Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us


Rambozzi® teringat pada projek Meja Shima yang Rambozzi®  buat tak lama dulu. Projek Meja Shima  adalah antara projek yang paling Rambozzi®  suka dan seronok membuatnya. Projek yang Rambozzi® paling puas hati dengan hasil kerja Rambozzi® sendiri. Jadi, ada seorang surirumah comel ni, nama dia Lily, nak sebuah meja jugak. Rambozzi® secara automatik teringat la pada Meja Shima dan bercadang nak buat sebuah lagi meja macam tu untuk Lily nie. Jadi, jom mulakan woodworking untuk Meja Lily nie...


Pertama sekali yang Rambozzi® nak buat ialah table top dulu. Sebab meja nie nak diletakkan di satu sudut yang Rambozzi® dah ambil ukurannya terlebih dahulu. Bila dah siap table top nie barulah boleh buat bende lain. Dan gambar di atas nie adalah kayu² 1*2 untuk table top.


Masih sama macam biasa, Rambozzi® akan gunakan pocket hole untuk cantumkan kayu² tu.


Ok, itu adalah rangka untuk table top tu yang dah siap dipasang.


Seterusnya Rambozzi® kena potong plywood tu kepada saiz yang sesuai untuk table top tu.


Sekarang proses nak gam plywood tu ke rangka table top. Rambozzi® gunakan gam kayu dan "tembak" guna nail gun tu. Untuk table top kali nie, Rambozzi® terpaksa gunakan 2 lapisan plywood sebab plywood yang Rambozzi® beli baru² nie lembut sangat tak macam biasa. Rambozzi® memang gunakan plywood yang nipis sebab senang nak proses, nak potong guna pisau cutter tu pun boleh. Tapi kalau nak kukuhkan lagi, guna 2 lapis ok la.


Dah lekat kat rangka tu, kena "trim" la pulak plywood tu supaya "flush" dan cantik.


Ok, sekarang baru la Rambozzi® boleh tentukan saiz untuk potong kayu untuk kaki meja tu pulak.


Untuk bahagian "apron" (ntah Rambozzi® pun tak tahu apa nama dia tapi geng² Omputih tu panggil apron, kot....) tu Rambozzi® tak nak cat, Rambozzi® nak guna laminate sama macam table top.


Gambar di atas adalah bahagian kayu dan laminate yang telah digam dengan contact cement. Kena tunggu dia kering jap dalam 3-5 minit, baru boleh dilekatkan bersama.


Ok, dah lekat semua laminate untuk "apron" tu, seterusnya kena "trim" di sekelilingnya supaya "flush" dan cantik "kemah-keming".


Ok, dah siap untuk bahagian "apron".


Gambar di atas adalah "apron" yang dah siap di"laminate" tadi.


Rambozzi® saje je ambik gambar kayu yang dah di"laminate" tu dekat², sebab Rambozzi® nak tunjukkan kecantikan corak laminate tu dan kekemasan kayu dan juga laminate yang melekat dengan cantik dan di"trim" cantik dan "flush". Ini adalah antara teknik yang Rambozzi® semakin kuasai, berbanding dengan satu ketika dahulu, memang tak sekemas sekarang nie...


Seterusnya Rambozzi® nak potong pulak laminate untuk table top.


Untuk proses menampal laminate ke bahagian yang besar macam di atas tu, clamp yang banyak memang sangat² diperlukan. Tapi Rambozzi® takde banyak clamp, jadi kena lapik dengan kayu tu lepas tu baru clamp. Harap² tekanannya sekata dan melekat dengan cantik.


Ok, gambar di atas adalah kesemua bahagian yang telah di"laminate".



Seterusnya Rambozzi® pasangkan pula bahagian kaki² meja.


Dan gambar di atas adalah kaki meja untuk projek Meja Lily nie.


Ok, Meja Lily nie juga sebenarnya ada lagi satu bahagian iaitu para di bahagian bawah. Rambozzi® kena buat rangka dulu dan rangka nie juga akan ditampal plywood dan laminate.


Ini adalah idea yang Rambozzi® fikir nak buat untuk projek kali nie.


Sekarang tampal plywood dulu ke rangka kayu tu.


Gambar di atas adalah rangka kayu tadi yang telah siap ditampal dengan plywood dan juga laminate, dan telah di"trim".


Seterusnya, untuk bahagian table top tu tadi, Rambozzi® bercadang nak letak "edging" di sekelilingnya, sama macam Meja Shima tempoh hari.


Haha sebenarnya dah jadi macam frame sebenarnya "edging" tu. Untuk "edging" tu Rambozzi® terpaksa ukur dan potong satu demi satu bahagian. Rambozzi® tak berani nak buat satu frame yang siap dan dilekatkan ke table top tu sebab susah dan Rambozzi® takut akan merosakkan laminate pada table top tu.


Ok, dah siap untuk bahagian table top. Untuk bahagian para bawah tu pun Rambozzi® nak lekatkan "edging" jugak.


Ok, dah siap kedua² bahagian meja nie. Memandangkan meja nie nanti Rambozzi® akan cat, jadi baik Rambozzi® tampal masking tape dulu untuk mengelakkan laminate terkena cat, susah nak bersihkan nanti.


Gambar di atas adalah pandangan dari belakang untuk kedua² bahagian meja nie. Semuanya dipasang menggunakan pocket hole je.


Ok, dah siap kesemua bahagian untuk meja nie.


Sebelum ke proses mengecat, Rambozzi® nak "route" dulu sisi table top dan para dengan 2 jenis router bit yang berbeza. Rambozzi® nak meja tu cantik sikit je lagi.


Dan akhirnya, siaplah meja nie. Cuma tinggal nak "sanding" dan cat je. Kedua² bahagian table top dan para tu pun dah di"route" dengan kemas.


Gambar di atas adalah table top yang telah di"route" tadi.


Untuk bahagian para di bawah pula menggunakan router bit yang berbeza daripada table top. Rambozzi® bercadang nak cat dulu kesemua bahagian meja, baru dicantumkan semuanya. Sebab bila dah siap dipasang, susah sikit nak cat.


Ok. Dah siap pun projek Meja Lily nie. Macam biasa Rambozzi® cat sebanyak 3 lapisan menggunakan varnish berwarna Dark Walnut, yang diselangi dengan "sanding" antara setiap lapisan. Dan bila dah kering cat tu, barulah Rambozzi® pasangkan kesemua bahagian dan menjadi sebuah meja.


Meja yang simple, kemas dan cantik. Dan Rambozzi® dah dapat respon daripada Lily tu sendiri, Lily sangat suka! Pehhh lega rasanya hati Rambozzi®.

Projek nie memang nampak simple, tapi boleh tahan jugak masalah yang datang. Paling susah masa nak pasang selepas dicat. Sebab "marking" semuanya dah dilitupi cat hahahaha. Tapi dalam masa yang sama, projek nie juga menambahkan pengalaman kerja Rambozzi®. Terutamanya dalam bab nak "route" kayu tu. Dan dalam proses pemasangan meja nie sendiri.

Apa² pun, Rambozzi® berharap Lily suka dengan hasil kerja Rambozzi®. Dan Rambozzi®, macam biasa, menunggu apa lagi projek woodworking yang akan datang nanti heh heh heh...
--------------------------------------------------

Haa.... Itulah rupa Meja Lily tu bila dah diletakkan ke tempatnya, dan "dihiaskan" dengan pelbagai barangan oleh tuannya....

Aduh...Rambozzi® betul² tak tahu apa nama "bende" nie. Tapi "bende" nie yang Kak Nor nak Rambozzi® buatkan untuk dia. "Bende" nie Kak Nor nak guna untuk buat kuih. Nak uli tepung atas "bende" nie la. Buat masa nie Rambozzi® guna nama "Alas Uli Tepung Kak Nor" dulu la.. Kot² nanti Rambozzi® dapat tahu nama sebenar dia Rambozzi® akan update.
"Ok...Akhirnya Rambozzi® dah dapat nama untuk "bende" nie. Daripada Kak Nor sendiri. Nama bende tu ialah "Papan Pencanai Kak Nor" heh heh heh.."
Memandangkan Kak Nor selalu tempah daripada Rambozzi®, jadi Rambozzi ok je bila Kak Nor nak "bende" nie pulak. Bab design memang Rambozzi® tak boleh bayangkan macam mana rupanya. Rambozzi® cuma ikutkan kehendak Kak Nor. Rambozzi® buat mengikut ukuran dan design daripada Kak Nor sendiri. Ok, jom mula woodworking untuk projek kali nie, "Alas Uli Tepung Kak Nor" heh heh heh...


Ok, untuk projek nie Rambozzi® akan gunakan kayu 1*2 dan 1*1 sahaja. Beberapa kepingan plywood dan juga laminate. Macam biasa mula² sekali potong kayu kepada ukuran yang dikehendaki la..


Langkah seterusnya juga macam biasa, Rambozzi® tebuk siap² pocket holes ke kayu² yang hendak dipasangkan nanti. Rambozzi® cuma nak buat satu frame je untuk dijadikan "bende" tu nanti.


Ok, dah siap pun pasang kesemua kayu² tu. Proses yang senang dan cepat jadi Rambozzi® tak ambil la gambar untuk proses pemasangan tu. Cuma di dalam gambar di atas, Rambozzi® perbanyakkan kayu² silang tu sebagai "support" kepada plywood dan laminate tu nanti.


Ok, hahahaha gambar di atas nie pulak ialah plywood yang telah dilekatkan ke frame tadi. Sebenarnya stok plywood Rambozzi® dah habis. Cuma tinggal saki-baki je sikit² lagi. Tapi masih boleh dipakai dan boleh dikemaskan walaupun 2 keping yang berasingan. Cuma kena pastikan sisi² plywood yang nak dirapatkan tu lurus dan takde "gap" la antara kedua² keping plywood tu. Dan kena ada kayu "support" la kat tengah² frame tu untuk dilekatkan plywood² tu. Rambozzi® tampal plywood tu ke frame menggunakan gam kayu lepas tu "tembak" dengan Electric Nailer tu.

Sebenarnya dah dua bijik Rambozzi® beli electric nailer tu. Yang warna hijau kat atas tu yang pertama Rambozzi® beli. Tapi tak "power" sangat. Bila "tembak" ke kayu dia tak terbenam habis ke dalam. Tapi sesuai la nak "tembak" plywood sebab kalau guna electric nailer yang baru tu "power" sangat la pulak. Kalau paku tu tak terbenam rapat ke plywood, Rambozzi® boleh ketuk sikit dengan tukul. Asalkan plywood tu boleh lekat ke kayu je. Kalau guna electric nailer yang "power" tu, dia tembus jauh ke dalam kayu dan tak "pegang" plywood tu pulak. Jadi Rambozzi® boleh guna kedua electric nailer tu untuk fungsi dan keperluan yang berbeza...

Hehehe bukannya Rambozzi® nak buat "kerja cincai" atau "main hentam" je, tapi sebenarnya takde masalah pun nak buat macam tu. Lagipun laminate akan ditampal jugak ke atas plywood tu nanti.. Kan? Hahahaha...


Memandangkan projek nie tak banyak sangat prosesnya, jadi kali nie Rambozzi® berkesempatan la nak ambik gambar untuk beberapa proses yang Rambozzi® rasa Rambozzi® tak pernah masukkan sebelum nie. Antaranya macam gambar kat atas nie la. Proses menampal plywood dan laminate dan seterusnya "trim" sisi²nya. Bila nak tampal plywood dan laminate memang Rambozzi buat macam yang "dorang" buat tu la. Pastikan plywood atau laminate tu lebar sikit daripada saiz frame. Supaya kita boleh "trim" nanti serapat yang boleh ke frame tu. Barulah kemas dan cantik hasilnya nanti.. Daripada gambar di atas, dapat dilihat lebihan plywood yang belum di"trim". Jadi kena "trim" la tu..


Dan untuk proses "trim" tu Rambozzi® gunakan Bosch Router/Trimmer GMR1 yang Rambozzi® beli dulu. Dan Rambozzi® gunakan mata trimmer jenis flush trim punye. Mata trimmer tu Rambozzi® setkan lebih sikit daripada ketebalan plywood atau laminate yang nak di"trim" tu nanti.


Ok inilah hasilnya selepas plywood tu di"trim". Rapat ke kayu frame dan kemas.


Seterusnya Rambozzi® nak tampal laminate ke atas plywood tu. Kena potong dulu laminate yang besar tu ke saiz yang Rambozzi® nak. Untuk potong laminate tu Rambozzi® gunakan mini cutter cap EINHELL Mini Circular Saw BT-CS 500. Laminate tu juga Rambozzi® potong lebih lebar daripada saiz frame kayu tu untuk di"trim" nanti. Emm.. sebenarnya laminate tu idea Kak Nor sendiri. Rambozzi® cuma ikutkan kehendak Kak Nor je.



Ok, dah dapat saiz laminate untuk frame.



Untuk bahagian tepi atau sebagai "edging" frame tu Rambozzi® juga gunakan laminate. Tapi warna lain pulak. Laminate tu sebenarnya lebihan daripada projek sebelum nie. Masih elok dan boleh digunakan. Cuma lebar sikit dan Rambozzi® kena potong sikit ke saiz yang Rambozzi® nak.



Untuk dapatkan saiz "edging" tu Rambozzi® dapatkan dulu saiz atau lebar bahagian tepi frame tu.



Kali nie Rambozzi® boleh gunakan "bende" kat atas nie. Virutex Laminate Cutter nama dia. Buatan Sepanyol kot... Mahal giler cutter nie walaupun dia bukannya mesin yang gunakan elektrik. Kelebihannya boleh digunakan untuk potong laminate dengan kemas dan tepat mengikut saiz yang boleh disetkan. Kelemahannya, hanya boleh potong laminate paling tebal pun lebih kurang 4 inci lebih je, kot..

Hehehehe anak panah dalam gambar tu sebenarnya menunjukkan arah nak gunakan cutter tu yang Rambozzi® tanda sebab Rambozzi® selalu tersalah arah hahahaha...



Jadi Rambozzi® setkan dulu ketebalan yang Rambozzi® nak potong tu.



Cara guna cutter nie macam gambar kat atas nie. Cuma tarik je cutter tu akan "hiris" atau "slit" laminate tu. Alat ringkas yang tak perlukan elektrik dan tak merbahaya langsung. Tapi mahal!



Ok Rambozzi® tak sempat nak ambik gambar untuk proses menampal laminate tu dan juga proses "trim". Sebab tangan Rambozzi® dah kotor sangat masa nie penuh dengan gam. Tapi inilah hasilnya selepas siap tampal laminate tu ke frame dan diikuti dengan
"trim".




Untuk bahagian kaki "bende" nie kebetulan Rambozzi® ada 4 bijik kaki meja untuk coffee table kot yang masih Rambozzi® simpan dan belum digunakan. Elok dan masih dalam plastik lagi. Rambozzi® rasa sesuai untuk dijadikan kaki "bende" nie, kot...



Ok dah siap pasang kaki tu. Dan siaplah projek Alas Uli Tepung Kak Nor nie...






Projek yang simple dan kemas. Rambozzi® harap Kak Nor suka la dengan design dan hasil "bende" nie. Paling penting ia boleh digunakan untuk keperluan Kak Nor nak buat kuih. Rambozzi® pun tak tahu samada bende macam nie ke yang Kak Nor tu nak atau tak. Kalau Kak Nor kata tak suka atau "bukan macam nie laa" maknanya Rambozzi® kena buat semula la hahahahahahahahaha....
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes