengukur atau menanda dengan tepat dan teratur untuk lubang² 'pilot hole' untuk skru. Rambozzi® nak buat projek kali ini dengan cepat dan secara santai. Skru² itu diskrukan terus ke kayu secara bebas. Tapi, Rambozzi® rasa, kalau nak lagi 'best' gunakan paku kan? Hmmm... takpe, itu Rambozzi® akan cuba lain kali...

Kayu² tadi Rambozzi® cantumkan menjadi seperti bentuk palet juga, tapi dalam saiz yang lebih kecil.


Rambozzi® skrukan sekeping lagi kayu di bahagian hadapan kedua² rak untuk ditampal sedikit 'design' nanti.


Untuk bahagian kaki rak, Rambozzi® potong sedikit 'miter' sebanyak 22.5°. Kaki² itu pula ditebuk lubang² 'pocket hole' untuk memudahkan ia dipasang ke rak.



Asalnya Rambozzi® nak pasangkan kaki² tu menjadi bentuk 'X'. Tapi, bila Rambozzi® cuba susun²kan ia nampak agak pelik dan tidak cantik. Jadi, Rambozzi® akan pasangkan kaki² tu menjadi bentuk 'V'. Harap² OK la, kalau tak OK pun, kira OK je la kan heh heh heh..


Rambozzi® skrukan dulu kaki² itu ke rak paling atas.


Dan skrukan pula ke rak yang bawah. Dan siap! Memang ini adalah satu projek kayu yang sangat 'simple' dan cepat.


Sebenarnya, beg kertas itulah punca Rambozzi® mulakan projek ini. Asalnya Rambozzi® memang dah nyaris² nak buang dah beg kertas tu. Tapi, tetiba dapat 'idea' pulak nak buat projek nie.


Rambozzi® hanya potong bahagian² yang tercetak tulisan di atas beg kertas itu dengan menggunakan pisau. Dan Rambozzi® akan lekatkan tulisan² itu ke rak tu dengan menggunakan 'spray adhesive' cap 3M tu. 'Spray adhesive' cap 3M tu memang ramai la yang kenal, terutamanya geng² 'art' dan D.I.Y.


Rambozzi® nie jenis yang sukakan kekemasan dan ketepatan dalam kerja² Rambozzi®. Tapi, untuk projek Rambozzi® Converse CONS Rack nie, Rambozzi® nak buat secara bebas. Kalau ikutkan cara kerja Rambozzi®, tulisan² itu akan ditampal dengan tepat dan kemas. Tapi kali nie Rambozzi® tampal terus je, senget pun senget lah.


Ok, siaplah projek kali ini - Rambozzi® Converse CONS Rack. Projek ini siap dalam masa tak sampai sejam. Ini projek kayu Rambozzi® yang paling cepat setakat nie hehehehe.


Rambozzi® tak akan 'sanding' rak ini seperti biasa. Rambozzi® rasa, Rambozzi® akan cat terus rak ini dengan 2 lapisan 'clear polyurethane varnish' sahaja.


Bila disusunkan 'sneakers' itu di atas rak ini, dan diletakkan pula 2 mesin BOSCH® tu di bawahnya, dan ditambah pula logo Rambozzi® tu, Rambozzi® rasa Rambozzi® Converse CONS Rack ini sangat cantik di mata Rambozzi®. Tahniah di atas kejayaan Rambozzi® heh heh heh heh heh.....



Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes