. Eh? Rasa macam dah taip tadi... Eh?...
) ke sebelah kanan meja untuk membolehkan kita memotong atau membelah kayu sehingga
yang boleh dibuka dan dipasang mengikut keperluan.
Ok. Terus-terang
. Maksudnya, hmmm susah juga nak terangkan nie... Jarak lubang itu agak luas, dan ia bukan sesuatu yang bagus kerana untuk mendapatkan hasil potongan terbaik dengan menggunakan
. Ok, itu agak susah untuk diterangkan, bro! Hahahahahaha! Tolong.... Kalau ada pembaca yang boleh tolong terangkan mengenai
berturut². Heh heh heh heh heh...
Seterusnya, kita ke bahagian yang paling penting untuk
Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini, atau untuk mana²
'table saw' sekali pun -
"The Rip Fence". Bagi
Rambozzi®,
'rip fence' pada
'table saw' ini sangat memuaskan hati! Skala di atas
'table saw' sangat jelas dan boleh dibaca dengan mudah.
Ia menggunakan sistem
Squarelock™ yang sangat mesra pengguna.
Hanya tekan sahaja ke bawah
(lihat anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas) Squarelock™ itu, dan ia akan mengunci pergerakan
'rip fence' itu. Cukup ringkas, cukup mudah, tetapi sangat kemas dan kuat.
Kekuatan
Squarelock™ itu mengunci
'rip fence' juga boleh dilaraskan dengan hanya memutarkan besi bulat berwarna hitam di bahagian hujung
'rip fence' (lihat anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas). Maaf, serius Rambozzi® tak tahu nama bende tu! Hahahahahaha!
Sistem
Squarelock™ ini membolehkan
'rip fence' ini dikunci ke dalam
'slot' atau
'rail' di atas
'table saw' dengan sangat tepat. Bila kuncinya ditekan,
'rip fence' akan diselaraskan dengan tepat secara automatik (
'self-adjusting'). Hmmmm... Ini satu sistem yang sangat canggih dan hebat.
Tapi, seperti biasa, Rambozzi® tetap Rambozzi®. Bukan Rambozzi® tidak percayakan sistem atau teknologi itu, tetapi Rambozzi® ini jenis yang sentiasa ingin memastikan ketepatan itu, adalah tepat setepat²nya. Jadi, Rambozzi® pastikan ketepatan itu dengan menggunakan 'square' pula. Dan barulah Rambozzi® berpuas hati. Hehehehehehehe...
'Miter gauge' seperti di dalam gambar di atas adalah antara aksesori yang datang sekali dengan
Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini. Ok, terus-terang
Rambozzi® nyatakan di sini,
'miter gauge' ini tidak sebagus yang diharapkan. Ia berguna dan boleh digunakan. Tetapi
Rambozzi® lebih cenderung untuk membuat
'miter sled' yang lebih mudah dan lebih selamat digunakan, dan pastinya lebih tepat.
Jadi,
'miter gauge' itu bukanlah sesuatu yang kritikal, bagi
Rambozzi®.
Oraits. Aksesori di atas pula adalah
'supplementary spacer' yang khusus untuk digunakan apabila memotong kayu yang nipis atau apabila memotong kayu dalam keadaan
'bevel cut'.
Hanya skrukan pada
'rip fence' dan ia sedia digunakan.
Seterusnya kita ke bahagian utama
Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini iaitu "pusat kawalan" atau 'controls' untuk mengoperasikan mesin ini. Kesemua kawalan untuk mesin ini berada di bahagian depan mesin.
Butang
ON/OFF dilindungi oleh penutup untuk tujuan keselamatan, terutamanya untuk mengelakkan mesin ini dihidupkan secara tidak sengaja. Untuk menghidupkan mesin ini, hanya buka penutup dan tekan butang hijau tersebut.
Untuk mematikan operasi mesin ini, hanya tekan sahaja penutup itu dan ia akan dimatikan. Jika dilihat di dalam video rasmi oleh
Bosch®, kita boleh mematikan operasi mesin ini dengan hanya menggunakan lutut! Hahahahaha! Melampau betul! Tapi betul,
bro. Guna lutut je nak
OFF kan mesin ini.
Cool!
Oraits. Seterusnya, kita ke bahagian paling kritikal untuk sesebuah
'table saw' iaitu
'saw blade'.
Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini datang dengan mata gergaji
24 gigi jenis
'tungsten tipped saw blade' - yang sangat sesuai untuk operasi membelah kayu. Mata gergaji
24 gigi ini sebenarnya tidak berapa sesuai untuk melaksanakan tugas² memotong kayu secara
'cross-cut'. Tapi bukanlah ia tidak boleh digunakan langsung untuk potongan
'cross-cut'. Cuma hasil potongannya nanti tidak sehalus dan sekemas jika menggunakan mata gergaji yang khusus untuk potongan
'cross-cut'.
