Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Pada ketika ini, Rambozzi® sangat tertekan dengan kerumitan "beberapa" projek yang masih belum berjaya Rambozzi® siapkan. Hati Rambozzi® sangat sengsara. Jiwa Rambozzi® sangat derita. Bunga² dalam taman di dalam hati Rambozzi® telah layu. Ada yang gugur. Ada yang masih di tangkai, tapi menunduk layu. Dalam taman di dalam hati Rambozzi® ini ada banyak bunga. Bunga teratai, bunga melor, bunga kenanga, bunga anggerik, bunga seri pagi, bunga lili, bunga ros, bunga kekwa, bunga kubur... Tapi tak terjaga! Oh sungguh Rambozzi® tak pandai menjaga bunga! Oh! Maafkan Rambozzi®. Ampunkan Rambozzi®. Ampun pak! Heh heh heh heh...

Buah²an tempatan dalam kebun di dalam hati Rambozzi® juga tak ingin berbuah! Buah durian ada la 2-3 bijik, tapi duri pulak takde! Buah rambutan pun ada lagi sikit tapi dah takde rambut! Hahahahaha! Oh ya! Dalam hati Rambozzi® juga ada 'fountain'! 'Fountain' itu telah kering! Ok itu dah mengarut sangat dah kan hahahahahaha!

Sebenarnya, ini adalah projek "paling sukar" dalam "woodworking" Rambozzi® ini. Projek ini menampakkan dengan jelas, "kelemahan²" Rambozzi® di dalam "woodworking" ini. Projek ini juga menunjukkan bahawa "betapa susahnya nak mengawal sesuatu yang memang takkan boleh dikawal" -  tanpa kemahiran dan mesin yang lengkap dan mencukupi! Projek ini paling memerlukan ketepatan dan ketelitian.

Projek ini juga adalah projek yang sangat banyak memerlukan penggunaan "mesin derita" Rambozzi® iaitu 'mini router/trimmer'.  Rambozzi® tulis perkataan 'mini router/trimmer' nie pun dah rasa nak "menangis" dah nie! Hahahahahaha!

Din telah menghubungi Rambozzi® tidak berapa lama dulu. Din "menemui" blog Rambozzi® ini dan Din sangat yakin Rambozzi® boleh membantunya membuat apa yang diinginkannya, iaitu sebuah 'holobox'. Serius! Rambozzi® memang tak pernah tahu, tak pernah dengar tentang benda ini! Dan bila Din tunjukkan gambarnya kepada Rambozzi®, dengan yakinnya Rambozzi® merasa yakin bahawa Rambozzi® yakin tak boleh membuatnya! Tapi lain pula halnya dengan Din. Sungguh² Din merasa yakin dengan kemampuan Rambozzi® dan sungguh² juga Din meyakinkan Rambozzi® pula supaya membantunya.

Bro... Hati Rambozzi® nie kan sangat sensitif? Hati Rambozzi® ini juga sangat lembut. Dan juga sangat mudah pecah macam kaca. Fragile! Tapi untuk meminta maaf dan memaafkan adalah hati suci Rambozzi®. Rambozzi® takkan malu untuk meminta maaf dan Rambozzi® sentiasa "memaafkan" walaupun hati Rambozzi® ini hancur dihempas ke lantai. Kaca kan? Heh heh heh heh. Jadi, mana mungkin Rambozzi® "mengecewakan" permintaan Din ini. Lagipun, Rambozzi® rasa, macam boleh buat je hehehehehehe...

Jadi. So. Din bentangkan kepada Rambozzi® apa yang dikehendakinya. Setelah berbincang dengan panjang lebar, Rambozzi® bersetuju dan menerima projek ini.

Oraits. Seperti biasa, dengan ungkapan yang akan Rambozzi® ungkapkan sehingga berakhir hayat Rambozzi® ini, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Holobox Din.


Rambozzi® mulakan dengan bahagian yang paling susah dan kritikal dahulu. 'Holobox' atau kotak ini akan diletakkan sebuah TV ke dalamnya. Dan di bahagian belakang TV tu ada macam² la. Alah belakang TV..... Ada 'port' untuk wayar, kabel dan macam² jenis tali lagi. Jadi,ia memerlukan satu slot khas untuk memudahkan wayar² itu dimasukkan ke dalam kotak ini. Dan Rambozzi® kena selesaikan masalah itu dahulu. Rambozzi® kena tebuk lubang² yang sesuai untuk wayar² itu dahulu.

Dengan menggunakan 'drill press', Rambozzi® pasangkan 'forstner drill bit' dan tebuk beberapa lubang pada kayu. Lihat gambar di atas. Rambozzi® hanya tebuk agak rapat ke garisan yang telah dilukiskan di atas kayu itu. Rambozzi® akan kemaskan lagi bentuk lubangnya dengan menggunakan 'mini router/trimmer' pula nanti.


Ok. Itulah lubang² yang Rambozzi® maksudkan tadi. Maaf. Rambozzi® tidak sempat nak ambil gambar² proses menebuk dan membentuk lubang² itu. Sebab, untuk menebuk dan membentuk lubang² pada kayu di atas itu, Rambozzi® sangat tertekan. Sila 'refer' perenggan pertama tadi heh heh heh heh...


Oraits. Kayu² yang siap ditebuk tadi Rambozzi® gam dan skrukan pula ke sebatang lagi kayu. Rambozzi® terpaksa menggunakan cara itu kerana Rambozzi® masih amatur, Rambozzi® tidak tahu bagaimana hendak menebuk dan membentuk lubang² tadi dengan kemas. Jadi, Rambozzi® terpaksa buat satu persatu. Bila kayu itu dicantumkan, barulah ia menepati ketebalan kayu yang Rambozzi® perlukan untuk bahagian pertama projek ini. Agak sukar. Agak banyak proses. Tapi itu memang bukan penghalang bagi Rambozzi®.


Ok. Kayu² yang dicantumkan menjadi 1 tadi akan digam dan diskrukan pula membentuk 1 kotak. Gambar di atas menunjukkan bahagian² kayu untuk membuat kotak ini, termasuk tapaknya sekali.


Dan itulah bahagian pertama projek ini. Sangat susah bagi Rambozzi®! Sangat 'complex'! Sangat perit! Sangat derita!

Rambozzi® terpaksa berhenti dan menangis sekejap. Susah, bro! Hahahahaha!


Kemudian, Rambozzi® potong lagi kayu² dan bina pula bahagian penutup untuk kotak tadi. Berpandukan kepada anak panah merah di dalam gambar di atas, 2 batang kayu itu adalah untuk memastikan bahawa penutup ini masuk tepat ke dalam kotak tanpa bergerak² kiri kanan. Itu hanya idea Rambozzi®. Sebab Rambozzi® akui agak susah untuk memastikan penutup dan kotak itu sama tepat. Ini kerana sedikit kecacatan pada tebal dan lebar kayu akan mengganggu ketepatan potongan kayu² yang Rambozzi® gunakan.


Seterusnya, Rambozzi® akan tampalkan 'plywood' pula ke kotak dan penutupnya tadi.


Rambozzi® ukur dan potong 'plywood' di atas kepada saiz² yang diperlukan dengan hanya menggunakan 'cutter knife'. Kepingan² 'plywood' itu akan dilekatkan ke kotak dan penutup tadi.


Selesai proses menampal 'plywood' ke kotak dan penutup tadi, Rambozzi® tebuk satu lubang kecil di atas 'plywood', untuk lubang slot tadi. Rambozzi® akan 'trim' atau 'route' dengan menggunakan 'mini router/trimmer' pula.


Oraits. Itulah hasilnya setakat ini. Berpeluh juga Rambozzi® hahahaha...


Seterusnya, Rambozzi® potong pula kepingan² 'laminate' untuk ditampalkan ke atas kotak yang disiap ditampal 'plywood' tadi. Ok, ini satu lagi kerja yang memerlukan ketelitian dan 'feel' yang "melampau" heh heh heh heh... Tak apa, Rambozzi® "yakin" boleh membuatnya.


Sama seperti proses menampal dan 'trim' 'plywood' tadi, kotak ini berjaya ditampal 'laminate' dengan kemas.


Oraits. Pada ketika ini, selepas siap kotak seperti di dalam gambar di atas, Rambozzi® perlu berehat sekejap. Penat, bro! Tangan penuh gam. Ada beberapa tempat pada lengan Rambozzi® yang "tercalar" dan "terluka" terkena ketajaman 'laminate'. Hidung Rambozzi® bersumbat dengan habuk² 'plywood' dan 'laminate'. Dalam paru² jangan cakap la berapa banyak habuk yang dah masuk kan hahahaha. Takpe, inilah "hidup" Rambozzi®...


Rambozzi® pasangkan pula besi² bulat itu di bahagian bawah kotak untuk TV ini.


Oraits. Rambozzi® akui, "dengan sejujur²nya", Rambozzi® memang amatur! Hahahahaha! Lihat gambar di atas. Nampak dengan jelas ketidaktepatan di antara penutup dengan kotak itu. Rambozzi® kongsikan di sini sebab, Rambozzi® nak "dunia" tahu, bahawa Rambozzi® ini "bukan yang terbaik". Tapi tetap Rambozzi® "cuba sebaik yang mungkin", bersandarkan kepada keyakinan Din kepada Rambozzi®. Apa² pun, Rambozzi® kena cuba kemaskan lagi mana² yang terkurang untuk projek ini.




Oraits. Itulah rupanya apabila TV dimasukkan ke dalam kotak ini.


Seterusnya, Rambozzi® buat pula bahagian bawah atau tapak untuk 'holobox' ini. Sama sahaja tekniknya, buat rangka, tampal 'plywood' dan tampal 'laminate'. Di bahagian tapaknya Rambozzi® skrukan 4 lagi besi bulat, tapi 'diameter'nya lebih besar daripada tadi, dan lebih tinggi. Jadi, besi bulat pada 'holobox' itu boleh masuk ke dalam besi bulat di atas tapaknya. Sangat ringkas. Tapi tidak pula mudah heh heh heh heh...


Dan itulah hasilnya. Siap setakat ini projek Holobox Din ini. Dan Rambozzi® letakkan piramid yang dibekalkan oleh Din ke tempatnya. Ok. Terus-terang Rambozzi® katakan di sini, Rambozzi® memang tidak tahu mengenai fungsi piramid apatah lagi 'holobox' ini. Ini adalah sesuatu yang asing bagi Rambozzi®. Cuma yang Rambozzi® tahu, apa yang ada di dalam gambar di atas hanyalah bahagian 1 daripada 3 bahagian keseluruhan projek ini. Rambozzi® akan tunjukkan dahulu hasil kerja Rambozzi® setakat ini kepada Din, dan lihat bagaimana "penerimaan" Din nanti.

Projek ini masih belum siap, begitu juga dengan "woodworking" Rambozzi® di sini. "Perjalanan masih jauh". Rambozzi® kena berehat sebentar. Rambozzi® kena "berlapang dada", walaupun di dalam dada Rambozzi® ini ada gelora melanda heh heh heh heh. Bahagian kedua dan ketiga projek ini lebih mencabar. Rambozzi® tak boleh mengalah. Rambozzi® takkan mengalah. Rambozzi® ada "hidup" dan "cinta" yang perlu diteruskan. "Hidup" dan "cinta" ini perlu diteruskan, dengan "pengorbanan"... "Berkorban apa saja" - itu bukan untuk Rambozzi®. "Berkorban apa saja" itu bukan untuk kepentingan Rambozzi®. Sebab itu, pada hari itu, Hang Tuah nyanyikan kepada Tun Teja:-

"kepentingan sendiri tidak diingini...
bahagia kekasih saja yang diharapi..."


"Terjadi padaku terjadi padamu jua
Apa yang dikatakan sepi tanpa suara 
Angin lalu bercerita ada rindu di sana 
Namun apa daya ini nasib kita...

Tertumpu fikiran 
wajahmu membayang di mata
Nak kucapai engkau
ku tak tahu bagaimana
Kemampuan yang mampu
setakat merindu
Kita hanya bertemu dalam mimpi...

Walau di mana
bila pun masa 
perhatian ku terhalang

Walau menanti
hari ke hari
ku yakin kita serupa

Rindu terpendam 
cinta digenggam 
pasti ada pengorbanan 

Berdiri aku 
dan bayanganmu 
sentiasa beriringan..."

-S.Y.J - Khudrat - Ini Nasib Kita (1990)


Sofea, atau S.Y.J atau ada juga yang memanggil kumpulan ini Sofea S.Y.J adalah kumpulan 'rock' paling "jahat" di bumi Malaysia ini hahahahaha! Rambozzi® menggelar mereka ini "jahat" kerana imej yang mereka bawakan. Kalau di'Google', hasil cariannya adalah sangat "menyakitkan mata" dan kadang² "sakit hati" juga melihat gambar² mereka heh heh heh heh... Tapi kumpulan ini adalah antara kumpulan 'rock' kegemaran Rambozzi®. Yeah!

Apa hal dengan Rambozzi® nie? Dalam sebuah blog 'woodworking', nak bercerita, nak menulis tentang kumpulan 'rock'? Nak menulis tentang lagu² 'rock'? Nak menulis tentang lagu² cinta? Nak menulis tentang cinta? What?!

Oh! Blog ini bukan 'woodworking' semata. "Zahirnya" sahaja adalah mengenai pertukangan kayu. Tapi sebenarnya, ia lebih lagi. Blog ini adalah "dunia" Rambozzi®. Blog ini adalah "hidup" Rambozzi®. Blog ini adalah "cinta" Rambozzi®. Blog ini adalah segala²nya bagi Rambozzi®. Blog ini adalah kerjaya Rambozzi®. Blog ini rezeki Rambozzi®. Blog ini "fitrah" Rambozzi®. Blog ini, "takdir" Rambozzi®.

Rezeki, takdir, jodoh, hidup dan mati. Semua itu, bukanlah dalam kawalan Rambozzi®!

Halamak panjangnya 'intro' heh heh heh heh! Dah macam penulis novel pulak kan? Tak pun macam penulis "cerpen" dalam surat khabar tu hahahahaha.

Oraits. Kali ini Rambozzi® "cuba" nak menulis tentang 2 'power tools' yang Rambozzi® miliki iaitu 'cordless drills'. Bukan sebagai 'expert', bukan sebagai wakil mana² syarikat, hanya sebagai pengguna. Hanya sebagai Rambozzi® sahaja heh heh heh heh...

Oraits. Jom sambung "woodworking" Rambozzi® ini - Rambozzi® & Cordless Drill(s).


BOSCH® Cordless Drill GSR 1440-Li ini adalah yang pertama yang Rambozzi® miliki. Dengan 2 bateri jenis 'Lithium-ion' berkuasa 14.4 V, 'cordless drill' ini mempunyai kuasa yang sangat memuaskan hati Rambozzi® dan memenuhi keperluan Rambozzi® di dalam "woodworking" ini.

Ok. Rambozzi® tidak akan perincikan dengan lengkap mengenai 'cordless drill' ini kerana ada beberapa 'technical data'nya yang Rambozzi® memang tak faham, dan kalau Rambozzi® faham pun ia agak bermasalah untuk Rambozzi® cuba menerangkannya heh heh heh heh. Rambozzi® akan hanya cuba mengulas beberapa perkara asas mengenainya sahaja.

BOSCH® Cordless Drill GSR 1440-Li ini adalah seberat 1.3 kilogram, termasuk apabila dipasangkan baterinya. 'Chuck'nya pula boleh dimasukkan 'screwdriver bit' atau 'drill bit' untuk pelbagai saiz sehingga yang berdiameter 10mm. 'Cordless drill' ini mempunyai 'torque settings' yang boleh dilaraskan sehingga 25+1 tetapan. 25 itu adalah 'torque' untuk putarannya manakala +1 itu pula adalah putaran khusus untuk menebuk atau 'drilling'. Serius, beb! Ini hanya mengikut pemahaman Rambozzi® sahaja! Hahahahahaha!


BOSCH® Cordless Drill GSR 1440-Li ini mempunyai kelajuan putaran maksimum (tanpa beban) selaju 1400 pusingan seminit.


Kemudian, baru² ini Rambozzi® membeli pula BOSCH® Cordless Drill GSR 1080-2-Li. Juga datang dengan 2 bateri jenis 'Lithium-ion' berkuasa 10.8 V. 'Chuck'nya juga boleh dimasukkan 'screwdriver bit' atau 'drill bit' untuk pelbagai saiz sehingga yang berdiameter 10mm. 'Cordless drill' ini mempunyai 'torque settings' yang boleh dilaraskan sehingga 15+1 tetapan. 15 itu adalah 'torque' untuk putarannya manakala +1 itu pula adalah putaran khusus untuk menebuk atau 'drilling'.


Ok, walaupun saiznya lebih kecil dengan hanya seberat 1 kilogram (termasuk bateri), ia berputar lebih laju daripada BOSCH® Cordless Drill GSR 1440-Li tadi iaitu 1600 pusingan seminit, dengan tanpa beban.


Oraits. Kedua² 'cordless drill' ini menggunakan bateri jenis 'Lithium-ion' yang dilindungi oleh satu sistem teknologi dari BOSCH® iaitu Electronic Cell Protection (ECP). Teknologi ECP ini akan mengawal atau akan mematikan operasi 'cordless drill' ini secara automatik sekiranya 'cordless drill' ini menampung beban atau kepanasan melampau. Ok, ini hanyalah mengikut pemahaman Rambozzi® sahaja ye heh heh heh heh. Bila bateri tu terlalu panas disebabkan kerja² 'drilling' secara berterusan yang agak 'hard core', ia akan "mematikan dirinya" sekejap hehehehe. Ia akan boleh digunakan semula dalam jangka masa lebih kurang seminit kemudian. Rambozzi® pernah mengalami keadaan seperti itu, dan memang pada mulanya Rambozzi® menyangkakan 'cordless drill' ini sudah rosak. Tetapi selepas hampir seminit, tiba² je dia hidup balik! Hahahahaha. Dan bila Rambozzi® buat carian di internet, barulah Rambozzi® faham dan tahu akan teknologi ini.

Oraits. Bukanlah Rambozzi® ini tamak atau "tidak pernah cukup dengan satu" 'cordless drill'. Tetapi sebenarnya, 2 lebih baik dari 1. 2 'cordless drill' ini mempercepatkan kerja² "woodworking" Rambozzi® ini. 1 boleh digunakan untuk menebuk lubang dan 1 lagi boleh digunakan untuk memutar skru. Jadi Rambozzi® boleh menjimatkan masa menukar² daripada 'drill bit' ke 'screwdriver bit' atau sebaliknya. Ok, 'clear'?

Seperkara lagi, Rambozzi® cukup suka dengan 'power tools' dan semestinya "woodworking" ini. Jadi, memang Rambozzi® inginkan lebih dari 1 mesin untuk kerja² Rambozzi® ini. Rambozzi® pentingkan kualiti dari sesuatu 'power tools' itu. Sebab itu Rambozzi® "kekal setia" menggunakan 'power tools' dari jenama BOSCH® ini. Haa... Kalau perkataan Rambozzi® itu diterjemahkan ke dalam ertikata "cinta" Rambozzi®, ia akan berbunyi begini:-

"...aku tidak memandang pada paras rupamu, sayangku. Aku memandang kepada hatimu, budi bahasamu dan keperibadianmu, duhai kekasihku yang tercinta..."
- Rambozzi®

Heh heh heh heh.... betul! Sebab, kalau dilihat rekabentuk kedua² 'cordless drill' milik Rambozzi® itu, bagi Rambozzi®, ia tidaklah secantik mana. Tapi kualiti dan kemampuannya itu yang Rambozzi® percaya, dan Rambozzi® nak!




Rambozzi® akui, 'cordless drill' keluaran Makita atau Milwaukee seperti di dalam gambar di atas mempunyai rekabentuk yang lebih menarik, cantik, 'cool', canggih dan 'futuristic'! Tapi, Rambozzi® tak beli pun, walaupun cantik. Rambozzi® "tetap setia" dengan produk keluaran BOSCH®, walaupun tidak secantik mana. Sebab;

"...aku tidak memandang pada paras rupamu, sayangku. Aku memandang kepada hatimu, budi bahasamu dan keperibadianmu, duhai kekasihku yang tercinta..."
- Rambozzi®
Heh heh heh heh heh heh...





"Berkorban apa saja...
Harta ataupun nyawa...
Itulah kasih mesra...
Sejati dan mulia..."

Selain Awie dan Wings (yeah!), Rambozzi® cukup suka dengan lagu² dendangan P.Ramlee. (Maaf, Rambozzi® tidak gunakan gelaran "Tan Sri" itu kerana gelaran itu hanya datang selepas beliau meninggal dunia. Gelaran dan penghormatan itu sepatutnya diberikan kepada P.Ramlee sewaktu hayatnya. Adakah bila kita sudah tiada, baru kita akan diberi penghormatan, pujian, disayangi dan dikenang?)

Rambozzi® bukan nak bercerita tentang lagu ini. Hmmm... "berkorban apa saja, harta ataupun nyawa" itu Rambozzi® tak percaya sangat heh heh heh heh. Dalam kita nak menghadapi GST nie, siapa yang nak berkorban harta kan? Ini pulak nyawa hahahahaha...

Rambozzi® nak bercerita tentang "sirih jampi" yang diberikan oleh Hang Tuah kepada Tun Teja di dalam filem ini. Hang Tuah meminta Tun Teja memakan "sirih jampi" itu. Supaya Tun Teja lupakan Hang Tuah. Supaya Tun Teja lupa pernah menaruh hati dan perasaan kepada Hang Tuah. Supaya Tun Teja lupakan cinta dan kasihnya kepada Hang Tuah. Apa daaa.. Dah buat Tun Teja tu "angau", paksa suruh lupa pulak kan? Hahahaha... Kasihan Tun Teja... Tapi demi cinta dan kasih, Tun Teja makan juga. Apa daaa...

Rambozzi® pun nak "sirih jampi" itu! Sebab, Rambozzi® nak lupakan satu "kengerian yang menyakitkan" dalam hidup Rambozzi® ini! Mini Router/trimmer!!! Aaarrrggghhh!!! Heh heh heh heh...


Rambozzi® paling takut dengan mesin ini! Cukuplah sekali ia "makan" ibu jari Rambozzi® tak lama dulu. Serik dah Rambozzi®. Sakit. Sangat sakit...

Setiap kali Rambozzi® ingin menggunakan mesin ini, ada satu perasaan fobia yang sangat kritikal , hadir di hati Rambozzi®. Rasa takut, ngeri yang mengembalikan rasa sakit tempoh hari. Macam nie la senang hehehe... Setiap kali Rambozzi® tekan butang ON pada mesin ini, setiap kali itu jugalah Rambozzi® akan rasa sakitnya itu datang kembali heh heh heh heh... Sampai macam tu sekali kan? Sungguh! Mesin ini adalah 'my greatest fear'! Aaarrrggghhh!!! Sakit!!!

Tapi... dalam pada ia sangat berisiko membawa "kecederaan" kepada Rambozzi®, Bosch® Mini Router/Trimmer GMR 1 ini adalah antara 'power tools' yang paling berguna dan paling Rambozzi® "suka" gunakan. Dan untuk projek kali ini juga Rambozzi® akan menggunakannya, lagi. Dan Rambozzi® terpaksa, ya Rambozzi® macam terpaksa pula, memberanikan diri Rambozzi® ini untuk mengoperasikannya. Sebab itu Rambozzi® nak sangat "sirih jampi" itu heh heh heh heh...

Oraits. Dengan hati yang "berat", dengan rasa takut dan sakit yang amat, jom - beranikan diri, kuatkan semangat, tabahkan hati - kita mulakan 'woodworking' kali ini - Dulang² Hantaran Salehan.


Oh! Lupa pulak ye. Ok. Salehan ini adalah "kawan" kepada seorang kenalan Rambozzi®. "Kawan" itu telah mengesyorkan Rambozzi® kepada Salehan. Percaya dengan "kawan" itu, Salehan menghubungi Rambozzi® dan meminta Rambozzi® buatkan 10 biji dulang hantaran kepadanya, dengan 2 'design' yang berlainan. Yakin dengan kemahiran Rambozzi® setakat hari ini, Rambozzi® terima.

Ok. Rambozzi® akan mulakan dengan 'design' yang pertama dahulu. 5 dulang pertama ini adalah sangat ringkas dan mudah. Dan kayu² di atas telah dipotong ke saiz yang diperlukan untuk membuat 5 dulang pertama ini.


Oraits. Rambozzi® "masih setia dan akan terus setia" dengan "teknik keramat" Rambozzi® ini - 'pocket hole joinery technique'! Kesemua kayu di atas telah ditebuk lubang² 'pocket hole' untuk proses pemasangan nanti.


Proses pemasangan yang sangat asas, ringkas dan mudah. Hanya gam dan skrukan sahaja. Setakat ini tiada masalah. Proses di atas adalah sangat mudah. Rambozzi® cuba kekalkan cara Rambozzi® iaitu "Pertukangan Kayu Ringkas & Mudah". Tapi tunggu! Sekejap je lagi akan tiba "susahnya" heh heh heh heh... Dan bila ia tiba, ia akan bertukar menjadi "Pertukangan Kayu Ringkas & Mudah, kadang² susah jugak!" heh heh heh heh... Rambozzi® gelak bila Rambozzi® nak gelak. Rambozzi® nangis bila Rambozzi® nak nangis.


Oraits. Itulah rupanya apabila siap dicantumkan.


Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah, sesiku binaan di atas perlu dipastikan tepat. Ingat. Kalau kita nak dapatkan sesuatu yang "cantik" kita kena pastikan sesikunya sentiasa tepat. Kalau lari sikit tu takpe la. "Jangan lari jauh" sangat, "tak terkejar" nanti hehehehe...


Dari binaan kotak di atas, Rambozzi® boleh dapatkan jarak yang sangat tepat untuk diukur ke kayu untuk dijadikan bahagian alasnya pula. Untuk mendapatkan ukuran itu, memang Rambozzi® tidak gunakan sebarang 'measuring tape'. Hanya letakkan kayu yang hendak dipotong ke bahagian hujung kotak (lihat gambar di atas) dan tandakan jarak yang dikehendaki. Dan potong kayu² untuk dijadikan alasnya.


Rambozzi® tebuk pula lubang² 'pocket hole' pada kayu² di atas.


Dan Rambozzi® gam dan skrukan kayu² itu ke bahagian dalam kotak tadi. Rambozzi® letakkan kayu² yang sama saiznya di antara kayu² alas itu sebagai 'spacer' supaya jaraknya sama dan sekata. Dan Rambozzi® 'center'kan kayu² itu secara 'manual' sahaja. Guna mata je, bro. Agak² nampak 'center' je dan itu adalah OK. Heh heh heh heh...


Dan pada ketika inilah masalah itu datang! Rambozzi® betul² terlupa nak tebuk bahagian pemegang pada dulang² ini! Aduh! Haiya! Hahahahahaha! Sepatutnya Rambozzi® tebuk dahulu bahagian pemegangnya sebelum kayu² itu dicantumkan menjadi bentuk kotak! Disebabkan Rambozzi® menggunakan gam kayu dan skru, sebarang percubaang untuk membetulkang keadaang itu boleh menjahanangkang projek ini. Heh heh heh heh tetiba cakap Terengganu pulak hahahaha!

Jadi, nak tak nak, suka tak suka, Rambozzi® "terpaksa" menebuknya dengan cara yang agak susah dan tidak sepatutnyalah.

Oraits. Rambozzi® tebuk dahulu 2 lubang dengan menggunakan 'forstner drill bit' (lihat gambar di atas). Kayu yang di'clamp'kan di bahagian bawah kayu yang hendak ditebuk itu (lihat anak panah berwarna merah) bertujuan untuk mengelakkan kayu itu pecah² apabila mata 'forstner drill bit' menembusi kayu itu.


Kemudian Rambozzi® potong bentuk pemegang pada kayu dengan menggunakan 'jigsaw' pula. Rambozzi® hanya potong agak rapat sahaja ke garisan di atas kayu. Selebihnya akan dikemaskan lagi dengan menggunakan 'mini router/trimmer'. Tapi, Rambozzi® terlupa la pulak nak ambil gambar proses itu! Haiya lagi! Hahahahaha!

Oraits. Tamat bahagian pertama. Seterusnya, Rambozzi® nak buat pula 5 lagi dulang yang berlainan 'design'nya.


Oraits. Untuk 5 dulang lagi ini, Rambozzi® potong kayu² di atas pada 'miter' 45°. Bila dicantumkan nanti, kayu² itu akan menjadi seperti bentuk 'frame' gambar.


"Terkenangkan" kealpaan Rambozzi® dengan 5 dulang pertama tadi, kali ini Rambozzi® akan lebih berhati² hehehehehehehehe... Untuk 5 dulang kedua ini, bahagian tapaknya akan dibentuk sedikit. Untuk tujuan itu, Rambozzi® lukiskan bentuk yang sesuai, dan bentukkannya dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander'. Oh ya. Hanya satu kayu sahaja yang akan dibentuk. Kayu yang dibentuk ini akan dijadikan 'master copy' untuk kayu² lain yang hendak dibentuk.


Untuk mendapatkan bentuk tadi ke kayu² yang lain, Rambozzi® akan 'trim' dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'flush trim router bit'.


Kayu yang hendak di'trim' diletakkan di atas kayu 'master copy' tadi. Dan 'bearing' pada 'flush trim router bit' akan mengikut bentuk kayu 'master copy' dan memotong kayu di atasnya. Ok. Rambozzi® sentiasa cuba memberikan penerangan dan penjelasan yang terbaik. Kalau ada yang tidak faham dengan tulisan Rambozzi® ini, "minta maaf banyak²" la ye heh heh heh heh...


Dan itulah hasilnya.


Oraits. Kayu² di atas pula adalah bahagian 'cross braces' untuk 'frame' tadi. 'Cross braces' itu bertujuan untuk mengukuhkan lagi binaan 'frame' tadi dan sekaligus dapat memastikan 'frame' itu tepat sesikunya. Kesemua 'cross braces' itu dipotong pada 'miter' 45°.

Ok. Tidak semua perkataan atau istilah di dalam 'woodworking' ini akan Rambozzi® terjemahkan ke bahasa Melayu. Sebab, kadang², perkataan² atau istilah² dari bahasa Inggeris ini hanya patut digunakan terus sahaja untuk mengelakkan kekeliruan. Ini pada pandangan Rambozzi® la kan. Contoh, istilah² yang digunakan di dalam bidang I.T seperti 'RAM' (random access memory) atau 'hard disk drive'. Pada Rambozzi®, ia tidak perlu diterjemahkan menjadi "memori capaian rawak" atau "cakera pacuan keras". Oh! Rambozzi® bukan cuba nak jadi pakar bahasa, tapi kadang² terjemahan sebegitu agak mengelirukan dan adakalanya, kelakar bunyinya. Contohnya 'joystick' (sejenis peranti yang digunakan untuk komputer juga) diterjemah menjadi "kayu ria" atau "batang gembira"! Mungkin pakar bahasa atau pakar terjemahan merasakan ia adalah tepat. Tapi Rambozzi® "tidak selesa" dengan istilah itu dan mungkin ada beberapa orang lain yang juga "tidak selesa" untuk menggunakan istilah sebegitu.

Untuk "woodworking" di dalam blog Rambozzi® ini, ada beberapa istilah yang memang Rambozzi® tidak akan "terjemahkan" ke bahasa Melayu. Sebab blog Rambozzi® ini adalah "dunia" Rambozzi®. Ada beberapa perkara atau "istilah" yang tidak perlu dan tidak boleh Rambozzi® "terjemahkan" ke bahasa yang boleh "difahami" oleh sesiapa pun. I am Rambozzi®. I-woodworking with Style! I-woodworking with Heart! I-woodworking with Love! I will be your woodworker, forever!




Ok! Ok! Sori bang!


Ye bang! Minta maaf bang!


Ok bang!


Oraits. Teknik ini sudah lama Rambozzi® tidak gunakan. Ini adalah cara terbaik, bagi Rambozzi®, untuk membuat sambungan jenis 'frame' seperti ini. Tapi, untuk projek kecil² boleh la... Hehehehe...

Ok. Hmmm... Ini pun susah jugak Rambozzi® nak terangkan nie... Macam mana ye...

Ok. Kayu² kecil yang dipotong serong itu adalah 'wedges' yang akan diselitkan, atau diketuk di antara 'frame' dan kayu kecil yang diskrukan ke meja itu, ataupun aduh macam mana nak terang nie ha? Hahahahahaha... Kita tengok gambar lepas nie je la senang hahahahaha!


Ok. Macam la yang nie pun senang nak terang kan? Hahahahaha. Ok. Mula² Rambozzi® rapatkan kayu² untuk 'frame' itu dengan kemas dan tepat. Kemudian, Rambozzi® ketuk kayu² kecil itu mengikut arah anak panah seperti di dalam gambar di atas. Kayu² yang diketuk itu berfungsi seperti 'clamp' yang akan mengapit 'frame' itu, sekaligus boleh membantu kita mendapatkan cantuman yang tepat 90° di semua sudut 'frame'. Perlu dipastikan, sebelum digamkan 'frame' itu, kesemua sudut adalah tepat dan sesikunya juga adalah tepat. Fuhhh! Aduh payahnya nak terang! Ok. 'Masking tape' itu pula bertujuan untuk mengelakkan 'frame' itu terlekat ke permukaan meja pula nanti. Bila semua dah OK, Rambozzi® gamkan 'frame' itu dengan menggunakan 'super glue' sahaja. Kalau 'frame' itu perlu diskrukan pun boleh dilakukan ketika ini.


Kemudian Rambozzi® gamkan pula 'cross braces' tadi ke 'frame' itu. Dan siap!


Oraits. Aduh penatnya menulis. Menulis lagi susah dari buat 'woodworking' la! Aduh! Heh heh heh heh.

Seterusnya, Rambozzi® hanya perlu 'sanding' sahaja kesemua dulang² itu. Oh ya. 'Frame' di dalam gambar di atas akan diletakkan sekeping cermin di atasnya. Itu bukan kerja Rambozzi® la kan? Hehehehehe. Salehan akan lekatkan sendiri cermin² itu nanti. Rambozzi® hanya sediakan 'frame' itu sahaja.


Dan itulah hasilnya. Kesemuanya telah di'sanding' halus dan dicuci bersih.

Oh! Projek ini nampak sangat ringkas. Tapi kalau tersilap langkah, memang agak menyusahkan juga! Hahahaha!

Rambozzi® harap Salehan akan suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Menurut Salehan, ssshhhh!... Menurut Salehan, mungkin dia akan 'order' lagi dari Rambozzi®. Ssshhh!!! Hehehehe. Kalau Salehan suka dan nak 'order' lagi dari Rambozzi® nie, kecil tapak tangan, 'plywood' 4x8 Rambozzi® tadahkan! Heh heh heh heh...

Oraits. Sekarang, Rambozzi® nak teruskan dengan projek seterusnya. Rambozzi® kena dapatkan dahulu "sirih jampi" itu. Sebab Rambozzi® akan menggunakan 'mini router/trimmer' lagi. 'Mini router/trimmer' itu, dan juga mesin² yang lain mungkin akan mendatangkan "kecederaan" lagi kepada Rambozzi®. Rambozzi® tidak bersedia. Tapi Rambozzi® akan lebih berhati². Dan, kalaupun Rambozzi® akan "tercedera" lagi, Rambozzi® kena hadapinya juga. Kerana Rambozzi® "memilih" untuk menjadi 'woodworker' ini...

"Untuk menjadi bukti...
Kasih yang sejati...
Itulah tandanya...
Jika mahu diuji..."


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes