Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Bosch® Mini Router/Trimmer GMR 1 milik Rambozzi® "dahagakan darah" Rambozzi® lagi. Ya! Baru sahaja sebentar tadi (lebih kurang jam 1.00 petang waktu Malaysia), mesin ini nyaris² "membaham" ibu jari kiri Rambozzi®, sekali lagi! Aduh! Berpeluh dingin sekejap Rambozzi®. Begini kisahnya... Biar Rambozzi® 'flashback' ye...


Ketika itu, Rambozzi® sedang asyik me'route' bulatan² pada beberapa batang kayu. Melihat lubang² itu bersih, licin dan halus membuatkan fikiran Rambozzi® menerawang jauh hingga ke Rawang, Selangor Darul Ehsan. Heh heh heh heh...

Selepas me'route' beberapa batang kayu, rupa²nya tanpa disedari, kedua² belah tangan Rambozzi® mengalami satu keadaan di mana; genggaman dan kawalan tangan yang terlalu lama menyebabkan tangan Rambozzi® mengalami 'stress' dan kepenatan. Kedua² belah tangan Rambozzi® terasa kebas dan lenguh². Itu adalah 'effect' akibat penggunaan 'mini router/trimmer' untuk satu jangka masa yang agak lama. Disebabkan Rambozzi® mengawal 'mini router/trimmer' itu dengan cara seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas (tangan kanan memegang mesin dan tangan kiri mengawal pergerakan dan kestabilan mesin), ibu jari Rambozzi® nyaris² termasuk ke dalam putaran mata 'router bit' yang sedang berputar pada kelajuan 33,000 pusingan seminit atau 'rpm'! Putaran selaju 33,000 pusingan seminit adalah terlalu laju dan amat berbahaya! 'Stress' pada tangan dan kelenguhan adalah antara punca kita boleh mengalami kecederaan ketika 'woodworking'.

Rambozzi® hentikan kerja Rambozzi® ketika itu juga. Dan Rambozzi® berasa teramat yakin, jika Rambozzi® teruskan juga kerja² 'routing' itu, Rambozzi® akan mengalami kecederaan, lagi.

Seriau bila mengingatkan keadaan itu, Rambozzi® telah mendapat satu 'idea' untuk tujuan keselamatan dan juga untuk memudahkan Rambozzi® mengawal 'mini router/trimmer' ini. Rambozzi® perlukan sesuatu yang mempunyai elemen 'safe' dan juga 'control'.

Rambozzi® akan tukarkan 'base plate' asal pada Bosch® Mini Router/Trimmer GMR 1 itu dan gantikan dengan 'base plate' yang baru; yang lebih besar dan mempunyai pemegang untuk lebih kawalan.

Jadi, so, tanpa membuang masa dan terus membahayakan jari-jemari Rambozzi® yang "dicintai dan dipujai" ramai ini, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Mini Router/Trimmer "Safe & Control" Base Plate. Wah! Semakin lama semakin panjang tajuk² 'entry' Rambozzi® kan? Kan... Heh heh heh heh...


Rambozzi® hanya akan menggunakan sekeping kayu terbuang sahaja untuk dijadikan 'base plate' yang baru.


Rambozzi® lukiskan dahulu 2 garisan yang sesuai dengan tapak asal 'mini router/trimmer' itu.


Kemudian Rambozzi® 'route' dan buangkan bahagian yang ditandakan tadi menjadi slot seperti di dalam gambar di atas. Slot itu Rambozzi® pastikan ketebalannya adalah hampir sama dengan ketebalan 'base plate' asal. Ketebalan itu agak kritikal juga, kerana jika terlalu tebal, ada beberapa saiz mata 'router bit' yang tidak akan dapat digunakan. Ia juga tidak boleh terlalu nipis, kerana ada risiko kayu itu akan mudah patah.


Hmmm... Nampaknya teknik 'routing' Rambozzi® juga telah meningkat naik sekarang, tapak 'mini router/trimmer' itu dapat dimasukkan dengan kemas ke dalam slotnya.


Rambozzi® tebuk pula lubang² untuk skru dan juga lubang untuk laluan 'router bit' nanti.


Dan Rambozzi® skrukan Bosch® Mini Router/Trimmer GMR 1 ke Rambozzi® Mini Router/Trimmer "Safe & Control" Base Plate itu. Projek ini Rambozzi® isytiharkan, berjaya! Yay! Ooooh! Cool! Heh heh heh heh...

Oraits. Sebagai tambahan - untuk lebih kawalan - Rambozzi® juga memasang pemegang pada Rambozzi® Mini Router/Trimmer "Safe & Control" Base Plate ini. Rambozzi® rasa, Rambozzi® Mini Router/Trimmer "Safe & Control" Base Plate ini menepati keperluan kerja Rambozzi®. Setelah melakukan beberapa ujian percubaan, ternyata ia boleh digunakan dengan sepenuh kawalan Rambozzi®.

Rambozzi® berharap, Rambozzi® Mini Router/Trimmer "Safe & Control" Base Plate akan membantu memudahkan dan mempercepatkan lagi kerja² 'routing' Rambozzi®. Dan pastinya Rambozzi®  berharap, agar ia akan dapat mengurangkan risiko kemalangan kerja kepada Rambozzi®.

Rambozzi® cuma boleh berharap, tapi kalau ia masih "mahukan darah" Rambozzi®, itu adalah risiko yang perlu Rambozzi® ambil, demi untuk menjadi 'woodworker' ini.



Oraits. Projek Rak Tudung Yanti (masih dalam proses pada saat ini, belum siap daa... eh apa daaa...) betul² mencabar Rambozzi®. Projek itu mencabar kemahiran amatur Rambozzi® ini menggunakan 'jigsaw'. Jika sebelum ini Rambozzi® hanya menggunakan 'jigsaw' untuk membuat potongan secara kasar dan 'express' sahaja, kini Rambozzi® terpaksa "menaiktarafkan" kemahiran Rambozzi® ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Dunia "woodworking" Rambozzi® kini semakin menarik, sekurang²nya untuk Rambozzi® sendiri.

'Control' atau kawalan menjadi sesuatu yang sangat penting buat Rambozzi®, dewasa ini (perghhh!!! dia punye bahasa..). Untuk mengawal sebuah mesin "liar" seperti 'jigsaw', bukanlah kemahiran Rambozzi®. 'Jigsaw' bagi Rambozzi®, adalah agak sukar untuk dikawal; sama ada untuk potongan lurus atau berbentuk lengkungan. 'Express jigsaw table' pertama yang Rambozzi® buat di dalam projek Rak Tudung Yanti , telah Rambozzi® 'upgrade'kan. Untuk 'entry' kali ini, Rambozzi® akan ceritakan serba sedikit mengenai 'jigsaw table'.

Oraits. Ini adalah 'jigsaw table' kedua yang Rambozzi® buat. Ia digunakan buat pertama kalinya di dalam projek Rak Tudung Yanti.

Jadi, so. Tanpa membuang masa lagi, jom mulakan "sedikit" 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Jigsaw Table (the 2nd).


'Jigsaw' milik Rambozzi®  di atas adalah model Bosch® Jigsaw GST 25 M.


Pertama sekali, Rambozzi® tebuk beberapa lubang pada tapak 'jigsaw' ini. Lubang² itu adalah untuk dimasukkan skru supaya 'jigsaw' ini boleh dilekatkan ke 'jigsaw table' nanti.


Kemudian Rambozzi® lekatkan 3 keping kayu menjadi permukaan seperti di atas. Rambozzi® memang tidak bercadang untuk membuat sebuah meja yang khusus untuk 'jigsaw' itu. Ini kerana Rambozzi® akan hanya 'clamp'kan sahaja ia ke 'workbench' Rambozzi®. 'Jigsaw' yang diskrukan ke 'jigsaw table' itu akan diletakkan di antara 2 kayu pada 'workbench'. Cukup ringkas, tetapi Rambozzi® merasakan ia sudah cukup untuk keperluan kerja Rambozzi®, buat masa ini.


Pada 'jigsaw table' itu juga Rambozzi® tebuk beberapa lubang untuk dimasukkan skru. Rambozzi® masukkan juga 'washer' ke dalam lubang² itu kerana kayu itu agak lembut. Rambozzi® juga menebuk satu lubang untuk dimasukkan mata 'jigsaw' nanti. Dan Rambozzi® potong satu garisan lurus dengan tujuan, dengan harapan; 

- agar mata 'jigsaw' itu nanti tegak 90°,
- berfungsi sebagai 'zero clearance' dan mengurangkan pecahan pada kayu yang dipotong,
- mengurangkan goyangan mata 'jigsaw' yang keterlaluan terutamanya jika menggunakan 'pendulum action mode' pada 'jigsaw'.


Rambozzi® skrukan 'jigsaw' ke 'jigsaw table' dengan menggunakan skru dan nat.


Dan Rambozzi® letakkan 'jigsaw' itu di bahagian bawah, di antara 2 kayu pada 'workbench'.


Dan 'clamp'kan ia ke 'workbench'. Siap! Sangat ringkas dan mudah!


Ok. Tujuan Rambozzi® membiarkan kayu di bahagian tengah 'jigsaw table' itu panjang adalah supaya ia boleh digunakan untuk memotong atau membentuk lengkungan pada kayu yang lebih panjang. Itu hanyalah sedikit 'idea' Rambozzi® sahaja. Jika satu hari nanti 'idea' itu sudah tidak lagi relevan atau "mengarut habis", hmmmmm Rambozzi® akan fikirkan sesuatu yang lain pula nanti. Ah itu kemudian je la, kan? Heh heh heh heh heh...


Dan seperti yang Rambozzi® jangkakan, Rambozzi® Jigsaw Table (the 2nd) ini memang boleh digunakan. Projek ini berjaya! Yay!


Rambozzi® kini mempunyai lebih kawalan ketika memotong kayu jika menggunakan 'jigsaw'. Rambozzi® boleh mengawal kayu yang hendak dipotong dengan kedua² belah tangan Rambozzi®. Rambozzi® kini boleh memotong bentuk lengkungan dengan lebih mudah dan cepat.

Membentuk kayu dengan menggunakan 'jigsaw' kini merupakan satu perkembangan yang sangat positif di dalam kerja² 'woodworking' Rambozzi®. Rambozzi® kini telah melangkah ke satu tahap yang baru di dalam bidang ini. Rambozzi® akui, Rambozzi® mengambil masa yang agak lama untuk menguasai kemahiran² tertentu di dalam bidang ini. Rambozzi® tidak dilahirkan untuk menjadi 'woodworker' ini. Tetapi "woodworking" kini adalah hidup Rambozzi®. "Bermain" dengan mesin² berbahaya adalah sama seperti "bermain dengan api". Tetapi, demi "woodworking" ini, demi "cinta" ini, Rambozzi® akan hadapi sebarang risiko dengan hati yang tabah. 


Video pendek di atas adalah "langkah" Rambozzi® yang seterusnya di dalam 'woodworking' ini. Ya! Memang Rambozzi® menyimpan hasrat untuk menerbitkan 'woodworking video' di Youtube, satu hari nanti. Itu adalah cita² Rambozzi® yang terkini! Dan bila cita² Rambozzi® itu terlaksana nanti, semestinya Rambozzi® akan maklumkan di dalam blog ini. Hanya masa, ruang dan peluang sahaja yang Rambozzi® nantikan. Sama²lah kita nantikan ye, puan². Rambozzi® akan "menggegarkan" arena 'woodworking' di Malaysia ini. Rambozzi® akan jadikan 'woodworking' di Malaysia ini lebih hangat dari mana² rancangan masak-memasak di kaca televisyen. Rambozzi® akan menjadi selebriti seperti Chef Wan. Dan bila ia menjadi kenyataan nanti, Rambozzi® akan tukar nama Rambozzi® kepada "Chef Zzi". Heh heh heh heh heh...



Selepas beberapa tahun Rambozzi® menjadi 'woodworker' ini - 'your woodworker', 'your coolest woodworker' - akhirnya Rambozzi® berjaya juga memiliki Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional.

Untuk 'entry' kali ini Rambozzi® akan cuba menulis sedikit ulasan mengenai mesin ini. Seperti biasa, suka Rambozzi® nak ingatkan di sini, apa yang akan Rambozzi® tuliskan di sini hanyalah mengikut pemahaman dan pengalaman Rambozzi® sahaja. Rambozzi® bukanlah seorang pakar yang paling tepat untuk menulis tentang mesin ini. Rambozzi® akan hanya cuba menulis sebagai pengguna yang sangat amatur sahaja. Sebarang "konflik" yang bakal berlaku adalah di bawah tanggungan pembaca blog ini sendiri. Tiada sebarang laporan polis akan dibuat terhadap Rambozzi®. Setuju? Ok. Kalau setuju, biar Rambozzi® cuba tuliskan serba sedikit mengenai mesin "kegilaan" semua 'woodworker' di dunia ini - sebuah 'table saw' - model Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional.

Disebabkan mesin ini telah menjadi "impian" Rambozzi® untuk sekian lama, sudah tentulah ia sangat "bermakna" di "hati" Rambozzi® ini. Ia bagai menjadi cita² Rambozzi® pula sebagai 'woodworker' ini. Ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup Rambozzi® sebagai 'woodworker' ini. Ia menjadi "cinta hidup" Rambozzi®. Ia adalah 'love of my life'...




"...when I get older, I will be there
At your side to remind you
How I still love you, I still love you

Back, bring it back
Don't take it away from me
Because you don't know
What it means to me

Love of My Life
Love of My Life..."

Scorpions - Love of My Life



Yeah! Oraits! Tanpa membuang masa lagi, jom kita mulakan "cerita" "woodworking" kali ini - Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional. Ooooh! Cool!

Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini datang dengan GTA 600 Professional Table Saw Stand. 'Stand' ini memang dibuat khusus untuk Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional. Hmmmm... Malangnya, untuk pasaran Malaysia, hanya 'stand' model ini sahaja yang dibawa masuk. Kalaulah model Bosch Gta 60 W Professional Folding Table Saw Stand  (lihat gambar di bawah) ada dalam pasaran Malaysia, memang Rambozzi® akan dapatkan 'stand' itu! Hmmppphhh!



Oraits. Rambozzi® mulakan dengan sedikit 'technical data'nya dahulu.  Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini dilengkapi dengan motor yang berkuasa ('motor input') 1,800W dengan teknologi 'soft start' dan 'overload protection'. Oraits. Berbeza dengan Bosch® Slide Miter Saw GCM 800 S milik Rambozzi® yang "mengaum kuat" dengan sedikit "kejutan" bila dihidupkan, Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini bermula dengan agak lembut sebelum ia mencapai putaran maksimumnya. 'Kick' semasa mata gergaji itu mula berputar agak lembut dan tidak sekuat 'kick' oleh Bosch® Slide Miter Saw GCM 800 S. Itu adalah teknologi 'soft start' dari Bosch®, pada pendapat Rambozzi®.

Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini seberat 26 kilogram. Saiz keseluruhannya adalah Panjang 642 mm x  Lebar 572 mm x  Tinggi 330 mm. Dilengkapi dengan 'built-in handles' untuk memudahkan ia dialih²kan dan disimpan.

Pada kerangka Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini juga terdapat beberapa ruang simpanan untuk kabel, 'rip fence', 'miter guide', 'blade guard', 'push stick' dan lain² aksesori lagi.


Oraits. Kita ke bahagian atas 'table saw' ini pula. Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini mempunyai permukaan meja seluas 642 x 572 mm. Eh? Rasa macam dah taip tadi... Eh?...


Permukaan meja itu sendiri boleh diperluaskan lagi ('expand') ke sebelah kanan meja untuk membolehkan kita memotong atau membelah kayu sehingga 460 mm atau 18 inci ++ lebar, dan sehingga 210 mm atau 8 inci ++ lebar di sebelah kiri meja.


Di bahagian atas mata gergaji terdapat 'blade guard' yang boleh dibuka dan dipasang mengikut keperluan. 'Blade guard' itu adalah antara aspek keselamatan yang terdapat pada Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini.


Ok. Terus-terang Rambozzi® maklumkan di sini, 'insert plate' (berwarna merah) yang datang sekali dengan mesin ini agak tidak memuaskan hati Rambozzi®. 'Insert plate' yang diperbuat daripada 'light alloy' itu - tidak dibuat dengan kemas, bagi Rambozzi®. Maksudnya, hmmm susah juga nak terangkan nie... Jarak lubang itu agak luas, dan ia bukan sesuatu yang bagus kerana untuk mendapatkan hasil potongan terbaik dengan menggunakan 'table saw', 'insert plate' itu mestilah 'zero-clearance'. Ok, itu agak susah untuk diterangkan, bro! Hahahahahaha! Tolong.... Kalau ada pembaca yang boleh tolong terangkan mengenai 'zero-clearance' ni dalam bahasa yang lebih mudah difahami, Rambozzi® akan 'mention'kan nama dia di dalam blog ini selama 3 'entry' berturut². Heh heh heh heh heh...


Seterusnya, kita ke bahagian yang paling penting untuk Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini, atau untuk mana² 'table saw' sekali pun - "The Rip Fence". Bagi Rambozzi®, 'rip fence' pada 'table saw' ini sangat memuaskan hati! Skala di atas 'table saw' sangat jelas dan boleh dibaca dengan mudah.


 Ia menggunakan sistem Squarelock™ yang sangat mesra pengguna.


Hanya tekan sahaja ke bawah (lihat anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas) Squarelock™ itu, dan ia akan mengunci pergerakan 'rip fence' itu. Cukup ringkas, cukup mudah, tetapi sangat kemas dan kuat.


Kekuatan Squarelock™ itu mengunci 'rip fence' juga boleh dilaraskan dengan hanya memutarkan besi bulat berwarna hitam di bahagian hujung 'rip fence' (lihat anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas). Maaf, serius Rambozzi® tak tahu nama bende tu! Hahahahahaha!


Sistem Squarelock™ ini membolehkan 'rip fence' ini dikunci ke dalam 'slot' atau 'rail' di atas 'table saw' dengan sangat tepat. Bila kuncinya ditekan, 'rip fence' akan diselaraskan dengan tepat secara automatik ('self-adjusting'). Hmmmm... Ini satu sistem yang sangat canggih dan hebat.


Tapi, seperti biasa, Rambozzi® tetap Rambozzi®. Bukan Rambozzi® tidak percayakan sistem atau teknologi itu, tetapi Rambozzi® ini jenis yang sentiasa ingin memastikan ketepatan itu, adalah tepat setepat²nya. Jadi, Rambozzi® pastikan ketepatan itu dengan menggunakan 'square' pula.  Dan barulah Rambozzi® berpuas hati. Hehehehehehehe...


'Miter gauge' seperti di dalam gambar di atas adalah antara aksesori yang datang sekali dengan Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini. Ok, terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, 'miter gauge' ini tidak sebagus yang diharapkan. Ia berguna dan boleh digunakan. Tetapi Rambozzi® lebih cenderung untuk membuat 'miter sled' yang lebih mudah dan lebih selamat digunakan, dan pastinya lebih tepat.


Jadi, 'miter gauge' itu bukanlah sesuatu yang kritikal, bagi Rambozzi®.


Oraits. Aksesori di atas pula adalah 'supplementary spacer' yang khusus untuk digunakan apabila memotong kayu yang nipis atau apabila memotong kayu dalam keadaan 'bevel cut'.


Hanya skrukan pada 'rip fence' dan ia sedia digunakan.


Seterusnya kita ke bahagian utama Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini iaitu "pusat kawalan" atau 'controls' untuk mengoperasikan mesin ini. Kesemua kawalan untuk mesin ini berada di bahagian depan mesin.


Butang ON/OFF dilindungi oleh penutup untuk tujuan keselamatan, terutamanya untuk mengelakkan mesin ini dihidupkan secara tidak sengaja. Untuk menghidupkan mesin ini, hanya buka penutup dan tekan butang hijau tersebut.


Untuk mematikan operasi mesin ini, hanya tekan sahaja penutup itu dan ia akan dimatikan. Jika dilihat di dalam video rasmi oleh Bosch®, kita boleh mematikan operasi mesin ini dengan hanya menggunakan lutut! Hahahahaha! Melampau betul! Tapi betul, bro. Guna lutut je nak OFF kan mesin ini. Cool!


Oraits. Seterusnya, kita ke bahagian paling kritikal untuk sesebuah 'table saw' iaitu 'saw blade'.

Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini datang dengan mata gergaji 24 gigi jenis 'tungsten tipped saw blade' - yang sangat sesuai untuk operasi membelah kayu. Mata gergaji 24 gigi ini sebenarnya tidak berapa sesuai untuk melaksanakan tugas² memotong kayu secara 'cross-cut'. Tapi bukanlah ia tidak boleh digunakan langsung untuk potongan 'cross-cut'. Cuma hasil potongannya nanti tidak sehalus dan sekemas jika menggunakan mata gergaji yang khusus untuk potongan 'cross-cut'.

Hmmmm... Rambozzi® akan gunakan dahulu mata gergaji sedia ada ini. Rambozzi® kena cari mata gergaji dengan 90 gigi pula nanti khusus untuk potongan secara 'cross-cut'.

Ok. Saiz mata gergaji yang dibekalkan sekali dengan mesin ini adalah 254 x 30 mm. Kelajuan putaran mata gergaji pada mesin ini adalah selaju 3,650 pusingan seminit atau 'rpm'. Ia boleh memotong kayu sehingga setebal 79 mm atau 3 inci ++ pada sudut (miter) 90° dan setebal 56 mm atau 2 inci ++ pada sudut (miter) 45°. Mata gergaji itu pula boleh dicondongkan, atau disengetkan, atau disetkan sudutnya sehingga 47° ke sebelah kiri dan 2° ke sebelah kanan (incline setting: 47° left / 2° right). Haaaa... Mana satu ntah. Condong ke senget ke set? Hahahahahaha... Bab itu akan Rambozzi® terangkan sebentar lagi. Oraits?

Ok, anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas pula menunjukkan kepada 'hand wheel' yang berfungsi untuk menaikkan atau menurunkan mata gergaji, mengikut kedalaman potongan yang Rambozzi® nak.


Hanya pusingkan 'hand wheel' itu dan mata gergaji boleh dinaikkan atau diturunkan mengikut keperluan kerja Rambozzi®.


Untuk mendapatkan potongan yang paling tepat, Rambozzi® perlu memastikan bahawa mata gergaji itu dalam keadaan tepat 90°.  Rambozzi® gunakan 'square' seperti di dalam gambar di atas untuk memastikan ketepatannya.


Untuk melaraskan mata gergaji itu agar berada dalam keadaan tepat 90°, Rambozzi® hanya perlu lepaskan 'lever' atau tuil atau tuas (haaa mana satu ntah hahahahaha!) seperti yang ditunjukkan oleh anak panah merah di sebelah bawah di dalam gambar di atas. Dan Rambozzi® boleh menetapkan kedudukan mata gergaji itu mengikut darjah atau 'bevel' yang Rambozzi® perlukan. Untuk memastikan ia berada di dalam keadaan tepat 90°, Rambozzi® hanya perlu menguncinya pada kedudukan 0°, seperti yang ditunjukkan oleh anak panah merah di sebelah atas di dalam gambar di atas. Cukup ringkas, cukup mudah, cukup mesra pengguna.


Dan seperti yang Rambozzi® maklumkan di atas, mata gergaji itu boleh dicondongkan, atau disengetkan, atau disetkan sudutnya sehingga 47° ke sebelah kiri dan 2° ke sebelah kanan (incline setting: 47° left / 2° right).


Oraits. Selesai bab mengenai fungsi² dan 'feature' pada Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional itu, Rambozzi® teruskan pula kepada ruang² simpanan yang terdapat pada 'body' mesin ini. Seperti yang ditunjukkan oleh anak panah merah di dalam gambar di atas, 'rip fence' mesin ini boleh disimpan di bahagian bawah 'table saw'. Hanya tanggalkan daripada 'rail' dan 'clamp'kan sahaja ke bahagian bawah meja. Dan ia berada dalam keadaan selamat jika mesin ini dialih²kan.



'Blade guard' juga boleh disimpan di bahagian bawah 'table saw' ini.


Begitu juga dengan aksesori² lain seperti 'miter gauge', 'supplementary spacer' dan lain² 'tools' lagi.

Di bahagian paling bawah di sebelah belakang 'table saw' ini juga terdapat 'dust extraction adapter' yang boleh disambungkan 'vacuum hose' untuk kawalan habuk kayu.


Dan untuk memastikan kabel mesin ini tersimpan kemas, terdapat juga ruangan untuk menyimpan kabel.


Oraits. Gambar di atas pula menunjukkan kepada satu lagi aksesori untuk mesin ini, iaitu 'push stick'. 'Push stick' itu dibekalkan sebagai satu lagi ciri keselamatan apabila menggunakan mesin ini. 'Push stick' itu juga boleh disimpan di bahagian bawah 'table saw'.


Di belakang 'push stick' tadi tersimpan juga 'wrench' untuk menukar mata gergaji.


Oraits. Aduh penatnya...... Rambozzi® nie menulis 'review' macam pro pulak kan? Like a pro! Ohhh! Come on, man! Hahahahahaha... Aduh penatnya...


Oraits. 'Push stick' yang datang dengan mesin ini sebenarnya sudah cukup berguna buat Rambozzi®. Tapi, disebabkan Rambozzi® ini adalah Rambozzi®, maka Rambozzi® telah membeli satu lagi produk dari Kreg® iaitu Kreg® Multi-Purpose Push Stick. Heh heh heh heh heh... Disebabkan produk ini ada dalam pasaran Malaysia, maka Rambozzi® "terpaksa" membelinya heh heh heh heh heh...


Dan juga Kreg® True-Flex™ Featherboard heh heh heh heh heh... Hamboih seronotnya Rambozzi®! Seronot la kan... Hahahahaha...


Agak malang bagi Rambozzi® kerana T-Slot pada 'table saw' terlalu kecil untuk dimasukkan 'wedgelock' yang berwarna hitam itu. Nampaknya 'wedgelock' dari Kreg® ini tidak sesuai untuk 'table saw' dari Bosch®.


Tetapi, Rambozzi® agak bernasib baik pula, kerana rupa²nya Kreg® telah awal² lagi memikirkan mengenai kemungkinan berlaku perkara ini. Kreg® True-Flex™ Featherboard ini juga boleh dimasukkan ke T-Slot pada 'table saw' dengan menggunakan 'washer' yang dibekalkan. Jadi, Kreg® True-Flex™ Featherboard ini boleh dipasangkan ke 'table saw' dengan menggunakan sama ada 'wedgelock' ataupun 'washer'. Pandainya Kreg®! Pandai!!! Comel sangat tau!


Jadi. So. Kalau dilihat gambar di atas, itu adalah cara yang salah untuk memasang Kreg® True-Flex™ Featherboard ke 'table saw'. Ini kerana, menurut pakar, jika ia dipasang seperti di dalam gambar di atas, lebihan kayu hasil daripada potongan nanti MUNGKIN akan ditolak kembali ke mata gergaji dan berisiko tinggi akan berlaku 'kickback' atau lebihan kayu itu akan "ditendang" oleh putaran mata gergaji, menuju ke arah kita! Oh! Itu bukanlah satu keadaan yang Rambozzi® nak ketika mengoperasikan mesin ini!


Kreg® True-Flex™ Featherboard itu perlu dipasang seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Ia perlu dijarakkan sedikit daripada mata gergaji, supaya tiada tolakan lebihan kayu ke mata gergaji. Keadaan di atas adalah paling tepat dan selamat.


Dan akhir sekali, disebabkan Rambozzi® ini adalah Rambozzi®, maka ketepatan adalah sangat penting bagi Rambozzi®. Rambozzi® juga membeli sebuah 'dial indicator'. Ia boleh digunakan untuk memastikan jarak di antara T-Slot pada 'table saw' adalah selari atau 'parallel' dengan 'rip fence'. Ia juga boleh digunakan untuk memastikan mata gergaji juga adalah selari atau 'parallel' dengan 'rip fence'. Hmmmm... Rambozzi® akan perincikan lagi mengenai ketepatan ini di dalam 'entry' akan datang. 'Dial indicator' itu tidak boleh digunakan begitu sahaja, sebuah 'jig' yang khusus untuknya perlu Rambozzi® buat dahulu.


Aduh penatnya! Wah! Heh heh heh heh... Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, apa yang Rambozzi® tuliskan di atas adalah melalui pembacaan, kajian dan pemahaman Rambozzi® sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut lagi tepat, adalah lebih baik sekiranya dibaca di dalam laman² web 'woodworking' yang lain.

Seperti biasa, Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini perlu Rambozzi® fahami dan kuasai dahulu, sebelum boleh Rambozzi® membuat kerja² 'woodworking' yang lebih 'advance' lagi. 'Table saw' adalah idaman setiap orang yang menggelarkan diri mereka sebagai 'woodworker'. Memiliki sebuah 'table saw' boleh diibaratkan seperti menjadi 'a professional woodworker'. Boleh diibaratkan sahaja, tetapi tidak bagi Rambozzi®. Masih banyak yang perlu Rambozzi® pelajari lagi sebelum mencapai tahap 'pro' itu.

Rambozzi® masih Rambozzi®. Rambozzi® tetap Rambozzi® yang amatur ini. Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini akan membawa perubahan baru di dalam kerja² 'woodworking' Rambozzi®. Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini  adalah cabaran baru buat Rambozzi®. Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini akan mematangkan lagi Rambozzi®. Dan seperti yang diketahui dan dikenali - mengenai Rambozzi® ini - "woodworking" ini adalah hidup Rambozzi®. Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini pula adalah "impian menjadi kenyataan" Rambozzi®. Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini sudah menjadi mesin kebanggaan dan kesayangan Rambozzi®, love. Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini "cinta" Rambozzi®, 'love'. Dan 'love' pula adalah 'Love of My Life'. Ya.

'Love of My Life'



Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes