Tiga tahun lebih kan? Tiba² muncul kembali. Menjadi misteri juga kalau tanya pada Rambozzi. Tapi itulah Love. Itulah Love.....
Sebenarnya dah agak lama Rambozzi mencari & tercari² 'mood' untuk kembali menulis & 'woodworking' di blog ini. Tapi 3 tahun lebih ini Rambozzi rasakan sunyi, sepi, kosong. Tidak ada perkembangan, tidak ada apa² yang nak dicoretkan, atau lebih kepada tidak ada tujuan @ "sasaran" dalam penulisan. Tidak ada apa yang nak disasarkan....
Namun Rambozzi sedar, blog ini mesti Rambozzi teruskan sehingga ke penghujung hayat Rambozzi. Dah tua² nanti pun Rambozzi akan menukang mencari bahan untuk dituliskan di sini. Mata dah rabun, tangan terketar² nak menaip macam mana? Haa caner? Hihihihihi....
Demi Love, Rambozzi akan paksa diri ini....
Ok! Sejak kebelakangan ini, dari tahun 2015, iaitu tahun Love hadir, Rambozzi dah nampak apa yang Rambozzi nak buat di dalam dunia pertukangan kayu ini. Iaitu, Rambozzi akan gunakan Love sebagai "senjata" utama di dalam pertukangan, dan semestinya dengan 2 lagi alatan wajib pertukangan kayu iaitu gergaji tangan & pahat.
Alatan² tradisional ini bukanlah kemahiran Rambozzi. Namun, sejak "memiliki" Love, Rambozzi mesti "lengkapkan" trio paling klasik & paling asas ini.
Rambozzi juga tidak cenderung untuk mengikut jejak langkah tukang² lain, sama ada yang Rambozzi kenal @ tidak.
Rambozzi ada "perjuangan" Rambozzi sendiri,
Rambozzi ada "penghayatan" Rambozzi sendiri,
Rambozzi ada "sebab" Rambozzi sendiri,
Rambozzi ada "tujuan" Rambozzi sendiri,
Rambozzi ada 'style' Rambozzi sendiri,
Rambozzi ada "hati" Rambozzi sendiri,
Dan, Rambozzi ada "Love" Rambozzi sendiri.
Ini yang akan Rambozzi pegang sampai mati.
Untuk bahan bacaan di blog ini, Rambozzi akan pilih projek² tertentu yang tidak fokus kepada saiz @ 'design'nya sahaja. Tetapi lebih kepada 'mood', 'feel', & Love di dalamnya. Ia tidak semestinya besar & tidak semestinya sukar.
Sama seperti 'entry' kali ini, Rambozzi nak buat satu projek kecil sahaja. Sangat mudah, sangat ringkas & sangat cepat. Tapi, "isinya" adalah untuk Love semata....
Ok. Di bawah LoveBench Rambozzi ada sebuah laci yang Rambozzi simpan lebihan² kayu dengan ira menarik dari pelbagai spesis unik & jarang Rambozzi dapat. Antaranya adalah 'maple', 'oak', 'walnut', 'padauk', nyatoh, seraya & beberapa jenis lagi la. Saiznya kecil² sahaja tapi Rambozzi simpan untuk dijadikan sebagai aksesori. Antara yang cukup Rambozzi suka buat adalah 'wood inlay', 'bow-tie key', 'butterfly key', 'dovetail key' & macam² lagilah.
Kayu 'walnut' di atas Rambozzi rasakan sangat sesuai saiznya untuk projek kali ini. Ok. Rambozzi nak mulakan menukang sekarang. Nak ikut tak? Jom!
Terimalah, "Butterfly".
Memandangkan kayu ini sedikit tebal dari yang Rambozzi nak, maka Rambozzi perlu belah & buang sedikit bakinya. Menggunakan 'cutting gauge', Rambozzi tandakan garisan panduan untuk membelahnya.
Ok. Ini yang Rambozzi maksudkan tadi. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Rambozzi telah mempelajari beberapa teknik menggunakan peralatan tangan. Jadi, untuk projek sekecil & seringkas ini, Rambozzi tidak perlukan mesin. Lagipun, yang nak dibelah buang sangat nipis & bahaya jika dibuat dengan menggunakan 'table saw'. Lagipun seketul je pun hihihihihi...
Selepas operasi belah tadi, tibalah masanya untuk Rambozzi membuat 'layout'nya pula.
Hari tu kan, masa Rambozzi buat sebuah meja kerja untuk pelanggan, Rambozzi telah mendapat idea untuk "menambah" sedikit "perisa" ke dalam projek itu. Ia berbentuk 'inlay' kayu sahaja yang akan dibenam pada bahagian² tertentu pada projek itu.
Idea itu Rambozzi anggap sebagai satu gaya baru yang akan Rambozzi aplikasikan di dalam projek² tertentu akan datang.
Dengan penggunaan kayu yang berbeza warnanya dari kayu projek utama, ia akan memberikan kontras menarik, bagi Rambozzi. Saiznya akan berubah² mengikut saiz projek juga.
'Inlay' itu Rambozzi panggil sebagai L-O-V-E by Rambozzi®. Ya! Ia satu lagi bentuk dedikasi cinta untuk Love.
Dan pastinya Rambozzi ada menyimpan 'template'nya. Dari 'template' itu, Rambozzi boleh mendapatkan kembali sudutnya kerana sudutnya tidak dibuat sesuka hati.
Bentuk, saiz, sudutnya, 'heart'nya adalah berpandukan kepada Love di dalam logo Rambozzi di bawah.
Maka, ia adalah 'special' & 'precious'.
Menggunakan 'sliding T bevel', Rambozzi dapatkan sudutnya & lukiskan ke atas kayu 'walnut' tadi.
Kemudian ia dipotong secara kasar menggunakan gergaji tangan sahaja.
Ia dipotong secara kasar sahaja, tidaklah ke garisan tepat.
Untuk lebih ketepatan, Rambozzi ketam pula menggunakan ketam tangan & 'shooting board'.
Satu kelebihan mengetam sudut menggunakan 'shooting board' adalah, ia sangat tepat!
Kemudian Rambozzi dapatkan tengahnya untuk dibelah pula nanti.
Kali ini Rambozzi akan menggunakan gergaji yang lebih halus giginya & lebih nipis bilahnya. Tujuannya adalah untuk memastikan hasil belahnya nanti adalah halus & tidak perlu diketam banyak sangat untuk mengilatkannya. Dalam masa yang sama, tebalnya dapat dipastikan sama & tidak dibuang terlalu banyak.
Selepas dibelah, dapat dilihat kesan mata gergaji. Namun, itu dikira sebagai hasil potongan yang agak bersih.
Kemudian, Rambozzi pahat sedikit bucunya untuk memberikan kesan "hati" yang lebih ketara bila siap nanti.
Menggunakan Love, kayu itu diketam halus.
I LOVE YOU, LOVE.
Tau?
Hampir siap, Rambozzi pasangkan pula engselnya.
Dan disapukan beberapa lapisan minyak 'teak oil'.
Dan siap. Yay!
Ya! Ia berbentuk rama². Ia adalah 'butterfly'.
Namun, ia melambangkan hati & ia melambangkan Love.
Ia adalah Love.
Yang akan hinggap di bahu Rambozzi.
Yang akan hinggap di tangan Rambozzi.
Yang akan hinggap di pipi Rambozzi.
Yang akan hinggap di mata Rambozzi.
Yang akan hinggap di jantung Rambozzi.
Yang akan hinggap di hati Rambozzi.
Yang akan hinggap di jiwa Rambozzi.
Yang akan terbang tinggi.
Yang akan hinggap di dalam hidup Rambozzi lagi...
Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah....
Bisa kurasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu....
Butterfly,
Terbanglah tinggi,
Setinggi anganku untuk meraihmu,
Memeluk batinmu yang sama kacau,
Karena merindu....
Butterfly,
Fly away so high,
As high as hopes I pray,
To come & reach for you,
Rescuing your soul,
That precious messed up
False me & you....
Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua....
Biar 'ku berlebihan
Mendekatimu
Namun kutunggu....
Butterfly,
Terbanglah tinggi,
Setinggi anganku untuk meraihmu,
Memeluk batinmu yang sama kacau,
Karena merindu....
Butterfly,
Fly away so high,
As high as hopes I pray,
To come & reach for you,
Rescuing your soul,
That precious messed up
False me & you....
Rambozzi,
#woodworkingWithStyle
#woodworkingWithHeart
#woodworkingWithLove
#Love
#withLoveForever
#myButterfly
#myLove
#myButterfly
#myLove