Hmmmm...
Rambozzi® akan gunakan dahulu mata gergaji sedia ada ini.
Rambozzi® kena cari mata gergaji dengan
90 gigi pula nanti khusus untuk potongan secara
'cross-cut'.
Ok. Saiz mata gergaji yang dibekalkan sekali dengan mesin ini adalah
254 x 30 mm. Kelajuan putaran mata gergaji pada mesin ini adalah selaju
3,650 pusingan seminit atau
'rpm'. Ia boleh memotong kayu sehingga setebal
79 mm atau
3 inci ++ pada sudut
(miter) 90° dan setebal
56 mm atau
2 inci ++ pada sudut
(miter) 45°. Mata gergaji itu pula boleh dicondongkan, atau disengetkan, atau disetkan sudutnya sehingga
47° ke sebelah kiri dan
2° ke sebelah kanan
(incline setting: 47° left / 2° right). Haaaa... Mana satu ntah. Condong ke senget ke set? Hahahahahaha... Bab itu akan
Rambozzi® terangkan sebentar lagi.
Oraits?
Ok, anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas pula menunjukkan kepada
'hand wheel' yang berfungsi untuk menaikkan atau menurunkan mata gergaji, mengikut kedalaman potongan yang
Rambozzi® nak.
Hanya pusingkan
'hand wheel' itu dan mata gergaji boleh dinaikkan atau diturunkan mengikut keperluan kerja
Rambozzi®.
Untuk mendapatkan potongan yang paling tepat,
Rambozzi® perlu memastikan bahawa mata gergaji itu dalam keadaan tepat
90°.
Rambozzi® gunakan
'square' seperti di dalam gambar di atas untuk memastikan ketepatannya.
Untuk melaraskan mata gergaji itu agar berada dalam keadaan tepat
90°,
Rambozzi® hanya perlu lepaskan
'lever' atau tuil atau tuas
(haaa mana satu ntah hahahahaha!) seperti yang ditunjukkan oleh anak panah merah di sebelah bawah di dalam gambar di atas. Dan
Rambozzi® boleh menetapkan kedudukan mata gergaji itu mengikut darjah atau
'bevel' yang
Rambozzi® perlukan. Untuk memastikan ia berada di dalam keadaan tepat
90°,
Rambozzi® hanya perlu menguncinya pada kedudukan
0°, seperti yang ditunjukkan oleh anak panah merah di sebelah atas di dalam gambar di atas. Cukup ringkas, cukup mudah, cukup mesra pengguna.
Dan seperti yang
Rambozzi® maklumkan di atas, mata gergaji itu boleh dicondongkan, atau disengetkan, atau disetkan sudutnya sehingga
47° ke sebelah kiri dan
2° ke sebelah kanan
(incline setting: 47° left / 2° right).
Oraits. Selesai bab mengenai fungsi² dan
'feature' pada
Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional itu,
Rambozzi® teruskan pula kepada ruang² simpanan yang terdapat pada
'body' mesin ini. Seperti yang ditunjukkan oleh anak panah merah di dalam gambar di atas,
'rip fence' mesin ini boleh disimpan di bahagian bawah
'table saw'. Hanya tanggalkan daripada
'rail' dan
'clamp'kan sahaja ke bahagian bawah meja. Dan ia berada dalam keadaan selamat jika mesin ini dialih²kan.
'Blade guard' juga boleh disimpan di bahagian bawah
'table saw' ini.
Begitu juga dengan aksesori² lain seperti
'miter gauge', 'supplementary spacer' dan lain²
'tools' lagi.
Di bahagian paling bawah di sebelah belakang
'table saw' ini juga terdapat
'dust extraction adapter' yang boleh disambungkan
'vacuum hose' untuk kawalan habuk kayu.
Dan untuk memastikan kabel mesin ini tersimpan kemas, terdapat juga ruangan untuk menyimpan kabel.
Oraits. Gambar di atas pula menunjukkan kepada satu lagi aksesori untuk mesin ini, iaitu
'push stick'.
'Push stick' itu dibekalkan sebagai satu lagi ciri keselamatan apabila menggunakan mesin ini.
'Push stick' itu juga boleh disimpan di bahagian bawah
'table saw'.
Di belakang
'push stick' tadi tersimpan juga
'wrench' untuk menukar mata gergaji.
Oraits. Aduh penatnya......
Rambozzi® nie menulis
'review' macam pro pulak kan?
Like a pro! Ohhh! Come on, man! Hahahahahaha... Aduh penatnya...
Oraits.
'Push stick' yang datang dengan mesin ini sebenarnya sudah cukup berguna buat
Rambozzi®. Tapi, disebabkan
Rambozzi® ini adalah
Rambozzi®, maka
Rambozzi® telah membeli satu lagi produk dari
Kreg® iaitu
Kreg® Multi-Purpose Push Stick.
Heh heh heh heh heh... Disebabkan produk ini ada dalam pasaran
Malaysia, maka
Rambozzi® "terpaksa" membelinya heh heh heh heh heh...
Dan juga
Kreg® True-Flex™ Featherboard heh heh heh heh heh...
Hamboih seronotnya
Rambozzi®! Seronot la kan... Hahahahaha...
Agak malang bagi
Rambozzi® kerana
T-Slot pada
'table saw' terlalu kecil untuk dimasukkan
'wedgelock' yang berwarna hitam itu. Nampaknya
'wedgelock' dari
Kreg® ini tidak sesuai untuk
'table saw' dari
Bosch®.
Tetapi,
Rambozzi® agak bernasib baik pula, kerana rupa²nya
Kreg® telah awal² lagi memikirkan mengenai kemungkinan berlaku perkara ini.
Kreg® True-Flex™ Featherboard ini juga boleh dimasukkan ke
T-Slot pada
'table saw' dengan menggunakan
'washer' yang dibekalkan. Jadi,
Kreg® True-Flex™ Featherboard ini boleh dipasangkan ke
'table saw' dengan menggunakan sama ada
'wedgelock' ataupun
'washer'. Pandainya
Kreg®!
Pandai!!! Comel sangat tau!
Jadi.
So. Kalau dilihat gambar di atas, itu adalah cara yang salah untuk memasang
Kreg® True-Flex™ Featherboard ke
'table saw'. Ini kerana, menurut pakar, jika ia dipasang seperti di dalam gambar di atas, lebihan kayu hasil daripada potongan nanti
MUNGKIN akan ditolak kembali ke mata gergaji dan berisiko tinggi akan berlaku
'kickback' atau lebihan kayu itu akan
"ditendang" oleh putaran mata gergaji, menuju ke arah kita! Oh! Itu bukanlah satu keadaan yang
Rambozzi® nak ketika mengoperasikan mesin ini!
Kreg® True-Flex™ Featherboard itu perlu dipasang seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Ia perlu dijarakkan sedikit daripada mata gergaji, supaya tiada tolakan lebihan kayu ke mata gergaji. Keadaan di atas adalah paling tepat dan selamat.
Dan akhir sekali, disebabkan
Rambozzi® ini adalah
Rambozzi®, maka ketepatan adalah sangat penting bagi
Rambozzi®.
Rambozzi® juga membeli sebuah
'dial indicator'. Ia boleh digunakan untuk memastikan jarak di antara
T-Slot pada
'table saw' adalah selari atau
'parallel' dengan
'rip fence'. Ia juga boleh digunakan untuk memastikan mata gergaji juga adalah selari atau
'parallel' dengan
'rip fence'. Hmmmm...
Rambozzi® akan perincikan lagi mengenai ketepatan ini di dalam
'entry' akan datang.
'Dial indicator' itu tidak boleh digunakan begitu sahaja, sebuah
'jig' yang khusus untuknya perlu
Rambozzi® buat dahulu.
Aduh penatnya! Wah! Heh heh heh heh... Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, apa yang
Rambozzi® tuliskan di atas adalah melalui pembacaan, kajian dan pemahaman
Rambozzi® sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut lagi tepat, adalah lebih baik sekiranya dibaca di dalam laman² web
'woodworking' yang lain.
Seperti biasa,
Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini perlu Rambozzi® fahami dan kuasai dahulu, sebelum boleh
Rambozzi® membuat kerja²
'woodworking' yang lebih
'advance' lagi.
'Table saw' adalah idaman setiap orang yang menggelarkan diri mereka sebagai
'woodworker'. Memiliki sebuah
'table saw' boleh diibaratkan seperti menjadi
'a professional woodworker'. Boleh diibaratkan sahaja, tetapi tidak bagi
Rambozzi®. Masih banyak yang perlu
Rambozzi® pelajari lagi sebelum mencapai tahap
'pro' itu.
Rambozzi® masih
Rambozzi®.
Rambozzi® tetap
Rambozzi® yang amatur ini.
Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini akan membawa perubahan baru di dalam kerja² 'woodworking' Rambozzi®.
Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini adalah cabaran baru buat Rambozzi®.
Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini akan mematangkan lagi Rambozzi®. Dan seperti yang diketahui dan dikenali - mengenai
Rambozzi® ini -
"woodworking" ini adalah hidup
Rambozzi®.
Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini pula adalah "impian menjadi kenyataan" Rambozzi®.
Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini sudah menjadi mesin kebanggaan dan kesayangan Rambozzi®,
love.
Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional ini "cinta" Rambozzi®,
'love'. Dan
'love' pula adalah
'Love of My Life'. Ya.
'Love of My Life'