Adakah anda pasti dan yakin bahawa SESIKU L atau SQUARE atau COMBINATION SQUARE yang anda beli adalah tepat 90°? "Is Your Square, Square?". Bagaimana nak tahu yang ianya adalah tepat 90°? Ada tak cara nak pastikan atau 'check' yang ianya adalah tepat 90°? Jawapannya, ada! Ok, kali nie Rambozzi® nak kongsi satu cara mudah untuk 'check' sama ada SESIKU L atau SQUARE atau COMBINATION SQUARE yang kita beli tu adalah tepat 90°. Sangat senang dan boleh dilakukan 'on the spot' semasa di kedai 'hardware' tu sendiri sebelum beli.
Ok, merujuk kepada gambar di atas, dari atas ke bawah adalah SESIKU L, COMBINATION SQUARE dan juga SQUARE. Itu adalah antara 'square' yang biasa kita jumpa dan beli. Tapi biasanya kita hanya pilih yang kita suka, dan terus beli, tanpa mengetahui atau 'check' sama ada SESIKU L, COMBINATION SQUARE atau SQUARE tu adalah tepat 90° ataupun tidak. Memang ada orang yang tak berapa kisah dan akan berkata, "ok lah nie, asalkan boleh buat kerja...tak payah la nak cerewet sangat...". Tapi Rambozzi® kisah! Ketepatan adalah sangat penting! Lagipun bukan susah sangat nak 'check' sama ada ia tepat atau tidak. Jom kita 'try test'...
Pastikan kita 'try' pada permukaan yang rata dan lurus di bawahnya, seperti dalam gambar di atas. Letakkan SQUARE tu dengan permukaan yang mempunyai logo tu menghadap ke atas dan lukis satu garisan di sepanjang SQUARE tu.
Gambar atas - garisan pertama.
Sekarang, terbalikkan SQUARE tu, kali nie dengan permukaan yang ada logo tadi menghadap ke bawah, dan lukis satu lagi garisan selari dengan garisan yang pertama tadi.
Kalau dua garisan tu bertemu dengan tepat, atau selari, atau bertindih sesama sendiri dengan tepat, maka, SESIKU L, atau COMBINATION SQUARE atau SQUARE tu adalah tepat 90°. Kalau tak, maka tak tepatlah SESIKU L, atau COMBINATION SQUARE atau SQUARE tu. 'Simple'!
Sekarang Rambozzi® nak 'try test' pula COMBINATION SQUARE di atas. Juga dengan menggunakan cara yang sama, lukis garisan di kedua² belah COMBINATION SQUARE tu. COMBINATION SQUARE di atas tu juga adalah tepat 90°.
Ok, 'last' sekali Rambozzi® nak 'try test' pula SESIKU L di atas. Ok, kita lihat gambar di bawah untuk lebih jelas.
Gambar di atas adalah hasil 'ujian' terhadap SESIKU L tu. Dapat dilihat dengan jelas bahawa 2 garisan tu tidak selari, atau tidak bertemu dengan tepat, atau tidak bertindih di bahagian atas tu. Ini membuktikan bahawa SESIKU L yang Rambozzi® beli tu TIDAK TEPAT 90°!
Ok, bukanlah Rambozzi® nak 'umumkan' di sini bahawa SESIKU L adalah tidak setepat SQUARE atau COMBINATION SQUARE. Tapi SESIKU L yang Rambozzi® beli tu tidak tepat 90°. Dulu Rambozzi® tak tahu dan tak sangka pulak ada SESIKU L atau SQUARE atau COMBINATION SQUARE yang tidak tepat 90°. Sekarang baru Rambozzi® tahu dan Rambozzi® nak kongsikan ilmu nie supaya kita tak membazirkan duit membeli sesuatu yang tidak tepat!
Jadi, sebelum kita membeli SESIKU L atau SQUARE atau COMBINATION SQUARE tu, buat ujikaji dulu. Mintak la pinjam dengan 'awek' yang kerja kat kedai 'hardware' tu pensel dan apa² yang boleh digunakan untuk dibuat ujikaji terlebih dahulu. Tak pun 'try test' je lukis kat meja 'counter' dia tu. Dah puas hati baru beli. Lepas tu, cabut la. Dah conteng meja dia, nak tunggu apa lagi...





















































