Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us


"Anda kecewa kerana terpaksa mengulangi proses² di atas sehingga tangan anda terasa kebas atau kadang² jari anda terkepit di celah² 'face clamp' itu? Anda rasa bengang dan penat? Anda juga berasa lapar? Rambozzi® RamboJig® adalah penyelesaiannya!"

Heh heh heh heh dah macam iklan "terlajak paris" pulak kan...

Ok, KREG® Jig Mini adalah model KREG® Jig yang paling asas, paling ringkas, paling kecil dan mudah digunakan. Walaubagaimanapun, ia masih lagi melaksanakan tugasnya menebuk lubang² 'pocket hole' dengan sangat berkesan, sama seperti model² KREG® Jig yang lain. KREG® Jig Mini hanya perlu di'clamp'kan ke kayu yang hendak ditebuk 'pocket hole' dan tebuk sahaja. Tapi apa yang Rambozzi® nak kongsikan di sini adalah satu cara yang banyak dibuat oleh 'woodworker' yang memiliki KREG® Jig Mini di seluruh dunia. Rambozzi® nak kongsikan cara untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi proses menebuk 'pocket hole' menggunakan KREG® Jig Mini ini. Ok, tanpa membuang masa, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® RamboJig®.


Ok, kayu² dan alat-alatan di atas adalah bahan² yang diperlukan untuk projek ini. Rambozzi® gunakan kayu² terpakai lebihan dari projek² Rambozzi® sebelum ini. Rambozzi® juga membeli 'toggle clamp' tersebut untuk projek ini. Projek ini sangat ringkas dan mudah. Tidak ada sebarang 'settings' atau teknik yang susah untuk diikuti.

Mula² sekali, Rambozzi® tebuk beberapa lubang 'pocket hole' pada kayu untuk membuat 'jig' ini.


Kemudian, Rambozzi® skrukan 'toggle clamp' ke atas kayu seperti di dalam gambar di atas. Rambozzi® gam dan skrukan sekeping kayu terpakai ke atas kayu panjang di atas untuk "meninggikan" sedikit kedudukan 'toggle clamp' dari tapak kayu itu.


Kemudian Rambozzi® ukur dan tandakan jarak yang sesuai untuk diskrukan pula kayu penahan yang akan berfungsi untuk menahan KREG® Jig Mini dan kayu yang akan ditebuk 'pocket hole' nanti. Oh, lupa Rambozzi® nak maklumkan tadi, 'jig' yang Rambozzi® nak buat ini adalah khusus untuk kayu bersaiz 1x1 dan 1x2 sahaja. Tebal kayu yang sesuai untuk 'jig' ini adalah antara 3/4" dan 7/8" atau paling tebal pun 1 inci sahaja. Sebab itu jarak 'toggle clamp' dengan KREG® Jig Mini agak dekat. Kalau untuk kayu yang lebih lebar, kayu penahan yang berlabel 'A' itu perlu diskrukan ke belakang lagi. Jarak juga perlu ditentukan dengan mengambil kira berapa jauh 'clamp pad' (anak panah berwarna merah) pada 'toggle clamp' boleh dilaraskan. 'Clamp pad' itu sebenarnya adalah plastik terpakai Rambozzi® yang pasangkan ke hujung 'clamp' kerana tapak asalnya agak kecil.


Bila sudah mendapat jarak dan 'setting' yang sesuai, barulah kayu penahan itu digam dan diskrukan ke tapak 'jig' ini. Kayu penahan yang digunakan mestilah cukup kuat untuk menampung beban tolakan dari 'toggle clamp' nanti. Ketinggiannya juga (anak panah berwarna merah) perlu diambil kira untuk mengelakkannya dari menutup lubang 'wood chip relief hole' pada KREG® Jig Mini pula nanti.



Kemudian, OK ini agak penting juga hehehe... Rambozzi® gam dan skrukan pula 2 lagi batang kayu di sebelah kiri dan kanan KREG® Jig Mini itu. 2 batang kayu itu diskrukan agak rapat dan "menghimpit" KREG® Jig Mini itu. Tujuan Rambozzi®  adalah untuk memastikan bahawa KREG® Jig Mini itu "terkepit" di tengah² 2 kayu itu dan itu adalah satu "mekanisme" yang membolehkan KREG® Jig Mini itu tidak bergerak² tanpa perlu diapit dengan menggunakan 'clamp' atau apa² cara lain. Itu cara yang sangat ringkas tapi ya, ia berfungsi dengan baik.

Rambozzi® skrukan juga 'dust collection port' di bahagian belakang 'jig' ini untuk menyedut habuk hasil dari tebukan lubang² 'pocket hole' nanti. Boleh je kalau tak nak pakai 'vacuum' ketika kita menebuk 'pocket hole'. Tapi KREG® menambah 'dust collection port' pada model²nya pun ada tujuan yang lebih penting dari sekadar nak menyedut habuk sahaja. Ok, macam nie...

Bila kita menebuk lubang² 'pocket hole', habuk² kayu yang tidak disedut keluar akan melambatkan 'step drill bit' melaksanakan tugasnya. Bila lambat 'step drill bit' melaksanakan tugasnya, mata 'step drill bit' itu sendiri mudah haus dan cepat pula tumpul. Bro, 'step drill bit' tu mahal dan takde jual kat mana² 'hardware' biasa kat Malaysia nie, BRO!


Haaa....sebab tu Rambozzi® tambahkan 'dust collection port' tu.


'Dust collection port' yang Rambozzi® gunakan di atas adalah jenis 'swiveling dust collection port' yang "jumpa" kat rumah heh heh heh. Ia agak 'special' sebab ia boleh "toleh" kiri dan kanan - macam KREG® punya juga la kan heh heh heh heh heh.....


Rambozzi® gunakan 'washing machine hose' sebab hos jenis ini agak lembut dan boleh "disumbat" ke mana² 'port' walaupun yang tidak sesuai dengan saiznya.


Ok, ini satu lagi 'feature' yang agak istimewa yang Rambozzi® tambahkan pada 'jig' ini. Skru yang bertanda anak panah itu sebenarnya berfungsi untuk meninggi atau merendahkan KREG® Jig Mini pada 'jig' ini. Lagi tebal kayu yang digunakan, lagi tinggi skru itu perlu dinaikkan. Cukup ringkas. Rambozzi® tandakan juga pada kayu penahan itu aras yang sesuai untuk kayu 1x1 sahaja (lihat anak panah). Kalau guna kayu yang lebih tebal atau nipis, hanya perlu putarkan sahaja skru itu.


Dengan menggunakan 'screwdriver', skru itu boleh dilaraskan agar sesuai dengan ketebalan kayu yang hendak ditebuk 'pocket hole'. 'Woodworker' yang biasa menggunakan KREG® Jig akan tahu fungsi ini.



Ok, bila dah disetkan skru tadi mengikut ketebalan kayu, hanya letakkan KREG® Jig Mini di tempatnya dan 2 kayu itu akan mengapitnya dengan kemas.


Asalnya Rambozzi® nak potong lebihan kayu pada 'jig' ini. Mungkin dipotong ke paras yang bertanda garisan merah itu.


Tapi tak jadi sebab panjang kayu itu secara kebetulan pula lebih kurang sama dengan saiz atau jarak papan pada 'workbench' milik Rambozzi® nie. Jadi, 'jig' ini boleh di'clamp'kan terus pada 'workbench' ini dengan menggunakan 'clamp' yang tersedia padanya.



Sekarang Rambozzi® RamboJig® ini sudah sedia untuk digunakan.


Rambozzi® sambungkan 'hose' ke 'dust collection port' pada 'jig' ini. Letakkan kayu yang hendak ditebuk 'pocket hole' dan 'clamp'kan ia.


Hidupkan 'vacuum' dan tebuk lubang 'pocket hole'.


Dan siap! Ya. 'Jig' ini berjaya dan boleh digunakan! Hahahahaha! Satu 'jig' yang cukup ringkas tapi sangat membantu dan memudahkan kerja² menebuk 'pocket hole'. Aduh....sepatutnya dah lama Rambozzi® buat 'jig' nie.....

Ok, KREG® Jig Mini nie kalau setakat nak tebuk lubang 'pocket hole' pada 2-3 batang kayu atau 10 batang pun ok lagi. Tapi bila dah terlalu banyak kayu yang nak ditebuk, masa tu kita akan terasa 'nikmatnya' tu heh heh heh. Sebab tu Rambozzi® buat Rambozzi® RamboJig® nie. Dan Rambozzi® rasa, Rambozzi® akan buat lebih banyak lagi 'jig' yang pastinya boleh membantu Rambozzi® membuat kerja² kayu nie dengan lebih cepat dan berkesan. Tunggu masa je...



Semenjak Rambozzi® menjadi Rambozzi® nie, antara soalan yang paling banyak Rambozzi® terima (dari emel, sms dan wassap) adalah:- 

- Rambozzi® guna skru jenis apa? 
- Kenapa Rambozzi® guna skru jenis tu?
- Kenapa Rambozzi® tak guna jenis nie?
- Apa beza skru tu dengan skru nie?

Ya. Pembaca blog Rambozzi® yang tak berapa ramai nie suka tanya pasal skru. Rambozzi® memang sentiasa cuba menjawab setiap pertanyaan mereka itu sebaik mungkin dengan kepakaran amatur Rambozzi® nie. Rambozzi® pun tak tahu sama ada apa yang Rambozzi® jawab tu betul atau tidak tapi kalau ianya boleh membantu mereka walaupun sedikit, itu dah cukup menggembirakan Rambozzi®.

Ok, kali nie Rambozzi® nak kongsi serba sedikit mengenai pengalaman Rambozzi® menggunakan beberapa jenis skru untuk kerja² kayu Rambozzi®. Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, Rambozzi® adalah amatur, Rambozzi® bukan orang yang layak untuk memberi tunjuk ajar berkenaan 'woodworking', bahasa atau istilah yang akan Rambozzi® gunakan memang tidak berapa tepat dan tolonglah jangan percaya 100% apa yang Rambozzi® tuliskan nie heh heh heh heh...


Rambozzi® hanya pernah gunakan 2 jenis skru je hahahaha tak banyak pun. Yang warna hitam di dalam gambar di atas adalah jenis 'drywall screw' yang memang khusus untuk kayu dan yang satu lagi itu pula adalah jenis 'self-drilling screw' yang biasanya digunakan untuk kerja² pertukangan besi. Yang 2 lagi kat tepi sekali tu mata 'drill' ok hehehehe...


Skru jenis 'drywall screw' yang berwarna hitam seperti di dalam gambar di atas adalah dibuat khusus untuk kerja kayu. Skru jenis ini agak tajam, tirus dan dapat menembusi kayu dengan laju. TAPI...


Bahagian kepalanya yang berbentuk V (lihat gambar di atas) akan menyebabkan skru ini menembusi kayu dengan "kejam" di mana ia berisiko menyebabkan kayu menjadi pecah, sekiranya:-

- skru dibenam terlalu hampir dengan penghujung kayu.
- 'torque' / 'speed' / 'power' pada 'cordless drill' tidak diselaraskan dengan betul - mungkin terlalu kuat untuk kekerasan kayu yang digunakan.


Hasilnya akan amat mengecewakan.


Berbeza dengan skru jenis 'self-drilling screw' seperti di dalam gambar di atas. Skru jenis ini agak tebal sedikit berbanding jenis 'drywall screw'. Bentuk kepalanya rata dan ia tidak akan dapat menembusi kayu bila ia sudah mencecah permukaan kayu. Di hujungnya ada 2 bilah mata pisau atau mata 'drill' yang akan menebuk lubang terlebih dahulu sebelum 'thread' pada badan skru melaksanakan tugasnya "mengetatkan dirinya" pada kayu.


Dan hasilnya memang sangat memuaskan hati, membanggakan diri dan orang Terengganu cakap "kemah keming boh!" hahahahahaha.


Lihat gambar di atas. Perhatikan perbezaan di antara 2 jenis skru ini terutamanya di bahagian kepala dan di bahagian hujungnya. Maaf, Rambozzi® terpaksa 'clamp'kan skru² tu sebab dorang tak nak duduk diam untuk sesi penggambaran.


Kita boleh elakkan risiko pecahan pada kayu dengan cara menebuk lubang 'pilot hole' untuk skru terlebih dahulu sebelum dibenamkan skru pada kayu. Istilah 'pilot hole' itu sendiri membawa maksud lubang itu akan membantu "memandu" skru ke "jalan yang lurus dan benar" heh heh heh heh...

Untuk menebuk lubang 'pilot hole', Rambozzi® biasanya menggunakan mata 'drill' yang besar sedikit sahaja dari saiz skru yang nak Rambozzi® gunakan seperti di dalam gambar di atas.


Ok, Rambozzi® tebuk dahulu lubang 'pilot hole' pertama pada kayu pertama dengan menggunakan mata 'drill' yang lebih besar dari saiz skru yang akan digunakan.


Pada kayu kedua, iaitu kayu yang hendak dicantumkan nanti, Rambozzi® tebuk pula lubang 'pilot hole' tapi kali ini dengan menggunakan mata 'drill' yang lebih kecil dari saiz skru yang akan digunakan.


(Rambozzi® akan gunakan skru jenis 'drywall screw' dahulu untuk ujikaji di atas.)

Tujuan Rambozzi® melakukan kedua² operasi di atas adalah supaya skru boleh dimasukkan dengan mudah dan "gembira" ke dalam lubang di dalam kayu pertama dan sekarang Rambozzi® boleh "tujukan" mata skru itu ke "destinasinya" pada kayu kedua. Ini adalah satu kerja pertukangan kayu yang sangat menjaga ketepatan sambungan dan semestinya kedua² kayu itu telah ditandakan terlebih dahulu lokasi yang akan diskru.


Dengan memastikan 'torque' / 'speed' / 'power' pada 'cordless drill' diselaraskan dengan betul, kita akan mendapat:-

- sambungan yang kemas,
- sambungan yang tepat,
- kayu tidak pecah,
- kegembiraan di dalam kehidupan sebagai seorang 'woodworker'.


Sama juga halnya jika kita menggunakan skru jenis 'self-drilling screw'. Kalaupun tidak ditebuk lubang 'pilot hole', penandaan pada kayu adalah perlu untuk mendapatkan sambungan yang tepat dan kemas. Untuk skru jenis ini, kita biarkan sahaja skru itu melaksanakan tanggungjawabnya hehehehehehe...


Untuk penyambungan kayu yang menggunakan teknik 'pocket hole joinery' memang Rambozzi® akan gunakan skru jenis 'self-drilling screw'. (Sebenarnya paling baik kalau gunakan skru jenis 'self-tapping screw' tapi skru jenis nie agak mahal dan susah dapat di Malaysia nie.) Sengaja Rambozzi® skrukan kayu di atas ke bahagian kayu yang dipotong serong untuk melihat sejauh mana skru ini boleh menjaga kayu dari pecah.


Dan memang kayu itu tidak pecah.


Lain pula halnya jika menggunakan skru jenis 'drywall screw' untuk penyambungan 'pocket hole' nie. Dapat dilihat dengan jelas di dalam gambar di atas kayu yang disambungkan pecah.


Rambozzi® gunakan skru jenis 'drywall screw' yang lebih panjang untuk menunjukkan bahawa skru jenis ini memang "kejam" dan itulah hasilnya heh heh heh heh...


Ok. Kadang², kita perlu tanda dan tebuk terlebih dahulu lubang² 'pilot hole' di dalam kerja² pertukangan kayu nie. Kadang² tidak perlu terlalu teliti. Tapi, Rambozzi® memang selalu menjaga ketepatan, ketelitian dan kekemasan di dalam setiap kerja² Rambozzi®. Sebabnya, kebanyakan projek yang Rambozzi® buat adalah dari permintaan pelanggan Rambozzi® yang tak berapa ramai tu. Tapi, walaupun tak ramai, walau hanya seorang sahaja pelanggan kita dalam sebulan, kita tetap kena jaga kualiti kerja kita sebab pelanggan itu mengeluarkan duit dan membayar kita untuk mendapatkan hasil terbaik dari kita. Duit orang tu beb, jangan buat main². Jadi, memang Rambozzi® akan mencuba sebaik mungkin untuk memberikan hasil kerja terbaik kepada mereka.

Itu semua adalah dari pengalaman Rambozzi®. Rambozzi® tidak boleh sama sekali mengatakan bahawa apa yang Rambozzi® tuliskan di atas adalah betul dan sangat tepat. Rambozzi® nie kan amatur. Rambozzi® tak pernah belajar asas pertukangan kayu nie dengan betul. Rambozzi® tak pernah belajar sebarang teori pertukangan kayu dengan betul. Dan Rambozzi® tak boleh nak paksa sesiapa pun percaya dengan teknik dan pengalaman Rambozzi® nie.

Tapi, kalau apa yang Rambozzi® sampaikan boleh membantu orang lain walaupun sedikit - itu adalah satu kejayaan peribadi di dalam kehidupan Rambozzi®! Hehehehehehe




Projek Pallet Boxes Kak Nislina nie adalah projek yang paling mencabar bagi Rambozzi® setakat nie. Ya! Memanglah projek nie "projek palet je" tapi projek nie lah yang paling membuat Rambozzi® hilang 'cool' dan jadi kelam kabut yang teramat sangat. Sebabnya, pertama, Kak Nislina nie rupanya sangat terdesak nakkan rak untuk diletakkan stok² produk di kedainya. Kedua, kebetulan pula stok kayu palet yang 'cuba' Rambozzi® beli di kilang, habis stok! Aduh! Ketiga, Kak Nislina cakap, "Saya tak peduli!!! Saya nak jugak!!! Saya nak jugak!!!". Hahahahahahaha...

Sebenarnya Kak Nislina memang betul² terdesak. Sebab ada stok produknya yang akan masuk ke kedai tapi rak yang sedia ada tak cukup nak menampung kemasukan stok² itu.

Rambozzi® nyatakan kepada Kak Nislina, Rambozzi® boleh cuba buat. Tapi, Rambozzi® teramat yakin dan pasti bahawa hasilnya nanti mungkin tidak akan berapa memuaskan hati Kak Nislina. Kak Nislina bersetuju tanpa banyak cakap. Jadi, bila Kak Nislina dah setuju, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Pallet Boxes Kak Nislina.


'Idea' asal untuk projek ini pun datang dari Kak Nislina sendiri. Kak Nislina tunjukkan contoh gambar rak dari palet yang dia nak kepada Rambozzi®. Yakin dengan kebolehan dan kemahiran Rambozzi® setakat nie, Rambozzi® setuju dan terima projek ini.

Projek ini akan dibuat dengan menggunakan kayu² palet sepenuhnya. Agak malang bagi Kak Nislina sebab kayu palet yang Rambozzi® dapat nie tidak secantik seperti di kilang yang selalu Rambozzi® pergi tu. Rambozzi® memang ada nyatakan kepada Kak Nislina, dan kerana terdesak Kak Nislina bersetuju sahaja.

Ok, kayu palet di atas telah pun dipotong kepada saiz² yang Rambozzi® perlukan untuk membuat kotak² dari palet nie. Kayu² itu akan digam dan diskrukan terus ke satu sama lain sepantas yang mungkin.


Rambozzi® bercadang nak bina bahagian² untuk kotak² ini secara berasingan dan pasangkan kesemuanya di lokasi Kak Nislina nanti. Sebabnya, kotak² nie agak besar untuk dimuatkan ke dalam kereta kalau dah siap dipasangkan. Gambar di atas adalah bahagian yang paling penting sekali untuk projek ini. Rambozzi® akan cantumkan kayu² palet di atas untuk dijadikan alas atau para atau tempat untuk diletakkan produk² Kak Nislina nanti.


Disebabkan Rambozzi® nie terlalu mementingkan ketepatan dan kekemasan, "even" untuk projek palet macam nie pun Rambozzi® nak pastikan ia tepat dan kemas lagi seragam. Untuk memastikan skru² dibenamkan secara seragam, Rambozzi® tanda dan tebuk terlebih dahulu lubang² 'pilot hole' di atas kayu² palet tersebut.

Betul. Kebiasaannya, kebanyakan 'woodworker' yang bekerja menggunakan kayu² palet tidak buat macam Rambozzi® nie. Sebab konsep untuk projek 'woodworking' dari palet adalah sebenarnya lebih 'bebas' dan tak perlu terlalu 'detail' atau teliti. Tapi, Rambozzi® dah terbiasa buat 'woodworking' macam nie. Walau macam mana ringkas sekalipun, Rambozzi® tetap akan menjaga ketepatan, ketelitian dan kekemasan.

Sampai kepada proses di atas, Rambozzi® dah tak sempat langsung nak ambil gambar untuk setiap proses pemasangan. Sebabnya, Kak Nislina telefon Rambozzi® dan dia cakap, "Saya tak peduli! Saya nak cepat! Saya nak cepat!". Hahahaha.... (Jangan marah kak, saya gurau je nie heh heh heh...)


Jadi, Rambozzi® teruskan sahaja kepada proses pemasangan di lokasi Kak Nislina. Gambar di atas adalah bahagian² atau panel² dari kayu palet yang telah siap dipasang. Kesemua bahagian itu akan dicantumkan menjadi kotak palet sebanyak 8 biji.

Untuk memastikan proses pemasangan di lokasi berjalan dengan lancar, Rambozzi® terlebih dahulu tebuk siap² lubang² 'pocket hole' dan lubang² 'pilot hole' untuk pemasangan. Bila sampai di lokasi, yang tinggal hanyalah gam dan skrukan kesemua bahagian kayu tersebut.







Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, hanya bahagian tapak atau alas untuk diletakkan produk sahaja yang sempat Rambozzi® 'sanding'. Bahagian² lain semuanya digunakan terus secara kasar tanpa sebarang proses untuk mencantikkannya langsung!

Rambozzi® nyatakan kepada Kak Nislina, kalau diberikan masa yang cukup, memang Rambozzi® boleh kemaskan dan cantikkan lagi kotak² tu. Tapi, nasib baik, Kak Nislina suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® nie. (Harap² Kak Nislina betul² suka la kan?...Hati orang kita tak tahu macam mana kan? heh heh heh...)

Ok, siap projek Pallet Boxes Kak Nislina nie. Rambozzi® betul² berharap agar Kak Nislina suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® nie. Rambozzi® juga berharap agar kotak² ini dapat memenuhi keperluan Kak Nislina. 

Dan Rambozzi® juga amat berharap, agar Kak Nislina menghalalkan dan memaafkan Rambozzi® sekiranya hasil kerja tangan Rambozzi® ini tidak secantik yang Kak Nislina harapkan. Rambozzi® minta maaf.


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes