- Kaki TV Faizal


Faizal nie adalah suami kepada Zaza yang tempah beberapa barang daripada Rambozzi® sebelum nie. Jadi, semasa Rambozzi® ke tempat Zaza untuk mengukur barang² yang hendak ditempahnya daripada Rambozzi®, Faizal nie sempat panggil Rambozzi® dan tunjukkan kepada Rambozzi® sebuah TV yang telah hilang 'kakinya'. Faizal cakap, "kau tolong 'settle'kan "bende" nie boleh tak...". Macam tu je dia cakap. Rambozzi® cakap Rambozzi® akan cuba cari dan buat 'sesuatu' la untuk TVnya tu. Tapi, memandangkan Faizal tu cakap macam tu kepada Rambozzi® yang buat kerja kayu, Rambozzi® rasa dia faham la bahawa Rambozzi® akan menggunakan kayu sebagai ganti kaki TVnya tu. Jadi, Rambozzi® minta izin daripada Faizal untuk membawa TV tu pulang supaya senang Rambozzi® nak ukur dan buat 'sesuatu' dengannya nanti.


Haa itulah TVnya. (Rambozzi® terpaksa tutup pantulan bayang² Rambozzi® di dalam TV tu sebab kandungannya adalah kategori 18sx hahah)



Semasa Rambozzi® ambil TV nie daripada FaizalRambozzi® dah nampak masalah pertama iaitu skru yang sesuai untuk lubang² di belakang TV tu. Rambozzi® dah beli beberapa batang skru untuk TV tu, tapi saiznya besar sedikit je daripada saiz lubang² tu. Memang ok dan boleh digunakan la. Tapi Rambozzi® bernasib baik sebab masa Rambozzi® ke rumah Mimi tempoh hari, suami Mimi iaitu Azman kebetulan pula ada 4 bijik skru khusus untuk TV jenis TOSHIBA nie. Tak sia² Rambozzi® ceritakan kepada Azman dan dia bagi 'free' je skru² tu pada Rambozzi®. Dan bila Rambozzi® balik dan 'try' masukkan skru tu ke lubangnya, memang muat dan ngam²! Jadi sekarang Rambozzi® dah boleh mulakan 'woodworking' untuk projek Kaki TV Faizal nie.



Mula² sekali Rambozzi® kena ukur dan dapatkan kedudukan lubang untuk ditebuk dan dimasukkan skru tu nanti. Yang nie memang kena tepat la. Jadi Rambozzi® cuma letakkan sebatang kayu ke bahagian belakang TV tu dan tandakan kedudukan lubang² asal pada TV ke kayu tu.


Rambozzi® masukkan skru² tu dulu ke lubang² di bahagian belakang TV tu supaya senang nak tanda kedudukannya di atas kayu tu. Lepas ni Rambozzi® akan 'transfer'kan tanda tu ke sebatang kayu untuk dijadikan kerangka kaki TV tu nanti.



Ok, dah dapat kedudukan yang tepat untuk lubang² skru tu. Bila dah dipasangkan ke belakang TV tu, Rambozzi® dapat tentukan jarak yang tepat untuk cantumkan kedua² kayu tu. Menggunakan KREG® Multi-Mark Rambozzi® dapatkan ukuran yang tepat antara kedua² kayu tu. Ukuran tu nanti Rambozzi® akan 'transfer'kan ke kayu, dan potong.



Ok, itulah rupanya 'stand' untuk TV tu. Ini adalah rangka asas untuk 'stand' nie. Seterusnya Rambozzi® kena fikirkan idea untuk buat tapak dan sedikit 'design' supaya 'stand' tu jadi menarik dan ada rupa sebuah 'stand'.



Hehe simple je idea Rambozzi® nie. Matlamat Rambozzi® adalah untuk pastikan TV tu melekat dengan kemas ke 'stand' tu dan paling penting TV akan dapat berdiri dengan stabil. Tapak tu pun Rambozzi® ukur dan 'test' dulu supaya dapat menampung berat TV tu. Dan ia stabil. Untuk Kaki TV Faizal nie Rambozzi® akan cat menggunakan cat minyak berwarna hitam supaya ia nampak kukuh dan nampak macam besi, boleh ke? Jom mengecat pulak.



Haa..itulah hasilnya selepas dicat menggunakan cat minyak berwarna hitam. Kaki TV nie Rambozzi® cat 4 lapisan sebab nak pastikan warnanya betul² 'solid' dan cantik.



Bila dah kering cat tu, barulah boleh dipasangkan ke TV.



Ok, siap projek Kaki TV FaizalRambozzi® "terpaksa" tutup bayangan Rambozzi® di dalam TV tu sebab dah termasuk dalam kategori 18SX haha.
--------------------------------------------------

Ok, itulah Kaki TV Faizal di stokis Zaza. Gambar agak senget sikit sebab Rambozzi® bukan jurukamera haha. Rambozzi® harap Faizal suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi®.

3 Comments