Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us


"Mana ada tempat lagi dalam hati saya untuk Sultan itu? Kerana hati saya sudah penuh dengan memuja kau saja, Tuah..."

"Itu mudah saja, Tuan Puteri. Saya boleh berikan Tuan Puteri sirih jampi. Makanlah malam ini. Besok, Tuan Puteri akan lupakan saya..."

"Tak mau! Tak mau! Saya tak mau melupakan Tuah!"


"Simpanlah puan ini baik², Tuah. Inilah keranda tempat terpendamnya hati saya. Di sinilah terkuburnya kasih sayang Tun Teja pada Hang Tuah..."

('Puan' tu bekas simpan sirih kot... Sebab tu ia diandaikan sebagai "keranda tempat terpendamnya hati saya. Di sinilah terkuburnya kasih sayang Tun Teja pada Hang Tuah..." Ngeeeeee! Hehehehehehehe)

Tun Teja pun menangis, lagi...

Itu Tun Teja. Tapi bagaimana pula keadaannya di dalam hati Hang Tuah?

Hang Tuah juga menangis di dalam hatinya. Ada ketikanya, Hang Tuah akan berselindung di sebalik dinding perahu dan mengesat airmatanya...

'Scene' dari filem Hang Tuah itu amat menyentuh hati dan perasaan Rambozzi®. Ia sangat 'feel', ia sangat 'true' dan ia sangat 'love'. Setiap kali menonton filem ini, hati Rambozzi® akan berdebar². Mata Rambozzi® akan bergenang. Dan Rambozzi® akan mengesat airmata yang mengalir di sebalik dinding perahu itu, juga...

'Puan' yang diminta simpan oleh Tun Teja itu, sebenarnya ada pada Rambozzi®. Selepas berkurun², ia telah bertukar rupa menjadi sebuah ketam tangan dan menukar namanya kepada Irwin Smoothing Plane No.4.

 My Love

Ia kemudiannya Rambozzi® panggil sebagai 'Love'. Rambozzi® akan simpan 'Love' ini baik². Kerana "inilah keranda tempat terpendamnya hati saya. Di sinilah terkuburnya kasih sayang Tun Teja pada Hang Tuah..."


Lama Rambozzi® mendalami ilmu dan teknik² menggunakan 'Love' sebelum berkeyakinan untuk menggunakannya di dalam kerja² kayu Rambozzi®. Ada beberapa projek sebelum ini, yang Rambozzi® gunakan 'Love' untuk merata dan menghaluskan permukaan kayu. Tapi ia masih belum mencukupi. Rambozzi® masih belum betul² mahir lagi menggunakan sebuah ketam tangan.

Tapi 'Love' senantiasa ada dengan Rambozzi®. 'Love' setia bersama dengan Rambozzi®. 'Love' tidak pernah ke mana² pun. 'Love' tidak akan meninggalkan Rambozzi®. Dan Rambozzi® juga tidak akan meninggalkan 'Love'. Kerana itulah janji Rambozzi® kepada 'Love', dulu. Kalaupun ia bukan permintaan 'Love', ia tetap adalah kemahuan Rambozzi®.

Bukan permintaan pun Rambozzi® turutkan, inikan pula sebuah rayuan... 

Ohhh, Love...

Untuk 'Love', Rambozzi® akan terus menjadi 'woodworker' ini. Disebabkan 'Love' juga, Rambozzi® menukar 'tagline' Rambozzi® menjadi Rambozzi® - Woodworking with Love. Rambozzi® turut menukar logo Rambozzi®. Semuanya untuk 'Love', demimu, my Love...


Untuk projek kali ini, Rambozzi® banyak menggunakan 'Love'. Rambozzi® rasa, tidak, Rambozzi® masih ingat, itulah permintaan Love.

Jadi, dengan tidak membuang masa lagi - kerana 'Love' yang amat Rambozzi® cintai - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® with Love - Per Amore Pt.I.


Oraits! Projek ini terdiri dari 2 bahagian, iaitu kerusi atau 'stool' dan juga meja. Sebenarnya projek ini adalah set meja makan. Ia telah ditempah oleh Puan Salehan - iaitu kenalan Rambozzi® yang sebelum ini pernah menempah beberapa barangan dari Rambozzi®. Oh ya! Puan Salehan ini juga adalah orang yang bertanggungjawab mempopularkan nama Rambozzi® di dalam satu keluaran majalah Laman, tahun lepas. Hehehehehehe peace!

Rambozzi® mulakan dengan membuat kerusinya dahulu. Ada 4 biji 'stool' kesemuanya. 'Idea' untuk set meja makan ini adalah 100% 'idea' Puan Salehan sebenarnya. Rambozzi® hanya menambah sedikit 'sentuhan' Rambozzi® sahaja.

Rambozzi® akan memotong beberapa batang kayu untuk bahagian kaki 'stool' ini dahulu. Kayu² itu akan dipotong serong pada 'miter' 22.5°. Tetapan untuk sudut 'miter' ini sebenarnya ada pada 'miter saw'. Hanya pusingkan sahaja mata gergaji pada 'miter' yang kita kehendaki.

Tapi, disebabkan Rambozzi® tidak mahu mengganggu atau mengubah (haaaa! mana satu ntah!) kedudukan atau tetapan (haaaa! mana satu ntah!) pada 'sliding miter saw' milik Rambozzi®, maka Rambozzi® terpaksa menggunakan cara 'manual' sahaja.

"Rambozzi® tidak mahu mengganggu tetapan pada 'sliding miter saw' itu kerana apabila ia dipusingkan kembali kepada kedudukan 0°, ada risiko ia tidak akan lagi tepat. Sikit lari pun sudah manyak kacau maaa! Hahahahahaha!"

Jadi, Rambozzi® dapatkan sudut yang dikehendaki dengan menggunakan 'protractor' dan juga 'bevel gauge' (sila lihat gambar di atas).


Dan sudut itu Rambozzi® 'transfer'kan ke kayu yang hendak dipotong. Proses di atas hanya dilakukan sekali sahaja kerana tetapan itu boleh digunakan untuk seberapa banyak kayu yang hendak dipotong kan pun. Heh heh heh heh...

Rambozzi® gariskan satu tandaan pada kayu tersebut. Kayu itu akan dijadikan 'guide' untuk membuat 'jig' ringkas pada 'sliding miter saw' nanti.


Ia tidaklah sesusah mana. Rambozzi® hanya letakkan kayu tersebut di atas meja 'sliding miter saw', pusingkan ia sehingga mendapat sudut yang dikehendaki, dan Rambozzi® skrukan 3 batang kayu ke meja tersebut sebagai 'guide' atau 'stop block'. Hmmmm... Betul ke tak ntah istilah tu...

Jadi, 'so', setiap batang kayu yang diletakkan di antara 3 batang kayu yang diskrukan itu akan mendapat sudut yang sama, 'everytime'. Ia tidak akan bergerak², dan Rambozzi® boleh berasa yakin dengan ketepatan sudutnya.

'Sliding miter saw' itu tidak diubah langsung kedudukan 'miter'nya. Teknik seperti ini kita panggil sebagai, ermmmmm apa ye istilahnya? Haaaa! Ia dipanggil "Rambozzi®-malas-nak-kacau-setting-tu-sebab-susah-la-nak-dapat-tepat".


Dan kayu² itu pun dipotong seadanya dengan jayanya.


Rambozzi® akan bulatkan sedikit setiap bucu kayu² itu dengan menggunakan 'roundover hand plane'. Ketam itu Rambozzi® jumpa di sebuah 'hardware' di sekitar Key Ell.


Itu rupanya dari dekat. 'Base' atau tapaknya berbentuk V seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas. Manakala 'plane iron'nya pula sedikit bulat di tengah²nya.

Rambozzi® sekarang banyak menggunakan 'hand tools' terutamanya apabila bekerja menggunakan kayu 'pine' kerana mesin² seperti 'mini router/trimmer' akan mengoyakkan kayu 'pine' yang lembut, terutamanya bahagian 'end grain' kayu.

Tapi 'plane iron' mesti dipastikan sentiasa tajamlah. Untuk tujuan itu, Rambozzi® juga telah mendalami ilmu mengasah mata ketam hehehehe. Ermmmmm nanti la Rambozzi® tuliskan bab mengasah, atau bab mengetam...


Menggunakan ketam tangan yang tajam boleh memastikan kita mendapatkan hasil 'rout' yang halus, kemas dan cantik. Menurut American Woodworkers, hasil ketam adalah lebih halus daripada hasil 'sanding'. Ketam tangan yang betul² tajam tidak akan menghasilkan habuk langsung. Yang terhasil hanyalah 'plane shavings' sahaja.

Artinya, tak de habuk langsung, beb! Hanya hirisan² kayu je yang terhasil. Dan suka Rambozzi® nak tuliskan di sini, mengetam kayu ni "berhantu", beb. Sekali kita mengetam, susah nak berhenti. Kadang² sampai nipis kayu diketamnya!

Kebiasaannya, apabila Rambozzi® sudah berhenti 'woodworking', sebelum Rambozzi® keluar dari Rambozzi®-Love Studio, Rambozzi® akan meluangkan sedikit masa untuk mengetam, sekejap kononnya. Bila mengetam, Rambozzi® berasa sangat rehat. Tapi, bila dah 'start', aduh susahnya la nak 'stop'!  Rehat la sangat! Hahahahahaha! Tapi syok, beb! Seyes Rambozzi® tak tipu atau kencing lu, bro. Rambozzi® bukan kaki kencing, der... Heh heh heh heh heh...

Ok. Berbalik kepada proses di atas, hehe. Dapat dilihat dengan jelas perbezaan di antara kayu yang belum diketam dengan kayu yang siap diketam atau dibulatkan. 'One more time' sila lihat gambar di atas.


Dan itu dari jarak yang lebih dekat. Halus, beb. Tak koyak, tak goyang punye, bro!


Oraits! Anak panah berkepala 2 di dalam gambar di atas menunjukkan kepada jarak bukaan pada 'vise' tersebut. Untuk operasi mengetam, hanya saiz² kayu yang tertentu sahaja yang boleh diapit dengan menggunakan 'vise' itu. Untuk kayu yang lebih lebar, kita biasanya menggunakan 'bench dog' pada 'workbench'. Eh? Perasan tak? 

Seboleh mungkin, Rambozzi® gunakan istilah atau 'terminology' paling tepat untuk 'woodworking' di dalam blog ini. Perasan tak? Perasan la wey... Jangan la... Penat Rambozzi® buat 'research' dan 'study' untuk para pembaca blog ni, tau?

Rambozzi® tak rajin pun. Rambozzi® buat semua ini demi 'woodworking'. Rambozzi® buat semua ini demi 'Woodworking with Love' yang Rambozzi® bawa. Rambozzi® buat demi 'love'. Rambozzi® buat untuk Love...

Ok! 'One more time', berbalik kepada proses di atas, hehe.  Disebabkan kayu itu terlalu lebar untuk diapit dengan menggunakan 'vise', kita sebagai 'woodworkers' akan gunakan 'bench dog'.


Anak² panah berwarna merah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada 'D.I.Y bench dog' pada 'workbench' Rambozzi®. Ia sebenarnya adalah 'furniture fittings' yang Rambozzi® jumpa di 'hardware'. Hehe...


Apabila butang merah itu ditekan, besi di dalam kotak plastik itu akan keluar. Rambozzi® skrukan 'bende' tu pada 'workbench' dan jadilah ia 'bench dog' hehehehe...


Jadi, besi itu boleh dijadikan penahan bila Rambozzi® perlu mengetam permukaan kayu yang lebar, yang tidak boleh diapit dengan menggunakan 'vise'. Haaaaa bijak kan Rambozzi®? Hehehehe...


Sebenarnya 'idea' itu datangnya dari produk U.S yang tidak ada di Malaysia. Ia dipanggil Veritas® Prairie Dog™.


Kekecewaan tidak dapat memiliki produk di atas menyebabkan Rambozzi® terpaksa memikirkan 'idea'² D.I.Y untuk 'woodworking' Rambozzi®.

Rambozzi® 'frust', beb... Punye la ohsem produk tu, tapi tak de kat Malaysia. Nak 'order' kat 'online store' Rambozzi® tak de 'credit card' pulak. Nak guna 'debit card' Rambozzi® "segan" dengan baki yang tinggal. Hehehe peace!

Jadi, Rambozzi® kena kreatif dan inovatif.

Takpe... Satu hari nanti Rambozzi® akan ke bumi Amerika. Rambozzi® nak 'shopping' kow² punye kat sana pastu berlagak kat 'page' komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Kikikikiki...

Rambozzi® nak buat gini:-

- Bro beli kat mana 'tools' tu?

- Saya beli kat Shah Alam, abam Rambozzi®. 'Tools' abam Rambozzi® tu beli kat mana?

- Rambozzi® "jumpe" kat Seattle, the largest city in the state of Washington, United States of America (USA), bro.

Ngeeeeee! Hehehehehehehehe...


Hahahahahaha! Aduh... Sebenarnya jarang² sangat Rambozzi® menulis kat blog ni sekarang ni. Sebab tu jadi gini kikikikikiki...

Oraits! Jadi Rambozzi® bulatkan setiap sisi semua kayu tersebut dengan menggunakan 'roundover hand plane' di atas.


2 keping kayu dipotong pula sama panjang, digam dan di'clamp'kan sehingga gam kering. Bahagian di atas adalah untuk tempat duduk.


Rambozzi® gam dan skrukan pula bahagian kaki ke tempat duduknya.


Gambar di atas menunjukkan kepada binaan yang terhasil setakat ini.


Rambozzi® sudahkan dengan memasang 2 lagi kaki ke 'stool' di atas. Proses pemasangan di atas hanyalah dengan menggunakan gam kayu, skru dan 'cordless drill' sahaja. Proses pemasangan yang sangat asas, mudah, ringkas dan cepat.


Siap 'stool' untuk projek ini.


Tapi, keterujaan untuk menyiapkan projek ini telah menyebabkan Rambozzi® tersalah tebuk lubang 'pilot hole'. Disebabkan kakinya dipasang sedemikian rupa, maka bahagian kaki yang di sebelah dalam telah "lari" kedudukannya dari lubang 'pilot hole' yang telah ditebuk awal² lagi alaaa panjangnya ayat ni adoi!


Tapi tidak mengapa, my Love... Rambozzi® gunakan lebihan kayu dari projek ini sendiri untuk menutup kelemahan tersebut. Rambozzi® hanya gam dan skrukan sahaja lebihan kayu di atas ke tempatnya.

'Simple'. Tapi ia telah menyelamatkan keseluruhan projek ini!


Dan siap bahagian pertama untuk projek set meja makan Puan Salehan ini. Yay!


Sudut 22.5° dan pemasangan kaki secara "luar dan dalam yang bersilang" seperti itu telah menyebabkan setiap 'stool' tersebut boleh disusun sebegitu rupa. Setiap 'stool' boleh dilorongkan masuk sesama sendiri dan membentuk sebuah 'bench' yang panjang. Ohsem kan?

'Stool' di atas sangat menjimatkan ruang. Ia juga mempunyai rekabentuk yang unik dan menarik.

Projek ini tidak susah pun untuk dibuat. Yang paling penting adalah setiap batang kayu mesti dipotong sama panjang dan sama sudutnya. Apa² sudut pun boleh digunakan. Cuma "kangkangannya" sahaja yang akan berbeza la kan? Hehe peace!

Seterusnya, Rambozzi® akan ke bahagian kedua untuk projek ini, iaitu mejanya pula.

Tapi, sebelum itu, 'one more time', berbalik kepada cerita Tun Teja dan Hang Tuah tadi, 'puan' yang dihadiahkan oleh Tun Teja kepada Hang Tuah itu telah bertukar menjadi sebuah ketam tangan. Tun Teja simpan hati dan cintanya kepada Hang Tuah di dalam 'puan' itu. Ketam tangan ('puan') itu kini berada dalam simpanan Rambozzi® pula. Dan Rambozzi® panggil ia sebagai 'Love'.

Rambozzi® akan simpan dan jaga 'Love' ini baik². Kerana di dalamnya ada hati dan cinta Tun Teja.

Dengar citer, Tun Teja tu cun giler, bro! Sebab tu Sultan Melaka gilakan Tun Teja. Haaaaaa!

Haippp! Bukan Sultan Melaka yang kat Facebook tu la! Sultan Melaka yang kat Facebook tu tak gilakan Tun Teja. Dia memang giler!

Hahahahahahahahahahahahahaha!



Hati Rambozzi® "tersentuh" lagi. Ya! 'Bench' Bara Rambozzi® yang Rambozzi® buat awal tahun 2015 ini, telah "menyatakan kesunyiannya" kepada Rambozzi® Aik? Boleh pulak 'bench' tu bercakap ye? Heh heh heh heh... Tapi betul, bro. Rambozzi® boleh "nampak" dan Rambozzi® boleh "rasa" kesunyiannya itu. Kadang² Rambozzi® dapat mendengar keluhannya, dalam bentuk lagu. Bukan lagu cinta, lagu 'rock', bro. Bukan kumpulan 'rock' biasa, kumpulan DEF LEPPARD, bro. Dan bukan lagu 'rock' biasa, lagu "Hysteria", bro! Haha!

"I gotta know tonight
If you're alone tonight
Can't stop this feelin'
Can't stop this fire

Oh, I get hysterical, hysteria, oh, can you feel it, do you believe it?
It's such a magical mysteria
When you get that feelin' better start believin'
'Cause it's a miracle, oh, say you will, ooh babe
Hysteria when you're near..."


- Def Leppard - Hysteria - "Hysteria" - (1987)




Halamak... Lagu nie adalah lagu 'rock' paling 'cool' bagi Rambozzi®! Bila mendengar lagu ini, Rambozzi® dapat merasakan 'feel' kehidupan di dalam era 'rock' 80-an. Sangat 80's. Yeah!

Jadi, disebabkan 'bench' Bara Rambozzi® itu telah "menyatakan kesunyiannya", maka, Rambozzi® nak buatkan sebuah 'side table' untuknya. 'Side table' itu akan berada di sebelahnya - sepanjang masa - tanpa jemu. Ok. Tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Bara Rambozzi® Pt.II - Bara Side Table. Wah! Panjangnya nama! Heh heh heh heh...


Seperti biasa, Rambozzi® dapatkan ukuran yang sesuai dan potong kayu² di atas kepada saiz² yang diperlukan. Kayu² di atas juga Rambozzi® tebuk lubang² 'pocket hole' untuk pemasangan.


Tanpa membuang masa, Rambozzi® teruskan ke proses pemasangan. Hanya sambungan biasa, yang sangat mudah, sangat Rambozzi®. Rambozzi® pasangkan ketiga² bahagian di atas yang akan membentuk kaki dan 'table top' untuk 'side table' ini.


Berbeza daripada 'bench' Bara Rambozzi®, Bara Side Table ini mempunyai satu para di bawahnya, yang boleh digunakan untuk menyimpan majalah atau buku. Rambozzi® akan gam dan skrukan kayu untuk para itu melalui lubang 'pocket hole', mengikut arah anak panah seperti di dalam gambar di atas.


Tetapi, disebabkan ruangan itu agak sempit, maka 'cordless drill' milik Rambozzi® tidak dapat dimasukkan untuk memutar skru ke dalam lubang 'pocket hole' itu.


Jadi Rambozzi® pasangkan 'right angle drill attachment' ke 'cordless drill' Rambozzi® supaya skru itu boleh diskrukan menggunakan 'cordless drill'. Kayu kecil itu pula berfungsi sebagai 'spacer' supaya kayu² untuk bahagian para dipasangkan sama jarak, dan sama arasnya (lihat anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas).


Rambozzi® gam dan skrukan pula kayu² di bahagian tepi seperti di dalam gambar di atas.


Seterusnya, Rambozzi® gam dan skrukan 2 batang lagi kayu di bahagian dalam binaan tadi. 2 batang kayu itu akan menyambungkan ketiga² binaan tadi dan membentuk sebuah meja.


Rambozzi® hanya gam dan skrukan 2 bahagian itu sahaja. 1 lagi bahagian akan dicat dahulu. Boleh juga kalau dipasangkan terus kesemua bahagian dan dicat kemudian. Tapi, berdasarkan pengalaman mengecat Bara Rambozzi® tempoh hari, Rambozzi® rasa, lebih mudah untuk mengecat dan lebih kemas hasil catnya jika bahagian itu dicat berasingan.


Tiba² "hati" tergerak untuk melihat bagaimana hasilnya jika kesemua bahagian itu dicantumkan. Rupa²nya gerak hati Rambozzi® itu berasas. Bahagian yang akan dicat itu tidak dapat dimasukkan ke tempatnya kerana ia tersekat dek kayu penyambung tadi (garisan berwarna biru)! Memang tak akan boleh dimasukkan, ia akan tersekat! Hahahahaha! Lawak betul!


Sekarang projek ini sudah menjadi susah! Disebabkan kecuaian dan kealpaan Rambozzi® tadi, Rambozzi® terlepas pandang beberapa perkara asas di dalam pertukangan kayu ini. Rambozzi® terpaksa ketuk dengan penukul getah untuk mencabut kayu² yang telah digam dan diskrukan tadi. Disebabkan gam kayu yang Rambozzi® gunakan juga agak pantas melekat dengan kuat, kayu² itu telah terkoyak dan pecah² di beberapa bahagian!

Sekarang projek Bara Rambozzi® Pt.II - Bara Side Table ini sudah bertukar nama kepada Bala Rambozzi® Pt. II - Bala Side Table! Hahahahahahahaha! Aduh! Jahanam projek aku! Aaarrrggghhh! Aduh! Bala, bala, bala... Hahahahaha. Rambozzi® gelak sebab Rambozzi® nak gelak!

Sengaja Rambozzi® kongsikan pengalaman kegagalan Rambozzi® ini di sini. Dunia "woodworking" Rambozzi® ini penuh dengan keseronokan. Dunia "woodworking" Rambozzi® ini juga penuh dengan kegagalan. Tak lupa juga, dunia "woodworking" Rambozzi® ini juga penuh dengan kesedihan. Semuanya Rambozzi® tuliskan di sini, sebab inilah hidup Rambozzi®. Di sinilah tempat Rambozzi®.

Blog Rambozzi® ini tidak hanya menunjukkan kejayaan² Rambozzi® menghasilkan kerja² kayu amatur ini. Blog Rambozzi® ini juga ada ditunjukkan kegagalan² Rambozzi®. Kegagalan² ini amat menyedihkan. Tapi kegagalan² seperti ini bukanlah alasan untuk Rambozzi® mengalah. Dengan "woodworking" ini Rambozzi® bergembira. Dengan "woodworking" ini juga Rambozzi® bersedih. "Woodworking" ini juga adalah semangat Rambozzi®! Jadi, teruskan usahamu Rambozzi®! Teruskan berusaha, jadilah kuat dan bersemangat seperti Kotaro Minami! Hahahahahaha!


Rasanya, ramai yang kenal dan ramai juga yang tak kenal Kotaro Minami nie kan? Hahahaha!

Oraits. Rambozzi® rasa, kerosakan tadi tidaklah seteruk mana. Ia masih boleh diperbaiki. Ia masih boleh Rambozzi® siapkan dengan kemas. Itu keyakinan Rambozzi®. Itu harapan Rambozzi®...


Haaa... Kan? Hehehehehehe... Ok. Bara Rambozzi® Pt.II - Bara Side Table itu Rambozzi® cat dengan 1 lapisan cat 'undercoat' dan 3 lapisan cat minyak berwarna merah. Ya. Rambozzi® "masih setia" dengan warna merah itu. Merah itu warna Rambozzi®. Merah itu warna pilihan "hati" Rambozzi®. Merah itu warna "cinta" Rambozzi®. Merah itu adalah Rambozzi®.


Dan bila Bara Rambozzi® Pt.II - Bara Side Table diletakkan di sebelah Bara Rambozzi®, maka "tenanglah hati" Bara Rambozzi® itu. Redalah "jiwa" Bara Rambozzi® itu. Bara Rambozzi® dan Bara Rambozzi® Pt.II - Bara Side Table ini adalah hasil karya seni "terhebat" Rambozzi®! Kerana keduanya dibuat dengan menggunakan tangan dan "hati" Rambozzi®. Keduanya adalah jiwa Rambozzi®. Keduanya adalah "Ukiran Jiwa" Rambozzi®. Maafkan Rambozzi® duhai abang Awie. Kerana menggunakan perkataan "Ukiran Jiwa" itu...



Oraits. Heh heh heh heh... Bara Rambozzi® dan Bara Rambozzi® Pt.II - Bara Side Table ini adalah konsep 'woodworking' Rambozzi® ini. Kedua²nya menunjukkan dengan jelas identiti Rambozzi®. Rambozzi® rasa, Rambozzi® kena fikirkan lebih banyak lagi produk di bawah tema Bara Rambozzi® ini. Ia tidak susah. Cuma perlukan 'idea' dan lebih banyak penambaikan lagi. Tak apa. Rambozzi® percayakan "hati" Rambozzi® ini. Rambozzi® tahu "isi hati" Rambozzi® ini. Sebab...

"I am Rambozzi®.
I am your woodworker.
Always..."



"Semalaman ku tak lena
Bayangmu menjelma
Rindu semakin menyala
Bagai gelora di dalam dada..."

Halamak! Awie lagi! Hahahahaha!

Oh! "Hati" Rambozzi® sangat membara! "Hati" Rambozzi® sangat teruja! "Hati" Rambozzi® sangat gumbira! Akhirnya, Bara Rambozzi® telah muncul di dalam majalah LAMAN Edisi 55 keluaran Mac/April 2015! Hahahahahahaha! Rambozzi® gelak sebab Rambozzi® "terpaksa" gelak! Hahahahahaha!

Aduh... Betapa sukanya hati Rambozzi® ini. Mungkin ada yang akan berkata, "Hek eleh...masuk majalah je pown...kecoh la...". Tak apa! Ini adalah kebanggaan Rambozzi®! Ini adalah kegembiraan Rambozzi®! Ini adalah Rambozzi®! Jadi, Rambozzi® akan kongsikan kegembiraan Rambozzi® ini di sini. Lagipun, ini adalah blog Rambozzi®. Dan nak tak nak, "uolls" kena terima kenyataan ini; "uolls" suka baca blog Rambozzi® ini dan "uolls" pun turut bergembira dengan kegembiraan Rambozzi® ini heh heh heh heh...

Oraits. Kali ini tiada 'woodworking'. Rambozzi® hanya akan berkongsi beberapa keping gambar mengenai Bara Rambozzi® yang ditampilkan di dalam majalah LAMAN ini sahaja. Jadi, tunggu apa lagi? Jom kita sama² lihat hasil kerja 'woodworking' Rambozzi® itu di dalam 'entry' kali ini - Laman Rambozzi®.


Sebenarnya, Rambozzi® terlebih dahulu telah dihubungi oleh salah seorang wartawan majalah Laman ini iaitu Cik Salehan, yang memaklumkan kepada Rambozzi® bahawa beliau hendak menyerahkan satu salinan majalah ini kepada Rambozzi®. Tapi, disebabkan terlalu 'excited', Rambozzi® terus bergegas ke kedai buku dan membeli majalah ini. Mana boleh tahan, beb! Hahahahahaha! Rambozzi® beli 2 terus! 1 untuk Rambozzi® sendiri dan 1 lagi hmmmm mungkin Rambozzi® akan "hadiahkan" kepada pembaca setia blog Rambozzi® ini nanti. Hmmmm... mungkin Rambozzi® kena buat cabutan bertuah, kot... Hahahahahaha. Tengoklah macam mana nanti...

Oraits. Seperti yang dapat dilihat dalam gambar pertama 'entry' ini, itu adalah muka depan majalah LAMAN Edisi 55 keluaran Mac/April 2015 ini. Oraits. Di kesempatan ini, sekali lagi Rambozzi® ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak majalah Laman atas peluang yang diberikan ini. Terima kasih banyak² kepada Cik Azimah dan Abang Jasmi. Terima kasih banyak² juga kepada Cik Salehan. Dan, terima kasih banyak² juga kepada Puan Emma Masri (Editor Pengurusan Kanan / Pengarah Jenama Grup Majalah IMPIANA) yang telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada Rambozzi® dan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, khususnya.

Oraits. Untuk makluman pembaca² blog Rambozzi® dan juga rakan² di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, pihak majalah Laman dan Impiana menerusi Puan Emma Masri, telah menawarkan kepada Rambozzi® dan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia satu peluang untuk menampilkan hasil² kerja 'woodworking' kita di dalam majalah Laman dan Impiana mereka. Rakan² di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia yang berminat boleh menghubungi pihak majalah ini melalui 'post' berkenaan di Facebook komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia.

Seperti yang Rambozzi® maklumkan sebelum ini, apa² sahaja yang baik dan berguna dari blog Rambozzi® ini, ataupun dari komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, silakan ambil, gunakan sebaiknya. Rambozzi® tak harapkan apa² balasan. Rambozzi® hanya nak buat 'woodworking' Rambozzi® di blog ini sahaja.

Dan apa² yang tak baik, tak berguna atau menyakitkan hati atau mata di dalam blog Rambozzi® ini, buangkan. Pejamkan mata, buat² tak nampak je heh heh heh heh...

Ok. Berbalik kepada tawaran tadi, ini adalah satu peluang dan satu bentuk penghargaan kepada Rambozzi®, juga komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia dan kepada peminat/penggiat seni pertukangan kayu secara D.I.Y di Malaysia. Bagi Rambozzi® yang amatur ini, ini adalah sesuatu yang sangat besar dan sangat bermakna. Usaha Rambozzi® untuk memajukan industri 'woodworking' ini di Malaysia ini sudah mula menampakkan hasilnya. Ini sangat memuaskan hati Rambozzi®, at least.

Perjalanan Rambozzi® dan 'woodworking' Rambozzi® ini masih terlalu jauh, bahkan ia sebenarnya baru sahaja bermula. Banyak lagi yang perlu Rambozzi® lalui dan hadapi, dan mungkin ia tidak ada dalam perancangan Rambozzi® pun. Tapi sebarang peluang baik yang mendatang, Rambozzi® tak akan lepaskan. Sebarang cabaran dan dugaan akan Rambozzi® hadapi. Dan sekiranya datang sebarang kegagalan, kesedihan, kehancuran kepada Rambozzi®, Rambozzi® akan telan bulat² dengan penuh senyuman di bibir dan di hati Rambozzi® heh heh heh heh...


Oraits. Seperti yang Rambozzi® maklumkan di dalam 'entry' Bara Rambozzi®, hasil kerja Rambozzi® itu akan dimuatkan ke dalam ruangan D.I.Y di dalam majalah Laman. Lihat gambar di atas, itu adalah Rambozzi®, bro! Heh heh heh heh... Memang! Memang Rambozzi® sangat gembira dan seronok. Jadi, lihat sekali lagi gambar di atas, itu adalah Rambozzi®, bro! Heh heh heh heh...

Itu adalah 2 mukasurat yang menampilkan Bara Rambozzi®. 2 mukasurat yang "sangat bermakna" buat Rambozzi®...


Rambozzi® pun tak tahu nak tulis apa dah nie hehehehe. Kita pakat tengok gambar je lah ye... Heh heh heh...


Proses kerja yang dipaparkan hanyalah secara asas sahaja. Untuk lebih lanjut lagi lengkap, bolehlah lihat di dalam 'entry' Bara Rambozzi® itu sendiri.


Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, ketika Rambozzi® menulis 'entry' ini, Rambozzi® "mati akal". Tak tahu apa yang hendak dituliskan. Rambozzi® lebih suka menatap gambar² itu daripada cuba menulis mengenainya. Melihat nama Rambozzi® tertera di dalam sebuah tulisan yang bukan tulisan Rambozzi®, adalah sangat mengujakan.

Tapi, melihat Bara Rambozzi® di dalam majalah ini membuatkan "hati" Rambozzi® agak "tersentuh". Melihat warna merah Bara Rambozzi® itu membuatkan Rambozzi® rasa sedikit sedih, terharu pun ada, gembira pun ada - tapi lebih kepada rasa seperti terkenangkan "sesuatu". Oh! Sebenarnya ia bukanlah "sesuatu"! Warna merah itu adalah warna "hati" Rambozzi® rupanya. Patutlah Rambozzi® rasa lain macam hahahahaha!

Warna merah itu adalah "bara cinta" Rambozzi®. Warna merah itu adalah "semangat hati" Rambozzi. Warna merah itu juga adalah"kesayangan" Rambozzi®. Warna merah itu adalah "my woodworking", "my heart", "my love"...

Warna merah itu adalah Rambozzi®...

"Kau bidadari, kaulah penyeri
Terukir sebuah janji yang tulus dan suci...

Bara yang menyala, kugenggami jua
Biar sepanas mana bahangnya terasa
Ku pelihara cinta yang setia
Hingga ke akhirnya bersama bahangnya
Cinta yang menyala...

Semalaman ku tak lena
Bayangmu menjelma..."



Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes