Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Tools terbaru yang Rambozzi® baru beli baru² nie adalah Einhell® Mini Circular Saw BT-CS 500. Sebenarnya ada keperluan untuk Rambozzi® membeli mini saw nie sebab Rambozzi® menghadapi masalah ketika nak potong laminate yang besar dan juga plywood. Sebelum nie Rambozzi® potong menggunakan BOSCH® Mini Trimmer / Router. Tapi tak sesuai sangat sebab itu adalah trimmer. Jadi Rambozzi® nak try guna mini saw nie pulak. Jumpa dalam Mudah.my, Einhell® nie adalah buatan Jerman.



Ok inilah dia Einhell® Mini Circular Saw BT-CS 500.


Mini saw nie datang dengan carrying case yang agak cantik hehehe.


Ok dan ini adalah isi di dalamnya. Ada manual book, dust extraction hose, tools untuk tukar mata gergaji dan juga dua bilah mata gergaji. Tapi takde pulak cutting guide. Rambozzi® ingatkan ada la tapi takde la pulak untuk model nie...



Juga ada spare part apa bende ntah dalam plastik tu..



Dua bilah mata gergaji tu pulak, satunya ada 30 gigi dan satu lagi 44 gigi. Rambozzi® rasa sesuai sangat la kalau setakat nak potong laminate dengan plywood, kot... Tapi kalau yang 44 gigi tu boleh potong plastik acrylic pun lagi ok kot.. Hmmm itu kena try nanti..



Ok gambar di atas adalah hasilnya setelah Rambozzi® try test ke atas sebatang kayu, plywood dan juga laminate. Untuk tiga bende tu memang lulus sangat la mini saw nih. Kalau tengok pada plywood dan laminate tu memang hasil potongnya kemas, licin dan cantik. Untuk laminate tu, Rambozzi® sebenarnya cuma nak guna mini saw nie kalau nak potong saiz yang besar je. Kalau saiz yang kecik boleh guna Virutex® Laminate Trimmer yang Rambozzi® dah beli aritu. Kalau nak trim memang Rambozzi® akan gunakan BOSCH® Mini Trimmer / Router... Dan untuk kayu tu pulak, fungsi adjustable cutting depth alat nie pun sangat bagus dan berkesan. Sedang elok sangat la untuk kegunaan Rambozzi®.

TAPI.....heh heh heh



Tapi...ada tiga bende yang Rambozzi® sangat² tak suka dan tak puas hati dengan Einhell® Mini Saw nih! 

Pertamanya, mini saw nie berat untuk digunakan dengan sebelah tangan! Agaknya dorang buat mini saw nie memang khusus untuk tangan orang Jerman kot...

Keduanya, "ukur lilit badan" mini saw nie juga besar dan juga tak sesuai untuk digunakan dengan sebelah tangan! Lagi sekali, agaknya dorang buat mini saw nie memang khusus untuk tangan orang Jerman kot...


Dan yang ketiganya, kelemahan paling penting paling ketara dan paling Rambozzi® tak suka ialah, button untuk mengoperasikan mini saw nie, paling tak relevan tak praktikal tak logik. Apa pasal nak duduk kat tepi tu pastu kena tolak ke depan pastu kena hold pulak?! Pastu bila nak tolak ke depan, berat pulak tu. Heiiii ada jugak Rambozzi® bukak dan cabut je spring kat dalam tu nanti..... 

Kan senang kalau buat button  yang jenis On / Off macam BOSCH® kat bawah tu. Inilah akibatnya bila dah biasa pakai barang BOSCH® tetiba pakai barang bukan BOSCH®! Nasib baik sama² barang Jerman. (eh.. BOSCH® tu cap Jerman ke...)



Tapi, Rambozzi® rasa kalau untuk keperluan dan kegunaan Rambozzi®, memang boleh pakai la menatam nie. Cuma Rambozzi® kena biasakan dulu tangan Rambozzi® dengan mini saw nie. Pastu Rambozzi® kena cari penyelesaian untuk button kat mini saw tu. Rasanya Rambozzi® boleh "tangani" mini saw nie....

Sebenarnya, projek Rak Buku Kak Dilah nie datang serentak dengan projek Rak Alatan Jahitan Kak Dilah. Senang citernye, Kak Dilah tempah dua rak nie daripada Rambozzi® serentak. Dan ini juga bermakna bahawa hasil kerja tangan Rambozzi® memang "ok" dan boleh digunapakai la kot...

Rambozzi® tak boleh nak nilai sendiri hasil kerja tangan Rambozzi®, tapi bila ada pelanggan Rambozzi® seperti Kak Dilah nie yang sanggup dan berani nak tempah projek yang besar dan lebih dari satu daripada Rambozzi®, Rambozzi® rasa hasil kerja tangan Rambozzi® sudah memberi kesan kepada beberapa orang insan kat dunia nie.. Heh heh heh wah lain macam sekali penulisan Rambozzi® kali nie hahahahahaha....

Rambozzi® akui, dua projek rak daripada Kak Dilah nie agak memberi tekanan kepada Rambozzi® sebab teknik dan kemahiran Rambozzi® sangat jauh lagi daripada nak menjadi seorang tukang kayu atau tukang perabot yang sebenar. Dan dua projek rak Kak Dilah nie juga sebenarnya adalah projek yang paling banyak memberi masalah kepada Rambozzi®. Banyak yang Rambozzi® tak puas hati tapi projek nie masih jauh lagi dari nak sampai ke tahap "siap". Jadi Rambozzi® kena kemaskan dan perhalusi lagi mana² bahagian yang Rambozzi® tak puas hati.

"Bila orang yang sama, nak tempah perabot lagi daripada Rambozzi®, maknanya dia percaya dan suka akan hasil kerja tangan Rambozzi®. Itu yang menambahkan tekanan lagi tu..."


Rak Buku Kak Dilah nie agak besar saiznya. 3 kaki panjang 3 kaki tinggi. Boleh tahan besar la bagi Rambozzi®. Itu ukuran yang Kak Dilah bagi pada Rambozzi®, termasuk designnya sekali. Rak buku memang kena dibuat kuat, kukuh dan stabil. Kalau rak buku yang dibuat menggunakan chipboard, lama-kelamaan rak buku tu akan membengkok di tengah²nya dan akhir sekali runtuh. Sebab bebanan buku² tu la. Jadi Rambozzi® nak gunakan 100% kayu untuk projek nie. (tapi nama dan jenis kayu pun Rambozzi® tak tahu lagi nie...hehe)


Disebabkan terlalu tertekan, kali nie tak banyak gambar proses kerja yang Rambozzi® ambil. Rambozzi® lebih fokus kepada kerja daripada gambar untuk projek nie. Dan gambar di atas adalah rangka utama untuk rak buku nie. Bila dah ada rangka nie baru Rambozzi® boleh tentukan saiz ukuran untuk setiap tingkat rak nie. Semua teknik yang Rambozzi® gunakan adalah teknik asas yang mudah dan tak advance langsung la senang citer. Cuma gam dan skru je.

Tali dalam gambar tu sebenarnya tali pengikat yang selalu digunakan oleh driver² lori untuk mengikat barang² kat atas lori dorang. Tapi boleh jugak dijadikan clamp khususnya untuk projek yang besar macam nie. Tarikannya memang kuat giler la...


Untuk bahagian rak projek nie, Rambozzi® cantumkan beberapa kepingan kayu menggunakan teknik pocket hole joinery, lagi...Hehehehehe jadi banyak la pocket hole nak kena tebuk nie...


Ok, dah siap tebuk pocket hole untuk semua kayu² untuk bahagian rak. Sekarang kena cantumkan pulak.


Ok, gambar di atas adalah proses mencantumkan kayu² tu menjadi sekeping papan untuk dijadikan rak. Banyak pocket hole kan? Hahahaha! Sebenarnya, kalau mengikut KREG®, tak perlu banyak macam tu. Boleh dijarakkan lagi, tak perlu rapat² macam tu. Tapi Rambozzi® tak yakin dengan teknik Rambozzi®, jadi Rambozzi® ambil jalan selamat. Banyak la skru yang kena guna...

Dan mengikut KREG® lagi, bar clamps yang dua bijik tu tak perlu sebenarnya untuk teknik cantuman "edge to edge" macam ni. Sebab KREG® kata, pocket hole dorang tu dah cukup kuat untuk menarik antara satu kayu ke satu kayu yang lain dengan kemas dan kukuh. Tambah lagi bila guna sekali gam kayu. Tapi Rambozzi® tetap ambil jalan selamat..

Face clamp dalam gambar tu pula Rambozzi® gunakan untuk "flush" antara dua keping kayu supaya sekata dan tak turun naik. Dan Rambozzi® alas face clamp tu dengan kayu terbuang untuk mengelakkan permukaan kayu tu ada kesan clamp pulak nanti.


Dan ini hasilnya bila kayu² tu dah melekat antara satu sama lain. Satu benda yang Rambozzi® belajar sebelum buat projek nie, kalau guna gam kayu untuk mencantumkan kayu, lap cepat² lebihan atau lelehan gam yang keluar dengan kain basah, sebab bila gam tu dah kering, memang payah giler nak buang kesan gam tu!


Ok, dah siap 4 rak untuk rak buku nie. Seterusnya Rambozzi® kena "sanding" dulu siap² setiap satu rak tu sebelum pasang ke rangka utama rak. Setakat peringkat nie, Rambozzi® rasa agak tertekan sebab Rambozzi® tak nampak lagi kecantikan dan kekemasan rak nie. Apa akan jadi pun tak tahu lagi nie...

Seterusnya, Rambozzi® nak kemaskan dan haluskan mana² bahagian yang patut dan teruskan ke proses mengecat rak nie.. Rambozzi® harap hasilnya akan memuaskan hati sebab setakat nie Rambozzi® rasa tak puas hati jugak nie...


Ok, siap Rak Buku Kak Dilah! Kesemua bahagian rak dah dicat. Setiap satu tingkat rak tu Rambozzi® cat dulu siap² sebelum dipasang ke rangka rak. Termasuk juga plywood di bahagian belakang rak tu.


Rak dari pandangan atas.

 Rak dari pandangan sisi.


Secara keseluruhan, rak buku nie adalah SANGAT CANTIK! Walaupun pada asalnya Rambozzi® dah rasa "goyang" sebab Rambozzi® ingat projek nie akan gagal. Pada Rambozzi®, hasil cat rak nie adalah yang terbaik dari Rambozzi® setakat ini. Rambozzi® rasa skil mengecat Rambozzi® dah semakin meningkat maju, heh heh heh....

Ok, selesai dua projek dari Kak Dilah nie iaitu, Rak Alatan Jahitan Kak Dilah dan Rak Buku Kak Dilah. Rambozzi® harap kedua² rak nie memuaskan hati Kak Dilah dan menepati keperluan Kak Dilah.
--------------------------------------------------

Gambar di atas adalah Rak Buku Kak Dilah di tempat kejadian (rumah Kak Dilah) heh heh heh...
Rambozzi® rasa bangga dapat melihat gambar hasil kerja Rambozzi® nie...

Akibat cemburu melihat Rak Kasut Fatiha, seorang ibu bernama Watey pun teringin nak menghadiahkan sebuah rak kasut juga untuk puteri kesayangannya, Aina. Hahahahaha! Watey nie pun sebenarnya bukan nama asing di dalam kerja tangan Rambozzi® selama nie. Watey pernah menempah Framed Wall Shelf daripada Rambozzi® satu ketika dahulu. Jadi, projek Rambozzi® untuk minggu ini adalah, Rak Kasut Aina. 

Watey telah memberi design dan ukuran rak kasut yang dia nak pada Rambozzi®. Sedikit berlainan daripada Rak Kasut Fatiha. Jadi, jom start woodworking untuk projek Rak Kasut Aina.


Projek yang simple je. Dan designnya pun tak susah sangat. Tapi tetap menarik bagi Rambozzi® sebab boleh memantapkan lagi teknik² kerja tangan Rambozzi®. Gambar di atas adalah bahagian² kayu yang telah dipotong kepada saiz² yang diperlukan.


Rambozzi® akan cantumkan kayu² ini dengan teknik ringkas yang omputih tu panggil "edge joining". Dan semestinya menggunakan KREG Pocket Hole Jig! Hahahahaha!

"Rambozzi® selalu "mempromosikan KREG® Pocket Hole Jig secara percuma dan berterusan" di dalam blog Rambozzi® nie ada sebab. Manalah tahu kot² company KREG® tu terperasan blog Rambozzi® nie, dan dorang bermurah hati nak sponsorkan beberapa set KREG® Pocket Hole Jig pada Rambozzi® kan? Heh heh heh... Sebenarnya perkara nie tak mustahil berlaku (terutamanya di U.S) sebab itu antara strategi perniagaan di U.S yang Rambozzi® perasan berlaku ke atas para woodworker di sana. Satu program yang membantu woodworker dan membantu mempromosikan produk mereka sekaligus menaikkan nama dan imej sesebuah company tu.

Tapi Rambozzi® rasa dorang tak main pilih macam tu je sape² untuk represent produk company dorang kan? Mesti la dorang cari woodworker yang dah sangat mahir dan otai... Rambozzi® tak tahulah pulak macam mana konsep program dorang tu tapi memang menarik lah kan? Kat Malaysia rasanya takde lagi benda macam nie, kot..."



Hehehe dah siap pasang dah pun kesemua bahagian untuk rak kasut nie. Simple sangat sebenarnya. Tapi tetap kena "sanding" dan cat beberapa lapisan dulu.

Sebenarnya, kayu yang Rambozzi® gunakan untuk Rak Kasut Aina nie sangat cantik alur urat kayunya. Tak perlu cat dengan cat minyak. Cukup kalau guna syelek atau clear varnish. Atau tak payah cat langsung. Tapi Rambozzi® ikutkan saja kehendak pelanggan. Apa hasil cat nanti pun tak tahulah macam mana hehehehe...


Dan itu dia rak yang siap dicat dengan warna hitam. Dua lapisan je tapi berkilat.


Hmmm apa² Rambozzi® kena tunjukkan dulu pada Watey, kalau dia suka Rambozzi® pun lagi suka. Hasil kerja yang sangat simple dan mudah.

Ok...Kali nie Rambozzi® kembali lagi dengan projek terbaru, Meja Shima. Meja nie adalah design Shima sendiri. Shima bagi ukurannya sendiri pada Rambozzi®. Termasuk dengan corak dan warna laminate, dan juga warna meja nie. Ok tanpa membuang masa, jom start woodworking untuk Meja Shima nie...


Untuk projek Meja Shima nie, bahan² yang Rambozzi® akan gunakan adalah kayu 2*2, 1*2, 1*1, plywood dan juga laminate. Corak dan warna laminate untuk meja nie juga telah dipilih oleh Shima sendiri. Memang meja ini 100% hasil idea Shima lah senang citer...Rambozzi® cuma ikutkan kehendak pelanggan je.. Apa² pun kena potong kayu kepada saiz² yang diperlukan dulu.


Pertama sekali, Rambozzi® nak buat frame untuk table top dulu. Masih lagi dengan teknik pocket hole joinery, dan Rambozzi® masih lagi setia dengan KREG® Pocket Hole Jig...


Ok, dah siap bahagian pertama untuk meja nie.


Seterusnya Rambozzi® gam dan pakukan sekeping plywood ke atas frame tersebut, yang akhirnya nanti akan dibalut dengan laminate. Rambozzi® juga menebuk pocket hole siap² di sekeliling frame nie kerana di sekeliling frame nie nanti akan dipasang satu lagi frame luar.


Gambar di atas adalah table top yang telah ditampal plywood di atasnya. Dan rod² plastik di atas table top tu adalah sebagai persediaan untuk menampal laminate pula di atasnya. Teknik nie pun Rambozzi® belajar di Youtube, yang mana tujuan rod² plastik tu adalah untuk mengelakkan laminate daripada melekat terus pada plywood, sebab kedua² permukaan plywood dan laminate telah disapukan gam. Jadi, rod² tu berfungsi sebagai alas sementara saja, dan Rambozzi® boleh meletakkan laminate ke atas plywood tu tanpa takut². Sekali laminate tu melekat pada plywood tu, memang tak boleh diangkat dialih lagi dah.

"Lidi penyapu pun boleh digunakan untuk membantu menampal laminate tu. Apa² je boleh digunakan sebagai alas.."


Gambar di atas pula menunjukkan frame luar yang telah dipasang kepada table top tu. Rambozzi® juga telah memasang kayu alas untuk dipasang kaki meja nie pula nanti. Dan semuanya menggunakan teknik pocket hole joinery je. Mudah, cepat dan kemas lagi kukuh.


Ok, itu dia table top yang dah siap sepenuhnya! Table top yang dibalut laminate dan dikelilingi dengan frame kayu di luarnya. Siap bahagian pertama!


Seterusnya, Rambozzi® kena siapkan pula bahagian kedua meja nie iaitu meja bawah atau alas bawah atau rak bawah untuk meja nie. Berapa banyak atau daa... Saiz rak untuk bahagian bawah meja nie sama lebarnya dengan table top cuma pendek lagi dari table top. Dan Rambozzi® kena buat satu lagi frame untuk rak bawah tu.


Gambar di atas adalah kayu² yang telah dipotong dan ditebuk pocket hole siap² untuk dijadikan rak bawah meja.


Dan gambar di atas adalah frame untuk rak bawah meja yang telah siap dipasang. Seterusnya proses menampal plywood dan juga laminate ke atasnya.


Ok, siap tampal plywood, tinggal nak gam laminate tu je.


Dan gambar di atas adalah dua bahagian utama projek nie, table top dan juga rak alas bawah meja. Nampak macam sama tapi lain ukuran dan ketebalan kayu frame sekeliling kedua² table top dan rak bawah tu.


Seterusnya, Rambozzi® juga kena tampalkan laminate pada kayu alas di bawah table top tu kerana itu adalah design dan kehendak Shima.


Ok, untuk frame di sekeliling table top dan rak bawah tu, Rambozzi® nak "route" sedikit supaya menjadi bulat dan tidak bersegi sangat.


Hahaha tetiba je dah siap pasang kaki kan? Gambar di atas menunjukkan kesemua bahagian meja telah dipasang. Dah siap dah pun projek nie.


Sebelum Rambozzi® teruskan dengan proses mengecat meja nie, Rambozzi® tampalkan dulu masking tape siap² di atas laminate tu sebab tak nak la nanti laminate tu terkena cat pulak. Ok, jom mengecat pulak!


Ok, siap proses mengecat meja nie dan siaplah projek Meja Shima! Untuk kemasan meja nie, Rambozzi® cat dengan varnish sebanyak 4 lapisan! Ya 4 lapisan varnish yang setiap satunya diselangi dengan sanding! Memang lama la nak siap proses cat tu je! Tapi hasilnya memang licin dan halus.


Meja yang sangat cantik dan kemas. Rambozzi® puas hati dapat siapkan meja nie.
--------------------------------------------------

Gambar di atas adalah Meja Shima yang telah dihantar ke rumahnya. Dan memang muat ngam² dengan sudut kat rumahnya tu.


Selesai projek Meja Shima. Rambozzi® harap Shima suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi®. Rambozzi® sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan Rambozzi®. Walaupun Rambozzi® masih amatur, Rambozzi® tak pernah main² dalam setiap kerja tangan Rambozzi®. Mana² kekurangan tu Rambozzi® sentiasa cuba perbaiki. Dan mana² yang dah cekap dan mahir tu Rambozzi® akan perhalusi lagi.

Rambozzi® puas hati dengan hasil Meja Shima nie. Antara yang terbaik dari Rambozzi®!
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ▼  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ▼  May 2013 (6)
      • - Einhell® Mini Circular Saw BT-CS 500
      • - Rak Buku Kak Dilah
      • - Rak Kasut Aina
      • - Meja Shima
      • - Rak Alatan Jahitan Kak Dilah
      • - Rak Kasut Fatiha
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes